♡Anak ku...
Bila aku tua...
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan di tangan...Aku berharap kamu tidak menjerit marah aku...Kerana tenaga orang yang tua semakin tidak kuat dan kerana sakit...Mata semakin kabur...Kamu harus mengerti dan sabar dengan aku...
♡Anak ku...
Bila aku tua...
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan...Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, "Mak pekak ke? Mak bisu ke?" atau kata Tak dengar ke?...Aku minta maaf anak ku...Aku semakin MENUA...
♡Anak ku...
Bila aku tua...
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang...Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayan aku...kerana semua itu adalah sebahagian dari process MENUA...Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua...
♡Anak ku...
Bila aku tua...
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor...Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah di depan aku...Dan tidak menjerit suruh aku mandi...Badan aku lemah...Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri...Mandikan aku seperti mana aku mandikan kamu semasa kecil...
💖Anak ku...
Bila aku tua...
Sekira aku sakit...temanlah aku, aku ingin anak2 berada bersama ku...
♡Anak ku...
Bila aku tua...
Dan waktu kematian aku sudah tiba...Aku berharap kamu akan memegang tangan aku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian...Jangan cemas...jangan menangis...hadapi dengan redha...
Aku berjanji pada kamu...bila aku bertemu Tuhan...aku akan berbisik pada-Nya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai aku...Terima kasih banyak kerana mencintai aku...Terima kasih banyak kerana telah menjaga aku...Aku mencintai kamu dengan banyak cinta...
Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibu bapa dan postlah posting di atas kpd WA group keluarga or WA group peribadi keluarga sendiri sebab kita x nak kita or anak2 kita sentiasa berdosa dgn ibu bapa kita or ibu bapa mereka..😪😍😭😰
No comments:
Post a Comment