Wednesday, April 27, 2022

betapa mewahnya kita

Seorang wartawan Syria pernah menulis mengenai kemewahan hidup orang Arab. Kata beliau, "Dalam tahun 80an, orang Iraq terkenal dengan kemewahan makanan dan cara makan mereka. Jika mereka makan, akan dipastikan diatas meja dipenuhi makanan terlebih dahulu, bila mereka bangun dari meja makan, apa yang baki dianggap sampah kotor walaupun mereka belum menyentuhnya. Demikian juga di Syria. Aku melihat seorang wanita sedang membeli roti, dan dalam perjalanan pulang ke rumah, beberapa biji roti itu jatuh ke tanah. Beliau langsung tidak mengambilnya walaupun beliau mengetahuinya. Betapa mewahnya bangsa Arab dengan makanan mereka.

Aku belum lagi bercerita mengenai cara makan orang Teluk, mereka makan bagaikan raksaksa dan membuang sewenang-wenangnya. 

Kini, orang Iraq dan orang Syria terpaksa makan roti kering yang mereka jumpa diatas tanah. Antara sebab mereka jadi begitu kerana mereka tidak mensyukuri nikmat Allah SWT". 

Kita juga khuatir, hari- hari gelap buat orang Melayu tidak lama lagi akan kunjung tiba dan pada masa itu, kita akan menanggungnya dan kita harus merasa berdosa kepada anak-anak kita lantaran khianat dan sombongnya kita dengan rezeki Allah SWT. 

Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, "Pihak DBKL perlu mengurus sampah makanan 4 kali ganda lebih banyak dari hari biasa di bulan Ramadhan" bidaah apakah yang sedang kita lakukan ?

Jika nak salahkan syaitan, mereka sedang dirantai pada bulan Ramadhan, maka makhluk yang sebenarnya bersalah adalah kita. 

Allah SWT pernah berfirman, "jika engkau mensyukuri nikmat itu, pasti Aku akan tambah, jika engkau kufuri, ingatlah azab Aku amat pedih."

*Kita melihat lelaki atau wanita bila makan di kedai/restoran atau di hotel atau dalam jamuan iftar di Masjid/Surau, sengaja meninggalkan sisa makanan yang masih elok dan banyak untuk dibuang. Apa salahnya makan makanan itu sampai habis sehingga Nabi Muhammad SAW menunjukkan teladan dengan menghabiskan semua saki baki makanan sehingga menjilat jari kerana SETIAP BUTIR MAKANAN MEMILIKI KEBERKATAN dan inilah amalan ahli syurga kerana Nabi Muhammad SAW dijanjikan syurga oleh Allah, Pencipta Sekalian Alam.*

Hari-hari mendatang amat perit untuk kita semua lalui, bersedialah dari sekarang.

Salam Nuzul Quran 1443H

Friday, April 22, 2022

bonus yg sebenarnya

*بسم اللّه الرّحمن الرّحيم*.
*السّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته*.

*TAZKIRAH PAGI:*
  9 Julai 2020 Khamis
17 Zulkaedah 1441 H. 

  Ketahuilah bahawa..Nabi SAW *tidak kagum* dgn *pangkat & kekayaan manusia*..Jika tidak..sudah pasti *bukit yg hendak ditukarkan kpd emas tidak ditolak oleh Baginda*.

  Dan ketahuilah..orang bekerja *seronok kalau dapat bonus*..Itu masa hidup.. 
*Kalau dah mati*..
–Dapat anak yg *tak tinggal solat itu bonus*.
–Dapat anak *yg pandai Al-Qur'an itu bonus*.
– *Sedekah masa hidup itu bonus*.
– *Ilmu yg dikongsi itu bonus*.

  Ingatlah..kita tak bawa *segunung harta setelah mati*..kita tak bawa *sijil tertinggi yg kita ada*..kita hanya *mengharapkan Rahmat Allah Tuhan sekelian alam*. 

*والسّلام...*

Saturday, April 2, 2022

pantun posa

Kereta kancil kereta kelisa,
Parking di bawah pokok kelapa;
Hari Ahad dah mula puasa, 
Jangan makan buat terlupa.
🤭🤭🤭🤭😁
Pergi ke hutan memburu rusa,
Terpijak duri kaki terluka;
Esok kita dah mula berpuasa,
Jangan membazir ketika berbuka.
🤭🤭🤭🤭😁
Beli sejadah berserta tasbih
Beli dekat Pengkalan Chepa
Malam ini dah mula Terawih
Saja peringat takut terlupa
🤭🤭🤭🤭😁
Sedap sungguh ikan siakap,
Masak berlada juadah berbuka;
Maaf dipinta salah dan silap,
Semoga Allah berkati kita.
🤣😆😂😘😍😁😜
Kelapa muda petik setandan,
Hilangkan dahaga penat dan lelah;
Selamat menyambut bulan ramadan,
Banyakkan ibadah kpd Allah.

Friday, April 1, 2022

kisah b40

Tengah viral cerita prof yang perlekehkan B40 teringatkan kisah zaman sekolah...40 tahun lepas. 
Waktu masih belajar di sekolah rendah. Aku pergi sekolah bawa bekal. 
Tiba waktu rehat, Aku menyorok belakang sekolah. Buka bekal nasi lemak yang Emak  aku buatkan. Lapar sangat masa itu.

Belum pun sempat  Aku suap makanan dalam mulut, “ Hoi bodoh. Tak malu datang sekolah bawa bekal” jerkah Akop, rakan sekolah Aku.

Puiiii, dia ludah ke dalam bekal Aku.
Kemudian dia hebahkan pulak pada rakan-rakan lain dan cikgu-cikgu di sekolah. 
Satu sekolah pandang serong pada Aku sebab bawa bekal. 
Dalam usia yang begitu muda  Aku rasa sangat tertekan. Tak tertahan air mata. Akhirnya jatuh juga. 

Balik rumah dengan bekal yang masih tak luak,  Aku mengadu pada Emak.
"Mak, esok tak nak dah bawa bekal. Kawan-kawan gelak. Malu". 
"Ha.. Tahu pun malu. Orang lain puasa, kau tak nak puasa. Esok belajar puasa. " antara nasihat Emak Aku.

Jgn marah! Selamat berpuasa 🤣🤣🤣