Tuesday, May 4, 2021

aktiviti raya pertama

TENTATIF SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2021 *1 Syawal 1442*

6.30pg - mandi sunat aidilfitri di bilik mandi. 

7.00pg  - pakai pakaian baharu atau pakaian raya yg ter baharu,

7.15pg  - ambik gambar sekeluarga utk hantar ke semua group nk bgtau baju raya warna apa.

7:30pg -  berkumpul di bilik tamu utk solat sunat aidilfitri. 

8.30pg  - Selesai solat sunat bergerak beramai2 ke bilik dapur utk menjamu selera.

8.45pg  - bermaafan semua ahli keluarga,klau boleh menangis semua sebelum settle 00 suami isteri 

9.00pg  - buat video kol kpd keluarga utk ucapan selamat hari raya maaf zahir batin

9.15pg  - Setelah kenyang beredar pula ke bilik keluarga utk tengok TV. Klu meluat tengok TV boleh main HP. Aktiviti bebas.

11.00pg  - Bila mata dah mula kuyu bolehlah bergerak ke bilik masing2 utk tidur. 

12.30ptg - Setelah bangun berkumpul kembali di bilik dapur utk mengunyah biskut raya yg dibeli dalam talian. 

1.00ptg - Bila dah kenyang boleh berpindah ke bilik keluarga utk tengok TV atau HP. 

# Ulang pergerakan antara bilik ini sehingga terbenam matahari 1 Syawal tahun ini.

StayRayaAtHome
😅😅

No comments:

Post a Comment