Friday, April 23, 2021

pikir baik baik

JENTIK HATI💚

Tika Allah rezekikan kita punya ibu bapa lagi, khidmat betul - betul, jika sungguh tiada mampu, usah risaukan dan susahkan lagi mereka.

Jika kita boleh berpuasa, puasa sungguh - sungguh,  datang suatu hari nanti, " Encik dinasihatkan tidak berpuasa, ubat ini perlu dimakan ikut jumlah dan masa yang betul ".

Jika kita boleh solat, solat bagus - bagus, datang awal - awal, semangat macam kita bangun pagi nak keluar memancing, kita kejutkan jam loceng. Jangan sampai " maaf bang, pagar sudah dikunci ", jangan.

Boleh buat baik, buat sebanyak - banyak, sampai satu masa, " maaf Tuan, Tuan sudah dibawah tanah, bukan lagi memijak tanah.

12 Ramadhan, Jangan kejami diri sendiri.

Wednesday, April 21, 2021

asal usul lemang

Asal Usul Lemang
==============
Lemang berasal dari Negeri Sembilan, sebelum dibawa ke negeri2 yang lain
Masa perang dunia ke-2, Jepun datang menjajah Malaya termasuk Negeri Sembilan.
Mereka datang kampung ke kampong untuk merampas beras, pulut dan apa2 barang makanan.
Maka orang kampong pun menyorok pulut didalam buluh dan ditanam dibawah rumah.
Keluarga Pak Amir tak sempat nak sorok bekas2 santan di waktu Jepun tiba dirumah.
Setelah askar Jepun gelidah tapi tak jumpa beras, Jepun2 tu pun tak puas hati dan marah.
Mereka terus membakar rumah keluarga Pak Amir. Habis satu apa pun tak tinggal. Santan2 itupun tumpah ketanah membasahi buluh2 tadi. Setelah semua hangus, Jepun pun beredar.
Pak Amir dan keluarga berasa sedih sebab kehilangan rumah. “Lomah den” kata Pak Amir.
Tapi setelah di korek semula tanah, mereka jumpa beras pulut didalam buloh itu tak terbakar. Malah dah masak dan sedia untuk dimakan. Rasa pun sedap sebab ada santan. Maka sejak itu masakan itu dinamakan Lemang…

Tuesday, April 20, 2021

kisah ibu di bulan ramadhan

INI FENOMENA YANG SEDANG ISTERI² DAN IBU² LALUI SEBULAN INI

Seronok...walau agak penat
👍👌🏼💪🏽
😍Hargai pengorbanan mereka

⏰ kunci jam pukul 3
😵Tersedar pukul 2 
😒Termenung sekejap. 😏Nak sambung tidur takut terlajak.
😞Ralit sekejap melayan mata..
😵Aduhai.. mengantuknya! 
😴Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'
⏰Jam bunyi kul 3
😑mata melekat macam kena gam 
😴Tutup jam, dan tutup mata semula
😱Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar! 
😰Teringat nasi belum masak.
😫ting tong ting tong..kat dapur, alhamdulillah. 
😅Pukul 5, siap terhidang semuanya.
😍Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur.
😟memacam ragam memasing bila dipaksa bangun. 
😣Aneh gak...Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan memacam kerenah.Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja...sabo je le
🤗Begitulah saban hari  perjalanan Ramadhan ,rutin seorang isteri dan ibu.
 💁🏻Orang lain lena tidur. 😵Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur. 
😴Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.
😘Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga. 
🙅🏻Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.
🤗Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? 🙋🏼ramadhan masuk da ni...mari tanya diri
🤷🏻‍♀sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?
😘Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang.
😍Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur.
😍Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.
🤗Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.
*Selamat berdepan dengan detik-detik Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan. 😇*

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin 🤲

Kredit kepada Penulis

Monday, April 19, 2021

kita akan menyesal

Benda paling menyesal dalam hidup ni,

Bilamana ada orang susah datang minta sedekah kat kita,kita bagi RM 10 dan kita rasa banyak sangat dah tu. Sedangkan dalam poket kita ada beratus- ratus lagi.

Benda paling menyesal,kita selalu tinggalkan solat sebab takut terlepas kerjaan di dunia,sedangkan kita ada 24 jam sehari,dan kita hanya solat 5 to 10min setiap waktu.

Benda paling menyesal bila kita habiskan ribu ribuan untuk diri kita, tapi kita tak mampu nak bantu fakir miskin ribu riban.

Benda paling menyesal bila kita susah nak minta maaf dan maafkan orang, dan akhirnya orang itu jauh meninggalkan kita,terputus ukhwah.

Benda paling menyesal bila kita rasa kita dah cukup bagus, dah cukup hebat sedangkan semua itu datang dari Allah.

Benda paling menyesal bila kita berhenti memperbaiki diri,tapi kita sibuk melihat keburukan orang lain.

Peringatan ini tentunya untuk empunya diri sendiri, agar jangan menyesal tak sudah di kemudian hari.

Selagi kita bernafas, kita masih  ada ruang untuk,
memohan keampunan dari Allah,
memperbaiki diri ke arah yang lebih baik,
terus memberi manfaat kepada manusia lain.

Syurga destinasi terakhir kita insyaAllah 

Sayang sokmo,

As Yusoff

Tuesday, April 6, 2021

bahaya air kelapa

BAHAYA AIR KELAPA

Banyak dari kita percaya bahwa air kelapa memiliki banyak khasiat terutama pada orang yg sedang mengalami keracunan. Dan memang sudah banyak yg membuktikan.

Tapi tahukah kamu, bahwa di balik segudang manfaat air kelapa ada juga bahaya yg mengintai, bagi yg blm faham akan reaksi elektrolit pada air kelapa. Jangan sesekali meminum air kelapa dengan campuran gula merah dan ais batu pada siang hari di bulan Ramadhan, itu akan membatalkan puasa.

Sekian, semoga bermanfaat  😂😂🤔🤔