Di sebuah kampung ada seorang duda tua tinggal berdekatan seorang janda yang juga tua. Satu petang si duda duduk di bawah pokok merenung ke arah rumah si janda.
Si janda perasan dan datang menegur si duda, "Pak Uda oii, ape yang di menungkan tu".
Pak Uda menunduk lalu menjawab, "Ada perkara aku nak tanya kau ni Mak Jan". Pak Uda merenung Mak Jan dan dengan kekuatan yang ada sambungnya, "Aku teringin nak berbinikan kau, sudi tak?".
Mak Jan tersenyum dan menjawab, "Sudi..".
Mak Jan & Pak Uda pun pulang kerumah masing-masing kerana hari sudah menjelang senja.
Pada malam itu, Pak Uda gelisah. Dia tidak ingat jawapan Mak Jan ptg tadi. Terpaksalah dia bertanya sekali lagi dengan telefon. Nak datang rumah tak molek pulak dah malam-malam ni.
"Hello.. Mak Jan. Pak Uda di sini. Aku ingin bertanya, almaklum la dah tua mudah lupa. Petang tadi aku bertanya pada kau sudikah kau berkahwin dengan aku, apa yang kau jawab?" Mendengar nama Pak Uda, Mak Jan jawab, "Aku jawab sudi dan ikhlas dari hati. Nasib baik kau telepon aku. Aku pun sebenonya lupe sape yang ajak aku kawin petang tadi".😃😜😊😭
UTK TATAPAN RAKAN2 YG DLM PERJALANAN MENUJU STATUS WARGA EMAS.....