Friday, January 22, 2021

DILEMA POLIS PENCEN


Nama saya Haji Jukie. Umur 58 tahun. Sejak pencen 3 tahun yg lalu, saya byk menghabiskan masa di Masjid sahaja. Solat 5 waktu dan menghadiri majlis2 ilmu. Itulah rutin harian saya sejak pencen. Mencari bekalan Akhirat serta cuba cover mana Dosa2 yg lalu. 4 org anak saya semua sudah berkahwin dan saya mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dgn tiada apa lagi tanggungjawab lain dan masa dapat diisi dgn aktiviti sendirian serta amal Ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya.

Di sebelah rumah saya tinggal seorg wanita yg telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah saya panggil dia sebagai Ani. Beliau berumur 35 tahun. Setiap pagi beliau akan keluar bekerja dan menghantar anak2 ke sekolah. Petangnya pula, kedua2 anak perempuan beliau yg berumur 11 dan 12 tahun itu akan mengaji dgn isteri saya. Selalunya isteri saya akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 itu kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas Maghrib. Trafik jem barangkali.

Saya sendiri juga jarang berbual dgn Ani. Sehinggalah pada satu pagi Sabtu ( tarikh tak ingat ) selepas Kuliah di Masjid di mana Ani juga hadir. 
Tanpa saya duga, Ani telah menyatakan hasrat utk berkahwin dgn saya.

"Saya tahu abg Jukie terkejut tetapi Ani sudah fikir masak2. Anak2 Ani pun kenal dan baik dgn Abg Jukie serta isteri Abg. Ani ikhlas !" Kata Ani sambil memakai seliparnya utk pulang kerumah.

"Isteri abg pasti pengsan dengar perkara nie.." Jawab saya.

"Kita kawin senyap2 jek dulu bang..." sambung Ani meyakinkan.

Sejak pagi itu saya jadi tidak keruan. Apa patut saya buat ? Ani memang janda menawan. Ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri. Tuah ayam nampak di taji, tuah org siapa yg tahu. Dilemma.

"Bantulah Saya.."

Inilah contoh soalan peperiksaan SPM sempena PKP subjek Bahasa Malaysia 2 utk 2021

Bincangkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang sekiranya Hj Jukie berkahwin senyap2 dgn Ani. Apakah isteri Hj Jukie akan betul2 pengsan ?

(Markah 50%)

😂😂😂

No comments:

Post a Comment