Sunday, January 24, 2021

KLUSTER DI RUMAH


KLUSTER SUIS
Buka lampu x reti nak tutup. Buka lampu bilik air, lampu dapur, lampu bilik lepas tu biar je menyala. Buka tv tapi x tengok. Dah on komputer x reti nak tutup. Charge hp tapi lepas tu x tutup suis. Tugas aku siang malam tutupkan semua sampai satu tahap aku dah malas nak layan. Lantak kome lerrr. Ingat ayah kerja TNB bil letrik free ke🀣🀣🀣

KLUSTER PERIUK API
Dari ruang tamu, semua bilik, atas katil hatta dalam bilik air pon bersepah barang mainan. Aku penat2 konon nak landinglah atas tilam sekali aku smackdown barang mainan diorg. Mengelupur aku atas katil tu. Paling sakit jiwa kalo aku terpijak lego. Pergghhh....terus aku jadi diva AA tau. Sakit wehhhhh πŸ₯ΊπŸ₯Ί

KLUSTER BISKUT
Ni jenis buka biskut tu biskut ni pastu biar je terdedah macam tu. Last2 masuk angin. Ehhh...berbulu je aku tengok. Penyudahnya aku nyorok semua biskut. Haaaa....rasakan xde benda nak ngunyah dah.

KLUSTER X RETI PENAT
Pelik aku tengok deme ni. Siang malam main x henti. Dahlah malam tidur lewat sejak PKP ni. Boleh plak subuh2 dah bangun. Aku kadang tunggu lerrr deme tido awai. Bolehlah aku me time makan coklat ke, kek ke, eskrem ke. Hurrmmmm....sampai kesudah aku telan air liur jela 🀀🀀🀀

KLUSTER MENANGIS
Asyik nak meragam, nak nanges aje. Orang pegang tu dia nak. Orang main tu dia nak. Orang usik sikit nanges. Tak dapat itu nanges. Nak cakap pon nak nanges. Nak tidur nanges, lapo nanges, ngantuk nanges 😭😭😭

KLUSTER MEMERAP
Langsung aku x boleh bergerak. Aku kat dapur semua kat dapur. Aku masuk jamban semua diri depan pintu buat kuiz ibu tengah buat apa. Aku duduk depan tengok tv, semua berdiri depan tv. Aku masuk bilik baju nak lipat kain, semua ada dalam bakul kain. Time tidur pon, sedor2 semua dah melekat celah aku, xde ruang aku boleh bergerak dah. Dah macam berlatih tidur dalam kubur...hahaha tapi bila aku cakap jom solat dengan ibu terus semua lesap 🀣🀣🀣

KLUSTER MEMUNGGAH.
Aku baru kemas rumah, 5 minit lepas tu udoh bersepah balik. Aku kutip mainan, deme keluarkan dari kotak. Aku susun buku, deme teraburkan. Aku lipat kain, deme nak sidai kain. Memang maraton dok ngemas siang malam.

KLUSTER SUSAH NAK MAKAN
Tiap kali nak suap makan memang aku jadi tarzan, kingkong, hulk semua. Jenuh terpekik terlolong panggil deme makan. Aku masak bagai nak rak, deme buat nohen je x terliur nak makan. Tapi kalo aku bagi nasi, telur, kicap 3 pinggan pon licin. Suami aku cakap baguslah senang kerja ibu tapi aku emo lebih sebab anak orang lain macam2 menu diorg request nak makan. Anak aku tengok buttermilk chicken dia cakap eeeuuwww apa ni ibu 🀣🀣🀣

KLUSTER SINKI
Aku baru basuh pinggan. Sampai berkilat sinki aku kerjakan. Sat je dah penuh balik cawan, pinggan mangkuk. Kerja aku dok basuh pinggan mangkuk je. 10x minum air, 10xlah cawan lain deme guna. Haaa...ko darab lerrr 3 orang anak 🀣🀣🀣

KLUSTER BILIK AIR
Suruh mandi punyalah susah. Dah masuk bilik air udoh tak keluar2 dah. Abeh deme berpesta songkran pula dalam tu. Sabun sebotoi kejap aje abeh. Ubat gigi deme buat pencuci muka....hahaha macam manala mak kome x jadi your mother is green 🀣🀣🀣

KLUSTER BUKA PETI AIS
Ntah berapa ratus juta kali ntah deme dok buka tutup pintu ais tu. 3 orang dok bergilir pergi buat lawatan sambil belajar ke peti ais tu. Aku pon naik heran kadang tu sekadar buka tengok gitu je then tutup blk....teruk beno angaunya

Paling last sekali KLUSTER KE SANA, KE SINI, KE SANA SINI 🀣🀣🀣. Seminit pon x dok diam. Ada je kerja deme nak buat tapi bila suruh baca buku terus penat siap tertidur lagi 

#Copy(pm)
#banyaklagiklusterrupenye
#klusterterbaruklisterpdpr

Friday, January 22, 2021

DILEMA POLIS PENCEN


Nama saya Haji Jukie. Umur 58 tahun. Sejak pencen 3 tahun yg lalu, saya byk menghabiskan masa di Masjid sahaja. Solat 5 waktu dan menghadiri majlis2 ilmu. Itulah rutin harian saya sejak pencen. Mencari bekalan Akhirat serta cuba cover mana Dosa2 yg lalu. 4 org anak saya semua sudah berkahwin dan saya mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dgn tiada apa lagi tanggungjawab lain dan masa dapat diisi dgn aktiviti sendirian serta amal Ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya.

Di sebelah rumah saya tinggal seorg wanita yg telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah saya panggil dia sebagai Ani. Beliau berumur 35 tahun. Setiap pagi beliau akan keluar bekerja dan menghantar anak2 ke sekolah. Petangnya pula, kedua2 anak perempuan beliau yg berumur 11 dan 12 tahun itu akan mengaji dgn isteri saya. Selalunya isteri saya akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 itu kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas Maghrib. Trafik jem barangkali.

Saya sendiri juga jarang berbual dgn Ani. Sehinggalah pada satu pagi Sabtu ( tarikh tak ingat ) selepas Kuliah di Masjid di mana Ani juga hadir. 
Tanpa saya duga, Ani telah menyatakan hasrat utk berkahwin dgn saya.

"Saya tahu abg Jukie terkejut tetapi Ani sudah fikir masak2. Anak2 Ani pun kenal dan baik dgn Abg Jukie serta isteri Abg. Ani ikhlas !" Kata Ani sambil memakai seliparnya utk pulang kerumah.

"Isteri abg pasti pengsan dengar perkara nie.." Jawab saya.

"Kita kawin senyap2 jek dulu bang..." sambung Ani meyakinkan.

Sejak pagi itu saya jadi tidak keruan. Apa patut saya buat ? Ani memang janda menawan. Ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri. Tuah ayam nampak di taji, tuah org siapa yg tahu. Dilemma.

"Bantulah Saya.."

Inilah contoh soalan peperiksaan SPM sempena PKP subjek Bahasa Malaysia 2 utk 2021

Bincangkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang sekiranya Hj Jukie berkahwin senyap2 dgn Ani. Apakah isteri Hj Jukie akan betul2 pengsan ?

(Markah 50%)

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Thursday, January 14, 2021

nilai masa

NILAI MASA

Jika anda ingin tahu besarnya nilai 1 tahun
Tanyalah mereka yang gagal peperiksaan.

Jika anda ingin tahu besarnya nilai 1 bulan
Tanyalah mereka yang tidak mendapat gaji pada bulan lepas.

Jika anda ingin tahu besarnya nilai 1 minggu
Tanyalah mereka yang sakit terlantar dihospital selama seminggu.

Jika anda ingin tahu besarnya nilai 1 hari
Tanyalah mereka yang dianjakkan waktu pelepasan kapal terbang.

Jika anda ingin tahu besarnya nilai 1 jam
Tanyalah mereka orang yang sedang menunggu jawapan dari doktor keputusan hidup dan mati ahli keluarga terdekat.

Jika anda ingin tahu besarnya nilai 1 minit
Tanyalah mereka yang terlepas komuter untuk mengejar waktu temuduga penting untuk mendapatkan kerja bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Jika anda ingin tahu nilai 1 saat
Tanyalah mereka yang baru sahaja terselamat dari insiden yang membawa kecelakaan.

Maka, bersyukurlah pada Allah untuk setiap detik dan waktu. Hargai  rezeki Allah dan usahakan segala kebaikan diatas muka bumi ini kerana belum tentu kita direzekikan waktu sebentar lagi.