Monday, June 29, 2020

ingatan utk diri sendiri

Wahai anakku, rahsiakan lima perkara dalam hidupmu:

1. Rahsiakan kepenatanmu dalam perjuangan Islam. Semoga Allah membelaimu dengan kasih sayangNya.

2. Rahsiakan sedekahmu dari manusia kerana cukuplah Allah mengetahuinya.

3. Rahsiakan kesalahan dan kealpaanmu terhadap Allah, dan perbanyakkan taubatmu, kerana kamu tidak perlu memperbanyakkan saksi atas kesalahanmu.

4. Rahsiakan keaiban dan kesalahan sahabatmu, kerana lebih rapat kamu dengannya maka lebih banyak terdedah peribadinya dan peribadimu.

5. Rahsiakan keburukan seseorang yang telah meninggal dunia, kerana mungkin Allah telah mengampuninya sesaat roh meninggalkan jasadnya.

Ya Allah ampunilah dosaku, kedua ibu bapaku, guru-guruku, zuriat keturunanku dan mereka yang mengenaliku dalam iman.


No comments:

Post a Comment