Wednesday, December 25, 2019

Bos Kita

1️⃣Bos kita, 
Dia nampak kamu masuk lambat,
Tapi dia tak nampak kamu balik lambat.

2️⃣Bos kita, 
Dia nampak masa kamu berehat,
Tapi dia tak nampak masa kamu buat kerja macam esok dunia kiamat.

3️⃣Bos kita, 
Dia marah kamu bila kamu buat salah,
Tapi dia tak puji kamu bila kamu cemerlang.

4️⃣Bos kita, 
Dia sayang kamu masa kamu diperlukan,
Tapi dia tak pedulikan kamu bila dia dah ada pengganti.

5️⃣Bos kita, 
Dia diam senyum dlm hati bila prestasi sekolah meningkat,
Tapi dia merungut kat kamu bila prestasi murid menurun. 

6️⃣Bos kita, 
Dia meraikan gembira dengan keluarganya bila pencapaian sekolah kita cemerlang,
Tapi dia berkongsi duka dengan kita  bila sekolah dikeji orang. 

7️⃣Bos... dia tetap bos.
Cikgu biasa... dia tetap cikgu biasa, 
Cikgu, bekerjalah kerana Allah, Bekerjalah berasaskan peraturan kerajaan,
Bukan habiskan masa untuk sekolah sahaja, 
Cukup masa, baliklah jenguk keluargamu.

8️⃣Cikgu,
Jangan dikejar kerja sekolah yg tak pernah habis.
Kamu diperlukan hanya bila kamu ada kekuatan.
Bila kekuatan kamu hilang, bos tak perlukan kamu,
Tapi KELUARGAMU sentiasa perlukan kamu.

9️⃣Bekerjalah pada masa kerja kamu,
Bergembiralah dgn keluarga pada masa kamu dengan keluarga.

Kredit: Kena Tahu

No comments:

Post a Comment