*JANGAN DIKUNCI PINTU MASJID*
🚪🗝🚪🔑🚪🗝
Sahabat, bila suatu hari nanti anda atau saya diizinkan Allah mampu membina masjid,
🕌🕌🕌🕌
Pesanan hamba;
Bukalah pintu masjid 24 jam agar kita tidak malu dihadapan Allah yang telah membukakan pintu keampunanNya untuk kita semua setiap masa.
Barangkali ada saudara kita yang ingin beri'tikaf malam atau bertahajjud dan pintu masjid yang dijaga oleh ta'mir tetap terbuka.
*Jangan tulis "Dilarang Tidur di Masjid",* kerana kita tidak tau ada musafir yang tiada wang untuk menginap di hotel.
Perkarangan masjidlah tempat mereka berhenti rehat jika tiada disediakan tempat khas untuk tetamu.
Jangan tulis,
🚰🚿🚽🚰🚿🚽
*"Selain jamaah masjid dilarang menggunakan toilet".*
Mengapa tidak fikir musafir terutama ada anak kecil, hanya menumpang berak kencing.
👶👧🏻👶👧🏻👦🏻🧒🏻
Jangan tulis *"Jangan membawa anak2",* ketahuilah anak2 itulah yang akan jadi penerus generasi.
Sahabatku, semarak masjid seselesa mungkin, kerana masjid bukan hanya sekadar tempat sujud, tetapi boleh digunakan untuk bermusyawarah, menimba ilmu serta menenangkan hati dan merehatkan zahir dan batin.
Sebelum hamba berundur, "Bila anda jadi pengurusi masjid, jangan bangga jumlah infak yang banyak tapi tidak digunakan untuk kemakmuran masjid & Hidupkn 5 amal masjid..DAKWAH |TAKLIM |TAKLUM |IBADAT KHIDMAT.
*Ingatlah!*
💷💶💴💵
Orang berinfak ke masjid itu berharap pahala jariah, bagaimana mereka dapat pahala amal jariah dan anda dapat pahala menjaga amanah, sedangkan wang infak mereka tuan2 tidak gunakan, kerana tuan2 hanya bangga dengan jumlah banyaknya saja, dipamirkan untuk menunjukkan tuan2 dan ajk2 lain tidak songlap duit masjid. 💰💰💰
🚗🚲🛵🏍🚌🚙
Permudahlah setiap orang yang singgah di masjid, terutama tandas yg bersih, cantik dan selesa dgn kemudahan yg mencukupi dan sempurna.
Barangkali kerana amal kecil itu boleh menjadi sebab ke syurgaNya.
Tulisan ini ditujukan kepada Tuan Imam, Pengerusi dan AJK masjid di tepi jalan besar dan lebuh raya di seluruh Malaysia.
Jika dibimbangkan barang2 masjid dicuri, barang2 penting dan berharga, simpan dlm bilik yg berkunci dan/atau pasang cctv. Banyak masjid dah pasang cctv.
Tulisan ini hanya untuk menasihati diri sendiri yang sering lupa.😭
*ADA MASJID YG SANGGUP BIARKAN JEMAAH KEPANASAN. SUHU AIR COND SLOW DAN KELAJUAN KIPAS SEDERHANA.*
No comments:
Post a Comment