Saturday, August 31, 2019

Apa itu " Social Engineering

* *???*👍🏻💸💸💸💸💸💸💸💸💰

Waktu itu saya menghantar Isteri ke sebuah bank Argo di pusat bandar untuk mengambil wang Di ATM.🏧 Sesudah sampai di tempat tujuan, isteri saya turun terlebih dahulu sementara saya mencari tempat parking kereta.🚙🚗🚎🚐

Ketika saya menuju masuk kedalam Bank, saya melihat isteri saya tengah bercakap dengan dua orang lelaki yg tidak kami kenali.👥 Saya menghampiri dengan diam-diam sambil mendengarkan perbualan mereka.

_"Jadi begini puan,"_ kata salah Seorang diantaranya. _"Saya mahu transfer wang ke saudara saya, namun kad ATM saya Ketinggalan.💳 Saya cuma nak minta tolong puan untuk transferkan Rm 1,000.00 ke nombor akaun ini dan wangnya nanti saya ganti balik sekarang juga, ini sudah saya pegang."_💰

*" Saya minta maaf, tidak dapat membantu Kamu"* kata isteri saya.👩🏻

_"Kenapa puan?,"_🗣 tanya salah seorang diantara mereka dgn nada suara tinggi.

_" Puan tidak percaya kepada kami kah?"_🗣

*"Ya, saya tidak percaya kepada kamu,"* 👩🏻

kata saya dengan tegas sambil mendekati Isteri saya.👩🏻 Kedua-dua orang itu memandang ke arah saya...👥

*"Kamu siapa?
mencampuri urusan Orang lain."*💁🏻‍♂🤷🏻‍♂

*"Dia Isteri saya.Kamu  Ni kenapa? Saya tidak percaya kepada kamu dan kalau kamu tetap memaksa isteri saya, saya akan suruh guard/polis/Orang ramai di luar tangkap kamu."*👮🏻👮🏻‍♀🔗

Mereka berdua nampak serba salah dan terus bergegas keluar & menuju ke motornya tanpa menoleh lagi.🏍🛵

Hari berikutnya.. Tempat kejadian berlaku di Lapangan terbang KLIA..🛬🛫 Masa tu Saya ingin balik ke kampung Di Tawau..✈

Masa saya hendak Check in,🛂🛃 Orang yang sedang proses Check in didepan saya nampaknya agak kebingungan dgn Barangnya. Cukup banyak sehingga melampaui Batas yang dibenarkan. Ia kemudian menoleh ke arah saya dan meminta Bantuan.

_"en, saya lihat barang en sedikit,"_

Yaa..

katanya sambil menatap kewajah saya. _

"Boleh kah encik bawakan barang saya ?"_

Saya langsung  menggeleng.

*"Maaf tuan, saya tidak boleh tolong kamu,"* jawab saya tegas.

*"Kenapa encik? encik tidak mempercayai saya?"*

YAAaaaaaa!

*"Bagaimana saya boleh percaya dengan tuan, saya tak kenal pun tuan/puan.

Jika  Bagasi tuan itu berisi Barang Berbahaya,🔫💣🧨💊💉🚬 nanti  barang itu terdaftar atas Nama saya.

Sayalah yang akan bertanggungjawab dan berurusan dengan Pihak kuasa...👮🏻👮🏻‍♀🔗 bukan Anda."*

*"Habis saya  bagaimana?"*

*"Maaf, itu Masalah Anda, bukan Urusan saya. Lagipun tuan/puan ada pilihan , bayar/tinggal kan saja yg lebihannya."*

Saya lihat Counter Check in sebelah kosong, 👮🏻👮🏻‍♀

Petugasnya mengangguk kepada saya.👍🏻👮🏻👮🏻‍♀

Segera saya kesana, mengurus Check in dan beranjak masuk ke Lounge.

*Itulah " Social Engineering ",*

*Sebuah Teknik untuk Memanipulasi dan Mengarahkan Perilaku Seseorang atau Sekelompok Orang dengan Menggunakan Kekuatan Hipnotik Bahasa, Rasa janggal serta tekanan Peribadi  Seseorang Terhadap Suatu Isu.*

Seiring dengan berkembangnya Teknologi...,

*" Teknik Human Engineering " juga Banyak berlaku dalam Dunia Sosial Media melalui Berita-berita sensasi/viral.*
*Oleh karena itu jangan heran jika  Tukang Sampah hingga Orang Berpendidikan sangat Tinggi, bisa Terpengaruh karenanya.*

_Semoga Berguna_... 👍
*Kata kata seperti ini :*

*"Encik tidak percaya dgn saya ?"*

Biasanya kita jadi bingung, jadi begitu kerana ,takut menghina mereka  lalu kita jawab :

*" Bukan begitu...tapi......."*🤗

Nah disaat itu, kita Menempatkan Diri Dibawah Mereka.😈

*Harusnya Terus saja menjawab :*

*"MAAF"*
*"YA...SAYA MEMANG TIDAK PERCAYAKAN KAMU.."*

Dalam Cerita Diatas.👿
Ketika itu Penjahat Tahu Kita Bukan Calon Korban Yang Lemah.💪🏻👁😲

TOLONG SHARE KEPADA LAIN 👍🏻
📱📲

BIAR TIDAK MENJADI MANGSA PENIPUAN..💸💰 ☠💀

Thursday, August 29, 2019

Chemistry

A New Metal has been added to Chemistry

Name: *Wife*
Symbol: Wf
*Atomic mass:* Light when first found... tends to get heavier with time.

*PHYSICAL PROPERTIES*

- Boils at any time
- Can freeze at any time
- Melts if treated with love
- Very Bitter if Mishandled

*CHEMICAL PROPERTIES*

- Very Reactive
- Highly Unstable
- Possesses Strong Affinity towards Gold, Silver, Diamond, Platinum, Credit cards, Debit cards & Cheque books
- Money Reducing Agent

*OCCURRENCE*

Mostly found in front of the Mirror or taking Selfies.

It's highly flammable when mixed with in-laws.

It has mixed properties when seated with parents.
# Very harmful to you if she sees you with any element similar to itself!

*Please circulate to all scientists*

😂😂😂😂

Wednesday, August 28, 2019

Jom solat jemaah

*KHAS UNTUK LELAKI SEJATI*

*UNTUNGNYA SOLAT DI MASJID :*

1. Pahala sahut seruan azan.
2. Pahala melangkah ke masjid.
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid.
5. Pahala doa masuk masjid.
6. Pahala solat tahiyyatul masjid.
7. Pahala i'tikaf.
8. Pahala solat berjamaah.
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam.
10. Pahala Aamiin bersama imam.
11. Pahala rapatkan saf.
12. Pahala luruskan saf.
13. Pahala dengar tilawah quran.
14. Pahala hubung silaturrahim.
15. Pahala duduk dalam majlis zikir.
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu.
17. Pahala jadi makmum.
19. Pahala bersalaman dgn kwn2 ahli jamaah.
20. Pahala menuntut ilmu.
21. Pahala nasihat menasihati.
22. Pahala bersihkan masjid.
23. Pahala mendengar dan mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa.
25. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah s.a.w.
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam.
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri.
28. Pahala infaq/derma kat tabung masjid.
29. Setiap benda  yg berbekas semasa  pergi dan  balik  masjid akan  jadi saksi  di  akhirat cthnya tapak kasut/selipar, tayar  kenderaan,  debu/ rumput  yg dipijak.  Rujuk surah  Yaasin ayat  12.
30. Menyulitkan syaitan utk melakukan godaan atas sebab solat  berjemaah.

#  Tu dia , untungnya pi masjid naa, JOM..! Kalu takmau jugak? Rugi lah kita. Sama2 lah muhasabah diri.
   
Wallahu'alam..

*pakat2 share semoga beri manfaat kpd kita semua* ..lelaki sahaja.. perempuan afdhal di rumah..😁

Sunday, August 25, 2019

Ajal akan tiba

*💗💗💗KETIKA REZEKIMU HABIS, MAKA AJALPUN TIBA*

*(Rugi kalau tidak baca sampai selesai)*

*Jangan pedulikan jasadmu yang akan busuk & hancur!! ...  Kaum muslimin akan melaksanakan kewajipan mereka:*

*1. Memandikan mu*
*2. Mengkafani mu*
*3. Menyolati mu*
*4. Menguburkan mu*

*Yakinlah!!! bahawa:*
*Dunia tidak sedih dengan KEMATIAN mu*

*Alam semesta tidak berduka atas kepergian mu.!*

*Segala sesuatu akan berjalan seperti biasa dan tidak berubah dengan perpisahan mu.!!*
*Perekonomian akan terus berputar.*!

*Pekerjaanmu, akan digantikan orang lain*!

*Hartamu akan pindah tangan secara halal kepada ahli waris.!*

*Sementara ​Anda yang akan di HISAB atas segala sesuatu hingga perkara yang besar sampai dengan hal yang paling kecil.!!*

*Yang pertama lepas dari mu, adalah *namamu..*

*Saat Anda meninggal dunia: Orang2 bertanya : ​​Dimana MAYATnya?​​*

*Mereka tidak lagi memanggil mu dengan namamu.. Namamu tinggal kenangan belaka*

*Ketika mereka akan mensholati, mereka bilang : ​​Bawa sini *JENAZAHnya.!!!​​* *Mereka tidak lagi menyebutkan *namamu.. Betapa cepat *namamu hilang berlalu....​*

*Ketika mereka akan menguburkan mu, mereka berkata: ​ *Dekatkan MAYATnya.!!​* *tanpa menyebutkan *namamu..*

*_Kerana itu..._*
*_Janganlah tertipu oleh kehormatan, status sosial dan kelebihan kelompokmu..!!_*

*_Jangan terperdaya oleh kedudukan, jawatan dan nasab keturunanmu...!!_*

*_​Alangkah fananya dunia ini... dan betapa besar apa yang akan kita hadapi...​_*

*KESEDIHAN ORANG ATAS KEPERGIAN MU ADA 3:*

*1.Orang yang mengenal mu sepintas akan mengatakan: ​​Kasihan...!!​​*
*2.Teman dan sahabatmu akan bersedih beberapa saat atau beberapa hari, kemudian mereka  kembali pada rutin dan canda tawa mereka..*

*3.Kesedihan mendalam di rumah...Keluargamu akan bersedih sepekan... satu-dua bulan atau hingga satu tahun... Kemudian mereka akan meletakkanmu dalam album kenangan...*

*Demikianlah... Kisah mu di antara manusia telah berakhir...*

*Anda hanya tinggal ​ *ALBUM KENANGAN​.*

*Kisah mu yang sebenarnya baru dimulai... bersama sesuatu yang nyata, iaitu : ​Alam Akhirat​*

*Telah lepas darimu:*
*1.Ketampanan/Kecantikan*
*2.Harta/Rumah*
*3.Kedudukan/Jawatan*
*4.Anak*
*5.Isteri/Suami*

*​Kehidupan mu yang sesungguhnya baru dimulai​*

*Pertanyaannya sekarang adalah :*

*​Apa yang telah Anda siapkan untuk *kubur dan akhirat mu.????? Ini adalah KENYATAAN yang akan terjadi dan perlu direnungkan.!!​*

*​Check ibadahmu... yang wajib dan yang sunnah​..*
*​Check Amal sholeh dan* *Sedekah​ mu..​Check perilaku dan tingkah laku mu..*

*​Semoga kita semua menyiapkan bekal utk kehidupan yg kekal.. Dan Selamat di Akhirat..*

*Jika Anda membantu mengingatkan orang lain dengan menyebar postingan ini... ​In Shaa Allah...​ Anda akan dapatkan buah dari peringatan Anda ini dalam timbangan amal kebaikan pada hari Qiamat.*

*_"Dan berilah peringatan! kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang2 beriman"_*

*Kenapa Mayat memilih: *"SEDEKAH jika kembali ke dunia? Sebagaimana firman Allah:*

*​"Ya Allah! jika Engkau tunda ajalku sebentar saja, nescaya aku akan bersedekah"​*

*Mereka tidak mengatakan:*
*👉Nescaya Aku akan Haji/Umrah..*
*👉Nescaya Aku akan Sholat..*
*👉Nescaya Aku akan Puasa..*

*Para Ulama menjelaskan : "Mayat hanya mengatakan *Sedekah kerana dia melihat pahala sedekah yang sangat besar setelah kematian"*

*Maka ​perbanyaklah sedekah​*
*untuk saat ini bersedekahlah dengan mengirim/menyebarkan postingan ini pada teman/saudara ​dengan niat kerana Allah,*

*💗💗💗 Kalau ada manusia tidak mahu copy paste kepada group-group yang lain itulah tandanya manusia paling malas di dunia yang berada di laman sosial, kalau copy paste yang merapu meraban tu cepat saja tangannya memindahkan ke group lain*

*Mari Budayakan Sedekah bukan pergi umrah beratus kali bersedekah lebih Afdal/bagus*
*MARI SENTIASA BERTAUBAT DAN BERIBADAH DAN MELAKUKAN KEBAIKAN. Aamiin*

Tuesday, August 20, 2019

*MATI SEBELUM MATI*

Ada satu istilah sufi,
Iaitu mati sebelum mati,

Apakah maksud mati si sufi,
Bukan bercerai nyawa dari badan,

Bercerai nyawa dari badan,
Itu hanya perpindahan,

Berpindah dari alam benda,
Masuk ke dalam alam nyawa,

Namun kita hidup juga,
Hanya berpindah alam saja,

Hidup terus wujud,
Kerana ia pancaran Al-Wujud,

Di alam sana kita wujud juga,
Melihat tanpa mata,
Mendengar tanpa telinga,

Lebih jelas dan nyata,
Kerana dinding badaniah tidak ada,

Apakah mati menurut si sufi,
Dengarlah huraian di bawah ini,

Mati di sini dalam khayalan,
Dalam khayalan dan perasaan,

Khayalan dan perasaan,
Sangat penting dalam kesufian,

Matikan ego mu,
Matikan nafsu amarahmu,

Matikan kepentingan diri,
Tegakkan kepentingan ilahi,

Nafikan dirimu ithbatkan allah,
Hingga terasa tiada wujud selain allah,

Hingga terasa dirimu kosong belaka,
Hanya Allah segala gala,

Hingga terasa tidak ada segala sesuatu,
Yang ada hanya zat yang maha satu,

Bila allah terdiri dalam hati,
Terasa lenyap diri sendiri,

Nafi yang lain ithbatkan Allah,
Itulah rahsia Laailaha'illallah,

Terasalah dalam perasaan si sufi,
Dia telah binasa dan mati,

Yang hidup hanya Allah,
Yang wujud hanya Allah,

Inilah dalam perasaan,
Inilah dalam khayalan,

Orang sufi orang ruhani,
Merenung jauh ke dalam diri,

Berbagai ilham mereka perolehi,
Orang bukan sufi sukar mempercayai,

Bukan senang menjadi sufi,
Perlu latihan secara ruhani,

Mereka bersembahyang mereka berpuasa,
Mereka berzikir segenap masa,

Bersihkan hati hingga bergilap,
Bercahaya bersinar tiada lagi gelap,

Hati dicuci dengan zikrullah,
Jiwa yang kembali mengadap Allah,

Guru itu sebagai pembimbing,
Menuju ma'rifat yang hening,

Ma'rifat itu pengenalan,
Mengenal Allah mengenal insan,

Apabila sampai ke ma'rifat suci,
Terasalah ia hampirnya rabbi,

Terlalu hampir terlalu nyata,
Lidah kelu hendak berkata,

Tidak dapat dikatakan,
Hanya terasa dalam khayalan,

Orang sufi hampir dengan Robbi,
Mereka kosong dari ego sendiri,

Mereka menjadi cermin Allah,
Mereka menjadi tanda tanda Allah,

Mereka itu sudah kembali,
Kembali ke hadrat ilahi,

Badan didunia tapi ruh disisi Allah,
Mati pada diri tetapi hidup dalam Allah,

Mereka itu hamba Allah sejati,
Mereka itu hanya menifestasi,

Kalau kau perangi wali Allah,
Kau sebenarnya memerangi Allah,

Kalau kau wali Allah,
Lontaranmu lontaran Allah,

Pukulanmu pukulan Allah,
Bukan kau yang melakukan...
sebenarnya Allah,

Wali Allah sufi sejati,
Doanya makbul di restui ilahi,

Mereka menjadi khalifah Allah,
Mereka hanya ayat ayat Allah,

Belajarlah pada syekh sufi,
Agar kau diberkati ilahi,

Terlalu hampir sekali,
Terasa diri tiada lagi,

Matilah diri hiduplah Allah,
Semata mata yang ada hanya Zat Allah

........................................

semoga mudah di fahami..

Untuk ajk masjid

*JANGAN DIKUNCI PINTU MASJID*

🚪🗝🚪🔑🚪🗝

Sahabat, bila suatu hari nanti anda atau saya diizinkan Allah mampu membina masjid,
🕌🕌🕌🕌

Pesanan hamba;

Bukalah pintu masjid 24 jam agar kita tidak malu dihadapan Allah yang telah membukakan pintu keampunanNya untuk kita semua setiap masa.

Barangkali ada saudara kita yang ingin beri'tikaf malam atau bertahajjud dan pintu masjid yang dijaga oleh ta'mir tetap terbuka.

*Jangan tulis  "Dilarang Tidur di Masjid",* kerana kita tidak tau ada  musafir yang tiada wang untuk menginap di hotel.

Perkarangan masjidlah tempat mereka berhenti rehat jika tiada disediakan tempat khas untuk tetamu.

Jangan tulis,
🚰🚿🚽🚰🚿🚽
*"Selain jamaah masjid dilarang menggunakan toilet".*

Mengapa tidak fikir musafir terutama ada anak kecil, hanya menumpang berak kencing.

👶👧🏻👶👧🏻👦🏻🧒🏻

Jangan tulis *"Jangan membawa anak2",* ketahuilah anak2 itulah yang akan jadi penerus generasi.

Sahabatku, semarak masjid seselesa mungkin, kerana masjid bukan hanya sekadar tempat sujud, tetapi boleh digunakan untuk bermusyawarah, menimba ilmu serta menenangkan hati dan merehatkan zahir dan batin.

Sebelum hamba berundur, "Bila anda jadi pengurusi masjid, jangan bangga jumlah infak yang banyak tapi tidak digunakan untuk kemakmuran masjid & Hidupkn 5 amal masjid..DAKWAH |TAKLIM |TAKLUM |IBADAT KHIDMAT.

*Ingatlah!*  
💷💶💴💵
Orang berinfak ke masjid itu berharap pahala jariah, bagaimana mereka dapat pahala amal jariah dan anda dapat pahala menjaga amanah, sedangkan wang infak mereka tuan2 tidak gunakan, kerana tuan2 hanya bangga dengan jumlah banyaknya saja, dipamirkan untuk menunjukkan tuan2 dan ajk2 lain tidak songlap duit masjid. 💰💰💰

🚗🚲🛵🏍🚌🚙
Permudahlah setiap orang yang singgah di masjid, terutama tandas yg bersih, cantik dan selesa dgn kemudahan yg mencukupi dan sempurna.

Barangkali kerana amal kecil itu boleh menjadi sebab ke syurgaNya.

Tulisan ini ditujukan kepada Tuan Imam, Pengerusi dan AJK masjid di tepi jalan besar dan lebuh raya di seluruh Malaysia.

Jika dibimbangkan barang2 masjid dicuri, barang2 penting dan berharga, simpan dlm bilik yg berkunci dan/atau pasang cctv. Banyak masjid dah pasang cctv.

Tulisan ini hanya untuk menasihati diri sendiri yang sering lupa.😭

*ADA MASJID YG SANGGUP BIARKAN JEMAAH KEPANASAN. SUHU AIR COND SLOW DAN KELAJUAN KIPAS SEDERHANA.*

Wednesday, August 7, 2019

Pele tanoh

Pagi tadi ayah ke pejabat tanah.Pasal ayah nak mintak kelulusan renovate dapor ayah tu sikit la.Bukan apa tuan2,takot terambik pulak tanah jiran tu.Jadi ayah ke pejabat tanah mintak pandangan.Sampai2 pejabat tanah,ada seorang gadis yang ayah tidak kenali namanya menyambut ayah dengan secebis senyuman.”Ada apo saya boleh bantu abe”.Tanya gadis tadi dengan penuh minat sambil mengetap2 bibir

“Saya datang pepagi ni nak mintak kelulusan buat rumah.Macam mana cara dia”.Jawab ayah sopan

“Oooo.Lagu ni.Mulo2 kito keno tengok pele dulu”.Jawab gadis tadi lembut

“Peleee”.Ayah dah cuak ayah dah cemas.Tapak tangan ayah mulai basah

“Ado dok?.Kalu ado wat tubik lah kito nok tengok”.Tegas gadis tadi sambil memandang tepat ke mata ayah

“Mana boleh Cik.Jangan macam2”.Balas ayah perlahan

“Bak po tok lehnyo?.Cepatlah wat tubik”.Gadis tadi mula menekan2

“Kalau tak tengok tak boleh ke Cik”.Jawab ayah

“Tok leh la.Nok luluh guano kalau tok tengok pele tu”

“Serius la Cik.Bukan taknak tunjuk,tapi takkan la nak tunjuk kat sini”.Tegas ayah sambil tangan perlahan2 masuk dalam kocek sluar

“Malu bakpo pulok?.Pah tu bowok pele wat gapo kalu tok sir tunjok?”.

“Malu la Cik.Pele saya kecik je”.Peluh ayah mula bercucuran kepipi lalu turun membasahi bumi

“Laa.Kecik pun takpo asalkan cukup syarat”.Balas gadis tadi tegas

“Betul ni nak tunjuk?.Ramai orang ni”.Tanya ayah penuh minat

“Laaa tok apo.Nok malu ko gapo.Wat tubik letok atas mejo kaunter ni pun buleh”.Kata beliau bersunggguh

Tanpa memikir masa depan.Ayah pon hentak atas meja

“Nak pele sangat.Nah amik”.Kata ayah kompiden

“Hok alohhh buke pele ni.Pele rumoh la bodo.Nate babi mu ni”.Jerit gadis tadi sambil menutup sebelah mata

“Dah tadi besungguh nak tengok pele.Dah tunjuk marah2 pulak”.Jawab ayah kehairanan

Tuesday, August 6, 2019

*DERITA ORANG PENGHUJUNG USIA*

Tak tahu siapa penulis asal artikel ni. Tapi sedikit sebanyak membantu buka minda dan jiwa ...

*DERITA ORANG PENGHUJUNG USIA*

Ramai orang tua hidup derita sebab tak merancang!
Kalau derita sekadar di dunia ok lagi, tapi yang ditakuti derita dunia akhirat.
Di usia pencen ini tak payah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dengan game atau apa saja yang tak faedah.
Badan dah tak berapa larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dalam iman/ibadah.
Sekarang banyak majlis ilmu. Mengajilah... Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak dulu.

Cadangan Manfaat:

1. *Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid* untuk memastikan aqidah kita betul sebab jika salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga.
Mantapkan juga *ilmu feqah dan tasauf*.
Jangan asyik belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah *kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar*.
Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak ada siapa nak dengar suara tua kita yg merdu tu. Yg penting *banyak tadabbur quran* dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. *Banyakkan taubat*. Taubat tak kira tempat. Di mana pun boleh taubat. Bukan di Mekah saja. Kita banyak dosa. Jangan abaikan taubat walau sehari.

3. *Qodho segala solat* yang pernah kita tertinggal, abaikan. *Perbaiki ilmu solat*. Jangan pulak masa terluang yg banyak tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu dah kerepot. Takde siapa main cinta dah!

4. Dapat RM pencen jangan sibuk shopping bergaya macam orang kaya2. Itulah RM belanja penyambung nyawa kita 10-15 tahun lagi. Jangan pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna RM untuk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua *hutang kita kepada Allah*. Jangan lupa *hutang pada manusia* yang belum dibayar!

5. Kalau belum ke Mekah & dah ada RM *pergilah Mekah*. Jangan sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung sebab takut kena hujan.

6. *Banyakkan sedekah jariah dan wakaf*. Bukan sedekah kepada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah bermaksud sedekah kepada orang buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat *senaman* & *check up hospital* selalu. Supaya kita tak sakit, menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.

8. *Jangan banyak tidur* sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama!

9. *Jangan jadi kuli anak* waktu tua. Waktu inilah anak2 yang tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kemudahn mereka melaram pergi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dsbnya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. *Jangan sesekali terlibat dengan bisnes!* Cukuplah pencen/simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner/pak guard lah kita sampai mati.

11. *Berhati2 bagi anak pinjam RM* untuk perkara yang tak penting bagi mereka. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik! Itu RM hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak2. Sayang anak biar bertempat. Jangan sesekali kita diperbodohkan.
Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan seperti mana kita dulu yang ikat perut besarkan mereka. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa fikir masa depan anak2 mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal2. Sambil perhatikan, berilah nasihat.

12. *Berziarahlah kawan2 dan sedara mara* sebab usia kita pun tak panjang. Kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu inilah kita *tebus segala dosa* agar kita clear *dengan manusia* bila mati.

13. Akhirnya, *bersabarlah* hidup di hari tua. Ujian macam kelkatu. *Banyak ingat Allah & baca quran*. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.

Jangan sesekali menyusahkan orang atau anak2 asb

ab *kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua.*
Ingatkan anak2 jangan ambil kesempatan rezeki hari tua kita. Inilah masa anak2 nak balas budi pada kita, sementara nyawa ada. Bila balik rumah kita jangan kata rindu masakan emak. Padahal ini lah masa anak masak untuk orang tuanya, bukan nak order je. Dulu kita dah susah payah besarkan mereka.
Biar sisa2 umur yang kita ada ni dihargai oleh anak2.

🌾 Semoga bermanfaat....n renungan utk kita sama2 .
In Shaa Allah

Friday, August 2, 2019

Kulit durian boleh di masak

Dah 50 tahun hidup baru tahu kulit Durian Boleh dimasak
1) RENDAM KULIT DURIAN HINGGA LEMBUT
2) ANGKAT DAN HIRIS KECIL-KECIL
3) TUMISKAN BAWANG DAN LETAK GARAM
4) MASUKKAN KULIT DURIAN TADI, DAH NAIK BAU
Angkat dan buang semuanya...
Sebab Boleh dimasak Je.. makan tak boleh☺