Tuesday, July 30, 2019

Kisah d kenduri

...alkisah ketika sedang beratur utk mengambil sup daging disatu majlis buffet majlis perkahwinan, ramai yg  beratur panjang tunggu giliran,  tapi line tak bergerak.. rupa2nya ada sorang warga emas asyik berulangkali menceduk kedalam bekas besar sup itu. Kerana tak sabar Zamani yg berada  di belakang sekali tu bersuara lantang. "pak cik.. janganlah memilih-milih sangat daging sup  tu.. kami semua dah lama tunggu ni.. ambil apa yg ada je lah"
pak cik: " maaf ye.. bukan pak cik nak memilih-milih daging.. tapi pak cik nak cari gigi palsu pak cik yg terjatuh dalam bekas sup ni"

..dan-dan lepas tu semua yg beratur di belakang bersurai membiarkan pak cik tu sorang-sorang menceduk sup tu.

No comments:

Post a Comment