Tuesday, July 30, 2019

Kisah d kenduri

...alkisah ketika sedang beratur utk mengambil sup daging disatu majlis buffet majlis perkahwinan, ramai yg  beratur panjang tunggu giliran,  tapi line tak bergerak.. rupa2nya ada sorang warga emas asyik berulangkali menceduk kedalam bekas besar sup itu. Kerana tak sabar Zamani yg berada  di belakang sekali tu bersuara lantang. "pak cik.. janganlah memilih-milih sangat daging sup  tu.. kami semua dah lama tunggu ni.. ambil apa yg ada je lah"
pak cik: " maaf ye.. bukan pak cik nak memilih-milih daging.. tapi pak cik nak cari gigi palsu pak cik yg terjatuh dalam bekas sup ni"

..dan-dan lepas tu semua yg beratur di belakang bersurai membiarkan pak cik tu sorang-sorang menceduk sup tu.

Monday, July 29, 2019

Menantu

9 nasihat dari seorang Hakim yang mengendalikan satu kes kekeluargaan di Mahkamah Syariah.

1. Jangan galakkan anak dan menantu perempuan anda tinggal bersama anda. Sebaiknya, minta mereka berpindah walaupun terpaksa menyewa rumah. Lebih jauh lebih baik. Ini bertujuan untuk menjaga perhubungan yang lebih baik di masa hadapan.

2. Layani menantu perempuan anda seperti menantu, bukannya seperti anak perempuan anda. Anak lelaki anda sentiasa menjadi anak anda. Tetapi, jika anda melayan menantu perempuan seperti anak apatah lagi jika anda pernah memarahinya maka menantu anda akan ingat sehingga mati. Dalam kehidupan dia selama ini hanya Ibu dan bapanya sahaja yang layak memarahinya.

3. Apa saja karakter atau tabiat yang menantu anda ada bukanlah masalah anda. Itu adalah tanggunjawab anak anda untuk memperbetulkan apa yang tidak betul.

4. Jangan sesekali basuh pakaian, memasak dan menjaga cucu anda melainkan diminta oleh mereka. Akan tetapi jangan mengharap balasan di masa mendatang. Usah terlalu risau dengan kemampuan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut dilakukan.

5. Berpura-pura menjadi bisu dan pekak apabila mendengar anak dan menantu anak bergaduh. Jangan masuk campur. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Mereka tidak gemar orang lain ikut campur.

6. Cucu anda adalah hak mutlak Ibu dan bapa mereka. Bagaimana mereka ingin membesarkan cucu anda terpulang kepada mereka. Baik atau buruk itu urusan mereka.

7. Menantu anda tidak perlu respek dan melayan anda. Itu adalah tugas anak lelaki anda. Anda sepatutnya sudah memberi didikan terbaik dan anak anda mampu mengajar isterinya untuk menghormati anda.

8. Buat perancangan awal sebelum anda bersara. Jangan harapkan anak anda. Anda telah pun berjalan jauh dalam kehidupan dan masih banyak lagi yang boleh dipelajari. Seperti kata pepatah Inggeris, "It is your own interest that you enjoy your retirement years.  Better if you could utilise & enjoy everything that you had saved before you die.  Don't let your wealth become worthless to you.'

9. Cucu bukan milik anda. Mereka adalah hadiah dari Tuhan kepada anak dan menantu anda.

Pesanan di atas bukan hanya untuk anda. Kongsikan pada sahabat, pakcik makcik keluarga mertua, suami atau isteri anda supaya anda boleh mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.

C/p dari Group WhatsApp
#KongsiSebagaiPeringatanBersama
#KenanganMeminangAnakDaraOrang
#MenantuPerempuanSorang
#SemogaAllahBeriLimpahanKebahagiaan

Saturday, July 27, 2019

Ayam oh ayam

Kalau nak tahu, binatang yg paling miskin ada lah ayam. Kasihan, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Hati sedih sampai tulis pun CAKAR-CAKAR AYAM. Tidur pun tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut. BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Punca nya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR. Kalau lelaki bawa perempuan dikata BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan pelacur dikatakan IBU AYAM.

Telur AYAM goreng dikatakan MATA LEMBU. Lembu dapat nama. Malang sungguh nasib mu sebagai seekor AYAM.

Walau begitu sifat ayam ia tetap bangun sebelum subuh dan masuk reban sebelum maghrib....
Fikir-fikirkanlah

Wednesday, July 24, 2019

_*Semua Bermula dari Hati*_

*Hati* yang bersih,
tak akan pernah menyakiti hati orang lain, jika ia di sakiti, ia membalasnya dengan sebuah senyuman dan kebaikan..

*Hati* yang suci,
tak akan pernah mengecewakan orang lain, jika ia di kecewakan,
ia akan membalasnya dengan kesabaran dan do'a² untuk kebaikannya..

*Hati* yang baik, tak akan pernah merasa paling kerana baginya semuanya punya kebaikan dan kekurangan
  
*Hati* yang indah akan terpancar dari raut wajah, ramah dan mensaudara.
    
*Hati* yang tulus akan menenangkan jiwa, menghadirkan secebis perkataan yang lembut, memiliki kesederhanaan dalam bersikap.
 
Kita takkan pernah sempurna dimata manusia..
Biarlah Allah yang menilai kita..    
Kerana Allah tahu apa yang ada *dihati* kita..

Semoga kita menjadi pribadi yang baik..dan memiliki hati yang terbaik..

Monday, July 22, 2019

Mohon pandangan kawan-kawan


Saya ada kawan yang sudah berkahwin ( Fuad  bukan nama sebenar ).. suami isteri bekerja.
Isterinya kerja kilang ... tapi selalu balik lewat ...alasannya OT ... kadang-kadang yang peliknya kena travelling 2 hingga 3 hari. Baru2 ni raya pun kena kerja. Pelik, takkan tak ada cuti, kan?
Apabila di rumah, asyik main handphone. Sebelum ni tak ada password ...sekarang dah ada password bagai. Bila minta pattern password, tak bagi. Bila telefon berdering, dia pergi jauh² untuk angkat telefon tu.
Satu hari tu, kawan saya ni plan nak intai bini dia dekat tempat kerja. Dia pinjam motor kawannya supaya isterinya tak perasan kelibat dia.Motor RG sukan aje. Masalahnya, motor kawannya tu dah la uzur .Plat MAF 42.. selalu semput-semput.
Nak jadi cerita ... dalam dia tunggu-tunggu tu, sebuah kereta Exora sampai. Di dalamnya nampak seorang lelaki. Tiba-tiba keluar kelibat isteri dia dari kilang tu dan terus saja masuk ke dalam kereta tu. Kawan saya ni buat-buat la berlakon supaya isteri dia tak perasan.
Bila Exora tu dah gerak ...terus kawan saya ni start motor dan kejar kereta tu tapi tersenggut-senggut pula motor tu. Tiba-tiba, nak jadi cerita, enjin motor tu mati pulak ... tak pasal-pasal dia ketinggalan jauh dari Exora tu....
Jadi, nak tanya korang ... apa yang perlu dibuat, ya ...plagnya ke yang rosak atau karburatornya? Sebab bila cuba start tak mau hidup pulak ... dah try buka plag, nampak okey jer ... minyak pun penuh lagi ... roadtax insurans semua hidup lagi! k?Kenapa, ye?
Sapa ada kenal pomen motor ... boleh pm.

Saturday, July 20, 2019

Pelaburan hari tua

Buka Facebook pagi tadi ada posting peluang pelaburan.
Dia kata melabur dgn  hanya sebanyak RM250, saya boleh relax dan baring sampai ke tua.

Saya pun masuk website nya.
Hampeh, dia jual kerusi malas...
😁

Thursday, July 18, 2019

Please read this

Please read this carefully and get your son or daughter to read it too.🤔🤔🤔

This post is about what happened in a typical middle-class household.
The son didn’t like living in his father’s house. This was because of his father’s constant ‘nagging’;

“You are leaving the room without switching off the fan”

“The TV is on in the room where there is no one. Switch it off!”

“Keep the pen in the stand; it is fallen down”

The son didn’t like his father nagging him for these minor things. He had to tolerate these things till yesterday since he was with them in the same house.

But today, however, he had an invitation for a job interview.

“As soon as I get the job, I should leave this town. There won’t be any nagging from my father” were his thoughts.

As he was about to leave for the interview, the father advised:

“Answer the questions put to you without any hesitation. Even if you don’t know the answer, mention that confidently.”  His gave him more money than he actually needed to attend the interview.

The son arrived at the interview centre.
He noticed that there were no security guards at the gate. Even though the door was open, the latch was protruding out probably hitting the people entering through the door. He put the latch back properly, closed the door and entered the office.

On both sides of the pathway he could see beautiful flower plants. The gardener had kept the water running in the hose-pipe and was not to be seen anywhere. The water was overflowing on the pathway. He lifted the hosepipe and placed it near one of the plants and went further.

There was no one in the reception area. However, there was a notice saying that the interview was on the first floor. He slowly climbed the stairs.

The light that was switched on last night was still burning at 10 am in the morning. He remembered his father’s admonition, “Why are you leaving the room without switching off the light?” and thought he could still hear that now. Even though he felt irritated by that thought, he sought the switch and switched off the light.

Upstairs in a large hall he could see many aspirants sitting waiting for their turn. He looked at the number of people and wondered if he had any chance of getting the job.

He entered the hall with some trepidation and stepped on the “Welcome” mat placed near the door. He noticed that the mat was upside down. He straightened out the mat with some irritation. Habits die hard.

He saw that in a few rows in the front there were many people waiting for their turn, whereas the back rows were empty, but a number of fans were running over those rows of seats. He heard his father’s voice again, “Why are the fans running in the room where there is no one?” He switched off the fans that were not needed and sat at one of the empty chairs. He could see many men entering the interview room and immediately leave from another door. There was thus no way anyone could guess what was being asked in the interview.

When it was his turn, He went and stood before the interviewer with some trepidation and concern.

The officer took the certificates from him and without looking at them asked, “When can you start work?”

He thought ,”is this a trick question  being asked in the interview, or is this a signal that I have been offered the job?” He was confused.

“What are you thinking?” asked the boss. “We didn’t ask anyone any question here. By asking a few questions we won’t be able to assess the skills of anyone. So our test was to assess the attitude of the person. We kept certain tests based on the behaviour of the candidates and we observed everyone through CCTV. No one who came today did anything to set right the latch at the door, the hose pipe, the welcome mat, the uselessly running fans or lights. You were the only one who did that. That’s why we have decided to select you for the job”, said the boss.

He always used to get irritated at his father’s discipline and demonstrations. Now he realized that it is only the discipline that has got him his job. His irritation and anger at his father vanished completely. He decided that he would bring his father too to his workplace and left for home happily.

Whatever our father tells us is only for our good aimed at giving us a bright future!

A rock doesn’t become a beautiful sculpture if it resists the pain of the chisel chipping it away.

For us to become a beautiful sculpture and a human being we need to accept admonitions that chisel out the bad habits and behaviour from ourselves. That is what our father does when he disciplines us.

The mother lifts the child up on her waist to feed her, to cuddle her, and to put her to sleep. But the father is not like that. He lifts the child up on his shoulders to make her see the world that he couldn’t see.

We can realize the pain the mother undergoes by listening to her; but the father’s pain can be realized only when others tell us about it.

Our father is our teacher when we are five years old; a terrible villain when we are about twenty, and a guidepost as long as he lives... .

Mothers can go to her daughter’s or son’s home when she's old; but the father doesn’t know how to do that... .

There is no use in hurting our parents when they are alive and remembering about them when they have passed away. Treat them well always.

This is an example of mentorship.

*PLEASE! Share with parents & children. 😁😁😁

Monday, July 15, 2019

DILEMA POLIS PENCEN

Nama saya Haji Othman. Umur 58 tahun. Sejak pencen 3 tahun yg lalu, saya byk menghabiskan masa di Masjid sahaja. Solat 5 waktu dan menghadiri majlis2 ilmu. Itulah rutin harian saya sejak pencen. Mencari bekalan Akhirat serta cuba cover mana Dosa2 yg lalu. 4 org anak saya semua sudah berkahwin dan saya mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dgn tiada apa lagi tanggungjawab lain dan masa dapat diisi dgn aktiviti sendirian serta amal Ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya.

Di sebelah rumah saya tinggal seorg wanita yg telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah saya panggil dia sebagai Ani. Beliau berumur 35 tahun. Setiap pagi beliau akan keluar bekerja dan menghantar anak2 ke sekolah. Petangnya pula, kedua2 anak perempuan beliau yg berumur 11 dan 12 tahun itu akan mengaji dgn isteri saya. Selalunya isteri saya akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 itu kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas Maghrib. Trafik jem barangkali.

Saya sendiri juga jarang berbual dgn Ani. Sehinggalah pada satu pagi Sabtu ( tarikh tak ingat ) selepas Kuliah di Masjid di mana Ani juga hadir.
Tanpa saya duga, Ani telah menyatakan hasrat utk berkahwin dgn saya.

"Saya tahu abg Othman terkejut tetapi Ani sudah fikir masak2. Anak2 Ani pun kenal dan baik dgn Abg Othman serta isteri Abg. Ani ikhlas !" Kata Ani sambil memakai seliparnya utk pulang kerumah.

"Isteri abg pasti pengsan dengar perkara nie.." Jawab saya.

"Kita kawin senyap2 jek dulu bang..." sambung Ani meyakinkan.

Sejak pagi itu saya jadi tidak keruan. Apa patut saya buat ? Ani memang janda menawan. Ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri. Tuah ayam nampak di taji, tuah org siapa yg tahu. Dilemma.

"Bantulah Saya.."

Inilah contoh soalan peperiksaan SPM subjek Bahasa Malaysia 2 utk 2019

Bincangkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang sekiranya Hj Othman berkahwin senyap2 dgn Ani. Apakah isteri Hj Othman akan betul2 pengsan ?

(Markah 50%)

#heheheh
😂😂😂

*Tazkirah pagi*

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

*Memanfaatkan Masa*

Ada orang bangun pagi, dia terus mandi ready nak pergi solat Subuh.
Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tgok wassap, telegram. Up date dulu ucap selamat pagi kat FB , insta , weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat2 lari gi ambil wudhuk.
Ada orang subuh memang tak bangun2 (subuh gajah).

Begitulah rutin harian setiap orang. Masing2 memainkan watak masing2 tanpa disuruh . Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya .
Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad ending kah, atau happy ending ?
Ternyata, semua nya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.

Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil . Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yg menyia2 kannya selama ini. Tup2 bila mati, menyesal tidak henti.
Ingat ! bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up ! Kita dah habiskan semua waktu yang Allah peruntukkan.

Oleh itu ,
MANFAATKANLAH MASA YANG MASIH ADA . JANGAN KITA LUPA , DUNIA INI HANYALAH PERSINGGAHAN SEMENTARA DAN YANG KEKAL ABADI AKHIRAT SANA .

*Semoga bermanfaat...*

Sunday, July 14, 2019

*Atuk romantik*

Seorang cucu kagum dengan atuknya yg dah berumur 70++ yg sentiasa memanggil nenek dgn panggilan 'sayang, darling & honey. Tak mcm atok-atok lain... nih mesti ada sesuatu rahsia baaik punya, fikirnya.

Lalu pd ketika yg sesuai si cucu pi tanya pd atuknya.
"Atuk... atuk... apasal Atan tengok atuk romantik sangat dgn nenek walau dah tua... darling la, sayang la. Apa rahsia cinta atuk dgn nenek tuk.. ".

Atuk panggil cucu dan bebisik, "Kau jgn bising-bising lak, yg sebonarnya atuk dah lupo namo nenek kau...".

Kah...
Kah...
Kah...

😂😂😂

Harap2 atuk dlm group ni tak macam tu. Sedih nenek semua... 😀😀

Saturday, July 13, 2019

Jawatankosong

``` JAWATAN KOSONG 2019
(KEMENTERIAN PERTAHANAN)

Sapa ada sedara2 yang nak join tu boleh la g temuduga.....

KELAYAKAN:
1. Kelulusan SPM/SP MV/STPM/Diploma/Ijazah/Sarjana/Master

2. Gaji pokok : RM2800-6400

3. Elaun bulanan
(Cola, ITP & Khid. Awam) RM450

4. Elaun penginapan RM300

5. Elaun Shif RM 300

6. Elaun Uniform RM780

7. Elaun Dobi (bulanan) RM200

8. Percuma kursus mempertahankan diri
(tae kwon do, judo, karate do,muay thai,wushu & silambam)

9. Percuma kursus bahasa (mandarin, jepun, korea,;thai dan inggeris (2 pilihan sahaja)

10. Kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)

*Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan
dikehendaki membawa kad pengenalan diri,sijil berkaitan(spm/spmv/diploma/ijazah)serta 3 keping gambar berukuran passport pada 27 ogos 2019 di Jabatan Pertahanan yang berhampiran.

Syarat-syarat kelayakan:
Umur 17-28 tahun sahaja.
Ketinggian minima 165cm. (L)
Ketinggian minima 156cm. (M) Bebas dari pengaruh dadah & kes polis

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (Full Gear) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN:

1. POWER RANGERS (5 kekosongan)

2. KAMEN RIDERS (100 kekosongan)

3. ULTRAMAN (150 kekosongan)

4. POWER PUFF GIRL (Wanita sahaja)

5. AVENGERS (115 kekosongan)

6. KLUANG MAN (terbuka untuk rakyat Johor)

7. CICAK MAN (Melayu sahaja)
n
8. BATMAN (1 kekosongan)

9. SPIDERMAN (1 kekosongan)
10. SUPERMAN - terbuka utk semua kaum

Ps:..................          hahahah.....sy nk kacau group lain plak....```

Thursday, July 11, 2019

*_RENUNGAN BERSAMA_*


..............................................

_Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yg kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita org yg paling bahagia dan membahagiakan. Org yg ceria dan menceriakan._

_Jadilah ibu yg menjadi kedamaian pada anak-anak._
_Jika kita seorg isteri, jadilah isteri yg memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita._
_Kerna hidup ini hanya seketika._

_Siapa duga dan sangka saat kudrat dgn kesihatan yg baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka._

_Pengajaran utk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua._

_Jangan bertangguh utk menjadi anak yg baik._
_Jangan bertangguh utk menjadi isteri yg baik._
_Jangan bertangguh utk menjadi suami yg baik._

_Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih._
_Maaf kan sahaja. Jadilah org yg memberi manfaat pada org lain._
_Kerana kematian itu sangat rapuh._

_Jadilah org yg bahagia dan membahagiakan._

_Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Org yg kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dgn sebuah kematian._

*_Moga bertemu di syurga._*

*_Uhibbukum fillah._*

*JomToJannah*

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Olahan : Mardhiah Mustapha
Kapsul : 06

Link Kuliah Penuh (Open Via Fb)
👇👇👇
https://goo.gl/xHZof7

_Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:_

_1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya..._

_2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya..._

_3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama..._

_4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya..._

_5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya..._

_6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya..._

_7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya..._

_Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan._

_Maka..._
_senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yg menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini..._

_Andai kamu melihat kanak-kanak yg sedang bermain, itulah masa silam kita._

_Andai kamu melihat org tua yg berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita._

_Andai kamu melihat pula jenazah yg sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini._

_(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi...)_
_bagus perkongsian ni...kalau dah baca...ambil sebagai iktibar..._

🌸🍃🌸🍃🌸🍃

Makin kita berumur

MAKIN KITA BERUMUR....

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,
2. Makin kita berumur, solat kita kena buat berjemaah,
3. Makin kita berumur, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya,
4. Makin kita berumur, solat sunat Qobliyyah dan Ba'diah jangan tinggal,
5. Makin kita berumur, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba'diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba'diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni,
6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur,
7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal,
8. Makin kita berumur, bacalah
Al-Quran setiap hari.Al-Quran menjadi cahaya & peguambela.
9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali,
10. Makin kita berumur, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,
11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.Bersangka baik pada Tuhan kita.
13.Makin kita berumur jangan lupa bayar hutang kita.Hutang solat,hutang puasa.

Tuesday, July 9, 2019

TERBUKTI BENAR*

*

Tarikh MATI Sama dengan Tarikh LAHIR !!

Hati2 dan beringat pada tarikh lahir anda.

Bukan nak lawan takdir...bukan juga nak jadi bomoh...sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman menguruskan antara yg hidup dan yg mati...

Tarikh mati boleh dikira berpandukan tarikh lahir. Dengan akal yang dikurniakan, kita boleh tahu tarikh mati tersebut. Bolehkah kita mempercayainya atau tidak terpulang kepada individu.

Sebagai contoh jika tarikh lahir anda pada 30 Sep maka tarikh mati lesen memandu anda juga 30 Sep.  Percaya atau tidak semak lesen memandu anda sekarang..
```
Beringatlah untuk perbaharui lesen memandu bila tiba hari lahir..

😁😅😂