Monday, November 12, 2018

sahabat

*BICARA PAGI INI..PERSAHABATAN ADALAH SUATU ANUGERAH TERINDAH"*

*Jom, kita bangunkan PERSAHABATAN dengan keikhlasan* dalam kasih kurniaNYA.

Suatu Hari ada yang mengingatkan tentang *Agama* dan *Iman*. Bukan kerana *merasakan kita baik dan sudah sempurna* tapi.... itulah kewujudan *Persahabatan kerana ALLAH yg Maha Kuasa*

Persahabatan adalah *menyayangi*, bukan *menyaingi*

Persahabatan adalah *mendidik*, bukan *mengkritik*

Persahabatan *membina*, bukan  *menghina*

Persahabatan *mencurahkan*, bukan *memurahkan*

Persahabatan *mencari solusi* bukan *mencari sensasi*

Persahabatan *mengukuhkan*, bukan *meruntuhkan*

Persahabatan *menghargai*, bukan *melukai*

Persahabatan tidak mencari cari kesalahan tapi.... menutupi *kesalahan*

Sahabatku,  meskipun tidak  *BERTEMU* meski pun hanya di bicara maya sahaja, tapi...kita selalu *DIINGATI* ,
Itulah *SAHABAT* .

Seorang *SAHABAT* tidak akan berfikiran *NEGATIF* tapi Selalu *POSITIF*

Kadang2 Sahabat yang memohon *MAAF TERLEBIH DULU* setelah Pertengkaran, BUKAN kerana mereka *SALAH*
tapi... kerana mereka *MENGHARGAI* sebuah persahabatan.

Suatu saat, kita semua akan *TERPISAH*, baik oleh *jarak* mahupun *ajal* yang menjemput kita. *Namun* ada Sahabat yang sentiasa *mendoakan kita*

Pada satu Waktu Sahabat cuma memperhatikan *KEJAYAAN* kita, tapi... ada Sebahagian sahabat yg peduli akan keadaan *KESIHATAN* kita, maka itulah Persahabatan yg sejati.

Suatu hari kita *terlena dalam gurau dan tawa* tapi... ada yang mengingatkan agar kita tidak pernah *Lalai*. Itulah *SAHABAT*.

**Jom jalinkan* *Persahabatan kerana* *Allah SWT.*

No comments:

Post a Comment