Friday, November 3, 2017

*Teman & nilai pertemanannya..*

🌸🌹🍀🍁🍂🍃🌺🌸🌹🍀🍁🍂🍃🌺

💖 Carilah teman yg boleh mengajar kita..- dia tunjukkan ilmu kpd kita, dia ajar hal yg penting ttg ibadah, dia didik hati kita dan dia memberikan ilmu panduan akhirat utk kita. Dengan adanya dia, kita kenal dunia utk akhirat dan kenal akhirat sebelum dunia.

Kalau tak jumpa..

💖 Carilah teman yg dia boleh belajar dari kita..- kita dapat beri dia ilmu, kita mampu ajar dia urusan cinta akhirat, dia rajin dtg kepada kita utk dapat ilmu dan kita boleh mengajar dia byk hal-hal akhirat. Dgn adanya dia, kita menjadi rajin menyemai saham akhirat utk ilmu yg dimanfaatkan.

Kalau tak jumpa..

💖 Carilah teman yg sama-sama pergi ke majlis ilmu..- dia sama tak pandai macam kita, tapi dia selalu ajak kita ke sana, kdg kita ajak dia. Dia teman seilmuan dan dgn sebabnya ilmu kita menjadi bertambah. Dengan sebab kita juga ilmunya semakin baik. Saling memperbaiki dan memanfaatkan bersama.

Tapi jangan..

💔 Jangan miliki teman yg mengajarkan ilmu kpd kita pun tidak, belajar ilmu dari kita pun tidak, mengajak kita bersama-sama ke majlis ilmu pun tidak, setiap pertemuan kita dgnnya hanya soal dunia, keseronokan, umpatan, gelak ketawa, perkara sia-sia dan menjauhkan kita kpd cinta akhirat. Rugilah...rugilah..

🌸🌹🍀🍁🍂🍃🌺🌸🌹🍀🍁🍂🍃🌺

Sekiranya sudah menjumpai teman yg punyai tiga-tiga ciri sekaligus, dia boleh mengajar kita, dia juga ingin belajar sesuatu dr kita, dan juga suka belajar bersama kita utk akhirat bersama, jagalah teman itu sungguh2. Kerana kehadirannya adalah satu nikmat besar yg Allah kurniakan kpd kita.

Hargailah dia..

(Teman bukan semestinya dia mesti seorang kawan. Mungkin juga dia seorang suami, atau isteri, atau jiran, atau guru, atau sedara, ayah, ibu, adik beradik atau siapa sahaja.)

🌸🌹🍀🍁🍂🍃🌺🌸🌹🍀🍁🍂🍃🌺

No comments:

Post a Comment