Tuesday, September 19, 2017

Nasihat utk anda

sahabat semua, saya sudah berada di pertengahan usia 40an. ada beberapa nasihat baik yang pernah diberikan kepada saya, mulai hari ini saya ingin berkongsi dan lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

nasihat pertama# cubalah berbekam sekali setahun walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan.

nasihat kedua# banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

nasihat ketiga# cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

nasihat keempat# kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

nasihat kelima# jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

nasihat keenam# biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

nasihat ketujuh# jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

nasihat kelapan# banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

nasihat kesembilan# banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

Baarokallah nasihat

No comments:

Post a Comment