Saturday, September 30, 2017

Akai ada

SEORANG PENGGANAS DI KOKDIANG YG DITANGKAP dan DIPENJARA PUN
MASIH SEMPAT BERBAKTI KEPADA ORANG TUANYA

Man Pengkaq ditangkap polis. Man Pengkaq disyaki pengganas, kemudian ditangkap
dan dimasukkan ke penjara.

Bbrp hari kemudian, man Pengkaq menerima surat dari Abahnya:

"Man, Abah tua dah. La musim tanam jagung, dan hang dok penjara pulak.

Lagu mana ni,  abah tak larat nak cangkui dan tanam  sendiri."

Man Pengkaq kemudian membalas surat tsb:

 "Abah, kebun jangan cangkui lagi dan tanam jagung. Pasai di kebun
tu man dh tanam senjata, peluru dan bom."_

Ternyata surat balasan man Pengkaq ditapis oleh pegawai penjara, dan
langsung dilaporkan ke unit tindakan Khas.

Besoknya, datang satu pelatun D4 ke kebun abah man Pengkaq.

Tanpa banyak cakap, langsung seluruh kebun tsb dicangkul hingga petang utk mencari senjata.

Malam harinya setelah unit tindakan khas pulang, abah man Pengkaq menulis surat:

 "man, tadi ada polis mai, dengaq ceghita depa cari senjata, peluru dan bom yang hang tanam di kebun... tapi tidak jumpa. Sekarang abah nak buat lagu mana?"

Setelah merima dan membaca surat kedua dari Abahnya, man Pengkaq kemudian
membalas surat kedua tsb:

 "Bah, skrg kebun dah dicangkui... tanam la biji jagungnya."_

Pegawai yg bertugas menapis surat tsb langsung berteriak histeria: _
"Celaka hang man pengkaq"_ ....

😬
Tammat.......😜😝

Tuesday, September 26, 2017

Krisis kewangan keluarga

Si suami mengalami krisis kewangan ekoran kelewatan gaji bulan ini.

Lalu isterinya tanggalkan rantai emasnya,  dia merenung suaminya yang disayangi dengan penuh kasih seraya berkata:  sayang, juallah rantai ini untuk buat belanja.

Lalu si suami pun menangis dan menangis dan menangis

Isteri:  sayang, janganlah menangis sebab sayang juga yang belikan untuk saya sempena hari annivesary kita. 🎁🎀

Suami:  yang ni lah yang buat saya menangis… rantai ini sebenarnya dari kedai RM2.😂😂😭

Isteri:😭😭😭

Monday, September 25, 2017

KITA DI AMBANG KEHANCURAN

Kami para guru disekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita 'blue' kat murid-murid. Apatah lagi kat murid sekolah rendah.

Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan.

Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri.

Ugutan ROGOL tuan puan. Bukan ugutan mencalar kereta atau sekadar melawan dengan kata-kata.

Lebih menyedihkan, ugutan ini keluar dari murid sekolah rendah. Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata?

Semalam saya berkongsi gambar pelajar lelaki yang mengacungkan jari tengah (simbol fuck) kepada guru mereka. Hari ini guru tersebut bercerita,

" Murid-murid ini tidur di atas meja kat belakang kelas. Maka aku tutup kipas nak bagi mereka sedar. Murid itu dengan berang berkata,

' Pantat mana yang tutup kipas ni.'"

Hati guru mana yang mampu bersabar kalau dipanggil 'pantat'? Satu gelaran lucah yang amat biadab terhadap seorang guru.

Sangat kurang ajar!

Maka guru itu bertindak balas. Dia ambil gulungan kain dan pukul murid itu. Gulungan kain tuan puan, bukan pukul pakai kayu baseball. Tiada luka, tiada lebam.

Namun murid itu mengadu guru itu memukulnya dengan besi. Sehingga guru itu dipanggil pentadbir dan dikenakan tindakan.

Alangkah peliknya dunia pendidikan zaman sekarang. Murid biadab, guru cuba mendidik. Namun guru pula yang kena tindakan.

Apa itu tidak pelik?

Dan begitulah selalunya. Apa jua tindakan guru, anak-anak pulang melapor kepada ibubapa dengan kisah yang diputar belit. Ibu bapa datang menyerang, datang membuat aduan malah ada yang memfailkan saman.

Maka akhirnya, guru juga yang bersalah. Guru juga yang dikenakan tindakan.

Dan sahabat saya itu, kini hatinya sudah tawar. Tawar sudah hendak menegur dan mendidik.

" Aku buat kerja aku saja. Malas dah nak ambil tahu dan didik lebih-lebih. Aku serik."

Bilamana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan anak-anak kita, maka tunggulah saat kehancuran. Percayalah!
. tolong sampaikan kepada seberapa ramai yang boleh untuk anak bangsa kita dimasa depan.'bukan untuk membela guru'.😔😔😭.....

*BEZA KOS DULU DAN SKRG*

*Abah:* "Dulu, masa zaman Abah, tok hang bagi seringgit ja untuk beli brg di kedai kat pekan tu. Abah boleh dapat keropok, ayaq tin, cinggam, cekelat, pensel tekan, Tora, buku Ujang dan mainan"

*Anak:* " toodiaaaaa Murahnya dulu kan Abah... sekarang boleh dapat lagi ke Abah?"

*Abahh:* "sekarang x dpt dah..kedai tu dah pasang CCTV!

Saturday, September 23, 2017

Kau rasa hidup kau susah? Baca ni


PONDOK JAGA SEPARUH DARI HIDUP KAMI
(Sekadar satu renungan)

Sy persembahkan satu lagi pengalaman sedih sy semasa menjadi pegawai pljran daerah utk tatapan krn lebih ramai org suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata.
Ambillah iktibar.
Bukalah hatimu.

Mlm itu sy bersama pemandu membuat semakan ke sekolah2 utk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah.
Bbrp sekolah disinggahi.
Akhirnya sy sampai di satu sekolah kebangsaan  dipinggir bandar.

Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah,
Sy turun.
Seorg llaki tua berunifom jaga,
Yg sy jangka 60 an menegur sy.

Sy cepat memperkenal diri dan minta memeriksa bbrp perkara.
Dia spt keberatan utk membenarkan sy masuk ke pondok pengawal,
Ttp bila di minta dia beralah.

Sy menolak pintu bilik pengawal utk masuk.
Pintu yg ditolak tertampan sesuatu,
Lalu sy menjengok ke dlm.
Ya Allah,
Seorg remaja perempun belasan tahun sdg tidur beralas tikar rumput di lantai,
Brbantal lipatan kain.
Tidurnya mengiring krn kakinya kena di bengkok disbbkan bilik yg sempit.

Begitu nyenyak dia hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu.
Kasut sekolah,
beg dan unifom sekolah menengah diletak ditepinya.

Sy tidak menerus hajat utk masuk dan mengajak org tua itu berbual di luar.

Dlm nada yg sedikit terketar,
Mgkn rasa bersalah,
dia berkata,
"Minta maaf encik,
Anak sy,
Mnumpang tidur di pondok ini"

Dia terhenti.
Tutur kata perlahan dan tertib dan spt menahan sebak.

"Tak ada siapa dirumah,
Mak dia dah meninggal,
Anak2 dh kawin dan pindah.
Sy tinggal dua beranak.

"Sy kena kerja utk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu sy tu.
Kerja lain dh tak larat,
Kerja jaga ni blhlah.
Sy bimbang nak tinggalkan dia seorg dirumah.
Minta maaf encik,
Minta maaf."

Air matanya mula tergenang di sinar lampu yg berbalam.
Bahunya sy gosok utk menenangkannya.
Sy pula yg serba salah dan sedih.

Dia terus merintih,
"Hidup waktu mlm kami di sinilah telah setahun lebih bila krn sy kerja syif mlm sbb rakan ada masalah nk kerja mlm.

"Rumah jaga ni separuh dari hidup kami dua beranak.
Esok pagi anak sy akan ke sekolah menengah dgn basikal,
Dia menumpang mandi di sekolah ini.

"Encik,
Tlg,
Jgn repot kat tokey sy dan guru besar,
Sy takut kena buang kerja.
Spt mana kami hidup."

Di sini dia dah teresak dan mengesat air mata dgn lengannya.
Sy menepuk bahunya,
Mnyuruhnya bersabar dan menjengok sekali lagi ke dlm pondok.

Tgn anak itu sy lihat menampar nyamuk di pipi.
Ya Allah,
Anak semuda ini telah diuji dgn kepayahan hidup.

Sesungguhnya llaki ini seorg yg tabah,
Hnya ini jln hidup yg ada baginya.
Sy dh tak sggup mendengar kata2 pak cik ini..

Bila sy menaiki kenderaan,
Pemandu nampak kehairanan krn bbrp sekolah yg dilalui sy bersungut itu ini,
Tapi kali ini diam dan mengesat air mata,
Ttp dia tidak berani bersuara.

Pengorbanan seorg bapa hingga penghujung usianya,
Slagi kudrat masih ada,
Keringat diperah demi menyambung hidup anak.

Bila isterinya dijemput Allah,
Apa pilihan lagi yg ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya.

Jika anda prnh bersungut teruknya bekerja,
Susahnya hidup,
Ukurlah dgn org tua ini.

Jika anak anda bersungut tilam nipis,
Lama,
Katil kecil,
Bilik panas tak ada aircond,
Ukurlah dgn anak dara org tua ini yg bermlm ditikar rumput di lantai simen rumah jaga yg kakinya pun tidak boleh berlunjur.

Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa,
Srpn tidak sedap,
Ukurlah dgn anak ini yg mandi di tandas sekolah,
Srpn di mana yg sempat.

Jika nk mrh anak murid lewat ke sekolah,
Mengantuk dalam kelas,
Pakaian lusuh tidak di seterika, penampilan yg comot,
Mulut jgn cepat mengungkap kata yg tidak elok,
Ambil tahulah kisah hidup yg dilalui mrk.

Jika jd ketua,
Ambil tahu sedikit kisah hidup org bawah,
Jgn tahu mengarah shj.

Pejamkan mata,
Hayati keperitan hidup pak cik ini dan menangislah krn byk menangis melembutkan hati.

Thursday, September 21, 2017

6 PUNCA ISTERI KELUAR PINTU BELAKANG

Isteri ini anugerah dan amanah utk org lelaki. Jagalah baik². Kebanyakkan suami hari ini tidak beri tumpuan pada isteri. Akibatnya kebelakangan ini banyak kes isteri keluar ikut pintu belakang berlaku. Menurut kajian Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, beberapa faktor telah dikenalpasti sbg punca berlakunya kejadian isteri keluar pintu belakang.

Antaranya ialah:

1➡mengambil daun pandan,serai dan kunyit yg ditanam di belakang rumah
2➡menjemur kain baju di ampaian
3➡membakar ikan terubuk
4➡memberi mkn ayam itik.
5➡bersembang dgn jiran blkg rmh
6➡bagi makan kucing
7➡pintu hadapan rosak

Sekian terima kasih 🤣🤣

Anda yg mana satu dalam group WhatsApp ini ?

*1)WARTAWAN SAMBILAN*
Tiap kali ada pengumuman tak kira pasal bola, cuaca, ceramah, moyang raja mati, artis bercerai dan apa saja, dialah orang pertama yang akan menyampaikan segala mak nenek jenis informasi.  Betul atau tidak, dia peduli apa...

*2) BOS KEDAI RUNCIT*:
Tak habis-habis bagi arahan, komen dan tugasan walaupun hari cuti.

*3) KAUNSELOR*:
Yang ini sentiasa bagi kata kata pujangga, nasihat, perangsang dan semangat untuk ahli group.  Kata katanya indah penuh motivasi, walaupun semuanya takat copy paste saja

*4) KUTU MALAM*:
Cuma aktif sebelah malam terutama bila tiba hari Khamis dok kecoh pasal malam Jumaat. Bila siang, dia tak bunyi langsung

*5) HANTU KUBUR*:
Jenis ini hanya berbunyi bila namanya diseru atau terpaksa jawab soalan. Kalau tak, memang dia menyepi tak reti nak munculkan diri

*6) KACANG NGAN YIN*:
Yang ni kalau muncul cuma pandai guna simbol 👍👍👍 ja

*7) BISU*:
Wujud sebagai ahli group tapi tak pernah berbunyi pun

*8) PELAWAT KAUNTER PERTANYAAN*:
Masuk group untuk tanya soalan je, lepas tu hilang.  Masuk balik jika ada soalan lagi, lepas tu hilang semula

*9) KEYBOARD GABAN*
Hanya pandai cakap dalam group tapi kat luar menikus, macam hang cangkul daa...

*10) KAKI SENTAP*:
Yang ni pulak sikit-sikit terasa, lepas tu terus left group. Tak lama lepas tu, sibuk minta admin tolong masukkan dia dalam group semula

*11) KAKI SEMBANG TAK CUKUP*:
Bila dok sembang dalam WhatsApp, ceritanya selalu tergantung tak bagi habis, lepas tu dia diam

*12) BULUH MIANG*:
Bila ada je ahli perempuan baru masuk group, mula lah dia munculkan diri. Tak pun tiba tiba ada topik fasal gadis cantik, pun dia akan muncul

*13) KAKI SKODENG*:
Tak habis habis dok keluar simbol 👀 👀 👀 👀

*14) KAKI BAHAN*:
Suka edit gambar orang, lepas tu pos masuk group sebagai bahan untuk membahan orang lain

*15) KAKI LUDAH*:
Tak habis habis suka puiii puiii 💦💦💦💦

*16) KAKI LOKASI*:
Asyik beri lokasi di mana dia ada. Masuk tandas pun kalau boleh nak bagi lokasi juga

*17) KERANI*:
Nampak status typing je... tapi tak keluar keluar pun apa yang ditaipnya

*18) WARTAWAN JALAN JALAN CARI MAKAN*:
Asal masuk je pos gambar makanan

*19) LIDAH PANJANG*: Yang ni kalau masuk takat hantar simbol 😜😜😜😜 je...

*20) KING KOPI PASTA*:
Yang ni kerjanya asyik copy paste. Apa kan orang lain hantar. dia copy dan pos masuk group

*21) USTAZ USTAZAH* : Jenis ni pulak asyik pos hadis-hadis, ayat-ayat suci, ceramah agama.  Pokoknya post dia semua yang kalah alim ulama

*22) KING/QUEEN SELFIE*: Ni pulak suka ambil gambar sendiri, lepas tu pos masuk group sampai naik menyampah orang dok tengok muka dia je...

Tuesday, September 19, 2017

Nasihat utk anda

sahabat semua, saya sudah berada di pertengahan usia 40an. ada beberapa nasihat baik yang pernah diberikan kepada saya, mulai hari ini saya ingin berkongsi dan lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

nasihat pertama# cubalah berbekam sekali setahun walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan.

nasihat kedua# banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

nasihat ketiga# cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

nasihat keempat# kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

nasihat kelima# jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

nasihat keenam# biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

nasihat ketujuh# jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

nasihat kelapan# banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

nasihat kesembilan# banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

Baarokallah nasihat

Monday, September 18, 2017

Wahhh...untungnya

Bernama Online
18hb Sept 2017.

BERITA TERKINI

# Gaji pekerja swasta akan di naikkan pada tahap minimum RM3000 pada 1hb Jan 2018 dan Gaji Penjawat  Awam bakal dinaikkan pada 3 anak tangga sebagaimana tahun 2012 demi mencapai ke arah negara berpendapatan tinggi. Jesteru itu gaji Pejawat Awam paling minimum ialah Rm3500. Berita ini dijangka diumumkan pada  21 Sep 2017 pada Mesyuarat Khas Menteri Menteri Kabinet.

# GST akan di turunkan daripada 6% kepada 2% berkuatkuasa 01 Januari 2018

# Elaun Rumah Bagi Penjawat Awam Diseratakan termasuk Wilayah, minima RM750 ke RM950 mengikut gred gaji Penjawat Awam.

# Elaun perkhidmatan dari RM120 hingga RM550 mengikut gred gaji Penjawat Awam.

# Tol di seluruh Semenanjung akan di turunkan sebanyak 20 peratus.

# Cukai jalan kenderaan akan di turunkan 20 peratus.

#Gaji dan elaun menteri serta Ahli Parlimen serta Adun akan di potong 30 peratus.

# Harga minyak petrol akan di kekalkan dan hanya akan di kaji selepas 2 tahun.

# Semua saman saman trafik/jpj/ majlis perbandaran yang dikenakan sebelum 31/8/17 di beri diskaun 60 peratus.

# Cuti Perayaan Di Malaysia Dikemaskini Semula Berkuatkuasa 01 Januari 2018.

Tahun Baru Cina        3 Hari
Hari Raya Aidil Fitri
3 Hari
Christmas
3 Hari
Deepavali
3 Hari.
Gawai
2 hari.

#####

Itulah janji kawan saya yg mabuk ketum semalam jika dia menjadi Perdana Menteri..
😂😂😂😂😂😂😂
🏃💨💨💨💨

Thursday, September 14, 2017

Puisi : Damailah Anak Syurga.

Dedikasi khas buat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat.

Puisi : Damailah Anak Syurga.

Semalam,
Engkau dan gurumu senyum gembira,
Lalui hidup tanpa resah gelisah,
Tiap harimu ulang benda yang sama,
Tiap masamu penuh dengan cinta,
Membaca Kitab Mulia,
Menghafal Kalam Pencipta,
Mengamal Sunnah KekasihNya,
Makan dan tidurmu ditemani sinar cahaya,
Begitulah rutin harian mingguanmu.

Tiba masa engkau pulang ke desa,
Jumpa abang, kakak, ayah dan bonda,
Kalian kongsi banyak cerita,
Kalian gembira ramai kawan di sana,
Sempat kalian kata pada bonda,
"Tidak terbalas budimu, hanya ingin jadi tahfiz di usia muda, pegang tangan  menuju sama ke Syurga."

Adikku insan pilihan,
Bila mana kami sibuk dengan dunia,
Cari wang, pangkat dan kuasa,
Engkau setia segak berjubah putih, serban di kepala,
Tanganmu erat memegang mukjizat istimewa,
Bibirmu terucap bait-bait indah belaka.
Sungguh dikau pilihan terbaik, insan istimewa.

Semalam,
Kita tidak kenal dan tak pernah bersua,
Pagi tadi,
Kita bagai saudara dekat selalu bersama,
Tika mana kami lena dibuai mimpi,
Engkau bergelut diuji,
Menjerit pinta pertolongan,
Tapi sayang tangan kami tak sampai,
Alangkah berdosanya diri ini.

Sesungguhnya,
Hati ini sayu melihat potretmu itu,
Suci, bersih bersulam senyuman manis,
Hati ini menangis mengenangkanmu,
Pemergiaanmu ditangisi ramai manusia,
Hilanglah butir-butir permata dalam dunia,
Bumi dan langit pun seolah turut berdukacita,
Rebah si ibu, jatuh si ayah,
Kakak dan abang terkelu lidah,
Adikku yang dulu selalu bergurau,
Kini bermain di Syurga Ilahi..

Adikku,
Doa kami sentiasa iringi,
Satu perlu engkau tahu,
Pergimu amat dirindui,
Andai ada ruang di sana,
Pilihlah kami menjadi temanmu nanti,
Berehatlah, tidur dengan lena,
Damailah wahai anak Syurga.

Al-Fatihah.

Hamba Allah
8.30am
15.09.17 (jumaat)

Wednesday, September 13, 2017

Langkah ayah

Seorang ayah berkata kepada anaknya, "Anakku, hati-hatilah melangkahkan kakimu.."

Kemudian si anak berujar, "Seharusnya ayahlah yang lebih patut berhati-hati, kerana saya hanya mengikuti langkah ayah.."

Renungan untuk ibu bapa dan para pendidik.

Kecek omputih deh

RILEKS KEJAP 😁😁😁😁😁

Mak : "Mat, mu tulung sms ko kak long mu di England tu tanyo kabar dio lagu mano.  Rindu benar mok ko dio".
Anak : "Okay Mok, mano henpon nyo Mok?"
Mak : "Tuu atah mejo tu"
Anak : "Okay tunggu smeta mok."

Si adik pun sms ko kak long dio, 1 minit kemudian,

Anak : "Mok!! Kak long balas doh, tapi dio tulih kot ore putih..ore x pehe".
Mak : "dio tulih gapo? Acu mu baco".
Anak: "You have an insufficient account credit balance, please reload to stay connected"
Mak : " mu sms balik ko dio, mu royat ko dio jange duk blagok...baru seminggu jh duk sano..eehh nk kecek ore putih teh.. Sedar sikit dio tu ore kedai lalat jah...nk blagok teh."

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Kisah nasik lemak

Pd zmn dulu kala ada sorg nenek kebayan penjual nasi lemak. Pd waktu tu nasi lmk hnya ada sambal, ikn bilis dan kacang tnh goreng sahaja. Pd satu hari kucing telah mncuri ikn bilis dlm semua bungkusn nasi lmk. Nenek kbayan pun menangkp kucing tersbut mnggunakn kuasa penyapu ajaibnya. Swktu dia nk membalun kucing tu dgn penyapu, kucing pun mmbuka rahsia.  'Kucing takutkn timun'. Smnjk itu nasi lmk di sertakn timun agar kucing tak curi ikn bilis. Tak percaya?

Friday, September 8, 2017

Dari mana asal kita

ABahku Seorang Ustaz.

Anak: Abah, kita ni asal dari mana bah?

Abah: kita asalnya daripada air mani. Daripada air mani dijadikan segumpal darah, kemudian darah itu dijadikan segumpal daging, dari daging dijadikan tulang belulang, tulang2 itu dibungkus dg daging seterusnye jadilah kita ini makhluk yg berbentuk sblom ditiupkan ruh. knape tanya?

Anak: Tadi ada kawan cakap dia asal kelantan.

🤦🏻‍♂

Thursday, September 7, 2017

Baca je lah

Sis nak mohon pandangan Uols ya. Sis ada kawan yang dah kahwin. Dua-dua bekerja. Suaminya kerja kilang, Tapi selalu balik lewat. Alasannya OT. Kadang-kadang yang peliknya kena travelling 2-3 hari. Baru-baru ini Raya Puasa pun kena kerja. Takkan tak ada cuti kan.

Bila di rumah asyik main handphone. Sebelum ini tak ada password. Sekarang password bagai. Bila minta tak nak bagi. Bila telefon berdering. Dia pergi jauh untuk angkat telefon tu.
Satu hari tu kawan sis ni plan nak intai suami dia dekat tempt kerja. Dia pinjam motor kawan supaya tak nmpak sangat kelibat dia. Masalahnya motor kawan dia tu dah la uzur. Selalu semput-semput.

Nak dijadikan cerita, dalam dia tunggu-tunggu tu, datang sebuah kereta Exora. Dalam tu nampak seorang perempuan. Tiba-tiba keluar kelibat suami dia dari kilang tu terus masuk dalam kereta tu. Kawan sis ni buat-buat la berlakon supaya suami dia tak nampak.

Bila Exora tu dah gerak, terus kawan sis ni start motor dan kejar kereta tu. Tersenggut-senggut moto tu. Tiba-tiba nak dijadikan cerita, enjin motor tu mati pulak. Terus tak pasal-pasal ketinggalan jauh dari Exora tu.

Jadi kt sini sis nak tanya Uols, apa yang perlu dibuat ya Uols? Plug yang rosak atau karburator? Sebab bila start-start tak boleh pulak. Dah try buka plug tengok okay je. Minyak pun penuh lagi. Roadtax insurans semua hidup lagi. Kenapa ya Uols? Siapa ada kenal pomen motor ya? Boleh PM sis tak kot kedai pomen mana ada yg murah?

Tuesday, September 5, 2017

Hati Bersih Hidup* *Bahagia..*

*

1. Jgn cari salah orang...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang... Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang... Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jgn perlekehkan orang...Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang...Mana tau masa depan org yg kita kata tu lah yg akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan bangga dengan amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.

7. Jangan sombong dengan apa yg kita ada... Allah boleh tarik bila2 masa.

8. Jangan bandingkan orang lain dengan kita... Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.

9. Jangan sedih dengan kekurangan kita... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Renung2kanlah & sama² kita Muhasabah diri...👌🏻💜💚Peringatan untuk diri saya jugak💝💝

WASPADA KALAU BUAT REUNION TEMAN2 SEKOLAH RENDAH

Buat yg akan mengadakan  acara reunion biasanya ada yang janji untuk datang sekali pergi ke majlis itu.
Diharap jangan sampai terjadi seperti pengalaman yang dialami teman di salah satu sekolah dibawah ini yaa...!?_

Ceritanya Reunion sekolah Sekolah tahun 72 - 74 setelah 42 tahun terpisah cuma dapat berbicara dalam talipon saja. Yahya mau berangkat ke reunion bersama2 teman Sekolah seangkatannya dan janji nak bersama empat teman2 perempuan semasa sekolah dulu via telepon dan wssap.

Yahya: "..Nanti pergi sama ya, korang semua berempat tunggu aku jemput didepan kedai Roti maniam yang masih ada sampai sekarang..."

Masa hari majlis Yahya menjemput keempat teman2 perempuan semasa sekolahnya itu._

Sekali dia pusing kedai roti tak ada. Dua kali pusing pun tak ada, dimana mereka. Kali ketiga pusing tetap juga tidak ketemu... Yahya mulai kesal. lalu call ke salah satu teman perempuan tu.. 

Yahya: *"...Hai, korang dimana? Aku dah pusing sampai 3 kali, tapi tak jumpa  korang bertiga.."

Jawab teman perempuan: "...Aku sudah di depan kedai Roti Maniam dari tadi. Kamu dimana...?"

Yahya: "Laa.....aku  kesitu tadi. Disitu yg ada cuma 3 orang nenek2 bertudung satu orang yg rambut putihnya agak lebat...!"

"Ya itu kami le oi...!!" jawab si perempuan. *...kamu ingat kita masih sekolah dulu ke.. tadi kami juga lihat ada orang tua botak kehulu kehilir; jadi..itu kamu ya Yahya...?"

🤓🤓🤓🤓🌹

Sunday, September 3, 2017

Bila kita tua

*Baca nii...bagus*
☝💑
Kalau anak² sudah berkeluarga dan meninggalkan kita ,  *giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri.*
☝🎅👳
1. *Bila kita tua* ...
Lebih dekatkan diri kepada Tuhan dan Luangkan waktu bersama pasangan kita kerana salah seorang dari kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.
☝👳🎅
2. *Bila kita tua* ...
Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, selagi masih berkemampuan, jalan²lah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran ALLAH, untuk mengagumi keindahan ciptaan NYA.
🎅👳🙌
3. *Bila kita tua* ...
Jangan susahkan  diri *memikirkan anak² secara berlebihan*. Mereka akan mampu berusaha sendiri.
☝🎅👳
4. *Bila kita tua* ...
Adakan pertemuan pertemuan dengan keluarga besar jangan hanya pada saat ada yang sakit atau meninggal baru berkumpul dan Luangkan waktu  bersama rakan² lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu.

☝🎅👴5. *Bila kita tua* ...
Terimalah penyakit apa adanya kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu : lahir bayi, kanak², dewasa, tua, sakit dan mati.
👆👵🙎👰
*Nasihat bijak* ...
"Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan yg seperti duit logam : *depan lain belakang lain*...
🙏🙏🙏

Saturday, September 2, 2017

TIPS MENJAGA PERSAHABATAN DI GROUP !!!


1. Fahami bahawa kita memiliki perbezaan iaitu ...
☆ Pendidikan
☆ Hobi
☆ Sifat
☆ Latar Belakang
☆ Kedewasaan Rohani
☆ Pola Fikir dll

2. Dari perbezaan tersebut, harap maklum jika ada ahli yg ...
☆ Suka Humor
☆ Serius dan Santai
☆ Suka Ceramah Agama
☆ Suka Menasihat
☆ Suka Mengkritik
☆ Suka Cerita Politik
☆ Suka Pos Artikel
☆ Suka Loyar Buruk

3. Keaktifan posting para anggota ...
☆ Sangat aktif
☆ Sederhana aktif
☆ Kadang-kadang je aktif
☆ Tak aktif tapi suka baca
☆ Mmg malas buka whatsapp
☆ Jadi ahli tapi tak aktif

4. Jgn mudah terpengaruh dgn isi posting sehingga kita jadi ...
☆ Cepat Beremosi
☆ Mudah Tersinggung
☆ Tak mau kalah
☆ Percaya begitu saja

5. Jika ada posting yg isinya  keliru, kita perlu luruskan ... maka jgn menambah gaduh atau mengeruhkan suasana. Pada yg posting tak betul jika diluruskan, jgn pula cepat tersinggung

6. Jika ada posting yg kurang berkenan di hati kita, misalnya...
☆ humor
☆ gambar
☆ video
☆ artikel politik, nasihat, info yg terlalu panjang atau berjela-jela.
Biarkan aje atau delete. Ingat, anda mgkin x suka, tapi ads yg suka akan ilmu & maklumat.  Begitulah sebaliknya...

7' Jika ada hal2 penting berkenaan sesuatu isu, yg perlu perbincangan,  jgn di post pada grup, bawa berbincang secara personal atau di luar group watsup, kerana bukan semua rakan group watsup perlu tahu akan masalah tersebut.  

*nota: Yang paling penting pastikan jgn jd malas sangat atau ego. Sesekali cuba2 lah respon atau menyampuk dlm grup. Org tau bukan nye kite sibuk manapun.  Jangan nanti masa ditimpa musibah baru terhegeh2 nk mintak tolong kwn2 dlm grup. Ingat...grup whatsapp diakui adalah antara medium yg boleh membantu sekiranya kite dlm apa2 masaalah.*

Jadi ... Fokus saja pada satu tujuan iaitu menjalin tali silaturahim dan persaudaraan. Semoga ada manfaatnya bagi merealisasikan indahnya kekeluargaan / persahabatan agar terus berkekalan harmoni dlm group 👍🏼✌🏽😁