😎
*SYUKUR MEMBAWA BAHAGIA*
Kita sering merasa tidak puas dengan apa yang dimiliki. Ini membuatkan kita sering menyalahkan takdir yang tidak memihak kepada kita dalam hal-hal yang kita dambakan. Cukup jarang kita merasa puas dengan apa yang kita ada tetapi asyik mengharap apa yang tiada.
Soal lah diri agar kita menjadi insan yang merasa cukup dengan apa yang ada.
*RENUNGKAN..*
*Sebelum berfikir untuk mengatakan sesuatu yang tidak baik,
Fikirkan akan mereka yang dikurniakan bisu lagi pekak.
*Sebelum mengatakan makanan yang ada tidak sedap,
Fikirkan akan mereka yang tiada langsung makanan untuk dijamah.
*Sebelum merungut tentang diri pasangan, suami atau isteri,
Fikirkan akan mereka yang menangis memohon agar dipertemukan jodoh mereka.
*Sebelum merungut tentang kesusahan dan keperitan hidup hari ini,
Fikirkan akan mereka yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita.
*Sebelum merungut betapa sukarnya membesarkan anak-anak,
Fikirkan akan mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata.
*Sebelum bertengkar dengan isteri/suami, betapa bersepahnya rumah,
Fikirkan akan mereka yang tinggal di jalanan tanpa rumah tempat berlindung
*Sebelum merungut betapa penatnya anda memandu ke tempat kerja setiap hari,
Fikirkan akan mereka yang hanya berjalan kaki dengan jarak yang sama ke tempat kerja.
*Sebelum merungut dengan kerja yang banyak, gaji yang rendah dan boss yang teruk,
Fikirkan akan mereka yang masih lagi mencari kerja, tidak berkemampuan dan berharap agar mendapat pekerjaan seperti anda.
*Sebelum mula menyalahkan dan merendahkan orang lain,
Fikirkan bahawa tiada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesilapan dan kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan.
*Dan apabila pemikiran negatif mula mempengaruhi minda dan melemahkan diri, Mekarkanlah sekuntum senyum dan panjatkan kesyukuran penuh keinsafan bahawa kita masih lagi bernafas dan jalani kehidupan di dunia ini!
Renung dan fikirkan di mana kita, agar ‘positive self-talk’ sentiasa kekal di minda. Sentiasa positif meletakkan kita dalam ruang bahagia. Kunci kepada kejayaan.
Kebahagiaan hidup pastinya akan membahagiakan juga kerja dan pekerjaan kita. Seterusnya membahagiakan mereka yang disekeliling kita terutama boss!
SELAMAT MEMBACA .
©♎
No comments:
Post a Comment