Saturday, June 24, 2017

selamat hari rsya

Bini tua bini muda,
Mana kan sama bini no tiga,
Mari bermaafan sesama kita,
Di pagi Aidilfitri yang mulia.

Jangan ditolak rezeki yg datang,
Apatah lagi rezeki berkahwin lagi,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa ditinggal wajarlah ganti.

Anak dara seindah rupa,
Hebat lagi kuasa jandanya,
Kalau tuan tidak puasa,
Jangan nak bermegah berhari raya.

Berpoligami banyak risikonya,
Tambahkan ilmu didada seadanya,
Jangan hanya bersalam saja,
Duit raya dan angpau turutlah serta.

Gadis bertudung indah ditenung,
Jika berkenan jumpalah ibu bapanya,
Bila memandu pulang ke kampung,
Berhati-hatilah di jalan raya.

Berkahwin 4 memanglah hebat,
Silap langkah boleh kena lipat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Pakai whatsapp pun kira ok sbb nak cepat.

Wahai kawan2 gagah perkasa,
Sudilah membantu wanita yg dah berusia,
Maaf andai terkasar bahasa,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya !!

Andai kata Di sepanjang Persahabatan Kita, ada terkasar bahasa, segala makan minum, umpat2 blkg, harap dihalal & dimaafkan..😂😂😃😃😍😍

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, June 23, 2017

jangan ingat kemas beg tu senang

Jangan kau pertikai apa bini kau buat.

Jangan ingat kemas beg tu senang.

Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.

Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.

Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.

Baju ni ada banyak jenis baju.

Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.

Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.

Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar 😂😂😂

Belum baju anak.
Uiii..tu lagi banyak jenis.

Baju raya.
Baju bila dah tengah hari.
Baju tidur.
Baju ganti kalau baju raya dah comot.
Baju kalau tido dalam aircond.
Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond.
Baju berlubang, baju takde lubang.

Tu kalau seorang anak.
Kalau ada 5?6? 😂

Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.

Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut.

Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.

Iron pun dia bawak weh!

Kasut?
Ha..ada kasut raya.
Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh.
Hmmmmmm 😯

Fuh...tu je..
Tu je?
Belummmmmm...

Kuih raya..kerepek raya..kek lapis..kek coklat...serunding..dodol...

Ha...mandi cemane mandi...
Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.

Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya 😂

Ha..ok...cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.

Eh...ada lagi!
Barang mekaaappppp...

Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah... Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu 😜

Charger handphone..charger charger..
Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.

Dan...dan...
Dia siap ada plan kontigensi.
Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.

Jarum jahit pun ada..benang..gunting...kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..

Haaaaa......
Ok.
Ada dah semua.
Fuhh...legaa....
Ok zip beg!

Suami kerjanya apa?
Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta.
Jangan cakap pape.

Angkat.susun.senyum.

😂😂😂😂😂

kad raya digital

Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan
Maghrib esok LAST berbuka
Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua
Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa.. 
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Text dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Thursday, June 22, 2017

du'a

*Please take part in this Du'a & forward it to all Muslims and let everyone take part.*

Say ameen after each Dua:

_Ya Allah don't take my soul away until you are happy with
me,  ﺁﻣــــــــــﻴﻦ

_Ya Allah give me a death of a shaheed, ameen;

_Ya Allah grant me death while I'm in sujuud,  ﺁﻣــــــــــﻴﻦ

_Ya Allah let the last words of my life be the Shahadah ﺁﻣــــــــــﻴﻦ

_Ya Allah If I die in my sleep, let My heart beat with your Zikr,   ﺁﻣــــــــــﻴﻦ

_Oh Allah, the guider of the lost soul, forgive the entire
Muslim Ummah, ﺁﻣــــــــــﻴﻦ

_Ya Allah Forgive my Parents, my Family, my Muslim Friends,   ﺁﻣــــــــــﻴﻦ

_"Allahumma Ajirni Minan Naar, Wa As'alukal Jannat" ﺁﻣــــــــــﻴﻦ

_Ya Allah let all I've asked be equally granted to my parent
Ya Allah.  ﺁﻣﻴﻦ

***********
_If u choose toforward this message to our other muslim
brothers and sisters...*We pray to the Almighty Allah, that it
will In Sha Allah, be a Sadaqatul-Jaariya for you and me. And for all of us
ﺇﻧﺸﺎءﺍﻟﻠﻪ.  ﺁﻣــــــــــﻴﻦ

Wednesday, June 21, 2017

bila balik raya ramai2

Bila nak raya ni, terutama balik kampung rumah mak ayah, dah tentu adik beradik, sanak saudara penuh dalam rumah.

Kalau adik beradik kau 10 orang tak termasuk anak buah, tak ke macam kawasan perang kena bom atom jadinya dalam rumah tu.

Tapi, tu lah suasana yang kita hanya dapat rasa time hari raya. Cuma aku nak pesan, bila kau nak balik kampung kau kena ambil tahu dan jangan buat lupa. Aku karate halkum sampai lumpuh kang haaaa...

1.Pampers anak. Tolong beli siap-siap berguni kalau anak kau kerap berak setiap 5 minit. Kau pun tau kedai banyak tutup kat kampung sebab nak raya. Ni bila habis, mula lah pinjam pempers anak buah yang lain. Ingat mak bapak diorang buat jualan amal ke? Dah pinjam, tak ganti baru pula. Pampers mahal oooiii..

2.Susu anak. Ni lagi satu. Anak kau kecik-kecik semua selang setahun sebab aktif nya kau berjimba disubuh hari. So susu tu minta bawa lebih siap-siap. Bila bawa ngam-ngam saja, mula lah nak pinjam susu anak buah kau. Budak tu pun mak ayah dia dah beli untuk tempoh bercuti. Bila tak cukup masing2, mula lah tarik muka macam tosei.

3.Bila dah berkumpul ramai-ramai, makan pun ramai-ramai tapi lepas makan pinggan letak dalam singki. Kau ingat adik beradik kau yang lain orang gaji? Masing-masing makan, lepas tu tolong basuh pinggan tu. Kemas dapur sama2. Lepas makan, kau basuh tangan, kau tengok tv. Wah wah wahab enterprise betul.

4.Bila kau guna mesin basuh tu, kalau dah siap, kau angkat baju tu dan sidai lah. Kau ingat orang lain tak ada baju nak basuh? Dah kering baju, angkat la kat ampaian. Sedara kau nak sidai mana? Atas kereta jiran ke?

5.Masing-masing nak raya ni baju semua tak mau kedut. Jadi kau bawak lah seterika kau sendiri dari rumah balik kampung. Tak ada la berebut-rebut nak seterika tudung. Seterika tudung pun 30 minit masing-masing. Tok imam dah serak suara takbir raya panggil datang masjid.

6.Bila ramai balik kampung, kau jangan nak harapkan tilam yang tebal dan empuk lagi Massimo the italian baker. Jadi bawak lah toto sendiri, selimut sendiri untuk kau dan anak beranak, Biasa tak cukup bila ramai-ramai balik. Pandai2 lah kau nak tido nanti nak lapik pakai daun pandan ke.

7.Bilik tak cukup, so tido kat ruang tamu, tempat makan dan celah jamban. Tu biasa bila balik time raya ramai-ramai. Jadi kau kena bangun awal bila tau kau tido kat depan. Jangan sampai mati kena pijak macam kat tempat konsert. Berbuih sorang-sorang kena pijak sebab lambat bangun. Tak perasan.

8.Plug umah mak ayah tak banyak. Bukannya cybercafe umah diorang tu. So, kau kena bawak siap-siap extension wire, charger handphone, powerbank masing-masing. Tak lah bergaduh. Budak-budak sekarang pasal charger pun boleh membunuh korek mata.

9.Bila masing-masing baju raya 30 pasang sorang, tolong bawak hanger/penyangkut baju sendiri untuk kau gantung dekat besi tingkap rumah tu. Ni kau pinjam, itu tak cukup mula lah nak bising bila baju dah seterika kedut balik sebab terlipat.

10.Paham-paham sajalah bila dah ramai dalam satu rumah ni dengan pelbagai peringkat umur ni. Kalau boleh, bawak la peralatan mandi macam berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun mandi, tuala sendiri. Tak de la kau bising benda tak cukup dalam rumah.

11.Masa nak mandi tu, jangan lah mandi lama-lama macam kau mandi junub. Ingat kau sorang saja laki bini mandi junub? Aku pun nak mandi junub jugak. So, mandi tu ala kadar atau kau bangun jam 4 pagi mandi siap-siap kalau kau jenis spesis mandi slow motion.

12.Beli kasut mahal-mahal, lepas tu rembat selipar orang kat rumah buat pergi sana sini takut kotor kasut. Balik raya, tolong bawak selipar sendiri. Kau ingat orang tu tak keluar beraya jugak pakai selipar?

13.Kalau anak kau jenis tak tahan panas dan lahir di London, tolong bawak kipas sendiri. Tak lah bergaduh, merungut, berpidato menantu mertua dalam rumah.

14.Bila kau beli makanan dan letak kat dapur tu kongsi-kongsikan lah. Kalau tak nak kongsi, kau jangan tunjuk. Letak je bawah katil atau kau korek simpan dalam tanah. Bila letak kat dapur, ramai-ramai ni semua nafsu piranha. Kejap saja habis.

15. Kalau kau beli bunga api untuk anak kau saja, kau beli lah lebih untuk anak sedara yang lain jugak. Anak kau sorang saja main, kecik hati budak-budak tu. Kalau tak, main je lah bunga api tu dalam bilik air sambil tutup pintu.

16.Sampah pasti cepat saja penuh. So, masing-masing bertolak ansurlah buang sampah. Ni masing-masing ego. Last-last satu rumah bau mayat. Pampers anak kau saja pun dah 40 kg.

17. Kemas rumah, cuci lantai, sapu sampah kat luar tu, buat lah sama-sama. Jangan kau biarkan along kau saja, angah kau saja buat benda tu. Kau layan handphone sambil like status hafiz mansor yang kacak tu. Harrey..

18. Kalau kau rasa semua tak boleh, menyusahkan, nak selesa kau duduk sajalah hotel dengan anak beranak. Tapi feel raya dia tak sama bila berkumpul ramai-ramai walaupun tak selesa.

19. Jangan bergaduh laki bini depan mak bapak, anak-anak, saudara mara pasal hal rumah tangga sebab terlupa itu ini. Kau masuk dalam kereta, berparang lah dalam tu. Emosi raya orang lain kena jaga.

Tu je lah aku nak kongsikan yang mana aku tahu. Korang boleh share kalau ia bermanfaat untuk orang lain nak balik raya ni.

😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃

Monday, June 19, 2017

puisi dari negara seberang

 

* Puisi terakhir

                               
Hidup itu seperti *UAP*,  yang sebentar saja kelihatan, lalu lenyap !!
Ketika Orang memuji *MILIKKU*,
aku berkata bahwa ini *HANYA TITIPAN* saja.

Bahwa mobilku adalah titipan-NYA,
Bahwa rumahku adalah titipan-NYA,
Bahwa hartaku adalah titipan-NYA,
Bahwa putra-putriku hanyalah titipan-NYA ...

Tapi mengapa aku tidak pernah bertanya,
*MENGAPA DIA* menitipkannya kepadaku?
*UNTUK APA DIA* menitipkan semuanya kepadaku.

Dan kalau bukan milikku,
apa yang seharusnya aku lakukan untuk milik-NYA ini?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-NYA?

Malahan ketika diminta kembali,
_kusebut itu_ *MUSIBAH,*
_kusebut itu_ *UJIAN*,
_kusebut itu_ *PETAKA*,
_kusebut itu apa saja ..._
Untuk melukiskan, bahwa semua itu adalah *DERITA*....

Ketika aku berdo'a,
kuminta titipan yang cocok dengan
*KEBUTUHAN DUNIAWI*,
_Aku ingin lebih banyak_ *HARTA*,
_Aku ingin lebih banyak_ *MOBIL*,
_Aku ingin lebih banyak_ *RUMAH*,
_Aku ingin lebih banyak_ *POPULARITAS*,

_Dan kutolak_ *SAKIT*,
_Kutolak *KEMISKINAN*,_
Seolah semua *DERITA* adalah hukuman bagiku.

Seolah *KEADILAN* dan *KASIH-NYA*, 
harus berjalan seperti penyelesaian matematika
dan sesuai dengan kehendakku.

Aku rajin beribadah,
maka selayaknyalah derita itu menjauh dariku,
Dan nikmat dunia seharusnya kerap menghampiriku ...

Betapa curangnya aku,
Kuperlakukan *DIA* seolah _Mitra   Dagang_ ku
dan bukan sebagai *Kekasih!*

Kuminta *DIA* membalas _perlakuan baikku_
dan menolak keputusan-NYA yang tidak sesuai dengan keinginanku ...

*_Duh ALLAH ..._*

Padahal setiap hari kuucapkan,
*_Hidup dan Matiku, Hanyalah untuk-MU ya ALLAH, AMPUNI AKU, YA ALLAH ..._*

Mulai hari ini,
ajari aku agar menjadi pribadi yang selalu bersyukur
dalam setiap keadaan
dan menjadi bijaksana,
mau menuruti kehendakMU saja ya *ALLAH* ...

Sebab aku yakin....
*ENGKAU* akan memberikan anugerah dalam hidupku ...
*KEHENDAKMU*  adalah yang ter *BAIK* bagiku ..

Ketika aku ingin hidup *KAYA*,
aku lupa,
bahwa *HIDUP* itu sendiri
adalah sebuah *KEKAYAAN*.

Ketika aku berat utk *MEMBERI*,
aku lupa,
bahwa *SEMUA* yang aku miliki
juga adalah *PEMBERIAN*.

Ketika aku ingin jadi yang *TERKUAT*,
....aku lupa,
bahwa dalam *KELEMAHAN*,
Tuhan memberikan aku *KEKUATAN*.

Ketika aku takut *Rugi*,
Aku lupa,
bahwa *HIDUPKU* adalah
sebuah *KEBERUNTUNGAN*,
kerana *AnugerahNYA.*

Ternyata hidup ini sangat indah, ketika kita selalu *BERSYUKUR* kepada *NYA*

Bukan karena hari ini *INDAH* kita *BAHAGIA*.
Tetapi karena kita *BAHAGIA*,
maka hari ini menjadi *INDAH*.

Bukan karena tak ada *RINTANGAN* kita menjadi *OPTIMIS*.
Tetapi karena kita optimis, *RINTANGAN* akan menjadi tak terasa.

Bukan karena *MUDAH* kita *YAKIN BISA*.
Tetapi karena kita *YAKIN BISA*.!
semuanya menjadi *MUDAH*.

Bukan karena semua *BAIK* kita *TERSENYUM*.
Tetapi karena kita *TERSENYUM*, maka semua menjadi *BAIK*,

Tak ada hari yang *MENYULITKAN* kita, kecuali kita *SENDIRI* yang membuat *SULIT*.

Bila kita tidak dapat menjadi jalan besar,
cukuplah menjadi *JALAN SETAPAK*
yang dapat dilalui orang,

Bila kita tidak dapat menjadi matahari,
cukuplah menjadi *LENTERA*
yang dapat menerangi sekitar kita,

Bila kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang,
maka *BERDOALAH* untuk
kebaikan.

### : Di-Share karena ini sangat bagus untuk pembelajaran kehidupan kita semua

🍀🌿🍀🌿🍀🌿

kisah bini muda

Lawak ptg...bca ekkk

Suami : sayang, ni abang ada bawa balik  lauk tomyam, pergilah makan.

Isteri : wah, Sedap tu. Mana abang dapat?

Suami : isteri Muda bagi.

Tomyam  mendarat dengan kelajuan 360km per jam diatas kepala suami.

😣🍃😣🍃😣🍃😣

Suami : Apa salah abang yang

Isteri : sejak bila berbini muda Cakap?

Suami : bukan bini muda abang yang,  bini si Muda.. Muda bin Saad.

Isteri : 😮😩😭

Orang lelaki cakap biar terang.
Orang perempuan emosinya ditelinga.
😂😂😂

Sunday, June 18, 2017

diam abah

*AYAH SERING DIDERA*

🎱 Bila kena leteran ibu...ayah *_DIAM_*

🎱 Bila bergaduh dgn ibu...ayah *_DIAM_*

🎱 Nak tunjukkan kasih sayang pada isteri dan anak.... ayah. *_DIAM_* juga.

🎱 Ayah suka *_DIAM_*.

Marah pun ayah *_DIAM_*,

Suka pun ayah *_DIAM_*...

Akhirnya Ayah pasang satu lagi *_DIAM-DIAM_* juga... 😂😂

*SELAMAT HARI BAPA*

Saturday, June 17, 2017

gila kaye

Alhamdulillah.. Selesai shopping...
Baju 4 pasang nk dekat rm800.
Seluar jean 2 helai rm750
Kasut rm700
Jam rm900
Untuk anak2 RM10,000..
Untuk isteri RM5000...
Bagi mak Rm2000
Lain2 RM10,000

Indah betul mimpi malam tadi.. semoga impian menjadi kenyataan.. ✌🏽😆

#ramadhan22

Friday, June 16, 2017

*DOA UNTUK PARA SahabatKU Di GRUP INI*

*DOA UNTUK PARA SahabatKU Di GRUP INI*

*Bismillah...*

1. *Ya Allah di pagi hari yang mulia ini aku memohon dengan keagungan AsmaMu*
2. *Muliakanlah orang yang membaca doa ini.*
3.  *Lapangkanlah hatinya ,tentramkan jiwanya, sehatkan fisiknya.*
4. *Bahagiakan keluarganya..jadikan anak anaknya sholeh/ah.*
5. *Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan. Lepaskanlah dari hutang piutang.*
7. *Mudahkanlah segala urusannya* ,
8. *Kabulkanlah cita-citanya , dan harapannya*
9. *Jauhkan dia dari segala penyakit , fitnah , prasangka keji , berkata kasar dan*
10. *Jauhkanlah dia dari segala musibah , serta*
11. *Terimalah semua amal ibadahnya dan kelak...*
12. *Jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMu*

*. آَمِيـٍـِـن*ْ ... *آَمِيـٍـِـن*ْ *... آَمِيـٍـِـنْ *يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن*ْ

# Saudaraku Kirim ke semua orang yang ada dalam group kita , karena kita tdk tahu dari lisan siapa doa  doa kita dikabulkan, Aamiin ...

Sunday, June 11, 2017

jgn minta izin kalau nak kawin lagi

Jumpa kawan lama tadi, isterinya dah 3 orang.

Saya tanya apa rahsia

Dia jawab

" Jangan minta izin, minta maaf sahaja"
😄😄😄😄

keberkatan dan gaji yang halal

🌶🌶🌶Pedasnya taZkirah ni

*Petikan dari tazkirah Ustaz *

Mari fikir-fikirkan.
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak dicampurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".

*KEBERKATAN YANG DICARI*
*6 cara utk mendapat pahala setelah mati:*

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.

2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.

3. Turut serta dlm pembinaan masjid.

4. Meletak watercooler di tempat awam.

5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.

6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akan mendapat pahala.

*Ramadhan Al-Mubarak*

Wednesday, June 7, 2017

read if u r muslim

WHAT A WONDERFUL KHUTUBA IN SAUDI ARABIA LAST FRIDAY. .
☂Surround urself with Muslims who practice the Deen. They are ur only True Friends in this Life and in the Hereafter.
☂Not everybody is out there to judge you, there are some who want the best for you and want to help you get into Al-Jannah, value them.
☂Indeed, a friend who doesn't care about your Aakhirāh is not really your friend.
☂Sometimes the hardest person for you to correct is yourself. There is no shame in being wrong, the shame is in choosing to stay on the wrong path.
☂Whatever takes you NEAR to Allah, takes you AWAY from Hellfire. Whatever takes you AWAY from Allah, takes you CLOSER to Hellfire.
☂We all take tomorrow for granted because we believe tomorrow will always be there. Tomorrow may be there, but we may not!
☂Who said "TOMORROW" is guaranteed? Make the use of "TODAY" that you are blessed with!
☂Yesterday many thought that they would see today, and today many will think they will see tomorrow.
☂Death could be tonight, in the next hour, the next second, yet we live as if we still have so many years to live.
☂You may be rich, famous or have a high status in this dunyah, but to the Angel of Death, you're just another name on the list.
☂Our death and meeting with our Creator is approaching and yet our biggest worry is what are we going to wear tomorrow? ‪#‎in‬ competition
☂One day you'll just be a memory for people, and a lesson to others. Do everything you can to please Allah, be a positive lesson.
☂Just imagine how many people were here with us last year, but are no longer here again! Even our turn is soon approaching. May Allah forgive us an forgive them.
☂We walk with our heads high up in the sky, unaware that one day we'll be trapped 6' Feet under the ground. ‪#‎Reminder‬
☂You look for the latest fashion and designer clothes, but don't forget O' Son of Adam! You will end up being wrapped up in just a white shroud.
☂Live to please the Creator, not the creation. If Allah is happy with us, what more can we ask for?
☂It's sad how we only begin to appreciate blessings, either materialistic things or good people; only after we lose them. When it's too late!? Do we really invest to be like them?
☂You wouldn't throw away a diamond to pick up a rock, so in the same way, don't throw away the Aakhirah (Paradise) by chasing the Dunya (worldly).
☂How do you expect to get Al-Jannah (paradise) when you haven't worked for it in Dunya? That's like expecting to pass an exam you never took a class for.
☂We live in a time where people leave out food in fear of becoming overweight, but cannot leave out sins in fear of Allah!
☂For a believer. — you may be penniless, homeless, unemployed, sick and feel like you have nothing. But you have the One thing that money can't buy: "Allah".
☂Allāh knows what you want, what you need, what you deserve, at what time & what place, trust Him & His decisions (is best for HIS creation), He knows while you don't.
☂If a kaafir celebrity mentioned your name to the world, how happy would you be? Mention Allah in a gathering, and He mentions you to the angels!
☂And, make the Qur'an your companion and a part of your life. Don't let urself become a stranger to it. The Qur'an is like a friend, the longer the friendship lasts the more you will know of its secrets.
☂Don't praise me because I'm on my Deen, but pray for me because I have faults which you have not seen.
Repent
ُ"Truly, Allah loves those who repent (the prodigal son), and He loves those who cleanse themselves." [Al-Quran 2:222].
May Allah purify our hearts. And peace and blessings of Allah be upon our noble Messenger of Allah, Muhammad and his household.

Sunday, June 4, 2017

jadual harian mukmin

*JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN*

*4.00 PAGI*
1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

*4.30 PAGI*
1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat.
-Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat.
–Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat Hajat 2 rakaat.
-Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat DUNIAWI & UKHRAWI.
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5.Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
6.Baca dan tadabburlah al-Qur'an.
7.Berzikir.

*5.15 PAGI*
1.Makan sahur
2.Bersiwak atau menggosok gigi dan membersihkan mulut.

*5.30 PAGI*
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca al-Qur'an atau berselawat/berzikir.
2.Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
3. Baca dan tadabburlah al-Qur'an.

*10.00 PAGI*
1.Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah al-Qur'an walaupun beberapa ayat sahaja.

*12.45 tengahari*
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
3.Solat Zohor berjemaah.
4.Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah al-Qur'an.

*4.00 PETANG*
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3.Solat Asar berjemaah.
4.Berwirid atau membaca ma’thurat.
5. Baca dan tadabburlah al-Qur'an.

*5.30 PETANG*
1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2.Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

*6.30 PETANG*
1.Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2. Memperbanyakkn doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat maghrib berjemaah.

*8.40 MALAM*
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Bacalah al-Qur'an dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadaarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan al-Qur'an.

*11.00 MALAM*
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.“Berniatlah untuk puasa esok hari .
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur.
5.Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

*SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU*

Semoga kita mendapat apa yang dijanjikan oleh *ALLAH* sekiranya berpuasa dengan sempurna iaitu *KEAMPUNAN DOSA dan BEBAS DARI NERAKA*

👆Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.

cara mudah nak buat pahala

*Drp Dato' Dr Fadzilah Kamsah ..*

*SATU IDEA YANG CANTIK.*

*Sempena bulan suci Ramadhan 2017 ini, kamu pergi kekedai runcit yang ada dikampung kamu. Lantas kamu minta kepada Penjaga kedai buku catatan hutang pelanggan. Kalau kamu dapati didalamnya nama-nama ibu tunggal, orang-orang fakir dan orang miskin yang mereka membeli secara berhutang. Kamu dapati jumlah hutang mereka tidaklah begitu banyak jumlahnya mengikut perkiraan kamu, akan tetapi banyak bagi mereka. Maka bayarkanlah hutang mereka semua atau sebahagiannya (buat kebajikan). Jika kamu tiada keupayaan berbuat demikian, bolehlah kamu sebarkan idea yang cantik ini kepada orang ramai, diharapkan ada faedahnya.*
👍👍👍

Saturday, June 3, 2017

tazkirah

Tazkirah pagi...

Syurga *lelaki*
pada perempuan iaitu *IBU*
Syurga *perempuan*
pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami*
kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu*
kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup*
anak perlukan *doa ibu bapa.*     
Masa *mati*
ibu bapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia*
nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat*
nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumikan jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu*
yang manusia ada.
Dia tetap perlu *belajar*
daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* mana pun seorang manusia.
Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager* tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*

Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*
Inilah manusia...
*Lemah.*

Walau sehebat mana pun kita di dunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada *taraf ujub, riak, sombong dan hina.*

*Ingatlah wahai diri ku* dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat... *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Cnp utk diri sendiri..☺☺

Thursday, June 1, 2017

hati hati d bulan poso

Salam, maaf nak pesan, bulan puasa ni hati-hati memandu di jalan raya sebab tayar *haus* dan brek pun tak *makan*

Poso.

Sekian di maklumkan.