Friday, December 30, 2016

Saya maafkan anda semua

Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pd kita?"
Jawapan ustaz ringkas ja,
tapi agak menyentap jiwa :
"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."
Jika kita tak redha,
Tak maafkan orang lain,
Kita akan LEWAT
MENITI TITIAN SIRAT.
Ia akan MELEWATKAN
AMALAN KITA DIHISAB.
Mahu ke?
SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang2 yang kita tak redha tu. Sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke?
Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..
Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"
Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.
Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.
Biarlah Allah menghakimi.
Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.
Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.
Kita akan lebih tenang.
Inshaa Allah.
*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF kpd ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH & SILAP YG SENGAJA @ X DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DGN SAYA.*
*ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN

Thursday, December 29, 2016

CONSIDERATIONS FOR 2017*

*
________________________________
*1. ON EARNING:*
Never depend on single income. Make investment to
create a second chance.
_________________________________
*2. ON SPENDING:*
If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need.
________________________________
*3. ON SAVINGS:*
Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving.
________________________________
*4. ON TAKING RISK:*
Never test the depth of a river with both feet.
________________________________
*5. ON INVESTMENT:*
Do not put all eggs in one basket.
________________________________
*6. ON EXPECTATIONS:*
Honesty is a very expensive gift. Do not expect it from cheap people.
________________________________
*7. Past* is a waste paper, present is a newspaper, and future is a question paper. Come out of your past, control the present, and secure the future.
________________________________
*8. When bad things happen* in your life, you have three choices. You can either let it define you, let it destroy you or you can let it strengthen you.
_______________________________
*9. Our eyes are in the front* because it is more important to look ahead than to look backwards.
_______________________________
*10.* We use pencil when we were young, but now we use pens. Do you know why? Because mistakes in childhood can easily be erased, unlike now.

*Wish you a prosperous 2017 !!*

Seloka org muda jadi tua

*_Untuk santapan jiwa._*
❤❤❤❤❤❤❤❤❤
          👶🏻👦🏻👱🏻👨🏻👴🏾
DULU *MUDA,* SEKARANG DAH *TUA.* 😁

1.Menantu tok penghulu
jual manisan lebah
masa terus *berlalu*
kita banyak *berubah.*

2.Mak beli bedak
beli hari Selasa
dulu kita *budak*
kini sudah *dewasa.*

3.Bapa Siti Hajar
pergi tabur baja
dulu kita *belajar*
kini sudah *kerja.*

4.Suami Kak Rohana
kerja menjual arang
dulu *anak teruna*
sekarang *suami orang.*

5.Sepuluh ekor kera
hitam macam arang
dahulu *anak dara*
sekarang *isteri orang.*

6.Makan pulut tanak
makan dengan Gayah
dahulu *jadi anak*
sekarang *jadi ayah.*

7.Kakak perut senak
senak rumah Mak Cu
dahulu *dukung anak*
sekarang *dukung cucu.*

8.Pergi memburu kijang
terpijak anak katak
dahulu *rambut panjang*
sekarang *kepala botak.* 👊

9.Isteri orang Maran
suami orang Iban
dahulu *rambut karan*
kini *rambut beruban.* 👊🏻

10.Tanam pokok pisang
bawah pokok keranji
dahulu *abang sayang*
sekarang *abang haji.*😀

11.Pandu kereta Kancil
pandu dengan kasar
dahulu *pangkat kecil*
sekarang *pangkat besar.*

12.Isteri Datuk Minhat
suka ungkit-ungkit
dahulu badan *sihat*
sekarang *sakit-sakit.*😬

13.Dari Sungai Batu
pergi Dusun Tua
dulu jadi *menantu*
sekarang jadi *mertua.*

14.Seluruh badan basah
terjun kolam renang
dahulu sangat *susah*
sekarang sudah *senang.*

15.Rehat dalam bangsal
rehat dengan Busu
dahulu *gigi asal*
sekarang *gigi palsu.* 😷

16.Makan gulai kerang
Kenyang sampai sebu
Dulu *mata terang*
Sekarang dah *kelabu.* 👀

Selamat meniti hari usia senja.

Tuesday, December 27, 2016

Sapa rasa dia ahli syurga

Perkongsian buat semua :

Ada satu kampung,
diberi nama Kampung Brimbun.
Dalam kampung itu tinggal seorang pemuda, Awie namanya.
Awie ini yatim piatu, juga bekas seorg banduan.
Dia dimasukkan penjara atas tuduhan menyimpan dadah.
Kerana statusnya yg bekas banduan dan merempat, dia dipulau oleh org2 kampung, termasuklah imam Kadir.

Imam Kadir cukup tak suka dgn Awie.
Di kampung itu juga ada seorang cikgu yg dikenali dgn sikap alimnya.
Cikgu Jabar ini sahaja yg mahu berkawan dgn Awie.
Perlahan2 cikgu Jabar ajak Awie berjemaah di surau dan bergaul dgn org kampung.
Awie bukan tak nak pegi, tapi dia tahu Imam Kadir tentu tak suka.

Suatu malam di kampung itu diadakan satu Ceramah Perdana dgn menjemput seorg ustaz glamour ala2 Ustaz Azhar.

Ramailah org2 kampung yg dtg sbb nak tgk ustaz itu dgn lebih dekat.

Ada 2 khemah disediakan utk yg hadir. Satu khemah cukup dgn lampu dan kipas dgn hamparan karpet utk bersila.

Satu khemah lagi gelap tanpa berlampu, takder kipas, takder karpet, kerusi pun takder.

Org2 kampung dah huru hara, takkan laki pompuan nak bercampur bwh satu khemah yg terang dan sejuk itu.

Ustaz : Assalamualaikum dan terima kasih buat org2 kampung Brimbun yg sudi hadir.
Saya sengaja buat dua khemah dgn satu terang satu gelap.
Begini... sblm saya memulakan ceramah.
Saya nak bahagikan pakcik makcik, abg kakak semua dlm 2 kumpulan.

Imam Kadir dah sengih, nie la masanya org2 kampung yg liat turun surau nie sedar.

Ustaz mesti nak banci yg mana rajin ke surau yg mana tak nak turun ke surau. Kena brain wash la yg tak ke surau nie nanti. Rasakan kau Awie!!..

Ustaz : Baiklah.. Andai kata kita semua mati pada malam ini, siapa rasa diri dia takder dosa dan layak sbg ahli syurga, sila bawa diri anda yg mulia ke khemah yg terang ini.

Yg rasa diri dia byk dosa dan dia calon ahli neraka pulak, masukkan diri anda yg hina ke dlm khemah yg gelap itu.

Tuh diaa... Sorg2 dah terkebil2, terkulat2...
Dgn slow motion sorg demi sorg keluar dari khemah yg terang.

Mana taknya, Cikgu Jabar yg alim pun dok masuk khemah neraka.

Imam Kadir and the gang dah panas punggung.

Khemah terang dah tinggal anak2 kecik jer dok leka bermain sesama mereka. Budak2 bukan tahu apa2. Ada ibu2 yg panggil anak dia keluar.

Ustaz : Aik kak? Anak2 akak duk main2 dlm syurga apsal panggil masuk neraka? Anak2 kita takder dosa kak... Kalau mereka mati mlm ini, mmg syurga tempat mereka.

Biar mereka bermain2 kat situ.. Akak duk neraka tuh diam2.
Ada isteri yg tarik suami sekali.
Mana aci isteri jer berpanas gelap.
Awk bukan baik benor kata isteri.

Kelam kabut dah jadiknya.
Mahu tak mahu Imam Kadir kenalah join jugak khemah neraka...

Tengah bersesak2 dlm khemah yg gelap dan panas itu,
Imam Kadir terasa ada jari cuit bahu dia.
Awie : Aik Mam!? Jumpa jugak kita kat sini.. Kita sekhemah rupanyer....

Moralnya - KITA SERUPA. Maka, BERPESAN2LAH DGN KEBENARAN DAN KESABARAN.... Wallahua'lam..

Monday, December 26, 2016

Kenapa hiway maksimum 110kmj

SOALJAWAB BERKENAAN HIGHWAY MALAYSIA..

soalan:kenapa hiway malaysia cuma max limit 110km/h..kenapa mesti 110 km/h...bukan 180 km/ h..atau  360 km/ h.?

Jawapan: sebenarnya hiway di malaysia di design max speed 120 km/ h...bukan 110 km/ h...tp kita letak 110 km/ h supaya play safe. Dan tolerance +10 km/ j saja di reserve untuk any unexpected event untuk minimizekan injury jika berlaku.

Material yg hiway kita gunakan sekrg cuma mampu bg full traction dalam max speed 120 km/ h...maknanya klu speed over limit...tayar dah x grip jalan..sebab tu klu tgok keta xcident yg lari over limit. Semuanya seriuos injury or death terus. Sebb faktor material jalan dan kapasiti traction tayar kereta. Info ni yg ramai x tahu.

Kita boleh design hiway untuk max speed 400 km/ h...macam litar sepang...tp kos material tinggi...sanggup ke hang nak bayar kos  tol mahal2...naik tol 20 sen pun riuh setahun...haha..

1 lg...hari ni teknologi enjin lebih maju dr teknologi tayar...enjin skrg org bole design bg laju smpai 800 km/ h atau lebih lg....tp tayar harini yg high spec pn max speed cuma bole pegi smpai below 400 km/ h....tayar yg ferrari n lambho pakai skrg...

Dapat something x....so jangan speed laju2 k...🤓🤓🤓

Bersyukurlah


Wahai anakku.
Ikhlaslah dalam beramal,  kerana Allah tidak berhajat kepada amalan yang dilakukan untuk menunjuk kepada manusia atau  dilakukan kerana mengharapkan  keredhaan manusia.

Wahai anakku.
Apalah yang kamu ingin banggakan amalanmu sedang kamu tidak tahu apakah Allah menerima atau menolak amalanmu.  Kalau Allah menerima amalanmu bukanlah kerana hebatnya amalan itu, tetapi ia adalah kerana rahmat Allah ke atas mu dan belas kasihan Allah kepadamu. 

Wahai anakku

Janganlah engkau menyombong dirimu di dunia yang sementara ini kerana saat uzurmu akan mencabut segala kesombonganmu. Bagaimana pula nanti waktu kamu berdiri di hadapan Tuhanmu dalam keadaan tiada penolong dan pembantu.

Wahai anakku.
Di antara cara menjadikan kita sentiasa bersyukur kepada Allah ialah melihat musibat yang menimpa orang lain jauh lebih besar dari apa yang kita tanggung, dan melihat nikmat yang Allah kurniakan kepada kita jauh lebih baik dari apa yang ada pada orang lain.

Wahai anakku,

Jangan kamu besarkan kekurangan yang ada kerana ia akan menjadikan  kamu menghina diri, dan tidak mensyukuri nikmat yang sedang kamu hayati.   sebaliknya manfaatkan kelebihan yang dikurniakan Allah kepada kamu, agar kamu jadi hambanya yang bersyukur.

Wahai anakku.
Nafas yang keluar masuk dalam kerongkongan mu petanda rahmat Allah yang berterusan kepadamu.  Bagaimana kalau tiba-tiba ia dihentikan oleh Allah,  apakah ikhtiar mu. Maka janganlah engkau merungut kekuranganmu dan merasa sedikitnya kurniaan Tuhan kepaadamu ,  sebaliknya belajarlah menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Senyum selalu.
Tawau Sabah
25hb Disember 2016.

<<------------------>>

Saturday, December 24, 2016

Jgn kedekut dgn rezeki Allah bagi

Ini mungkin berlaku di zaman kita ...Allahuakhbar

CERITA YANG MENYENTUH PERASAAN & SUATU PENGAJARAN BERGUNA UNTUK MENDIDIK ANAK2 KITA....👇�

Pesan Abah Dan ‘Hutang’ Baju Sekolah.

Seminggu dua nak buka sekolah ni teringat zaman kecil dulu sewaktu arwah abah masih hidup. Masa ini lah abah akan naik motor ke sana ke mari pergi jumpa sedara mara yang senang sikit untuk pinjam duit beli baju sekolah kami adik beradik.

Kadang-kadang abah pinjam dengan kawan-kawan abah, tokey kedai tempat abah sarapan pagi-pagi dan macam-macam orang lagilah.

Abah tak pernah bagi tahu dia berhutang sana sini untuk beli keperluan sekolah adik beradik. Tapi kami tahu, kami faham. Dan kesusahan itu menjadikan kami berusaha habis-habisan untuk berikan keputusan peperiksaan yang bagus untuk abah.

Tapi zaman dulu kasut sekolah boleh pakai lama. Lambat pula ketat. Budak-budak sekolah sekarang ni setahun sampai dua tiga kali tukar kasut. Cepat betul membesar. Hehehe.

Pernah satu masa sewaktu darjah 4 nak masuk ke darjah 5 abah balik lewat malam dalam hujan. Tak dengar pulak bunyi enjin motosikal abah. Tahu-tahu pintu dah diketuk dan terdengar suara abah memangggil.

Mak dan adik-adik dah tidur. Masa tu saya yang bukak pintu. Abah kesejukan terketar-ketar. Abah berikan saya baju sekolah dan buku-buku keperluan sesi persekolahan yang baru.

Tak ada apa-apa yang keluar dari mulut abah melainkan dia minta saya buatkan teh panas satu. Malam tu berlalu begitu saja tanpa apa-apa perbincangan.

Sehinggalah saya balik dari luar negara selepas habis belajar bertahun kemudian, satu malam sewaktu musim hujan seperti sekarang ini abah mula bukak cerita.

“Kau ingat tak abang. Maasa kau kecik dulu satu masa tu abah balik tengah malam dalam hujan lebat, kau bukakkan pintu dan abah bawa balik buku-buku dan pakaian sekolah baru untuk kau dan adik-adik. Ingat tak?” Abah tanya.

Saya hanya senyum dan mengangguk sambil teruja nak dengar cerita abah.

“Sebenarnya masa tu abah baru balik dari cari duit cuba untuk pinjam duit dengan sedara mara kita untuk belikan kau dan adik-adik baju sekolah dan buku. Tapi tak dapat.”

“Akhirnya abah jumpa kawan lama abah satu masa dulu. Dia pun susah juga, bukan orang senang. Tapi senang sikitlah daripada kita. Dialah yang berikan abah pinjam duit RM100 untuk belikan buku-buku. Pakaian sekolah tu pun abah hutang dengan tuan kedai. Dia bagi hutang sebab dia tahu anak-anak abah semua pandai-pandai belajar.”

Masa tu tanpa sedar air mata saya sudah laju keluar. Bibir tak boleh berkata-kata. Terkedu. Hati rasa sangat sebak.

Abah terus berbicara.

“Malam tu motor abah rosak. Abah tolak motor dari Kota Bharu balik ke Pasir Puteh dalam gelap sebab kedai dah tutup dan abah tak ada duit nak baiki motor. Abah tolak motor tu dalam hujan bercahayakan langit dan lampu kenderaan lain sejauh hampir 50km.”

“Sekarang abang dah balik dari luar negara. Abang dah berjaya. Abang kerja bagus-bagus. Abang bantulah orang macam abah yang ramai kat luar sana. Abang jadilah orang baik-baik.

Jangan kedekut dengan rezeki yang Allah bagi pinjam. Abah tak ada harta nak bagi kat kau dan adik-adik. Abah hanya ada kasih sayang dan ilmu yang abah mampu berikan sekadarnya.”

Dan pesanan itulah yang sentiasa tengiang-ngiang di telinga ini setiap kali nak masuk musim bukak sekolah.

Ya Allah. Rindunya kat abah malam ni. Terima kasih abah kerana membimbing hati ini dari kecil hingga sekarang walaupun jasadmu telah tiada. Kau tetap membimbing hati ini.

Semoga Allah satukan hati-hati kita keluarga besar yang prihatin dan saling bantu membantu ini. Jom jadi orang baik-baik.

Friday, December 23, 2016

Ganu kite

Org tranung jer tahu perkataang ning.. Senang nok sebuk, payoh nok eja
1. Lebong
2. Parok
3. Rohok
4. Glewak
5. Tobak
6. Nganjing
7. Rhepok
8. Tohok
9. Nja
10. Glebek nyeng
11. Khepok paler
12. Bradong
13. Ghudung ghapok
14. Sebek
15. Jok'ong
16. Dok soh beng
17. Klepek
18. Nusuk
19. Brayuk
20. Luga
21. Sedde
22. Sende
23. Dok rok
24. Sebbing
25. Rhesser
26. Lambo
27. Nyassor
28. Gheyok
29. Kenayak
30. Nyengga
31. Congok
32. Stabuk
33. Stambung
34. Selok
35. Kelese
36. Erek ring
37. Patoh reng
38. Kekeng soyok
39. Nebeng
40. Tebeng
41. Nibang
42. Gohek
43. Ppuing
44. Cokkeng
45. Robal
46. Kalang
47. Khejong
48. Settok
49. Netting
50. Titing
51. Gorrek
52. Tepek
53. Nyeng
54. Pporong
55. Purung
56. Lepek
57. Netey
58. Blipak
59. Khetey
60. Jerenggeng
61. Meppeh
62. Cattok
63. Beladung
64. Air chor
65. Nyenggeng
66. Jerebak
67. Etek
68. Rajut
69. Dokkek
70. Cotek
71. Nnewor
72. Jerebar
73. Potek
74. Teboh
75. Kehek
76. Rodok
77. Cokko
78. Chokoh
79. Kembur
80. Nitah
81. Rrabik
82. Ropong
83. Gocoh
84. Nayyor
85. Bromoh
86. Gok
87. Nyakyer
88. Senggeng
89. Pecek
90. Leper
91. Kedaroh
92. Blohok
93. Belede
94. Beledi
95. Naccor
96. Ranggoh
97. Jembeng
98. Cak puak
99. Ngongek
100. Khelak
101. Jenere
102. Tubik
103. Bolok
104. Chamba
105. Bdener
106. Doktong
107. Dok oh
108. Kupik
109. Kheluk khelak
110. Kopek
111. Juruh
112. Jerembong
113. Bederohong
114. Leceh
115. Neppor
116. Rebih
117. Chok
118. Rohek
119. Simbung
120. Belengah
121. Juruh
122. Bicut
123. Nettang
124. Piyor
125. Neyok
126. Setabang
127. Sepeng
128. Bluah
129. Guri
130. Tembo
131. Khabak
132. Brekmok
133. Jeretuh
133. Khipuk
134. Smabor
135. Ketik
136. Khelong
137. Khelot
138. Cerelong
139. Nyunyut
140. Khicit
141. Nawok
142. Kepek
143. Klebek
144. Se'eh
145. Tohor
146. Mette
147. Gong
148. Piyer
149. Gonyoh
150. Khobek
151. Khising
152. Lek'ik
153. Liuk
154. Kehek
155. Seng inguh
156. Ghuyuk
157. Kepeh
158. Settok
159. Khekoh
160. Glewak
161. Kechok
162. Glecoh
163. Bui
164. Kupi
165. Ripit
166. Jembe
167. Sabboh
168. Jangok
169. Nattang
170. Lembang
171. Bere
172. Tappong
173. Porreng
174. Ngesik
175. Cerida
176. Sepang kederang
177. Lebu
178. Nyeyeh
179. Supik
180. Kerik
181. Kurik
182. Kuit
183. Cobek
184. Khutih
185. Lesser
186. Bahang
187. Rabok
188. Ghobok
189. Peteh
190. Keting
191. Stimbung
192. Tonyoh
193. Gaha
194. Blana
195. Bleming
196. Starang
197. Megang
198. Kelih
199. Lepek
200. Selok
201. Bicu
202. Jeluwok
203. Pinnor
204. Katang
205. Khesok
206. Kesot
207. Ghetok
208. Soyok
209. Siyek
210. Piyah
211. Katok
212. Serebang
213. Tumuh
214. Sakkot
215. Ketek
216. Mettek
217. Kecek
218. Gelek
219. Bettak
220. Rebeh
221. Siyup
222. Kenaling
223. Lok
224. Sappok
225. Sakkok
226. Ropong
227. Lebong
228. Hanyar
229. Katuk
230. Khonyok
231. Koya
232. Telong
233. Ugak-ugak
234. Hungga
235. Cocoh
236. Junga
237. Lepe
238. Khiting
239. Segok
240. Berrok
241. Kaccik
242. Ngopong
243. Ngepong
244. Ghepok
245. Cacang
246. Pongoh
247. Noccat
248. Sepek
249. Porong
250. Chekoh
251. Kalor
252. Gere
253. Sekkuk
254. Sebbeng
255. Nebbeng
256. Tebbeng
257. Terohing
258. Kokheng
259. Kayu rol
260. Jettak
261. Seria
262. Tohok
263. Brusong
264. Bobok
265. Kutih
266. Unjuk
267. Seproh
268. Leccoh
269. Kicoh
270. Rrocoh
271. Jiruh
272. Juruh
273. Dokpok
274. Bokeh
275. Repih
276. Weig
277. Kokok
278. Jeluah
279. Bbira
280. Pitih
281. Skeleng
282. Samah
283. Pattak
284. Celeng
285. Gogeh
286. Ogeh
287. Handeng
289. Lembang
290. Debok
291. Pale haliang
292. Dok degih
293. Neroh
294. Cakne
295. Kkoley
296. Teme'e
297. Glekek
298. Cakduh
299. Mak nga
300. Teweng
301. Agah
302. Solo bolo
303. Bollah
304. Kkanjar
305. Kerabe
306. Pelepoh
307. Sekok
308. Legher
309. Lagho
310. Getang
311. Sekepeng
312. Cagang
313. Puahsang
314. Duane
315. Ada meh
316. Jelong
317. Jerang
318. Derohong
319. Perohong
320. Glasok

Tuesday, December 20, 2016

Hati2 dgn Driver

*Hati2 warga Lembah Klang - pesanan utk semua.*

_*HATI-HATI NAIK  UBER DI KUALA LUMPUR !!!*_

Kejadian ini terjadi hari Khamis mlm Jumaat lalu, demi melindungi mangsa kita sebut saja namanya Lina.

Sebab ada pekerjaan yg harus diselesaikan, mlm tu Lina bekerja sampai larut mlm di office di depan Masjid India...

Kira-kira jam 11 mlm, Lina memesan uber utk menghantarnya pulang ke rumah sewanya.

_“Stadium Merdeka ya bang?”_ ujar Lina

Pemandu teksi itu hanya menggangguk & langsung menjalankan uber

Selama perjalanan tdk terjadi percakapan antara Lina & pemandu uber

Mungkin Lina merasa letih karena bekerja sampai larut mlm

Pemandu uber juga tdk berniat utk berkomunikasi.

Sekitar 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba2 Lina ingat kalau ia tdk bawa cukup duit buat bayar tambang

Di dompetnya cuma ada sekitar 8 ringgit saja & Lina cemas takut x cukup

Lina lalu menepuk belakang pemandu uber dgn maksud berhenti dulu di kawasan Ampangan  utk mengeluarkan duit di ATM

Tapi setelah blkg nya di tepuk tiba2 pemandu uber itu secara melulu & memutarkan stering ke kanan ke kiri sambil berteriak histeria...

Sampai akhirnya uber itu melanggar pembahagi jalan & pokok mangga..

Untung Lina & pemandu uber tdk mengalami luka parah.

Pemandu uber itu kemudian menoleh & bercakap dgn Lina :

_“Maaf saudari... saudari  x apa-apa kan? Saudari tepuk blkg sy td... terkejut sy setengah mati !!”_

_“Laaa, tepuk blkg bahu pun x blh?!”_ jwb Lina heran

_“masalahnya ini hari pertama sy jadi pemandu uber.”_

_“Sebelum ni kerja apa Cikkk ?_” tanya Lina turut terkejut.

_"Sy kerja 20 tahun  jadi pemandu Van jenazah”_ jawabnya...

_"Tu la terkejut sgt sy tu..._
😄😄😄

Kehebatan anak muda

BUKA 18 MINI MARKET DALAM 8 BULAN, HEBAT...!!!

Namanya Ahmad, di usia 20 tahun dia berjaya membuka  mini market  secara sndirian sahaja . Bahkan 18 mini market dlm jangka masa 8 bln. Dia memulakannya tnpa modal. Kunci utamanya adalah kegigihan dan melihat peluang. 👍👌

Dia  slalu brangkat awal sebelum subuh dari rumahnya mnuju mini market. Di saat yg lain sedang tidur, dia sudah sibuk mncari rezeki. Dia slalu berpikir "Aku harus kuat " dan slalu mencari jalan agar tercapai cita2nya. Semangatnya sungguh luar biasa. Dia sudah bnyak mnghasilkn wang hasil keringatnya itu.

Khabarnya kelmarin dia di tangkap polis sewaktu cuba membuka  Mini market yg ke 19 dengan  besi pengumpil dan gergaji besi

😝😝😝

Sunday, December 11, 2016

Kekasih ku

💠 *بسم الله الرحمن الرحيم*💠

```Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya```

💠💠💠💠💠💠

```Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

💠💠💠💠💠💠

```Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

💠💠💠💠💠

```Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu``

💠💠💠💠💠💠

```Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & itu bagai cas positif yang menguatkan aku !```

💠💠💠💠💠💠

*Assalamualaika ya Rasulullah*
*Assalamualaika ya habiballah*

ﷺ💠💠💠💠💠

*Selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti*

*Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah*
*Muhammad s.a.w*

*اللهم صل على محمد وآل محمد*
*SALAM MAULIDUR RASUL*
💠💠💠💠💠💠

Saturday, December 10, 2016

Kasih ibu dan bapa

Org yg cinta anda dgn mata dipejam ialah *kekasih*
Org yg cinta anda dgn mata dibuka ialah *sahabat*
Org yg cinta anda dgn mata berkelipan ialah *pasangan*
Org yg cinta hingga anda menutup mata ialah *ibu*
Org yg cinta anda dgn tiada ekpresi mata ialah *bapa*
____________________________
*Ibu* - Memperkenalkan anda kpd dunia.
*Bapa* - Memperkenalkan dunia kpd anda.
___________________________
*Ibu* : Membawa anda kpd kehidupan.
*Bapa*   : Membawa kehidupan kpd anda.
__________________________
*Ibu* : Menjaga anda supaya tidak lapar.
*Bapa*  : Membuat anda tahu makna lapar.
__________________________
*Ibu* : Memberi anda kasih sayang.
*Bapa*: Memberi anda tanggungjawab.
__________________________
*Ibu* : Mengajar anda supaya tidak terjatuh.
*Bapa* : Mengajar anda bangun bila terjatuh.
__________________________
*Ibu* : Mengajar anda berjalan.
*Bapa* : Mengajar anda jalan hidup.
__________________________
*Ibu* : Mengajar anda melalui pengalamannya.
*Bapa* : Mengajar anda untuk dapatkan pengalaman.
__________________________
*Ibu* :  Memperkenalkan ideologi
*Bapa* :  Memperkenalkan realiti.
___________________________
*Kasih Ibu* diketahui semenjak anda dilahirkan.
*Kasih Bapa* diketahui bila anda menjadi seorang bapa.
___________________________
*Kasihilah akan bapa anda.*
*Sayangilah akan ibu anda.*
___________________________

Kan pei

Just for a laugh:

*Kan pei 干杯!*

A Chinese businessman is entertaining his guest from England.

Each time the Chinese lifts the glass, he says to his British associate: Kan Pei 干杯! (Cheers).

The Englishman is stunned and silent, but he continues eating.

It keeps recurring, each time the Chinese wants to drink, he exclaims: Kan Pei 干杯!

Finally, the British puts down his cutlery and says aloud to his Chinese associate :
*"It's all right if you CAN'T PAY!  I will pay! Now, shut up and eat !!!"*

Thursday, December 8, 2016

Isteri solehah

5 cara untuk hidup bahagia seumur hidup dgn isteri.

1.
Carilah seorang isteri yang sanggup menjaga anda sepanjang hayatnya.

2.
Carilah seorang isteri yg sentiasa menantikan kepulangan anda.

3.
Carilah seorang isteri yg menyayangi anda seadanya tanpa memikirkan duniawi.

4.
Carilah seorang isteri yang sanggup hidup senang dan juga ketika susah bersama anda.

5.
Akhir sekali...pastikan keempat empat isteri tersebut tidak mengenali antara satu sama lain.
😁😁😁.

Tuesday, December 6, 2016

kalau g kenduri kawin

Kes semalam waktu menghadiri jemputan kahwin

Semalam saya diundang utk menghadiri majlis pernikahan di sebuah hotel.
🏩Ketika sampai di lobby hotel..saya melihat ada 2- pintu.
Pintu-1 tertulis "Utk keluarga laki-laki" & Pintu-2 tertulis "Utk keluarga perempuan". Saya lantas masuk melalui pintu keluarga pengantin laki-laki.
Saya berjalan beberapa langkah & melihat ada 2- pintu lagi.
Pintu-1 tertulis "Utk tamu laki-laki" & Pintu-2
tertulis "Utk tamu perempuan".
Kemudian saya masuk melalui pintu utk tamu laki-laki.
Saya berjalan beberapa langkah melihat ada 2-pintu lagi.
Pintu-1 tertulis "Utk yg membawa hadiah" &
Pintu-2 tertulis "Utk yg tidak membawa hadiah".
Saya masuk melalui pintu yg tidak membawa hadiah.
Setelah itu saya melihat ada 2-pintu lagi.
Pintu-1 tertulis "Utk yg membawa wang envelope "
& Pintu-2 bertuliskan "Utk yg tidak membawa wang
envelope".
(Saya berkata dlm hati "Syukurlah..ternyata ada ruang juga utk yg datang dgn TANGAN KOSONG").
Lalu saya memilih utk kePintu-2.
Kemudian saya berjalan beberapa langkah &
ternyata..saya sudah berada di jalan raya di luar hotel 😳😓
HAHAHAHA!!
dia suruh kita balik je!!

👆saja nak share since ini dah musim org buat kerja kawin

Hukum basuh pakai mesin basuh

Sedikit perkongsian mungkin ada yang terlepas pandang akan hukum ini kerana sekarang boleh dikatakan semua menggunakan mesin basuh utk mencuci pakaian..

Dalam bab Thoharah, iaitu HUKUM membasuh baju menggunakan mesin basuh. Ramai yang tidak terdedah dengan cara membasuh dengan betul.

Baju yang bercampur dengan pakaian dalam, atau pakaian yang terpercik najis Hukmi (Najis yang tidak nampak dan yakin terkena najis), perlulah diulangi basuhan itu melalui BILAS dengan air lalu di akhir pembasuhan.

Ini kerana, air yang kurang daripada 2 kolah berada di dalam mesin basuh menjadi air MUTANNAJIS dan dibawa solat. Maka hukumnya TIDAK SAH solat tersebut kerana pakaian masih menanggung najis.

KAEDAH #1

1. Basuh baju seperti biasa jika bercampur dengan pakaian yg bernajis. Selepas tamat pembasuhan melalui durasi mesin basuh, lakukan semula dengan cara membilas baju satu persatu ataupun beberapa helai sekaligus melalui air yang dibuka semula dan ratakan sehingga basah.

2. Pakaian boleh dibilas dengan air paip diluar mesin basuh ataupun menggunakan paip di dalam mesin basuh.

3. Jika ingin membilas didalam mesin basuh, bilasan air perlu diratakan ke semua baju TANPA membiarkan air BERTAKUNG di dalam mesin.

4. Membilas pakaian yg ingin dibawa solat tidak perlu lama-lama dan menggunakan air yang banyak, cukup sekadar meratakan.

5. Spin, selesai. Jemur dan boleh dibawa solat.

KAEDAH #2

1. Basuh terlebih dahulu pakaian bernajis nyata dan bernajis hukmi secara berasingan, lalukan air mengalir sepenuhnya, bilas.

2. Baru masukkan ke dalam mesin basuh bersama pakaian lain.

#Hukum ini adalah hukum muasorof yakni hukum yang baru selepas mesin basuh dicipta. maka para ulama mentafsirkan cara basuhan mengikut tahap kesucian dengan teliti dari segala sudut Thoharah.

Sebelum mesin basuh dicipta, umat islam membasuh baju disungai, atau menjirus daripada tempayan air ataupun paip, maka air sudah mengalir dan tidak terikat dengan mutannajis kerana tidak direndam.

Sebaik-baiknya, asingkan pakaian yang bernajis nyata atau bernajis hukmi seperti lampin, baju seluar anak bernajis, pakaian dalam lelaki dan wanita dan senagainya. Jangan campur dengan pakaian harian/kerja. Basuh asing2. Hanya pakaian yang bernajis kena buat macam langkah di atas.

-Kuliah/Thoharah-

Kemusykilan ini telahpun dijawab oleh UAI, wajib tonton: https://www.youtube.com/watch?v=Ra1TG534szE

Perkongsian Ahlia Redzuwan

Sila SHARE pada Umat Islam yang lain... moga bermanfaat utk semua... InsyaAllah..

Friday, December 2, 2016

Carikan isteri untuk suami mu

Abang: Sayang............mlm ni mlm juma... (xsempat habis cakap)

Sayang: Abang, tolonglah faham, saya ni perempuan. Ada waktu2 yg tak boleh diganggu.

Abang: Ye lah sayang..... (berlalu pergi, spt selalu)

Dek kerana kerap sgt si isteri menghalang, si suami pun mula menanda kalendar isterinya ikut apa isteri jawap bila disisi:
1hb: period, xleh ganggu
2hb: period, xleh ganggu
3hb: period, xleh ganggu
4hb: period, xleh ganggu
5hb: period, xleh ganggu
6hb: period, xleh ganggu
7hb: period, xleh ganggu
8hb: habis period, belum mandi
9hb: xmandi lg, rasa mcm ada skit lagi
10hb: penat sgt hari ni, so xleh ganggu
11hb: rasa mcm tak sihat, xleh ganggu lagi
12hb: xsedia lagi, xleh ganggu
13hb: kena hati2 waktu subur, xleh ganggu
14hb: waktu subur, xleh ganggu
15hb: waktu subur lagi, xleh ganggu
16hb: masih subur, xleh ganggu
17hb: td tolong jiran majlis kenduri tak larat sgt, belum boleh ganggu
18hb: xbrp subur doh tp xdop mood, so xleh ganggu
19hb: xsubur & xdop mood lagi, xleh ganggu
20hb: mood xcomey, xleh ganggu
21hb: mood xmari, xleh ganggu
22hb: mood x elok, xleh ganggu
23hb: wase mcm xsedap badan, xleh ganggu
24hb: mungkin sbb nk mari period, xleh ganggu
25hb: yer doh ni nk mari period, xleh ganggu
26hb: dekat doh nk period ni, xleh ganggu
27hb: wase mcm nk mari period, xleh ganggu
28hb: nok period doh ni, xleh ganggu
29hb: nok period lele doh ni, xleh ganggu
30hb: skiiitttt lagi nk period, jangan ganggu
31hb: mari blaka doh tanda2 nk period, jgn ganggu

Si suami ini pun sangat sedih, lantaran setiap hari isterinya rasa terganggu dengannya.

Atas nasihat bbrp orang alim, si suami pun berkahwin lagi.

Selepas melalui beberapa episod baling pinggan perang mulut tidur luar merajuk menyumpah seranah bagai, si suami pun mula menanda semula kalendar isteri pertamanya:
1hb: hari ni turn saya yer abang
2hb: abg turn sana, sunyi saya
3hb: yeay abg balik sini mlm ni
4hb: xpuas lagi duk ngan abg smlm
5hb: alhamdulillah mlm ni dia milikku
6hb: abg xbalik, rindunyer kat abg
7hb: hari ni abg balik, nk masak special
8hb: hari ni main dgn anak2
9hb: hari ni bersama abg tersayang
10hb: kemas rumah je lah, abg xde
11hb: bestnyer jumpa abg lagi
12hb: rasa nak jogging lah hari ni
13hb: mesti mlm ni abg perasan sy makin kurus
14hb: abg xde, shopping dulu
15hb: abg ada, nk ajak abg shoppinglah
16hb: rindunyer dekat 
17hb: jumpa abg lagi hari ni, bestnyer!
18hb: selalu rasa rindu....
19hb: marilah ganggu saya bang
20hb: xde org ker sy nak ganggu hari ni...?
21hb: hari ni sy pulak ganggu abg
22hb: duk sorg2, gi SPA pun best jgk ni...
23hb: cantik x saya abg, mari lah...
24hb: hmmm xpuas duk ngan abg smlm
25hb: sy belum period ni bang, marilah....
26hb: mentang2 sy nk period, xbalik abg mlm ni
27hb: tau lah saya period, tp jom lah tido sama...
28hb: sunyi nye abg xde. Rindu.
29hb: saya kacau abg boleh? Abg duk diam2 je, sy period ni...
30hb: bila laa nak abis period ni
31hb: yeay dah boleh mandi, siap laa abg!

Langsung tiada perkataan "tak boleh ganggu".

Setiap hari si isteri rasa gembira & bahagia, malah sentiasa mengharapkan "gangguan" si suami. Bila si suami xganggu pun si ister yg mengganggu.

Bila ditanya tak mengaku. Biasalah, orang perempuan pun ada egonya.

Itulah kebahagiaan dlm poligami yg ramai isteri tak tahu. Tak boleh dilihat dgn mata kasar. Kena lalu baru tahu. Tak kenal maka tak cinta.

Suruhan Allah s.w.t pastinya membahagiakan. Sama jgk spt hudud dsb, bila ikut logik akal mmg xdpt jwpn.

Kepada para isteri, carikanlah isteri utk suamimu, kerana itulah kunci kebahagiaanmu. Lebih cepat, lebih bahagia. In sya Allah....

Betoi kannn????? 😁😁😄😄...utk2 yg sewaktu dgn nye....

Thursday, December 1, 2016

Lelaki kena baca ni

*Untuk Mu Yang Bergelar Lelaki*
*Renungkanlah*
Tahukah Kamu Wahai Lelaki..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid

Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya..

Jangankan Sehari Lima Waktu.. Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa.. Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya..

Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah.. Ataupun  Amerika.. Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea.. Dengan Semangat Yang Membara..

Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh.. Walau Telah Bergelar PHD.._

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi.. Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid.. Alasan Mereka Pun Bermacam².. Ada Yang Berkata Sebentar Lagi.. Ada Yang Beralasan Tidak Selesa DiCop Alim..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..
Hatta
Pemain bola sepak yg kuat
Bertarung 90 minit,hampir
Saban minggu belum pasti
Gagah melangkah kemasjid

Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Lelaki.. Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid..

Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki.. Tidak Ada Perjalanan Yang Paling mulia serta Membanggakan.. Selain Perjalanan Mu Ke Masjid..

Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada Mu.. Hakikatnya Perjalanan Mu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Rabb Mu..

Itulah Perjalanan Yang DiAjarkan Oleh Nabi Mu.. Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan Mu Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Maka Lakukanlah Walau ?...Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh Demi Mengenal Rabb Mu..Nescaya kamulah
Insan2 y *BERUNTUNG*...
*AKHIRAT* kelak...