Carwoh
Customer: Basuh kete skali boh.
Tokey: Luwo dalang?"
Customer: Luwo dalang ambe dok basuh sini, basuh dumoh.
Tokey: Bukan spende bodo, kete mu ni nok basuh luwo dalang aku tanya 😒
😂😂😂
blog ini memaparkan koleksi dari email entah dari sapa-sapa yang masuk mailbox aku. nak masukkan karya korang?? email ke skd2416@gmail.com, enjoy!!!
Carwoh
Customer: Basuh kete skali boh.
Tokey: Luwo dalang?"
Customer: Luwo dalang ambe dok basuh sini, basuh dumoh.
Tokey: Bukan spende bodo, kete mu ni nok basuh luwo dalang aku tanya 😒
😂😂😂
"SURAT PERPISAHAN"
Saudaraku,
Aku akan pulang...
Sudah di 21 hari aku bertamu namun seringkali aku ditinggal sendirian.
Walau sering dikatakan istimewa namun perlakuanmu tak luar biasa.
Oleh-olehku nyaris tak kau sentuh...
Alquran hanya dibaca sekilas, kalah dengan update status smartphone dan tontonan.
Solat tak lebih khusyuk, kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran.
Tak banyak kau minta keampunan, kerana sibuk menumpuk harta demi bonus dan belanja raya.
Malam dan siang mu tak banyak dipakai berbuat kebajikan, kalah dengan bisnes yang sedang untung di saat Ramadhan.
Tak pula banyak kau bersedekah, kerana khawatir tak cukup buat lebaran dan cuti nanti.
Saudaraku, aku seperti tetamu yang tak diharapkan. Hingga, sepertinya tak kan menyesal kau kutinggalkan.
Padahal aku datang dengan kemuliaan, seharusnya tak pulang dengan kesiaan.
Percayalah, Aku pulang belum tentu kan kembali datang...
Sehingga seharusnya kau menyesal telah melantarkanku.
Masih ada 9 hari kita bersama,
Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar pulang...
"Kerana TIDAK ADA JAMINAN umurmu akan bertemu lagi, di Ramadhan yg akan datang"
Yang benar,
Saudaramu
RAMADHAN. 💧💧💧💧💧💧💧 Jangan kau sia siakanku .aku tetap akan pergi tinggalkanmu
*BERWASPADA DENGAN PENGAKUAN "AKU"*
Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..
Hari ini, ramai orang bersolat di Masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan Solat Sunat, menuntut ilmu..tetapi ramai juga dalam masa yang sama *terdetik di dalam hatinya* bahawa *dia lebih baik* daripada sahabat-sahabatnya/saudara-mara/orang lain yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..
Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, *berwaspadalah..* Sesungguhnya perkataan *ANA KHAIRUN MINHU ("aku" lebih baik daripadanya)* merupakan perkataan yang telah *menukarkan Iblis Laknatullah* daripada seorang Hamba Allah yang paling *MULIA* di sisi-Nya kepada Makhluk yang paling *HINA* sehinggalah ke Hari Kiamat..
Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para Malalaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi *makhluk paling dilaknati Allah*.. hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..
Maka, *fikirkanlah* sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada orang disekeliling kita, walaupun Ilmu dan Amalan kita lebih banyak daripada mereka..
Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat *merasakan dirinya lebih bagus* dari org lain ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan *dosa yang sangat besar impaknya*.. dia akan terus *merasakan dirinya suci dan soleh* serta mengganggap orang lain, sebaliknya..
*Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..*
Peringatan buat diri yang hina ini dan ahli-ahli Keluarga serta sahabat yg dikasihi sekalian.
Mohon Maaf... sekadar mengingatkan kita semua. Hati hati dengan kesihatan kalau sudah di usia 40 keatas.
Kawan saya, usianya sudah 40 an tahun.
Paginya sihat, siangnya juga tidak apa-apa, tahu-tahu petang masuk hospital
Malam hari sihat segar bugar, tidur nyenyak, ehhh...pagi-pagi masuk hospital lagi.
Kadang petang hari tidak apa-apa, ehhh malam hari dia masuk hospital.
Begitu terus setiap harinya.
Rupanya dia Pekerja di hospital.
😃😃
Malam Al Qadar
Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.
Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.
Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?
Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.
Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.
Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail.
Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.
Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.
Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu.
Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.
Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.
Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.
Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.
Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)
Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.
Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.
Mujahadahnya akan terbantu.
Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin.
Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.
Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.
Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.
Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya.
Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.
Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.
Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.
Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.
Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.
Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.
Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.
Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.
Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…
Persediaan menemuinya bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.
Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?
Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.
Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!
Ya Allah, Aku hanya insan lemah, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Dlm mencari keampunan dan RedhaMu dan anugerahkan aku Qalbu (hati) yg sejahtera, bersih, tenang, suci dan dekat dg Allah. Aamiin Ya Rabbal 'alamiin.
Tip menemani isteri shopping raya.
.
Buat mereka (lelaki) yang belum kahwin, ini antara nota kecil yang mungkin berguna untuk anda di masa akan datang.
.
Apabila isteri ajak pergi shopping pakaian raya, bersiap sedialah kita dengan tenaga dan peralatan yang cukup supaya kita tidak jatuh pengsan.
Orang perempuan, walaupun berpuasa, dia boleh shopping di beberapa buah mall dan pergi kesemua tingkat yang ada dalam mall tersebut satu persatu.
Entah dari mana kekuatan tu datang, anda pasti terkejut.
Biasanya lelaki2 dalam mall tu akan follow dari belakang dengan muka nak makan orang. Sebaliknya si isteri pula berjalan di depan penuh bersemangat dengan senyuman.
.
Saya lihat dan perhati sendiri suasana begini dalam SOGO dan beberapa mall lain. Abang sado pun pucat muka dibuatnya.
Ada suami yang terduduk di belakang tiang. Ada yang berjalan sambil tengok Hp, di matanya tiada apa yang menarik dalam mall tu. Ada juga yang tertidur di kerusi rehat yang disediakan.
Saat ini jika ada anak, kitalah yang perlu dukung atau jaga anak kecil tu. Isteri kita akan hilang sekelip mata sahaja. Sekejap dia di depan, sekejap di belakang, tiba2 ada di sebelah kiri atau kanan, kadang2 hilang terus. Kena call baru jumpa.
Boleh sakit tulang belakang dukung anak dari tingkat 1 sampai tingkat 8. Sebaiknya bawa stroller.
.
Ketika isteri sedang pilih2 pakaian dan tanya, cantik tak pakaian tu, jangan cakap semua cantik, tapi pandai2 la komen..
"Macam senget sikit.."
"Warna terang sangat.."
"Rasa2 yang tu lagi sesuai.."
Dan seumpamanya walaupun di mata kita semua nampak sama saja. Isteri kadang2 bukan nak minta pandangan kita sangat, cuma saja2 nak manja dan tengok apa kita jawab. Dia tahu citarasa kita bukan best sangat pun.
Maka pandai2 bagi pendapat untuk hiburkan hatinya.
.
Walaupun ingin hiburkan hatinya, kita kena berhati hati dengan jumlah perbelanjaan waktu tu. Isteri biasanya akan tergoda macam nak tergolek atas lantai kalau nampak offer 50%, 70% dan ke atas.
"Bang... Tengok tu bang! Diskaun 70%! Mana Nak dapat ni bang, ni rezeki kita dengan anak2 ni bang. Kalau lambat kompem habis bang! Wajib beli ni!"
Bagi isteri, membeli barang offer adalah satu kemenangan. Bagi anda pula, cuba elakkan poket kering adalah satu kejayaan. Maka berjuanglah dengan aman.
.
Kita mungkin akan pulang dengan keadaan yang lebih penat dari bersenam di Gym. Sebaliknya isteri pula pulang dalam keadaan riang gembira.
.
Kalau kita rasa kita kuat, ketika shopping, isteri lagi kuat dari kita.
.
Saat itu mungkin adalah antara aktiviti yang menggembirakan mereka. Teman mereka tanpa banyak soal. Meskipun muka kita memang sah2 nampak bosan dan letih, tutup mulut dan biarkan mereka habiskan masa untuk shopping.
.
Di rumah mereka penat jaga anak dan berhias untuk kita. Jarang2 sekali teman dia dengan senang hati. Inilah antara tugas kita sebagai suami.
.
Jika rasa penat, perhatikan wajah suami orang lain dalam mall tersebut. Mereka mungkin lebih penat dari anda. Bersyukurlah... :D
*_Seloka Grup Whatsapp_*
_Kumpulan whatsapp berbelas-belas,_
_Rakan sekerja dan rakan sekelas,_
_Bertalu-talu tak sempat balas,_
_Mula-mula seronok bertukar malas._
_Walaupun tua kembali muda,_
_Yang sudah bercucu, duda dan janda,_
_Berkongsi cerita bergurau senda,_
_Tersilap langkah masalah melanda._
_Kadang-kadang ahli tidak peduli,_
_Menghantar khabar bertali-tali,_
_Gambar dihantar berulang kali,_
_Orang terima pun naik lali._
_Setiap minit khabar dihantar,_
_Tidak berhenti telefon bergetar,_
_Minta kawan buat komentar,_
_Kat mana nak beli juadah iftar._
_Ada yang suka menunjuk hebat,_
_Setiap isu diajak berdebat,_
_Ada yang marah dijawab lambat,_
_Menyinggung rasa rakan sahabat._
_Ada yang cerita tentang keluarga,_
_Tak habis-habis menunjuk bangga,_
_Yang tak ada anak berhati curiga,_
_Keluar kumpulan barulah lega._
_Oleh itu kita hendaklah peka,_
_Mesej dihantar tak semua suka,_
_Zaman berubah dah tua bangka,_
_Elak curiga dan buruk sangka._
_Ada kebaikan wujud kumpulan,_
_Tapi biarlah ada kawalan,_
_Jagalah hati dan peribadi taulan,_
_*Agar hubungan erat berkekalan*_
Anak : Ayah , Hantu Wujud Ke ? Ayah : Tak , Hantu Tidak Wujud . Anak : Orang Gaji Kita Cakap , Hantu Tu Wujud . Ayah : Kemas Barang Kamu Sekarang ! Anak : Kenapa Pula Ayah ? Ayah : Kita Mana Ada Orang Gaji ! Anak : Omg !! Anak : Mak ! Kemas Barang Cepat ! Emak: Kenapa Pula ? Anak : Ayah Cakap Rumah Nie Berhantu . Emak : Ayah ? Ayah Sudah Meninggal Sebelum Kamu Dilahirkan! Anak : Abang ! Betul Ke Ayah Kita Dah Meninggal ? Abang : Ha ? Sapa Beri Tahu Kamu ! Anak : Emak Beritahu Tadi . Abang : Emak Dah Meninggal Semasa Melahirkan Kamu Anak : Haaa !! Abang : Kamu Jaga Larhh Diri Sendiri Anak : KenapaPulak ? Abang : Sebab Abang Telah Digugurkan 5 Tahun Sebelum Kamu Dilahirkan Anak : :.?!!?,,#/ Anak: lari sekuat hati nak nyorok kat umah jiran jiran: kenape kamu belari ? anak: semua ahli keluaga sy dah meninggal jiran: Ron ! kemas beg pakaian kita sekarang !! Ron: kenapa mak ? jiran: rupa nya kita berjiran dengan hantu ! Ron : siapa bgtau mak ? Jiran : kawan kamu salim Ron : mak !! Salim dah meningga 2tahun lepas ! Ron : ayah ! cepat keluar dari sini kita berjiran dengan hantu !! ayah Ron: sape kabo ke kamu ? Ron : mak ayah Ron : haaaahhhh ??!! mak kamu dah RIP sebelum melahirkan adik kamu ! Ron : kakak !!!! mari kita lari !! kakak : why huny bunny Ron ? Ron : kita berjiran malah tinggal dengan hantu !!!!! kakak : siapa bilang ? Ron : ayah ! kakak: Ron !!!!!!!!!!!!!!!!!! ayah dah RIP semasa menghantar mak ke hospital semasa melahirkan kamu!!! Ron: $#@*%$@ kakak: enough Ron ... sebenarnya kami semua sudah tiada... kamu pun dah takda.. cukuplah bermain, mari balik ke kubur .. hari dah senja.. nanti kang kena sorok dek antu kopek.. moh deghaih.... Dalam perjalanan nk gi kubur.. Ros : (Nampak Ron dngan keluarganya) Ayahhh!!! Pak Aji : Pasaipa ni? Ros : Cheq nampak Ron dengan keluarga dia tengah jalan! Pak Aji : Jadi? Ros : Kan depa dah meninggal! Pak Aji : Memanglah. Ayah pun dah meninggal 2 tahun lepas. Ros : (Lari ke emaknya) Makkk!! Mak Aji : Awat ni? Ros : Ayah dah meninggal! Mak Aji : Jadi? Ros : Ros cakap dengan ayah tadi! Mak Aji : Kamu pun tengah cakap dengan mak. Mak pun dah meninggal 3 tahun lepas sebab melahirkan adik kamu. Ros : (Lari ke abang) Abanggg!!! Abang : Awat hang duk jerit2 ni? Ros : (Berhenti) Abang : Pasaipa dengan hang ni? Ros : (Ambik pistol tmbak kepala) Abang : Ya Allah! Kenapa dengan hang ni? Dah gila ka apa? Ros : Sudah lah. Abang pun dah mati kan? Abang : Sebenarnya, aku bukan abang hang Ros : Habis tu, ini siapa? Abang : Aku orang bunian lah! Ros : TIDAKKKK!! Adik : Sudahlah kak. Jom pergi kubur Mak dengan ayah.mereka dah tunggu dah tu... Ros : (ikut je lah) Tiba-tiba... Pengarah : Cut!! Pandai kamu semua berlakon! Syabas! Saya nak kamu semua macam ni lah. Okay, itu saja setakat ini. Esok, kita sambung lain. Kemas barang cepat!!!! # woooit.. Serius Benar Korang Baca.. Dah2 la tu..forward kat org lain plak.. Dorang pun nk baca jugak .................. hehehe memang lawak