Result exam 🙌🏻
Kita selalu merungut result periksa kita teruk . Tapi hakikatnya semua tu bergantung kepada usaha kita . Sama ada kita berusaha sambil lewa atau bersungguh - sungguh . Kita takkan dapat apa yang kita impikan dengan mudah . Semua tu memerlukan usaha yang bersungguh dari kita . Niat . Kita niat lah dengan ikhlas dan bukan kerana terpaksa . Bukannya sebab esok nak exam , mak ayah kita paksa study tapi jiwa kita tak nak . Kita bukak jugak buku kita baca tapi takde apa yang masuk dalam otak kita . Kosong . Sebab masa tu jiwa kita memberontak . Jiwa kita dikuasai syaitan jadi langsung takde ilmu yang dapat masuk . Sebab tu kita kena tenangkan jiwa dan hati sebelum study . Kosongkan minda dari perkara yang boleh menganggu fikiran .
Here's some tips yang mungkin berkesan la untuk para pelajar nak study ;
1. Ambik wudhu' . Wudhu' boleh membersihkan jiwa dan kita pun akan rasa tenang . Bila dah tenang , rasa segar pulak tu , ilmu pun senang nak masuk . Otak senang nak menghafal .
2. Baca Al - Quran . Tak perlu baca sampai satu juzuk . Cukup satu muka surat pun takpe . Sebab bila baca Al - Quran , otak cukup senang nak menghafal . Boleh lah amalkan ini kalau nak mengahafal something mcm subjek Sejarah ke atau apa2 yang lain .
3 . Jauhkan diri dari ganguan . Duduk di tempat yang sunyi dan takde bunyi bising . Takde bunyi budak2 ke apa . Ada sesetengah orang yang sambil study dia suka pasang lagu . Mungkin sebab dia bosan ke apa . Ce kalau dia pasang lagu rock yang melalak kuat2 tu ? Terganggu la kan . Apa kata kita ubah sikit . Pasang la bacaan ayat Al - Quran ke zikir ke . Kalau pasang ayat Al - Quran lagi bagus . Tak ke kita pun akan ikut sama baca ? Hah kan dah dapat pahala kat situ . Syaitan pun lari 👍🏻Dan kalau boleh , phone tu jauhkan dari kita . Suruh mak ayah sorokkan kejap ke dari kita . Kalau tak sekejap2 nak tengok notifications pastu terleka hah habis la semua tergendala . Elakkan eh .
4 . Study pada waktu pagi . Mungkin kita boleh bangun dalam pukul 5 atau awal sikit untuk study . Kita boleh bangun pukul 5 pagi dan satu jam untuk study . Pukul 6 kita dah boleh bersiap - siap nak pergi sekolah . Takdela kelam kabut . Lagi satu , bila bangun pagi ni pun senang menghafal sebab kita baru bangun tido jadi otak kita tenang je kosong je . Time ni time paling bagus kalau kita nak baca nota . Sambil tu sediakan la air panas ke hot chocolate ke sebab ngantuk kan ? Kalau nak lagi bagus , bangun awal lagi boleh solat sunat dulu . Segar je rasa nanti . Boleh try eh . Tapi hampa jangan la pulak lentok atas buku tu sampai meleleh air liur basi kat atas buku . Haih pada2 la eh .
5 . Buat nota ringkas . Maybe boleh buat peta minda . Cukup isi yang ringkas tapi padat maksudnya . Boleh decorate peta minda tu . Biar menarik untuk dibaca . Kita jadi macam " Wah , bestnya ! " Haa mcm tu la kita nak .
Insya'Allah semua tips ni berkesan untuk para pelajar . Lagi2 waktu nak ambik exam . Jangan lupa IKHLASKAN NIAT . TENANGKAN JIWA DAN MINDA . JAUH DARI GANGGUAN . USAHA ! RESTU DARI IBU BAPA DAN GURU . DOA KEPADA ALLAH . TAWAKAL DAN REDHA TERHADAP SEGALA KEPUTUSAN YANG KITA DAPAT .
Semoga message ni akan berguna kepada semua para pelajar dan Insya'Allah dikurniakan ganjaran pahala kepada sesiapa yang share perkara ini sebab kalau kita share ini umpama kita menyebarkan ilmu . Bila seseorang membaca ilmu ini dan mengamalkannya dan orang itu share kepada orang lain , pahala sentiasa mengalir Insya'Allah .
Tak nak share ? Rugi je tak nak pahala eh 🙃
Saiia copy paste semoga mendapat pahala dan keredhaan Allah 😘
No comments:
Post a Comment