Thursday, February 4, 2016

ANAK YANG MEMBENTENG IBUBAPA DARIPADA NERAKA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Setiap hari hayati 1 hadis

ANAK YANG MEMBENTENG IBUBAPA DARIPADA NERAKA
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخدري قال:... فَاجْتَمَعْنَ فَأَتَاهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَعَلَّمَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَهُ اللَّهُ ثُمَّ قَالَ: « مَا مِنْكُنَّ امْرَأَةٌ تُقَدِّمُ بَيْنَ يَدَيْهَا مِنْ وَلَدِهَا ثَلاَثَةً إِلاَّ كَانَ لَهَا حِجَابًا مِنْ النَّارِ »  فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوْ اثْنَيْنِ قَالَ فَأَعَادَتْهَا مَرَّتَيْنِ ثُمَّ قَالَ: «وَاثْنَيْنِ وَاثْنَيْنِ وَاثْنَيْنِ ». رواه البخاري ومسلم

TERJEMAHAN
Dari Abu Said Al Khudri melaporkan:... Maka sekumpulan wanita berkumpul lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendatangi mereka lantas mengajarkan mereka apa yang Allah ajarkan kepada Baginda dengan bersabda: "Sesiapa sahaja di kalangan wanita (para ibu) yang kematian baginya tiga orang anak, melainkan mereka (anak-anak) itu akan menjadi benteng baginya daripada azab neraka." Lalu seorang wanita bertanya: Bagaimana kalau berlaku kematian kepada dua orang anak? Baginda menjawab: "Untuk (yang kematian) dua orang anak juga." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

PENGAJARAN
1. Dibenarkan bagi kaum wanita untuk berguru secara spesifik daripada guru lelaki lebih-lebih lagi bagi mendalami ilmu yang berkaitan dengan hal kewanitaan,
2. Para ulama' bersetuju bahawa setiap musibah yang melanda dapat menghapuskan dosa, memberikan pahala dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah dengan syarat orang itu bersabar (tabah) dan redha dengan ketentuan Allah,
3. Anak-anak yang meninggal dunia sebelum usia baligh bakal membenteng ibubapanya daripada terjerumus ke dalam azab neraka.

No comments:

Post a Comment