Bernama 28 Dis.
K.Terenggan:
Ustazah Kantoi Makan Luar
Selepas Solat Isyak, Sepandai pandai tupai melompat sesekali pernah jatuh juga, itulah pribahasa yang sangat tepat pada orang yang menyembunyikan rahsianya.
Tidak usah kami huraikan lagi tentang punca punca serta alasan perkara sebegini berlaku.
Baru baru ini isteri muda yang mempunyai perwatakan alim menjadi bualan hangat di laman media sosial. Apa tidaknya isteri yang selama ini nampak alim 'rupanya hanya dari luaran saja.
Soraya seorang Ustazah bukan nama sebenar telah kantoi dengan suaminya sendiri makan di luar akibat pergaduhan rumah tangga.Awal perkahwinan mereka awal tahun ini cukup bahagia namun dalam sekelip mata tiba tiba menjadi huru hara.
Aman 31 tahun menceritakan kejadian itu berlaku selepas seminggu hubungan dengan isterinya agak dingin, sebelum ini sering bergaduh namun kemarahan isteri saya akan reda apabila saya pujuk katanya.
Pada satu malam itu saya baru balik dari masjid menunaikan solat isyak, saya nampak isteri saya keluar tanpa meminta izin,saya merasa pelik, biasanya kalau dia keluar dia akan meminta izin, saya pun berniat untuk ikuti keretanya dari belakang.
Penampilan isteri saya yang cantik tidak mustahil lelaki mana saja yang melihatnya akan merasa tergoda, sebelum ini rakan dekat saya pun pernah memberitahu bahawa isteri saya ada menyembunyikan sesuatu daripada saya.
Namun apabila saya tanya isteri,pergaduhan lah yang akan berlaku, seperti mana yang berlaku beberapa hari sebelum saya mengetahui segalanya.
Setelah 30 minit saya mengekori kereta isteri saya tiba tiba dia berhenti dan keluar, dalam beberapa minit saya menunggu dan mengintai ada apa sebenarnya.
Tidak lama selepas saya mengintai dari dalam kereta alangkah hancur hati, hilang segala kepercayaan hanya Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu, saya melihat isteri saya makan sorang diri di restoran mahal dengan berselera.
Sampai hati dia tidak mengajak saya makan, padahal saya pun belum makan lagi sejak dari siang tadi, luah Aman dengan nada sayu.
Sebelumnya isteri Aman dikatakan tidak memasak di rumah karena merajuk akibat salah paham.
No comments:
Post a Comment