Salam, sempena bulan ramadhan ni, N3 tidak terhad kpd koleksi lawak & hiburan sahaja... ade jugak N3 kami terdiri dr crite & tips & panduan yg kami nak share bersama anda.... harap N3 di blog ini dpt memberi manfaat & hiburan kepd semua....
Hari ni, sy ingin berkongsi satu N3 ttg rahsia menjadi pintar & berjaya. N3 ini sy terima menerusi email sy pd 19 July yg lepas, dan sy rase perlu sy kongsikan tips ini (walaupun disebut rahsia... hihihi) dgn anda semua. Teruskan membaca :)
1. Bergaul dengan orang cerdas menyebabkan anda turut menjadi cerdas. Sebagaimana bergaul dengan orang yang berani menyebabkan anda turut berani. Kalau anda bergaul dengan orang yang berjiwa besar, jiwa anda turut besar. Kalau bergaul dengan jutawan, hati anda turut merasa kaya lalu timbul keinginan untuk berusaha untuk menjadi sepertinya.
2. Dek kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Kalau anda bergaul dengan penjual minyak wangi, badan anda akan harum kerana terkena wangi-wangiannya. Kalau anda bergaul dengan tukang besi, badan akan busuk kerana terkena wap besi yang busuk.” Demikian juga diformulakan oleh Imam Syafie, “Ada tiga perkara yang boleh mencerdaskan mental; selalu berdamping dengan ulama’, bergaul dengan orang-orang soleh dan meninggalkan perkataan yang sia-sia.”
3. Abdullah bin Mas’ud mempetuakan, “Ada empat perkara yang menggelapkan hati; perut yang selalu kenyang, bergaul dengan orang yang berbuat dosa, tidak insaf dengan dosa-dosa lalu, dan panjang angan=angan.” Kalau anda mengenali individu-individu yang pintar dan baik akhlaknya, jangan lepaskan kesempatan untuk berkawan dengannya.
No comments:
Post a Comment