Wednesday, July 6, 2011

PAKU_PAKU DI DINDING ANDA..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. 
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
 
"Untuk
 apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. 
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah
 kita 
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
 
Pertama
 sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. 
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul
 paku 
menembusi
 tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, 
dimana
 pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. 
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
 
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
 
satu
 persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. 
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua
 paku-paku 
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
 
bapanya dengan bangganya.
 
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
 
telah
 melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang 
di
 tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi 
seperti
 sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika 
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti
 ini. 
Kau
 boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, 
tak
 kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, 
namun
 lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka 
fizikal.
 Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

No comments:

Post a Comment