Wednesday, July 6, 2011

BAPOK MALAS...

Pada masa dahulu, ada sebuah negeri di mana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorangyang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku


Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Katanya : kalu nak mkn saya malas nak masak

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia
tuanku".


Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia
tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

No comments:

Post a Comment