Wednesday, June 1, 2022

kita umpama mentol

Very true . Must read.

*IBARAT MENTOL TERBAKAR...*_
*______________________________*

*Assalamualaikum WBT...*

Seorang pengarah kanan kerajaan telah bersara dan berpindah dari kediaman rasminya ke kawasan perumahan, di mana dia memiliki sebuah banglo. Dia menganggap dirinya hebat dan tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun. Walaupun ketika berjalan di taman setiap petang, dia tidak menghiraukan orang lain, malah memandang rendah pada mereka... 
     
Suatu hari, seorang tua yang duduk di sebelahnya memulakan perbualan, dan mereka sering bertemu selepas itu. Setiap kali, perbualan mereka kebanyakannya bagaikan monolog, dan pengarah yang telah bersara itu membincangkan topik kegemarannya, tentang “Tidak ada sesiapa yang dapat membayangkan jawatan besar dan jawatan tinggi yang saya pegang sebelum bersara; Saya datang ke sini kerana terpaksa bersara mandatori ”; dan seterusnya, dan orang tua yang menemaninya  mendengar dengan tenang... 
     
Setelah berhari-hari berlalu, ketika pengarah yang sudah bersara itu mula ingin tahu tentang orang lain, pak tua pendengar yang menemaninya itu membuka mulut dan berkata, “Setelah bersara, kita semua seperti mentol yang sudah terbakar. Tidak kira berapa watt mentol itu, berapa banyak cahaya atau kilauan yang diberikannya, tetap tidak bercahaya lagi setelah ianya terbakar"... 
     
Dia selanjutnya berkata, “Saya telah tinggal di masyarakat ini selama 5 tahun dan tidak memberitahu siapa pun bahawa saya adalah Ahli Parlimen selama tiga penggal. Di sebelah kanan anda, dia bersara sebagai Pengurus Besar di syarikat korporat membuat kereta. Di hujung sana merupakan Mejar Jeneral dalam Tentera Darat. Orang yang duduk di bangku dengan berpakaian putih bersih itu merupakan ketua Bursa Saham sebelum bersara. Dia tak pernah memberitahu kepada sesiapa pun, walaupun kepada saya, tetapi saya tahu"... 

"Semua mentol2 yang terbakar ini sekarang menjadi sama - tak kira apa pun wattnya dulu - 5, 10, 40, 60, 100 watt - tiada bezanya sekarang. Tidak kira apa jenis mentol sebelum ianya terbakar - LED, CFL, Halogen, mentol pijar, pendarfluor atau lampu hiasan. Dan hal ini juga kawan ku, kini turut terjadi kepada anda. Apabila anda mampu memahami perkara ini, anda akan mendapat ketenangan dalam masyarakat dan dunia ini"... 
     
"Matahari yang terbit serta matahari terbenam kedua-duanya nampak indah dan menikmatkan. Tetapi, pada hakikatnya, matahari terbit lebih penting dan dipuja, bahkan dinanti2, sedangkan matahari terbenam tidak diberi penghormatan yang sama. Lebih baik anda fahami hal ini lebih awal, daripada kecewa di kemudian hari kelak"... 

Pangkat, gelaran dan kuasa kita sekarang tidak kekal. Terlalu beremosi dengan perkara2 ini hanya merumitkan hidup kita apabila kita kehilangan semua pangkat, gelaran dan kuasa pada suatu hari nanti... 

Ingatlah bahawa apabila permainan catur berakhir, raja dan bidak akan kembali dalam kotak yang sama ... dan kita semua akan kembali ke tanah yang kita pijak2 selama ini... 

Nikmati apa yang anda ada hari ini 😊. 
Selamat berbahagia di hari yang mendatang Rakan2 ku semua...

*peringatanbersama*
🙏👆🙏