Monday, January 24, 2022

dah sampai tanah merah ke?

𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸𝟮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮? 

Usop, seorg kanak2 yg dihantar oleh neneknya ke terminal bas TBS, utk kembali kpd ibu bapanya yg tinggal di Kelantan kerana telah terkandas sejak PKP 2 yg lalu.

Setelah bas bergerak tidak jauh dari Terminal bas TBS, usop yg duduk di kerusi belakang, bangun dan menghampiri pemandu bas. ''Abg, nanti kalau sampai Tanah Merah, bagitau ye'',
''ye'' jawab pemandu bas.

Tidak berapa lama, Usop menghampiri pemandu bas lagi dan berkata
'' abg, dah sampai Tanah Merah ke?'',
''belum, xpe duduk dulu, nanti abang bagitau''.
Tidak lama selepas itu, Usop menghampiri lagi pemandu bas tadi,
''abg, dah sampai belum?'',
''tak lagi dik''.

Semua penumpang berasa tidak senang dengan Usop kerana sikapnya itu.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya ''dah sampai ke bang?'',
''belum dik, jauh lagi'' jawab pemandu bas dengan nada yang agak geram.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya
'' sampai tak lagi bang?'',
''aku cakap belum! Belum la! Ko duduk je, nanti sampai aku bagitau la!''.
Usop pun kembali semula ke kerusinya.
Semua penumpang turut marah dengan sikap nya itu. Usop diam, dan dia pun tertidur. semua orang merasa tenang.

Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari, bas telah pun melepasi Tanah Merah.
Ketika hendak memasuki Kota Bharu, pemandu bas tadi baru teringatkan hasrat Usop.
Usop masih tidak sedar dari tidurnya.
Semua orang merasa kasihan dengan Usop. Pemandu bas berbincang dengan penumpang, samada hendak pusing semula ke Tanah Merah atau terus ke Kota Bharu.
Selesai berbincang, mereka semua sepakat untuk pusing semula ke Tanah Merah kerana kasihankan Usop.

Setelah sampai di Tanah Merah, pemandu bas terus mendekati Usop dengan perasaan simpati,
'' dik, dah sampai dah Tanah Merah'',
''oh, ye ke? Terima kasih bang''
kemudian Usop segera membuka beg nya dan mengeluarkan sesuatu.
Dengan penuh hairan, pemandu bas bertanya,
''adik tak nak turun ke?'',
''tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. Cuma nenek ade pesan, kalau sampai Tanah Merah nanti, makan nasi yang nenek bagi ni, takut nanti sakit perut pulak''.
Sekian..

Sunday, January 16, 2022

warga emas

Beberapa orang lelaki sedang  mengopi sambil bergebang di sebuah warung tepi jalan... 

Tiba-tiba muncul satu idea antara mereka iaitu masing-masing mahu WhatsApp isteri dengan satu ayat yang sama : *I LOVE U* untuk melihat respon isteri masing-masing.

Respons dari setiap isteri sesuai mengikut umur yang berbeza.

Isteri yang umur 20an:
"I love U 2" 

Isteri yang umur 30an: 
"Hmmm... iya ke... balik la cepat... kita pun rindu ni..!" 

Isteri yang umur 40an: "aii... buang tabiat ke awak nie... ke minum ketum ni?" 

Isteri umur 50an: 
"WhatsApp kat sapa tu...? Lain macam je bunyinye..." 

Isteri umur 60an: 
"Ade de saja awak nie... stress ke lepas pencen?" 

Isteri umur 70an tidak balas whatsApp, tapi terus call anak.
"Pegi cari ayah kau sekarang... ntah sesat kat spital mana pulak dia ni..."

😆😊🤣😄🤣😆🤣

*SELAMAT MENYAMBUT HARI WARGA EMAS*

Friday, January 14, 2022

kisah benar

Berita terkini. 

Kes Pelancong ditetak di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu oleh Penjenayah Warga Asing

SETIU : Berita terkini yg berlaku di Pantai Rhu Sepuluh, pada 12 Jan 2022 jam 01:48pm. Sekumpulan samseng; yang dipercayai warga asing telah memeras ugut seorang pelancong dari Jepun di Pantai Rhu Sepuluh. Saksi di tempat kejadian memberitahu, dia melihat penjenayah-penjenayah itu meminta supaya pelancong Jepun itu menyerahkan semua wang, barang kemas, telefon bimbit serta kamera kepada samseng samseng tersebut, tetapi pelancong Jepun itu cuba melawan. 
Oleh kerana tidak dapat mengalahkan pelancong itu yang dipercayai pakar karate, mereka akhirnya telah menetak pelancong itu dengan menggunakan parang dan lalu beramai ramai mencampakkan pelancong itu ke dalam laut. 
Tatkala penjenayah-penjenayah itu cuba beredar, mereka dikejutkan dengan satu bunyi yang pelik lalu menoleh kearah bunyi itu dan mendapati ia datang dari arah pelancong Jepun yang telah dibuang ke laut tadi. Tiba tiba tanpa diduga oleh penjenayah, pelancong yg disangka telah mati itu telah bertukar menjadi 'autaman'.... Lalu bertempiaranlah mereka melarikan diri, siapa kata kita rakyat malaysia malas membaca.
*Aku pun terkena tadi*🤣🤣🤣🤣🤣

Tuesday, January 11, 2022

coretan untuk otai2

Coretan yang bagus sebagai panduan Otai2….

Kalau umur kita sekarang 55 tahun dan dapat hidup hingga 70 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 15 tahun lagi.

Apatah lagi kalau umur kira sekarang sudah mencapai 60 atau atau lebih... 
berapa hari lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal... 
Kerana pada hari² yang tersisa ini ada waktu2nya kita jatuh sakit.

Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun juga tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak usahlah terlalu berhemat.
 
Wang yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera.

Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" yang akan terjadi setelah kematian.

Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian & kritikan orang lain.
 
Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak2. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing2.
 
Setelah mereka mempunyai anak, biarkanlah mereka mengurus sendiri atau menggunakan wang mereka sendiri untuk membayar mengurus anak2 mereka. 

Jangan biarkan mereka merampas lagi hak kesehatan, hak istirehat, hak kesenangan & hak liburan orang tuannya.
  
Jangan terlalu banyak berharap pada anak2 kita. Anak yang berbakti, sememangnya memiliki niat untuk berbakti. 

Tetapi kerana pekerjaannya terlalu sibuk, apalagi jika bekerja di bandar2 besar, maka tidak juga  akan dapat membantu kita.
 
Apatah lagi anak yang tidak berbakti, sewaktu kita masih hidup saja sudah bikin kita susah.

Anak2 sebegini beranggapan bahwa jika harta kita berikan kepada mereka itu adalah suatu hal yg wajar. Tapi pada masa yg sama, wang mereka bukanlah wang kita. 

Jika kita ingin minta wang kepada mereka dah tentu tidak mudah, bukan?
 
Kita yang berusia 55 tahun atau lebih, jangan lagi menukarkan kesehatan kita dengan benda lain.  Kerana pada saat ini, belum tentu kita dapat membeli kesehatan dengan harta benda & wang ringgit kita.
  
Mencari wang sampai bila? 

Dalam sehari, kita hanya dapat makan 3 pinggan saja. Walau pun mungkin kita memiliki banyak rumah, untuk tidur di malam hari kita hanya perlukan ruang tempat sekadar 2 setengah meter saja. Maka cukup makan, cukup wang.... ya sudahlah.
  
*Ini yang Lebih Penting!* :
 
Kita harus menjalani sisa hidup ini dengan bahagia serta gembira, meskipun setiap keluarga mem punyai problem rumah tangga masing-masing.

Kita jangan lagi berebut nama & kedudukan dengan orang lain, memikirkan bagaimana masa depan anak cucu kita & hal2 lain. 
Tetapi cukup sekadar membandingkan dengan orang lain bahawa siapa antara kita yang hidupnya lebih gembira, lebih bahagia.
 
Untuk hal yang tidak  mampu kita ubah, janganlah terlalu dicemaskan... kerana cemas juga tidak ada gunanya, malah akan mempengaruhi kesehatan diri kita.
 
Jika setiap hari berlalu dengan kita mencari kesenangan sendiri, setiap hari kita pasti dapat menjalani hidup ini dengan perasaan gembira.

Berlalunya sehari dlm hidup kita, maka berkuranglah sehari lagi. Bergembiralah sehari, maka untunglah kita sehari lagi.
  
Memiliki semangat yang tinggi maka penyakit dapat disembuhkan, insya Allah. 

Suasana hati yang gembira, olahraga  secukupnya (senam ringan, jalan pagi, berbasikal etc), sering terkena sinar matahari, makan jenis makanan yang berkhasiat (perbanyak sayuran & buahan), menyerap bermacam2 vitamin & sedikit elemen logam yang seimbang, diharapkan dapat tetap hidup sehat sampai 20, 30 tahun lagi, insya Allah.

(Kiriman dari sahabat, seorang doktor).
 
*Elok jugalah diforward kpd  teman2 seusia.*