*KISAH SATU KILO GULA MERAH*
Alkisah, Seorang lelaki miskin menjual gula merah yang dibuat isterinya ke bandar.
Isterinya selalu membuat gula merah dengan bentuk bulat dan *beratnya 1 kg.*
Dia selalu menjual *gula merah* itu ke salah satu kedai tempat dia *membeli* barang barang kerperluan harian mereka.
Suatu ketika pemilik kedai itu curiga dengan berat gula merah itu dan dia pun menimbangnya.
Teryata beratnya tidak sampai 1 Kg, hanya 900 Gram...... kerana terlalu marah
tangannya gemetar dan dadanya terasa seperti mahu meledak ......
“Jadi selama ini dia *membohongiku* . Berapa banyak kerugian yang aku alami.
Dasaarr Penipu !” teriaknya dalam hati.
kebetulan petang hari itu lelaki miskin datang lagi ke kedai itu dengan membawa gula merahnya.
Kamu telah *menipu* saya!
Kamu beritahu gula merah ini 1 Kg ternyata hanya 900 Gram saja !” teriak pemilik kedai itu dengan marah.....
Lelaki miskin itu menundukkan kepalanya dan berkata:“ Kami orang miskin. Kami tidak punya *timbangan* di rumah........ jadi
kami membeli beras di kedai tuan seberat 1 kg dan itulah yang kami jadikan *timbangan* untuk menimbang gula merah”.
Pemilik kedai terdiam dan merasa sangat malu kerana seakan *meludah* ke langit......
Sahabat..
Terkadang kita terlalu *mudah* & *cepat* menghakimi orang lain bersalah, padahal sumber masalah itu ada pada diri kita sendiri.
Semoga kita semua diberkahi & dirahmati Allah ..... aamiin.