Friday, February 26, 2021

Anak

Ada 13 permintaan ANAK yang mungkin tidak pernah mereka ucapkan :
.
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
.
2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.
.
3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.
.
4. Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
.
5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.
.
6. Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.
.
7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.
.
8. Aku ialah Ladang Pahala bagimu.
.
9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?
.
10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan "JANGAN" tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.
.
11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.
.
12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.
.
13. Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.
.
"SEMOGA BERMANFAAT, BAGI PARA ORANG TUA DAN BAKAL IBU BAPA"
🌺❤
.
hidupuntukAllahsayang 
Ahmad Muaz Mohd Razi

Thursday, February 25, 2021

pekok

SANTAI MINDA

Seorang suami yg berumur 70 tahun ingin menguji tahap pendengaran isterinya yg berumur 65 tahun.
Dari jarak 10 meter suami memulakan dialog:

Suami: 
Awak masak apa hari ni?
Dia mendapati isterinya senyap.

(Dari jarak 7 meter pula)
Suami: 
Awak masak apa hari ni?
Dia mendapati isterinya senyap.

(Dari jarak 5 meter pula)
Suami: 
Awak masak apa hari ni?
Dia masih mendapati isterinya senyap.

(Dari jarak 3 meter pula)
Suami: 
Awak masak apa hari ni?
Isterinya senyap jugak.

(Dari jarak 1 meter; dengan suara yg agak keras)
Suami: 
Awak masak apa hari ni?

(Kali ni si isteri terus menjawab)
Isteri: 
Awak ni apa hal? Pekak? Dah 5 kali saya jawab, awak dok tanya lagi.

😂😂😂

Kadang2 kita rasa kita betul.
Sebenarnya ada masanya orang lain yang lebih betul.

Betulkan yang biasa,
Biasakan yang betul.

Monday, February 22, 2021

kesan vaksin

Warta Kompass Indonesia melapurkan mangsa pertama selepas pengambilan vaksinasi Covid-19. Seorang wanita berumur pertengahan 40an dari Wilayah Timur dilapurkan mengalami kabur mata yang kritikal selepas menerima suntikan fasa pertama. 

Sebaik sampai ke rumah, keluarga wanita tersebut terus menghubungi pusat suntikan dan lapuran kemudian dirujuk ke pasukan tindak cepat dan bertindak mengarahkan wanita berkenaan dibawa semula ke pusat suntikan untuk mengambil cermin mata beliau yang tertinggal disana.

Alhamdulillah kes selesai.