Friday, February 28, 2020

kes saman

TERKENA

POLIS : "Selamat petang, Encik.. Boleh tengok Lesen, Roadtax ngan IC...?!!"

SUDIN : "Aduh, maaf En... saya lupa bawa Roadtax.. Roadtax saya ada kat bapak saya... semalam dia pakai motor saya.. dia lupa bagi balik roadtax motor ni!!"

Polis kemudian mengeluarkan surat Saman,,,

SUDIN : "Tolong Jangan Saman saya Cik... Saya tak sengaja.. Sekejap Encik, saya nak call bapak saya
.. dia kerja kat Ibupejabat Polis Bukit Aman dekat situ jer Cik, Nak mintak dia datang bawakkan Roadtax saya.....!!"

Mendengar SI SUDIN berkata seperti itu... Polis itu agak terkejut,,,""!!

POLIS : "Betul bapak kamu kerja kat Ibupejabat Polis Bukit Aman..?"

SUDIN : "Iyer Betul Cik... kalo Encik tak percaya, En. boleh call dia... ini nombor tempat kerja dia, Cik ,,!!"

SI SUDIN memberikan secarik kertas yang berisi nombor telefon
bapanya yang bekerja disana,,!!""

POLIS : "hm...Okeylah, kamu boleh pergi...!!"

SUDIN : " Terima kasih banyak2, Cik,,!!"

Polis itu tiba2 rasa seperti kurang percaya dengan Sudin.. kerana ingin sangat tahu, si Polis itu menelefon nombor
telefon tersebut,,??""

POLIS : "Hello... Selamat Petang... Ini ibupejabat balai polis bukit aman yer ..??"

Suara ditelefon : "iyer Betul... ada yang boleh saya bantu Cik...??l?"

POLIS : "boleh saya tahu, ini di bahagian apa...??”

Suara ditelefon : "Oooh, Ini di bahagian KANTIN Cik… Encik nak 'Order' makanan ker..???

Tuesday, February 11, 2020

renung renungkan

*SKETSA GURU DGN MURID*

Assalamualaikum, 
Seorang guru memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk  menuliskan 7 Keajaiban Dunia. 

Sebelum kelas bersurai, semua pelajar diminta untuk mengumpulkan tugasan mereka.

Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu…
 
Selepas itu, guru memeriksa semua tugasan itu.

Sebahagian besar pelajar menulis demikian...

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru terdiam...tugasan terakhir itu adalah milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya adalah :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.
Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa...

Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, iaitu:

'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'

Jom renungkan....

Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki  anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.

Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur...

Syukur itu indah...
renung-renungkan.
.

Wednesday, February 5, 2020

makan rumput

Sedih Bacanya...😪😪😪

Suatu ketika ada seorang bapak yang kaya raya, berkendaraan mobil mewah melintasi jalan perkampungan. Betapa terkejutnya kala ia melihat seorang ibu yang sedang memakan rumput di tepi jalan, dengan rasa iba dihampirilah ibu itu.

Orang kaya : "Mengapa Ibu memakan rumput ?"

Ibu : "Saya orang miskin, Pak. Tak mampu beli beras.." 

Orang kaya : "Kalau begitu, mari ikut saya, Bu!" 

Ibu : "Tapi anak saya ada 8 orang, Pak." 

Orang kaya : "Apakah mereka semua makan rumput juga!?" 

Ibu : "Iya, Pak." 

Orang kaya :"Oh baiklah, Bu. Tidak apa-apa, ajaklah anak-anak Ibu semua." Lalu diajaklah semua anaknya ikut ke rumah mewah. 

Dalam mobil terjadilah percakapan lagi.

Ibu : "Kenapa Bapak baik pada kami?" 

Orang kaya : "Aaah tak apa bu, kebetulan rumput di rumah saya sudah panjang-panjang !!" 

Ibu : "Sontoloyo".

Jangan serius
 bacanya.....😁😄🤭😆

"1 detik Anda tersenyum/tertawa akan menambah usia hidup 3 detik. 1 detik Anda marah/mengeluh akan mengurangi usia hidup 3 detik.😉☺🤣🤣🤣

Monday, February 3, 2020

seks

*Amalkan SEKS*

*SEKS* adalah satu perbuatan yg banyak memberi kebaikan dalam kehidupan seseorang jika di amalkan dengan cara yang betul.

*SEKS* mesti dilakukan setiap hari...setiap kali kita melakukan *SEKS* sudah semestinya kita mendapat pahala yang besar berlipat kali ganda.
     
*SEKS* memang menyeronokkan kalau kite tau cara menikmatinya
       
*JOM* kita sama2 lakukan *SEKS*
 kalau tidak tau caranya, baca dibawah ni.

Erti *SEKS* sebenar.
          
# *S*: *Solat lima waktu*         
# *E*: *Elakkan diri dari maksiat*        
# *K*: *Kekalkan keimanan dan dekat dengan Al-quran*       
# *S*: *Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW Junjungan kita banyak2*

😜Betul tak. Apa senyum2 ?? ;)  :
pasal ni laju je korang baca ye 😝  hahaha-          
#Alang2 dah baca , share la dengan kawan-kawan yang lain....  😊😊😊