Wednesday, January 29, 2020

anak anak

Hari ini dpt post drp group PIBG yg begitu cantik isi kandungannya..

*Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..*

*Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa*

*Makan apa sahaja...*

*Tengok siaran tv ikut suka...*

*Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...*

*Tapi...*

*Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....*

*Tak boleh masak sesuka hati...*

*Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....*

*Buat apa sahaja ikut suka....*

*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..*

*Begitu juga...*

*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....*

*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....*

*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.*

*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..*

*Tapi...*

*Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....*

*Apatah lg dgn sesuka hati.*
)
*Takut rosak lah...*

*Takut langgar lah...*

*Takut calar lah.....*

*Kalau guna pun...*

*Pastikan minyak penuh semula.....*

*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....*

*Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....*

*Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....*

*Tetapi anak-anak...*

*Belum tentu mengasihi ibubapa....*

*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....*

*Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...*

*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...*

*Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...*

*Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...*

*Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...*

*Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...*

*Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..*

*Tetapi...*

*Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...*

*Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa*

*Inilah diantara isi kandungan kuliah yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...*

*Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.*

pecah tembelang

*GEMPAR JEMAAH UMRAH MALAYSIA TAK BOLEH BERDIRI UTK KELUAR PESAWAT A380 BILA SAMPAI JEDDAH*

Sekarang musim umat islam menunaikan umrah. Banyak pula cerita yg timbul, kononnya orang yg banyak dosa tak akan nampak Baitullah, tak boleh jejak kaki di tanah haram dan berbagai2.

Ada seorang jemaah malaysia berumur dlm 60an, menaiki pesawat Air Bus A380, bila mendarat di Jeddah. Nak keluar dari pesawat tiba-tiba tak boleh berdiri. Dia duduk semula, cuba berdiri sekali lagi, tak berjaya juga. Dia terus istighfar dan berzikir dgn nada yg kuat sehingga mengejutkan jemaah-jemaah yg lain, ingat balik dosa-dosa lama dan memohon maaf mengaku semua kesalahan kepada isterinya termasuk mengaku ada mempunyai seorang isteri muda yg baru di kahwininya 6 bulan yg lepas sblm berangkat ke tanah suci.

Peramugari menegur jemaah tersebut,  "mengapa pulak dgn pakcik ni..?"
"nampak pucat aje..?"
Dengan gemuruh dia jawab, "..Pakcik tak boleh bangun nak..pak cik byk dosa dgn makcik.."

"..Laaaa Pakcik.."
"nak bangun tu kena buka seatbelt dulu...." 😁😁😁😁🤣🤣

Kan dah pecah tembelang kat makcik!!

Tuesday, January 28, 2020

umur kita

AAT USIA 50- an.... "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA..". (tak peduli seberapa cantiknya kamu,  di usia itu kedutan, darkspot, kulit kendur, tak boleh lagi terus kamu sembunyikan dengan gincu dan bedakmu... 

SAAT USIA 60-an...  "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA..". (Setelah semua bersara, tak ada lagi boss atau bawahan..)

SAAT USIA 70- an... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA..".(Tulang sendi, lutut dan kakimu sudah mulai longgar, semakin sulit untuk bergerak.. sekarang kamu cuma perlu ruang kecil untuk di-diami..  ).

SAAT USIA 80- an...(itupun kalau masih hidup ) 
"PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA.." .(saat itu duitmu tak lagi boleh membeli steak yang enak lazat, gulai, rendang dan lain2 kerana tubuhmu tak lagi boleh dimasuki banyak makanan, lidahmu sudah tak punya rasa, 
dan kamu tak berdaya lagi ke-tempat di mana kamu boleh menghabiskan duitmu). 

SAAT USIA 90- an... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (kerana setelah bangun, kamu tetap tidak tahu apa yang akan kamu lakukan ) 
😁

Wednesday, January 22, 2020

*Luahan hati seorang pemandu lori sampah*


Salam semua ..nk buat luahan sikit sebgai pemandu lori sampah..pda penduduk taman,xksah lahh taman apa pun..minta tolong sgt2 parking keta tu bgi lahh senang pemandu lori nk buat kutipan sampah..kdang tu nk msuk pun xboleh,disebabkan parking keta xbpa cntik..dan penduduk taman nk parking keta luar rumah boleh tpi parking lahh dngan elok..sya kdang tu hon dan cuba panggil tuan umah tpi buat xtau ja..kalau terlanggar cepat plak kluar,xpyah panggil..hmmm..bila sampah xdiambil mula lahh buat aduan kta kami pilih tong..allahu..byak kli dahh kena..sampah2 dirumah ampa tu lahh gaji sya..klu tertinggal 1 tong pun gaji dan elaun sya dipotong..sya pun ada anak bini nk bela.. lagi stu tolong lahh asingkan sampah dengan barang kitar semula..jgan lahh dicampurkan aduk skli sampah..tuan2 dan puan2 mngkin xtau dan xfaham..lori akan mengalami kerosakan disebabkan bahan2 keras seperti batu,kayu,pasir,dahan pkok dan seangkatanya..minta jasa baik tuan2 dan puan2 tolonglahh asingkan sampah dan parking dengan baik..tuan2 dan puan2 permudahkan urusan saya..in syaa allah,allah pun permudahkan urusan tuan2 dan puan2..yg jahat dan buruk dtang dari saya dan yg baik2 datang dari allah s.w.t..sekian..

Saturday, January 4, 2020

pelangi

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU    CERITA BUKA SEKOLAH ...

*Hari pertama buka sekolah di perkampungan kecil..*

Murid - murid disuruh memperkenalkan diri ..

*Guru* : "Cuba kamu yang duduk kat belakang kanan , sapa namamu dan apa hobimu..?”

*Murid #1*: “Nama farhan hobi mancing di sungai sambil tengok pelangi..”

*Guru* : "Cuba yang duduk di sebelahnya?”

*Murid #2* : “Nama Denny, hobi makan manggis di tepi sungai sambil tengok pelangi.."

*Guru* : “Ooo sama …, kalian bersahabat ke.? Cuba yang duduk belakang..?”

*Murid #3* : "Nama Zakaria, hobi lepak tepi sungai sambil tengok pelangi.."

*Guru* : … sama jugak..? Rupanya kalian satu geng .? Cuba si kacak yang duduk ujung sana..?”

*Murid #4*: “Nama Danial, hobi makan martabak di tepi sungai sambil tengok pelangi.."

*Guru* : "alamak...., hobi semua sama . Cuba si cantik yg duduk di tengah tengah tu, sapa nama dan hobi kamu..”

*Murid #5* : *"Nama saya Pelangi, hobi mandi kat sungai..."*

Wednesday, January 1, 2020

pantun

*Mari Berpantun 😁* *Tahun 2020*

1.Mak beli bedak,
beli sampai dua,
dulu kita budak,
kini sudah tua.

2. Suami Kak Ina,
     kerja angkat barang,
     dulu anak teruna,
    sekarang laki orang.

3.Sepuluh ekor kera,
    hitam macam arang,
    dahulu anak dara,
    sekarang bini orang.

4. Makan masak taucu,
    Taucu ikan haruan,
    dulu jadi cucu,
    sekarang jadi tokwan.

5. Kakak anak beranak,
     Pantang pakai gincu..
     dahulu dukung anak,
    sekarang dukung cucu

6. Isteri orang Maran,
    suami orang Iban,
    dahulu rambut karan,
    kini rambut beruban.

7. Tanam pokok pisang,
     bawah pokok keranji,
    dahulu abang sayang,
    sekarang abang haji.

8.Isteri Datuk Minhat,
   suka ungkit mengungkit,
   dahulu badan sihat,
   sekarang  sakit-sakit.

9. Dari Sungai Batu,
    pergi Dusun Tua,
   dulu jadi menantu,
   sekarang jadi mertua.

10.Makan gulai kerang,
     Kenyang sampai sebu,
     Dulu mata terang,
    Sekarang jadi kelabu.

Selamat hari tua dan senyum-senyumlah selalu
😜😝😛😋🥴.
Semoga sihat sepanjang masa dan INGAT PADA ALLAH disetiap waktu..
Hidup sentiasa didalam berilmu..
 Aamiin ,,Aamiin ,, Ya Rabbal Alamin..

*Selamat Menyambut Tahun Baharu 2020*