Thursday, March 28, 2019

Persahabatan

ADA TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di Lapangan Terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana Allah Ta'ala SWT jua.

Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT sebagaimana dalam firman Nya: "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan." (Surah Az-Zukhruf :67)....

_*Walaupun kita mula berkawan tak kira mana² 1 smpai 6 tapi biarlah akhirnya menjadi yg ke 7 iaitu Hubban Limaanan. InshaAllah.*_😎

Tuesday, March 26, 2019

Lets grow plant

Dear Friends

Will you please post and help me forward this message to all your other groups so that it gets circulated, thanks.

Soon the season of fruits like mango, durians, rambutans, langsat, duku, mangosteen, jack fruit, etc will be here.

My request to all of us is to NOT throw the seeds in your rubbish bin, but INSTEAD to wash them, dry them (in the sun) and pack it in newspaper and keep it in your car. Whenever you go out and find an open baren land while  travelling, be it on a village road, on an empty motorway, throw these seeds. They will germinate easily in the the coming monsoon.

If with this simple act, we can contribute even a single tree each season to our world, our mission of greening this world would be successful.

Please share  with others ...

Thursday, March 21, 2019

Lori sampah

Satu hari, saya naik kereta kawan untuk pergi meeting. Tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba ada kereta Myvi hitam potong kami dari kiri dan membelok ke kanan tanpa beri signal pun. Nyaris-nyaris terlanggar kereta tersebut.

Nasib baik kawan saya ni sempat brake. Tapi yang pelik nye, driver Myvi pulak yang berhenti tepi jalan, tekan hon berkali kali, keluarkan kepala dari tingkap, sambil maki hamun macam orang gila kat membe saya ni. Siap tunjuk isyarat lucah lagi.

Yang membe saya ni rilex je, senyum, angkat tangan, dan teruskan perjalanan.

Saya tanya beliau, “ko tak rasa panas ke? Brader tadi duk maki-maki, padahal dia yang salah. Kalau kau ajak tadi, aku turun sekali dah balun budak tu. Kita dua-dua fighter kan, ape nak takut?”.

Dia pusing pada saya, senyum dan cakap. Nan, ko pernah dengar tak Law of The Garbage Truck?

Hahahaha, ko nak merepek apa pulak ni? Mana ada law of garbage truck saya kata.

Beliau senyum dan teruskan. Macamni nan, ada setengah orang atas dunia ni, dia macam Lori Sampah. Hidup dia seharian dia asyik kutip sampah, kutip sampah, kutip sampah, dari pagi sampai ke malam.

Sampai masa, lori dia penuh. Bila lori penuh, dia dah tak boleh nak kutip lagi dah sampah baru. Jadi akan cari tempah untuk buang dan longgokkan sampah-sampah dia tu. Dan kadang-kadang, kau akan jadi tempat dia longgok sampah dia.

Dan kau jangan take it personally. Kau just senyum, dan tutup diri kau, supaya sampah dia tak masuk dalam kau. Kalau kau terima sampah dia, kau akan jadi tong sampah. Sama macam dia.

Now, you see. Hidup kita seharian, kita selalu jumpa orang-orang macamni kan? Selalu nak marah, nak maki, nak pukul orang. Tak pasal-pasal pun kadang-kadang nak mengamuk. Kadang-kadang orang-orang ni adalah orang terdekat kita. Family kita, suami kita, anak kita, kawan-kawan kerja, bos kita, lecturer atau cikgu kita.

Don’t take it personally. Just faham, yang mereka telah kutip terlalu banyak negativity seharian. Dan mereka perlu tempah untuk humban sampah-sampah mereka. Itu saja. Anda cuma perlu senyum, dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.

Kalau anda beri mereka peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda dah jadi tong sampah, sama seperti mereka. Eventually tong anda akan penuh dan anda pula terpaksa buang sampah anda pada orang lain.

Sebab tu harini terlalu banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini, comment maki orang sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang je suci macam Nabi. Kenapa? Kerana, bila mereka boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa lapang sikit sebab lori dah kosong.

Dan sedihnya, ramai orang. Terlalu ramai orang yang buang sampah mereka pada orang-orang yang mereka sayang. Berapa ramai kita jumpa ayah dan ibu yang balik kerja penat, stress, mereka lepaskan penat dan stress mereka pada anak-anak? Ramai kan?

Berapa ramai bos, cikgu atau lecturer yang ada masalah rumahtangga, mereka bawa masalah mereka ke tempat kerja, dan lepaskan sampah mereka pada pekerja, pada anak murid mereka? Ramai kan?

Agaknya apa yang akan jadi pada anak-anak, pekerja dan murid ni? Lama-lama tong mereka juga akan penuh, dan mereka akan buang sampah mereka pada orang lain.

Kerana itulah saya rasa semua orang perlu belajar ilmu untuk jadi orang yang bertenang, rasa aman damai, take control of our own feelings. Perasaan orang pada kita, kita tak boleh kawal. Tapi Perasaan kita pada diri kita. Itu 100% dalam kawalan kita. Kita boleh kawal sepenuh nya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.

Kalau kita mula bagi kuasa untuk orang lain kawal Perasaan kita, itu lah satu bentuk penghambaan paling sadis. Jangan biarkan kata-kata orang, perbuatan orang, beri kesan pada inner peace anda.

Saya dah menjadi lori sampah all my life. Dari dulu selalu marah-marah, selalu mengamuk, selalu baran. Dan ia menyakitkan semua orang yang saya sayang. Alhamdulillah mereka semua sabar, dan berkat sabar itu saya kini faham The Law Of Garbage Truck.

Anda dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.
Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Tuesday, March 19, 2019

Jaga solat subuh


□  Jika Subuhnya senantiasa
     dipelihara....
     Itu tanda akan Selamat
     dari neraka.
□  Jika Subuhnya tiada dia
     tinggal.....
     Allah melindunginya dari
     segala arah.
□  Jika Subuhnya didahului
     dengan Sunat....
     Pasti seluruh dunia beserta
     isinya, dia dapat.
□  Jika Subuhnya bergelap-gelap
     menuju Musholla.....
     Di kegelapan akhirat ia
     dapatkan cahaya.
□  Jika Subuh hingga awal Dhuha
     (Isyroq) berwirid pula......
     Mendapat pahala
     Umrah dan Haji sempurna.
□  Jika Subuhnya tiada dijaga.
     Maka pada wajahnya tiada
     cahaya.
□  Jika Subuhnya sengaja
     terlupa.....
     Tanda Imannya tiada
     bernyawa....
□  Jika Subuhnya terasa
     berat.....
     Tanda munafiq sudah
     mendekat....
□  Jika Subuh tiada peduli....
     Tanda Iman menghampiri
     mati....
□  Jika Subuhnya tiada
     berjama’ah....
     Tanda hidupnya akan hilang
     barokah.
□  Jika Subuhnya tiada
     ke Masjid.....
     Tanda imannya ada penyakit.
□  Jika Subuhnya selalu
     terlewat....
     Tanda imannya semakin
     cacat....
□  Jika Subuhnya diakhir
     waktu.....
     Tanda iman semakin
     kelabu....
□  Jika Subuhnya hari sudah
     siang.....
     Tanda rezekinya sudah hilang...
□  Jika di waktu subuh masih
     mendengkur.....
     Tanda syaitan memeluknya
     dalam tidur.

- والله اعلم

Abah oh abah

📌Result SPM.
Aku tiba di rumah setelah penat berkerja seharian. Aku melunjurkan kaki di atas sofa.

Isteri memberi aku segelas air. Anak lelaki ku memberi sehelai kertas📄

English.    C
BM.        D
Agama.  C
Sejarah   D
Geografi.  D
Maths.      D
Gen.Science    D
Kesusasteraan C
Arts. D

Aku mula hilang sabar
😤😤😤😡😡😡

"Apa ni?  Asyik henfon pug ml fb wasapp dan tv ... inilah jadinya.
Berani kau tunjuk pada abah result kau tu?"
😡😡😡

Isteri ku cuba menyampuk : "Sabar. Dengar dulu ..."

Aku kata padanya :
"Ummi diam. Ni semua salah ummi manjakan sangat si boy tu."

Isteri ku mencelah : "Oh. Salah ummilah?"

Aku berkata :
"Belum pernah anak2 kita dapat result seburuk tu."

Si boy cuba menerangkan keadaan sebenar seraya berkata :
"Ayah. Saya membersihkan almari lama di dalam store dan saya terjumpa kertas ni."

"Ini result SPM ayah masa sekolah dulu."

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Monday, March 18, 2019

Tanda tanda dah tua

Kajian pakar psikologi (gerontologist) di Malaysia mendapati antara ciri2 lelaki dah tua...

1. Pelupa
2. Cakap ulang-ulang
3. Sakit lutut
4. Uban/botak
5. Mata makin rabun
6. Mudah marah/melatah
7. Penyakit datang satu2
8. Kurang berfikir berat2
9. Kenang masa lampau
10. Suka lagu lama
11. Suka re-union...
12. Merajuk dan left grup
13. Orang panggil pakcik
14. Suka copy-paste
15. Post gambar makan
16. Suka usyar janda
17. Mimpi nikah lagi
18. Berbaju Melayu tak berbutang atau tak cukup butang
19. Membaca tengok jauh2
20. Kain pelikat ikat tepi..

Memiliki:
a)5 ciri di atas..tanda awal tua;
b)5-10 ciri- sedang tua
c)10 ke atas- confirm tua😜😁

Have another blessed day

*anda diketegori yg mana satu*😁😁😁😁

Ingat pesan emak

Sepuluh Pesan Emak. Satu Pesan Ayah👍🏻👌🏻🤭

Pesan Emak
(Sambil pakaikan baju)

1. "Belajar bersungguh-sungguh. Jangan main-main."

2. "Kalau tidak faham, angkat tangan. Tanya cikgu."

3. "Waktu rehat pergi kantin. Makan. Jangan tak makan pula. Nanti lapar tak boleh fokus belajar."

4. "Duit jangan habiskan. Jimat. Boleh masukkan dalam tabung. Simpan untuk masa depan."

5. "Jangan bergurau lebih-lebih dengan kawan. Berkawan elok-elok. Jangan bergaduh."

6. "Jangan nakal-nakal."

7. "Jaga baju. Jangan bagi kotor. Jaga kebersihan."

8. "Sebelum belajar, jangan lupa baca doa. Minta Tuhan bagi faham."

9. "Habis kelas, salam tangan Cikgu. Supaya ilmu berkat."

10. "Tamat waktu sekolah terus balik. Jangan merayap ke tempat lain."

Pesan Ayah
(Sambil hidupkan enjin moto/ kereta)

1. "Ingat pesan emak."

Moral: ayah always a simple man in the world, Salam pada ayah2 semua...😅

*Copy&Paste*

Monday, March 11, 2019

ingat pesanan ini

*Simpan rahasiamu berdua saja:*
1. Dirimu
2. Allah swt

*Jagalah di dunia ini dua keridhoan:*
1. Ibumu
2. Bapamu

*Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:*
1. Sabar
2. Sholat

*Jangan risau dua hal ini:*
1. Rezeki
2. Ajal
*Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.*

*Dua hal yg tak perlu diingati selamanya:*
1. Kebaikanmu terhadap orang lain.
2. Kesalahan orang lain terhadapmu.

*Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:*
1. Allah swt
2. Alam Akhirat

*Selalu dekat dengan 6 orang ini:*
1. Ibumu.
2. Ayahmu.
3. Gurumu
4. Saudara lelakimu.
5. Saudara perempuanmu.
6. Sahabat dan tetanggamu

*Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:*
1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit

*Empat hal yang memperindah dirimu :*
1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan

*Empat orang yang hendaknya kamu dekati:*
1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg dermawan
4. Orang yg jujur

*Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman:*
1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba

*7 orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:*
1. Orang tuamu
2. Mertuamu
3. Isterimu
4. anak2 mu
5. Keluargamu
6. Gurumu
7. Sahabatmu

*Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:*
1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bergunjing

*5 hal yang jangan kamu putus :*
1. Sholat.
2. Qur'an.
3. Zikir.
4. Silaturrahimi.
5. Shodaqoh

*Kirimkan artikel ini kepada orang yang anda sayangi* Semoga bisa menjadi motivasi diri kita untuk terus tetap berbuat baik selamanya.. Aamiin Yaa Robb🤲🏻

Saturday, March 9, 2019

RINTIHAN SEORANG IMAM



Jemaahku...
Kerana sekeping roti canai sedap di mana sekali pun... sanggup kau mencari,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi...

Jemaahku...
Kerana kenduri kendara jauh dimana sekali pun... bersungguh kau hadiri,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,

Jemaahku...
Kerana bolasepak yang kau minati... Stadium Bukit Jalil sanggup kau jejaki,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,

Jemaahku...
Kerana ingin melihat keindahan alam semulajadi... bukit dan gunung habis kau terokai,
Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

Jemaahku...
Kerana minat sungguh hobi memancing... segenap lautan dan sungai sanggup kau redahi,
Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

Jemaahku...
Kerana pasar malam dan pasar tani nampak sungguh meriah sekali... siang dan malam terus kau lewati,
Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

Jemaahku...
Kerana Gegar Vaganza dan Mentor dah bermula.. terpacak kau di depan TV,
Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

Jemaahku...
Tak salah apa yang kau lakukan semua ini,
Cuma ingatlah di hadapan kita ada sesuatu yang sedang menanti,

Jemaahku...
Sesungguhnya ketahuilah... umur ini hanya menunggu mati,
Inginku bertanya... Ke mana jenazah kau dan aku... akan dibawa nanti?

Jemaahku...
Seluruh pelusuk dunia telah pun kau terokai,
Bila tiba saat matinya jasad ini nanti... di masjid atau surau jugalah  kau dan aku akan dibawa untuk solat dan dimandi,

Jemaahku...
Sebelum kau dan aku terus menerus lupakan diri, biar kita saling ingat mengingat dan saling nasihat menasihati...
Kerana sesungguhnya kita perlu saling sayang menyayangi... sebagai saudara seagama....
Mudah-mudahan bersama-sama kita menuju ke Syurga Illahi.

In shaa Allah.....
Sekadar perkongsian sahaja

Thursday, March 7, 2019

isteri

Isteri : "Abang nak pergi pekan sari ye. Saya nak apam balik"

Suami : "Okay"

Broom, start motor beli beli apam balik kemudian balik.

Suami : "Nah apam balik"

Isteri : "Laa, kenapa tak beli apam balik yang tebal, yg ini nipis aje apam baliknya"

Suami : "Awak makan la dua tiga lapis, tebal la apam baliknya. Lagipun tadi mana ada cakap nak yang nipis atau tebal apamnya" (Bila lelaki jawab macam ni, dia mahu detail dan spesifik)

Isteri : "Laaa saya ingat abang tahu sebab abang bla bla bla bla bla bla bla" (okay yang ini memang peel orang pompuan, diaorang gemar buat assumption, teori sendiri. Sebab tu movie Captain Marvel watak dia heroin pompuan, pasal nak bagi pompuan menang je la bila lawan ngan orang jahat. Senang tak pening kepala)

Suami : (La la la la la la la, sambil makan nasik lemak dalam hati)

Nota :

Apa pengajaran dari cerita diatas kali ini?

Tidak ada.

Cuba korang sendiri pikir macam mana lelaki tak pening ngan orang pompuan.

Inilah cabaran bila ada isteri. Ini baru isteri pertama, kalau dua, tiga empat camne ko rasa?

Pening tak.

Sebab itu kita digalakkan kahwin empat. Bila bini pertama timbulkan persoalan yang pening ko lari ke rumah bini kedua buat hilang pening.

Saturday, March 2, 2019

diet nasik

Alhamdulillah.
Hari ni 3 Mac 2019 genap 1bulan tak makan nasi.. Apatah lagi kek, ice cream, keropok, makanan segera atau air bergas...
Malam kalau lapar saya hanya makan buah, itupun yang tidak menpunyai kandungan gula yang tinggi...
Dah masuk 6bulan saya amalkan makan malam sebelum jam 7. Jam 6petang biasa dah makan malam.. Saya amalkan senaman sekurang kurangnya sejam sehari pada hujung minggu dan curi masa 30minit setiap hari...
Sepanjang 6 bulan saya amalkan tidur yang cukup, sekurang kurangnya 8jam sehari...
Saya telah berjaya kurangkan berat saya sebanyak 17kg, badan saya rasa sihat dan bertenaga... Hubungan dengan keluarga dan kawan kawan pun lebih baik...
.....
Saya tak tau sapa punya status ni.. Saya saja nak share terima kasih sudi baca.
Sambil share ni saya baru selesai mkn nasi.. Ni sambung pulak dgn milo panas cicah meskut patsegi tawaq
😎😎😂😂
Selamat berujung minggu uollssss 😂😂😂

Friday, March 1, 2019

jenis jenis geng

Umur 10tahun masuk geng basikal lajak.

Umur 20 masuk geng Motor pulak.

Umur 30 ada duit sikit join geng kereta.

Umur 40, Dah Stabil sikit join geng motor besar pulak.

Masuk 50an,Trend kembali berbasikal. Nk bg Jantung kuat tak nk sumbat.

Umur 60 kembali jln Kaki sbb lutut dah tak kuat

Umur 70 masuk geng kerusi roda.🤣

Dok tunggu jugak bila nak jadi geng masjid,sayangnya dulu-dulu xdan jadi geng masjid.
Oleh itu jadilah geng masjid dulu sblm terlambat😔