Friday, February 22, 2019

jangan derhaka

ALLAH BAYAR SECARA TUNAI

Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..

Satu hari saya pergi ke sebuah *Rumah Orang Tua-Tua*. Saya dapat bantuan sejumlah wang daripada seorang sahabat meminta saya beli dan sampaikan barangan keperluan tersebut kepada orang miskin.

Jadi saya pun belilah kain pelekat, kain batik, beli roti dan macam-macamlah saya beli, saya pun pergilah Rumah Orang Tua-Tua, tak payah sebutlah di mana.

Sampai saja kereta saya di perkarangan Rumah Orang Tua-Tua, tiba-tiba ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua-tua tu mai dekat saya.

"Yea..yea.. Anak aku datang, anak aku datang, seronoknya anak aku datang.."

Saya tak kenai dia siapa, dia mai peluk saya, dia cium saya.

Orang tua tu kata..

"Nak.. Kenapa tinggal mak kat sini nak, mak nak balikkkkkk.. Mak rindu dekat rumah.."

Saya waktu tu.. Ya Allah.. Saya kata..

"Makcik..'

Saya pegang saya tengok muka dia, dia kata..

"Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang.."

Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu sangat pada anak dia, saya berlakon depan dia, saya kata..

"Mak.. Maafkan saya mak ye.."

Saya pegang tangan dia saya bawa pi duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia.

Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia, apa perasaan dia? Apa perasan kita?

Semasa saya menyuap roti, air mata dia meleleh-leleh, dia pegang tangan saya, _Subhana Allah_.. Saya dapat rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia.

Bila saya nak balik dia pegang kaki saya dia kata..

"Nak.. Jangan tinggai mak nak, mak nak balik, mak nak balik.."

Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan di situ. Check-check tengok rupanya dia *ada anak 5 orang*. Anak dia yang sulung bergelar *Tan Sri*, orang memang kaya, orang ada nama, hebat orangnya.

Saya waktu tu nak balik, dia pegang baju saya dan dia kata nak ikut saya balik, saya kata takpa lah, jomlah jomlah.. Saya isi borang apa patut semua.. Ringkaskan cerita, saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.

Bila balik rumah saya, Sembayang Subuh saya jadi *Imam* dia sembahyang di belakang, saya baca doa, saya tengok air mata dia jatuh. Lepas tu saya pi salam dia, saya cium tangan dia dan saya kata..

"Mak.. Maafkan saya mak yeee.."

Waktu tu saya tak dak mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak-anak dia.

Duduk *hari ketiga* di rumah saya, waktu Sembayang Isyak, selesai doa saya nak pi salam dengan dia, tetiba dia lapik tangan dia dengan kain tudung, baru dia salam.

Saya kata..

"Mak.. Kenapa mak lapik tangan, dua hari dah mak salam, mak tak lapik tangan dengan saya. Kenapa hari ni mak lapik tangan?"

Dia kata..

"Ustaz.. Kau bukan anak saya ustaz ye.."_

SubhanAllah. Tiba-tiba dia sebut nama saya *"Ustaz"*. Saya kata..

"Kenapa mak panggil saya ustaz? Saya anak mak.."

Dia kata..

"Bukan.. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu, kalau anak saya dia tak akan jadi *imam* saya, kalau anak saya dia *tak akan suap* saya makan.."

Bayangkan sahabat-sahabat perasaan seorang ibu ini, tiba-tiba saja dia menangis, saya pun pegang dia, saya peluk dia, saya pun menangis, saya kata..

"Mak.. Walaupun mak bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya sendiri..".

Saya pegang tangan ibu ini.. Walaupun dia bukan mak saya tapi saya tahu *hati dia rindu sangat dekat anak dia*, waktu tu saya pandang wajahnya, saya kata..

_"Mak.. Walaupun ibu sebenar saya telah meninggal dunia, tapi mak boleh ganti tempat ibu saya, mak duduklah di sini.."_.

Waktu nak makan saya suapkan nasi ke mulut dia, dia muntahkan balik makan dari mulut dia,
saya tanya..

_"Kenapa mak?"_

Tiba-tiba saya tengok air muka dia pucat, saya angkat dia, panggil ambulan hantar dia ke hospital.

Waktu dia di hospital, saya ambik kepala dia saya ribakan mak ini, dia pegang tangan saya dia kata..

_"Ustaz.. Kalau saya mati, tolong jangan bagi tahu sorang pun anak saya, kalau anak saya tahu saya mati, jangan bagi tahu di mana kubur saya, kalau dia tahu di mana kubur saya jangan izinkan dia pegang batu nisan.."_.

Saya pegang dia saya kata..

_"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak.."_.

Isteri saya menangis di sebelah, anak saya menangis di sebelah pegang dia. Kami pegang dia..

_"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak, jangan mak.."_

Dia geleng kepala rupa-rupanya itulah saat penghujung hayat dia, akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital.

Dia meninggal dalam pelukan saya, saya doakan *Makcik Hajjah khalijah* ini rohnya mudah-mudahan bersama _Salafusoleh_.

Sahabat-sahabatku, sesiapa yang masih ada mak tolonglah *taat* pada mak, *jangan derhaka* pada mak kita, *jangan tinggal dia* di Rumah Orang Tua, mak kita sakit kita *jaga* dia, *picit kepala* mak kita..

Sahabat-sahabat cuba tanya mak kita..

_"Seksa dak mak mengandungkan saya dulu? Seksa dak mak melahirkan saya dulu?"_.

Tanya mak kita sahabat-sahabat sekalian.. Kalau kita tanya sudah tentu air mata mak kita akan jatuh, sebab tu sahabat-sahabat *suapkanlah makanan* pada mak kita..

Sahabat-sahabat semua.. Selepas daripada kematian makcik ini, sampailah berita kepada anaknya yang sulong, anak dia terus telefon saya..

Apa anaknya kata pada saya..

_"I akan bawa you ke makhamah, I akan saman you sebab you *bawa keluar mak I dari Rumah Orang Tua-Tua*"_..

3 tahun dia letak mak dia di Rumah Orang Tua-Tua, dia tak pergi tengok, sebab tu mak dia rindu *tak boleh beza saya dan anaknya*..

Akhirnya saya tunggu, tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih. Saya pergi ceramah di *Masjid di Gombak*, selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya.

Menangis dalam masjid, orang dalam masjid hairan, sebab apa ni, saya tanya pada dia..

_"Pasai pa ni? Ada masalah apa ni..?"_.

Dia berkata dalam keadaan menangis..

_"Ustaz.. Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya ustaz? Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya?"_..

Saya kata..

_"Kenapa hari ni baru tanya kubur mak kamu?"_..

Dia kata..

_"Tolonglah ustaz.. Saya nak jumpa mak saya ustaz, sayalah orang yang bergelar *Tan Sri* yang nak saman ustaz hari tu.. Saya sekarang ni *papa kedana* ustaz, *isteri saya mati* kemalangan, *rumah banglo* saya bank dah tarik, *kereta mewah* saya *semua bank dah tarik*, tinggal satu ja, kereta kancil.."_.
Saya berkata..

_"Saya boleh tunjuk kubur mak kamu, tapi dengan *satu syarat*, kamu *jangan pegang batu nisan* mak kamu.."_.

Sampai saja di tanah perkuburan, tak sempat saya nak turun, dia turun dulu, *saya tengok depan mata saya sendiri* dia _*jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam, mulut dia tarik sebelah*_ yang tadi pada awalnya, tangan dan mulutnya elok sambil memanggil-manggil..

_"Ibu.. Ibuuu... Ibuuuu.."_.

Tiba-tiba saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya _*belum sampai lagi ke kubur ibunya, dia dah hembuskan nafas terakhir*_ berhampiran kubur ibunya..

_Allahuakbarrrrrrrrrrrrr..._

Mengucap panjang saya.. Allah SWT tunjuk di atas dunia lagi *balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah*.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana, ambillah *iktibar* dari kisah di atas.

_"Dan apabila *mata ibumu sudah tertutup* maka *hilanglah satu keberkatan disisi Allah*, iaitu doa seorang ibu"_

*gambar hiasan

Klau btol sygkn mak korang.tlg share kisah ini .

cap ayam

Kalau nak tahu, binatang yg paling miskin ada lah ayam.

Kasihan, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG.

Hati sedih jadi sampai tulis pun CAKAR-CAKAR AYAM.

Tidur pun tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut.

BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Punca nya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.

Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR.

Kalau lelaki bawa perempuan dikata BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM.

Telur AYAM goreng dikatakan MATA LEMBU. Lembu dapat nama.

Malang sungguh nasib mu sebagai seekor AYAM.

Walau begitu sifat ayam ni, ia tetap bangun sebelum Subuh dan masuk reban sebelum maghrib. 👍

Fikir-fikirkanlah

Thursday, February 14, 2019

enjoy the moment

PENDEKNYA SAAT MEMBESARKAN ANAK2

Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan bagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat entah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan  dibawah meja. Maka...... kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya... seorang akan bertanya emak. "Mak... mana pensil saya.". Kemudian sorang lagi bertanya... " bedak mana makkk?" Sorang pulak akan tanya..." anak tudung saya mana mak?.
Mak segera lupakan jeritan semalam... "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang2."

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2...😔😔😔 ada katil yang dah kosong. Tempat sangkut baju pun... sikit jer bajunya.

Apa yg tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran.  Mak boleh cam mana satu bau anaknya.  Tiap2 anak punyai bau istimewa masing2. Jadi... mak pun hidu udara bilik tu sedalam2nya untuk hilangkan rindu pada anak2.

Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA... kehangatan badan anak2 dibawah pelukannya masa kecil dulu.

Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur. Tapi ia seindah padang pasir yang x berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit... suruh anak2 buka atau tutup.
Kamu semua sekarang dah ada dunia sendiri dan mak/abah sentiasa mendoakan dan memohon... YA ALLAHHH... peliharalah anak2ku walau dmana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.

Nikmatilah waktu yang sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari...

Dedicated to all parents..... Kehidupan kita sekarang...😀

Thursday, February 7, 2019

what is success

What is Success?

1 year old ...* *Success is.*
Can walk without support

*4 years old...* *Success is.*
Do not urinate in your pants,

*8 years old...* *Success is..*
To know the way back home.

*12 years old,* *success is..*
To have friends.

*18 years old ,* *success is.*
To get a driving license.

*23 years,* *success is.*
To graduate from a university.

*25 years old,* *success is.*
To get an earning.

*30 years old,* *success is.*
To be a family Man.

*35 years old,* *success is.*
To make money.

*45 years old,* *success is.*
To maintain the appearance of a young man.

*50 years old,* *success is.*
To provide good education for your children.

*55 years old,* *success is.*
To still be able to perform your duties well.

*60 years old,* *success.*
To still be able to keep driving license.

*65 years old,* *success is.*
To live without disease.

*70 years old,* *success is.*
Not to be a burden on any one.

*75 years old,* *success is.*
To have old friends.

*81 years old,* *success is.*
To know the way back home.

*86 years old,* *success is.*
Not to urinate in your pants again.

90 years old...* *Success is.*
That you can walk without support again

One of the best messages I have ever read.

Life is a cycle.! Dont expect too much from it. Be simple, cool and happy always.