Sunday, July 31, 2011

Rahsia Pintar – Bergaul Dengan Orang Cerdas

Salam, sempena bulan ramadhan ni,  N3 tidak terhad kpd koleksi lawak & hiburan sahaja... ade jugak N3 kami terdiri dr crite & tips & panduan yg kami nak share bersama anda.... harap N3 di blog ini dpt memberi manfaat & hiburan kepd semua.... 
Hari ni, sy ingin berkongsi satu N3 ttg rahsia menjadi pintar & berjaya.  N3 ini sy terima menerusi email sy pd 19 July yg lepas, dan sy rase perlu sy kongsikan tips ini (walaupun disebut rahsia... hihihi) dgn anda semua.  Teruskan membaca :) 

1. Bergaul dengan orang cerdas menyebabkan anda turut menjadi cerdas. Sebagaimana bergaul dengan orang yang berani menyebabkan anda turut berani. Kalau anda bergaul dengan orang yang berjiwa besar, jiwa anda turut besar. Kalau bergaul dengan jutawan, hati anda turut merasa kaya lalu timbul keinginan untuk berusaha untuk menjadi sepertinya.
2. Dek kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Kalau anda bergaul dengan penjual minyak wangi, badan anda akan harum kerana terkena wangi-wangiannya. Kalau anda bergaul dengan tukang besi, badan akan busuk kerana terkena wap besi yang busuk.” Demikian juga diformulakan oleh Imam Syafie, “Ada tiga perkara yang boleh mencerdaskan mental; selalu berdamping dengan ulama’, bergaul dengan orang-orang soleh dan meninggalkan perkataan yang sia-sia.”
3. Abdullah bin Mas’ud mempetuakan, “Ada empat perkara yang menggelapkan hati; perut yang selalu kenyang, bergaul dengan orang yang berbuat dosa, tidak insaf dengan dosa-dosa lalu, dan panjang angan=angan.” Kalau anda mengenali individu-individu yang pintar dan baik akhlaknya, jangan lepaskan kesempatan untuk berkawan dengannya.

JUMAAT ini


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. 

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" 

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. 
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar". 

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang 

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu! 

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

sedikit tips

Ada beberapa tips yg boleh dikongsi:
1. Kalo berjalan jauh (especially ngan budak kecik), jgn terus stop di destinasi yg dituju (rumah, hotel, etc..). Singgah dulu mana2 tempat sbb takut ada mende ngikut (tak kira siang/mlm). Masa singgah tu, amik seketul batu/ sehelai daun, selawat & cakap "Jangan ikut kami/aku, ikut daun/batu ni". Then baling batu/daun tu, & teruskan perjalanan ke destinasi..

2. Kalo anak mengangis mlm tak henti, cuba tekan2 telapak kaki dia ngan ibu jari. Kalo anak menangis lagi kuat, maybe ada 'mende' dok nyakat. Kalo tak, mungkin kembung ke ape.

3. Satu lagi tanda ada 'mende' kaco kalo anak menangis mata terbeliak dok pandang atas.

4. Kalo terjadi spt 2&3 di atas, cuba azan & iqamat (sebaik2nya 7 kali) & baca ayat kursi & 3 Qul (7 kali)

5. Kalo tak berjaya jugak, amik bawng putih/merah, kunyah2 sket supaya berair & sapukan kat pelipat2 (area belakang lutut & siku), dahi & tulang belakang. Ni area 'mende' ni masuk/keluar badan orang. Bila sapu bawang tu 'dia' kana panas.

Lain2 tips yg boleh dikongsi:

1. Sentiasa bagi salam b4 masuk umah. Especially kalo balik mlm, selawat & baca ayat kursi b4 bukak pintu

2. Kalo balik mlm sorg2, seelok2nya jgn trus masuk bilik kalo anak2 dah tido. Kalo lom solat, solat dulu. Kalo dah, amik wudhu' b4 masuk tido.

3. Kalo gi bercuti ke hotel, b4 masuk bagi salam. Then trus selak suma curtain bagi cahaya masuk & kibas2kan katil.

Sedikit ilmu utk dikongsi bersama. Ustaz tu pon dah pesan, dia dah bagi ilmu2 ni..kena sebarkan kat org lain. Moga jadik pedoman & panduan bersama. Kalo ada tips2 nak kongsi pon bole jugak..wallahua'lam.


"...Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja, semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup, semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidupnya akan berkecai..."

                    
- bukan mudah nak senang-

Tuesday, July 26, 2011

Pak Kasim & Menantu

Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim.
beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang.. pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sbb sebelum ini dia tak pernah solat.
Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. “yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan..
Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir… lalu pak kasim membaca surah alfatihah..”bismillahirrahmanirrahim…” seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…”bismillahirrahmanirrahim…”
Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.
pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. “ish! gila ke menantu aku ni??”
Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak kasim pun terus bertanya kepada seman. “seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari..”

Pencuri Kucing

Payid dan Hassan baru sahaja habis belajar. Kerana susah untuk dapat pekerjaan dan majikan hanya memilih pekerja-pekerja yang berpengalaman sahaja mereka berdua berpakat untuk merompak di sebuah rumah orang kaya di atas bukit.
Suatu malam kedua-dua sahabat baik ini berjaya menyusup masuk ke dalam rumah orang kaya Haji Jalil. Payid yang berminat dengan home theater system Haji Jalil, mengangkat set itu satu per satu dan meletakannya di luar.
Ketika dalam keadaan kelam kabut, dia terjatuhkan mikropon ke lantai. Haji Jalil yang tidur dalam bilik yang tak jauh dari ruang tamu terjaga dan menjerit, “siapa tu?”
Dengan tenang Payid menjawab, “mmmeeeeooooowwwwwww.”
Kemudian seluruh rumah senyap seketika.
“Haji Jalil dah tidur balik agaknya,” fikir Payid. Dia terus sambung angkat set home system keluar rumah.
Hassan pula sibuk mengangkat set barang antik dalam almari Haji Jalil yang tak berapa jauh dari ruang tamu tadi.
Sedang asyik membawa barang-barang itu, Hassan terjatuhkan satu mangkuk kaca, jatuh ke lantai dan bersepai. Kaca berselerakan.
Sekali lagi terdengar suara Haji Jalil.
“Siapa tu?”
Hassan menjawab, “ini kucing yang lagi satu.”

Monday, July 25, 2011

Tips Utk Kurus


Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru
je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg.
"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan",

katanya sendirian. Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.

Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. "OK. Encik sila masuk ke
bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat... . hehehe"

Sunday, July 24, 2011

Pengalaman Pertama

Malam itu bulan mengambang penuh.Sejuk dan sunyi. Seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan. Namun jantungku berdebar kencang
Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau. Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja. Dialah yang pertama bagiku.
Malam sudah hampir subuh. Aku masih terpaku lagi. Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku. Orang lain semua masih tidur. Kata orang inilah masa yang paling sesuai. Sebelum subuh. Sebelum matahari terbit
Ahhhhhhhhh!!Aku lelaki .Aku mesti boleh melakukannya .Mesti mesti mesti .. Ku beranikan diri. Ku pandang saja . Dia diam saja . Ku renung matanya. Dia masih diam. Aku tahu dia menunggu aku. Akulah yang mesti melakukan. Mesti mesti mesti…
Denyutan jantungku bertambah kencang. Kuberanikan diri lagi. Ku pegang kepalanya. Dia masih diam. Perlahan, ku raba belakangnya. Oh! Dia bergerak . Mungkin geli. Denyutan jantungku tidak terkira lagi…
Ku pandang punggungnya yang bulat? besar? terlintas di fikiranku. gatal di hatiku makin menjadiku pegang punggungnya yang pejalku dengar deru nafasnya jantungku hampir meletup kurasa geramku tidak tertahan lagi kini aku sudah nekadku pegang susunyaohhhh!
Alangkah lembutnyaa langkah halus kulitny aku ramas perlahan dia menoleh!! Hampir pengsan ku rasa Namun aku tahu aku sudah bersedia Dia tahu aku akan?..
Aku terus duduk . Aku sudah tidak malu lagi Aku sudah tidak takut lagi Aku kangkangkan kedua kakinya Ku letakkan kedua tanganku pada susunya . Besar dan penuh Ku ramas pelahan Lagi dan lagi. Kini aku sudah tahu Kini aku sudah rasa . Bagaimana seronoknya Memerah susu lembu…

Tiga Abdul

Al kisah ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mentua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mentua atau cuma anaknya sahaja.
Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu yang pertama naik perahu bermotor ke tengah laut.
Di sana, dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu, tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mentuanya.
Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Grand Livina diletakkan di hadapan rumah dan sehelai kertas bertulis : “Dari ibu mentuamu”.
Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mentua berpura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun menyelamatkan mentua tercinta.
Esoknya di depan rumah, menantu kedua melihat Toyota Alphard dengan sehelai kertas tercatat tulisan : “dari ibu mentuamu”.
Kini giliran menantu ketiga (agak cerdik orangnya dan selalu mengambil tindakan lain dari orang lain) diajak ke tengah laut. Si mentua kembali mengambil tindakan terjun ke laut. Tetapi malang, kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mentuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Dia berkata, “Rasakan!!!”, sambil memusingkan perahunya ke daratan.
Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di hadapan rumahnya kelihatan Mercedes S-Class terbaru bersama sekeping nota tertulis : “Daripada ayah mentuamu”.

baca je lah

ikan uji rashid di genting sempah

customer bengang takde ekon di jusco alpha angle wangsa maju

marah tak dapat tisu...alpha angle wangsa maju

Thursday, July 21, 2011

Pelik Tapi Benar

jangan tegur, kang kena cucuk ngan batang pancing...hahaha

tekun baca surat cinta..oh syahdunya

sesat jalan???

Wednesday, July 20, 2011

FAKTA...


Satu survey telah dijalankan untuk menentukan golongan yg boleh membaca 1000 muke surat yg penuh dengan fakta dlm mase plg singkat.

Keputusannye adelah:
Writer: 6 bulan
Doctors: 2 bulan
Lawyer: 1 bulan
Student yg ade exam esok: 1 malam!
heheheh….

Tuesday, July 19, 2011

Pensyarah & Mahasiswi

Seorang mahasiswi seksi yang bimbang gagal dalam exam datang ke pejabat pensyarahnya yang masih muda.
Dia melirik ke sekililingnya, kemudian menutup pintu pejabat, dan terus berlutut di hadapan pensyarahnya sambil memohon.
“Tuan, Saya bersedia melakukan apa sahaja asalkan saya lulus ujian .. “, ujarnya sambil melirik genit.
Lalu si mahasiswi mendekati pensyarahnya sambil menatap matanya dengan penuh perasaaan.
Lalu dia terus memujuk “Kalau tuan masih belum memahami maksud saya, saya bersedia melakukan apa sahaja … apa saja yang tuan mahukan…” bisiknya di telinga pensyarahnya.
Pensyarah muda tadi membalas renungannya, lalu bertanya minta kepastian “Apa sahaja?”
“Ya, apa sahaja….!”, jawab sang mahasiswi secepatnya.
Pensyarah terus bertanya sekali lagi minta kepastian, “Apa sahaja?”
“Ya, apa sahaja….”
Akhirnya pensyarah berbisik, “sanggupkah kamu ……………. belajar bersungguh-sungguh?”

Monday, July 18, 2011

Nama panjang...

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

What does a car name initial stands for……..

BMW: Brings Me Women.


LEXUS: Luxury EXports to United States


FIAT: Failure in Italian Automotive Technology


FORD: For Only Romantic Drivers


HYUNDAI: Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive


VOLVO: Very Odd Looking Vehicular Object


PORSCHE: Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything


KIA: Kills In Accidents


OPEL: Old People Enjoying Life


TOYOTA : The One You Only Trust, Always


and last but not least... 


PROTON: Powerwindow Rosak Oooh Tidaaaakkkk!! Ohhhh Noooooo!!!


errr........