Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Burung kakak tua yang gatal

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu...)

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru

Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi.... tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia...then tonyoh tonyoh sikit mata dia...dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia...pas tu dia jerit kuat-kuat....

 "BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.....

Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.......

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"

Cikgu-cikgu tu terkejut dog... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgu pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah....." .

Cikgu ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer..... tak pe, kita tengok besok pulak camana..."

Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu.... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah........"Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu...dua..." dan seterusnya.

Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.... Burung pun tengok.... dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi...Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?". Cikgu kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu...".Cikgu ketiga...."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set!!!!!" balas depa.....

Keesokan harinya......sama juga.... bila time ke sekolah, burung tu jerit lagi...

HITAM!!HITAM!!!HITAM!!!!"

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi....di sekolah mereka berbincang.... cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent..." . Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna....". Cikgu ketiga..."Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."

"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je.... bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok.... ditenungnye lama-lama...cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow......sambil toleh-toleh kat burung tu...burung tu tengok lagi.... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu....dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.....dah tu dia pandang ke depan balik.... dia garu-garu kepala...dah tu usap-usap dagu.....dia cekak pinggang..... dah tu burung tu pegang dagu lagi...pastu dia senyum.....dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer.....

**MORAL : JANGAN SESEKALI MENGUJI BURUNG YANG PANDAI BERCAKAP. HEHEHE

Monday, July 18, 2011

Nama panjang...

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

Wednesday, June 29, 2011

Rumput dan Kuda



Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"


email dari farah fairuz, tq

Saturday, June 18, 2011

Bila Guru Perempuan Bersembang Dengan Murid Lelaki

Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika perempuan bertanyakan satu soalan,

" Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi
tinggal di atas pokok?"

Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut, "Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara
kamu berfikir".

Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja Adik Mat makan
aiskrim. Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya,

"Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Sorang tu style makan telan semua
sekaligus. Yang sorang lagi gigit sikit-sikit. Perempuan yang last sekali jilat
keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Antara 3 orang perempuan tu, cuma
seorang saja dah kahwin. Yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Adik Mat tu! Tapi cikgu tetap maintain
cool jerk. Dengan berlagak neutral cikgu pun menjawab, "Yang jilat keliling
dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin".

"Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka
cara cikgu berfikir."

muahahaha... kantoi cikgu pompuan tu..