Saturday, October 23, 2021

cara opah wuduk

*IBU CUAK BILA SI ANAK USIA 6 TAHUN TEGUR KESALAHANNYA*

Seorang budak berumur 6 tahun terlopong tepi kolah surau melihat emaknya ambil air sembahyang.

Berlakulah dialog spt di bwh:-

Emak : _Kenapa tengok camtu pulak?_

Anak : _*Emak ambil air sembahyang tak betul.*_

Berdebar si emak sambil melihat kiri kanan takut ada org lain tengok dia ambil wudhuk tak betul..

Emak : _Apa yg tak betulnya?_

Anak : _*Tak sama macam yg Opah buat.*_

Emak : _Camna Opah ambik air sembahyang._

Anak : _*Sebelum kumur² Opah letak gigi atas kolah.*_

Emak : _Aku sepak jugak budak nie kang_

😁😆😜...

Saturday, October 9, 2021

kawan

*ADAT BERKAWAN*

*Bagus kata kata ini..Idea siapalah agaknya*

Dari kawan ada yang menjadi rapat.
Dari kawan ada yang menjadi sahabat.
Dari kawan ada yang menjadi kekasih.
Dari kawan ada yang menjadi isteri /suami. 
Dari kawan ada yang menjadi ipar. 
Dari kawan ada yang menjadi biras.
Dari kawan ada yang menjadi bisan. 
Dari kawan ada yang menjadi mertua. 
Dari kawan ada yang menjadi  madu. 
Dan dari kawan ada yang menjadi lawan.
Itulah lumrah kita dalam berkawan...

Bila berkawan dengan ramai kawan ini...

Baru kita sedar... 
Bukan semua kawan kita hidup sempurna...
Mungkin dia banyak duit...
TAPI ada broken famili...
Ada yang tak berduit...
TAPI ada keluarga yang bahagia...
Dari kawan itulah kita belajar sesuatu...

Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan- kawan...
Sampai bila2 takkan habis...
Namun disebabkan nak HUBUNGAN itu kekal panjang...
Kena 'fake'kan semuanya...

Fake smile...
Fake feelings... dan 
Fake emotions... 
Kerana sayangkan kawan2...

Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa... 
Sering tersenyum...
Tidak bererti dia tidak boleh terluka...
Kita sama-sama manusia...
ADA HATI dan PERASAAN...

Jadi, jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati...

Dalam berkawan kena ada satu prinsip...
Tak puas hati tanya depan2...
Jangan dengar dari orang lain sebab setiap lidah manusia itu ada 'RACUN' yang berbisa!!!

Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan...
Tak kiralah jika kita ada kawan yang jenis nakal... 
Masuk air kaa...
Suka buat lawak merapu sekali pun... 
Jika dia seorang kawan yang baik...
Dia akan berani menegur salah dan silap kita!!!     

Seorang kawan yang baik akan menerima teguran dari kawan2 sebaik2nya...
Dengan hati yang terbuka...
Lebih-lebih lagi tentang kebaikan dan mengingatkan kita kepada ALLAH...

Kawan ketawa memang ramai...
Kawan menangis sukar dicari...
TAPI mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah...
Namun siapa tahu, dalam diam mereka tetap mendoakan kita...

Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan2!!!

Suatu masa nanti...
Satu demi satu kawan akan meninggalkan kita...
Masing2 dengan tujuan yang berbeza...
Mungkin antara kita juga ada yang telah terpisah buat selama2nya...

Yang tinggal cuma
KENANGAN dan NAMA...

Hargailah dan sayangilah kawan2 kita selagi hayat masih ada...

Al-Fatihah utk sahabat kita yg telah pergi dahulu... 😭

Berkawan biar saling mengingatkan bukan saling menyalahkan... Inshaa Allah....

Friday, October 8, 2021

gila

Sy teringat smlm kawan sy nak cucuk Vaksin tapi tak bawa ic sbb hilang.. Petugas kat situ ckp kalau nk vaksin mesti ada ic.. Dia pon tak jadi amik vaksin dan terus ke pej pandaftaran nk buat ic.. Smpai di sana petugas ckp kalau nk buat ic harus bawak surat vaksin.. Dan akhirnya kawan sy jadi gila.. Kerana sudah gila kawan sy terus dibawa keluarganya ke rumah sakit jiwa.. Sampainya di rumah sakit jiwa doktor cakap kalau nak di rawat kena ada ic dan surat vaksin.. Dan akhirnya kawan sy dan keluarganya smua jadi gila..
Gila punya cerita 🥴

Wednesday, September 1, 2021

muhasabah diri

5 TANDA ORANG BAIK DAN BIJAK

1. Wajhu Mumbasyar (wajah yang senantiasa menggembirakan)
Dia memiliki penampilan diri yang menyenangkan bila dipandang, murah senyum, hangat percakapan, dan kehadirannya senantiasa dirindukan.

2. Lisanun Na'imah (tutur bahasa yang indah)
Dia memiliki bahasa yang indah meskipun sederhana, mudah difahami dan tidak membuat orang tersinggung.

3. Qolbur Rahmah (hati yang menyenangkan)
Hati adalah cerminan sikap peribadi seseorang. Sikap dan perilakunya memberikan rahmat bagi sekitarnya. Kehadirannya memberi manfaat, kata-kata yang terucap berfaedah buat yang mendengarnya.

4. Shodrul Muftihah (lapang dada)
Jiwanya terbuka, jujur, berterus-terang, dan bertoleransi. Arif menghadapi suasana gembira dan sedih, bijaksana dalam mengambil keputusan.

5. Yadul Muftihah (tangan yang senantiasa terbuka)
Dia senang membantu siapa saja, bahkan tanpa perlu dimintapun dia akan peka untuk membantu.

Semoga kita sentiasa diberikan jiwa dan hati seperti para salafus soleh dan alim ulama'.

Jadikanlah, 
Yang indah itu budi.
Yang lembut itu hati.
Yang tipis itu benci.
Yang tebal itu iman.
Yang tajam itu akal.
Yang baik itu sifat.
Yang manis itu senyuman.
Yang rapat itu persaudaraan.

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. 🤲

Wednesday, August 25, 2021

kisah penimbang

*KISAH SATU KILO GULA MERAH* 

Alkisah, Seorang lelaki miskin menjual gula merah yang dibuat isterinya ke bandar.
Isterinya selalu membuat gula merah dengan bentuk bulat dan *beratnya 1 kg.* 

Dia selalu menjual *gula merah* itu ke salah satu kedai tempat dia  *membeli* barang barang  kerperluan harian mereka. 

Suatu ketika pemilik kedai itu curiga dengan berat gula merah itu dan dia pun  menimbangnya.
Teryata beratnya tidak sampai 1 Kg, hanya 900 Gram......  kerana terlalu marah
tangannya gemetar dan dadanya terasa seperti mahu meledak ......
“Jadi selama ini dia *membohongiku* . Berapa banyak kerugian yang aku alami.
Dasaarr Penipu !” teriaknya dalam hati.

kebetulan petang hari itu lelaki miskin  datang lagi ke kedai itu dengan membawa gula merahnya.

Kamu telah *menipu* saya!
Kamu beritahu gula merah ini 1 Kg ternyata hanya 900 Gram saja !” teriak pemilik kedai itu dengan marah.....

Lelaki miskin itu menundukkan kepalanya dan berkata:“ Kami orang miskin. Kami tidak punya *timbangan* di rumah........ jadi
kami membeli beras di kedai  tuan seberat 1 kg dan itulah yang kami jadikan *timbangan* untuk menimbang gula merah”.

Pemilik kedai terdiam dan merasa sangat malu kerana seakan *meludah* ke langit...... 

Sahabat.. 
Terkadang kita terlalu *mudah* & *cepat* menghakimi orang lain bersalah, padahal sumber masalah itu ada pada diri kita sendiri.

Semoga  kita semua diberkahi & dirahmati Allah ..... aamiin.

Friday, August 13, 2021

vaksin diri anda

➿ *VAKSIN DIRI MU*
         
*1. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ j͟a͟n͟t͟u͟n͟g͟,  kurangkan penggunaan garam.*

*2. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ h͟a͟t͟i͟,  elakkan m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ b͟e͟r͟l͟e͟m͟a͟k͟.*

*3. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ p͟e͟r͟u͟t͟,  elakkan m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ sejuk.*

*4. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ u͟s͟u͟s͟,  tukarkan makanan segera d͟e͟n͟g͟a͟n͟ s͟a͟y͟u͟r͟a͟n͟*

*5. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ p͟a͟n͟k͟r͟e͟a͟s͟,  elakkan m͟a͟k͟a͟n͟  hingga k͟e͟n͟y͟a͟n͟g͟.*

*6. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ G͟i͟n͟j͟a͟l͟,  m͟i͟n͟u͟m͟l͟a͟h͟ b͟a͟n͟y͟a͟k͟ a͟i͟r͟ d͟i͟ s͟i͟a͟n͟g͟ h͟a͟r͟i͟,  m͟i͟n͟u͟m͟ l͟e͟b͟i͟h͟ s͟e͟d͟i͟k͟i͟t͟ a͟i͟r͟ d͟i͟ waktu m͟a͟l͟a͟m͟ ,  k͟o͟s͟o͟n͟g͟k͟a͟n͟ pundi kencing a͟n͟d͟a͟ s͟e͟b͟e͟l͟u͟m͟ t͟i͟d͟u͟r͟.*

*7. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ O͟t͟a͟k͟,  t͟i͟d͟u͟r͟l͟a͟h͟ s͟e͟l͟a͟m͟a͟ l͟a͟p͟a͟n͟ j͟a͟m͟ sehari*

*8. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ j͟i͟w͟a͟,  m͟i͟l͟i͟k͟i͟ h͟u͟b͟u͟n͟g͟a͟n͟ y͟a͟n͟g͟ I͟n͟t͟i͟m͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ Maha P͟e͟n͟c͟i͟p͟t͟a͟,  A͟l͟l͟a͟h͟ Y͟a͟n͟g͟ M͟a͟h͟a͟ K͟u͟a͟s͟a͟.Bacalah Al quran &  berzikir*.

*9. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ rindu dan cinta  pada Nabi ,  banyakkan berselawat  kepadanya.* 

🌹 *H͟i͟d͟u͟p͟ i͟t͟u͟ s͟e͟d͟e͟r͟h͟a͟n͟a͟,  y͟a͟n͟g͟ kusut i͟t͟u͟ fi͟k͟i͟r͟a͟n͟ k͟i͟t͟a͟*

🌹 *H͟i͟d͟u͟p͟ i͟t͟u͟ m͟u͟r͟a͟h͟,  y͟a͟n͟g͟ m͟a͟h͟a͟l͟ i͟t͟u͟ kehormatan k͟i͟t͟a͟.*

🌹 *M͟a͟r͟i͟l͟a͟h͟ k͟i͟t͟a͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ y͟a͟n͟g͟ p͟a͟n͟d͟a͟i͟ b͟e͟r͟s͟y͟u͟k͟u͟r͟.*

🌹 *S͟e͟m͟o͟g͟a͟ Mendapat B͟e͟r͟m͟a͟n͟f͟a͟a͟t͟ Bersama*🥰

*Kebajikan, Kesihatan, Kewangan.*

*Indahnya Hidup Berkasih sayang kerana Allah.* 

*Al Quran Teman Dunia Akhirat*

*SEBARKAN KE GRUP LAIN JIKA ANDA ANGGAP  BOLEH BERI MANFAAT ...*

Friday, May 28, 2021

dunia dulu dunia sekarang - kobid oh kobid

*Dulu.....dulu......dulu..... Beza dgn Sekarang*
😷😷😷😷😷😷😷😷😷

1. Dulu *IMAN* yang harus kuat, sekarang *IMUNE* yang jadi Fokus. ( Dunia  sedang waspada )😷

2. Dulu kalau orang *BERSIN* dijawab Alhamdulillah, Umur panjang. Sekarang orang bersin....., dianggap sedang Sakit dan membawa Malapetaka ( Dunia sedang bergegar )😷

3. Dulu Bersatu kita Teguh. Sekarang berkumpul kita Runtuh. ( Dunia sudah lain )😷

4. Dulu ada Tetamu, senang karena dianggap bawa Berkat. Sekarang ada tetamu dianggap bawa Penyakit. ( Dunia Sudah Payah )😷

5. Dulu kalau bertemu menjabat tangan. Sekarang ketemu angkat kaki ( cepat pergi ). ( Dunia sedang sakit )😷

6. Dulu Perfume yang kita bawa di Dalam bag, sekarang Hand sanitizer spray yang dibawa ( Dunia sedang dilanda ketakutan )😷

7. Dulu Senyum yang diberikan, sekarang pelitup muka yang diberikan.( Dunia dilanda kesulitan )😷

8. Dulu kata *"NEGATIF"* tidak Bagus, sekarang kata *"POSITIF"* tidak bagus. ( Realiti)😷

9. Dulu pulang ziarah Orang Tua membawa Kebahagiaan. Sekarang ziarah orang tua boleh membawa Penderitaan. ( Dunia Menjadi Pelik )😷

10. Dulu cuci Tangan untuk Makan, sekarang di mana-mana di suruh cuci tangan tetapi tidak dikasi makan.... ( Dunia sudah terbalik )😷

 *Begitu cepat*
DUNIA SUDAH BERUBAH....😷
DUNIA BAKAL BERAKHIR....😷
INGAT ALLAH DAN NABI SAW SELALU 😷
SOLAT TEPAT WAKTU 😷
SEDEKAH DAN SENYUM SELALU 😷
DOAKAN IBUBAPA SELALU 😷
TAUBAT SETIAP WAKTU😷