Monday, September 7, 2020

baca dan renungkan



RENUNGAN.

Sorang guru  membawa belon ke sekolah lalu menyuruh murid-muridnya untuk meniup dan menulis nama belon masing-masing. 
Setelah anak-anak melemparkan belon mereka ke dewan sekolah, guru itu bergerak ke dewan untuk mencampur semua belon-belon itu.

    Anak-anak diberi waktu lima minit untuk menemukan belon dengan nama mereka di atasnya. Messkipun mereka mencari dengan panik, tidak ada yang menemukan belon yang bertulis nama  mereka sendiri.

    Kemudian guru tersebut menyuruh mereka untuk mengambil belon yang paling hampir dengan mereka dan memberikannya kepada orang yang namanya tertera di atasnya. Dalam waktu kurang dari dua minit, semua orang memegang belonnya sendiri.

    Guru tersebut berkata kepada anak-anak ini, “Belon-belon ini seperti kebahagiaan.
Engkau tidak akan menemukannya ketika dirimu hanya mencari milikmu sendiri. Tapi jika kita peduli dengan memberi kebahagiaan kepada orang lain ... itu pada akhirnya akan membantu kita menemukan kebahagiaan kita sendiri."

BAHAGIA ITU SEDERHANA...
PERLAKUKAN ORANG LAIN SEPERTI KITA INGIN DIPERLAKUKAN...

    Telinga diciptakan untuk lebih banyak mendengar, mulut diciptakan Tuhan untuk lebih berkata-kata lembut, memberi semangat, menghibur, memuji, memaafkan...
Hindari dari berucap kata-kata yg kasar, keras, menghina, dan intimidasi yg bisa melukai orang2 terdekat dan sekitar kita.

    Tak susahkan untuk beroleh bahagia dan membahagiakan.

Semoga bahagia milik kita.

#kitajagakita
Bukan aku jaga aku.

Sunday, September 6, 2020

UJIAN PEKAT LEDOIT LOGHAT PAHANG! SILA BACA KUAT-KUAT!


Naik besiko ke mesjid lama,

Sedang molek azan megherik,

Terkanjat sokmo pekerja kome,

Teriok dek orang nak ke teh tarik.


Dalang kelompein ande seleng,

Seleng itang beri dek orang,

Prentain berangin duduk di tebing,

Omboih abang...Lena te karang..


Kome berkedey D'Tebing sungei,

Mee kari, mee suk, Soto pun ande,

Nak kemari memang sedey,

Kala tak jumpe, telipon ke haje.


Kome berpantun ledoit yakmat,

Bior ngerengkoit mulot aok mbace,

Kala aokme sama hebat,

Deraih balaih serangkak due!

Tuesday, August 25, 2020

sayangilah ayoh

Anok-anok, mung mitok macam-macam nge ayoh mung. Mung ngamok bile dokleh beli telepun. Mung lembang abih barang-barang dalam rumoh bile dokleh duit blanje nok ikut ke saing mung g jjalan bbando g tengok wayang.
Dokleh muto, mung lari teruh dari rumoh.

Mung jerkoh ke ayoh mung. Mung wak kurang ajor ke ayoh mung. Mung tuduh ayoh mung dok sayang ke mung sebab dok ikut nape kehendok nafsu mung.

Mung ssikit pun dok mmikir...

susohnye ayoh mung cari pitis. Makan untuk diri sdiri pun ye dok ccare mane. Duk kije siang malam cari ke pitis nok wi mung skoloh nok suruh mung blajor biar pandai biar cerdik.

Mung dok tau nape derita ayoh sebab ayoh dok ajin citer ke mung.

Ayoh dok kabo ke mung ye g kije makan nasi tengohari baham nasi bajet hok  tiga riya tu je. Minum plok air sirap hok percuma tu ah.

Buleh pitis, ye sipan wak blanje skoloh mung. Mung tengok ah baju ye, lusuh sokmo. Mung tengok ah kasut ye. Carik rabok. Mung tengok ah sluor ye, ttapung kkali.

Aku cuma kabo dok sapa 1 % nape hok ayoh mung lalui demi untuk mung anok-anok weh. Hok lain, mung besor kekgi mung tau ah gane rase. Mung jadi ayoh kekgi mung tau ah gane. 

Aku cuma nok mitok, doh-doh ah jadi bodo ke diri ikut ke saing. Saing ade tepun, nok tepun etek. Saing g tengok wayang mung nok g gok. Pahtu bile dokleh, mung mule ah nneting kokdang kkali.

Nasihat aku, sebelum ayoh mung mati, sebelum mung nyesal sapa ke mati,
Mung taburlah bakti,
Mung berjasalah pada ayoh mung hok sorang ni.
Mung kenang la segala jasa dan penat lelah dia nok bbesor ke mung ni.

Awang-awang dan semek-semek sekalian...dengorlah nasihat abang.

Sayangilah ayoh.
____________
Sumber gambar : Pak Lang Alan

Monday, August 10, 2020

Semua Takdir Ketentuan Allah

Hidup ini bukan kebetulan...
Hidup ini satu ketentuan...
Tertulis sudah di awal kejadian...
Kita cuma sekadar melakonkan..
Tiap sesuatu dalam kawalan Tuhan..
Dengan cinta Dia merancang..
Agar kita menemukan jalan pulang...
Ujian itu mensuci jiwa menyuluh jalan...
Jangan di kata kejamnya alam..
Semua adalah aturan Tuhan...
Tiap kejadian Allah menentukan..
Terimalah takdir Allah tentukan..
Kan kau temui agongnya cinta Tuhan..
Kan kau rasakan nikmat cintai Tuhan....
Redhai lah Allah sebagai Tuhan..
Moga redha Allah jua dalam ketentuan..
Buat kita sepanjang jalan beralih alam...

Syukuri ...  
Waalaikumussalam dan selamat pagi sahabat ku sekalian

Monday, June 29, 2020

ingatan utk diri sendiri

Wahai anakku, rahsiakan lima perkara dalam hidupmu:

1. Rahsiakan kepenatanmu dalam perjuangan Islam. Semoga Allah membelaimu dengan kasih sayangNya.

2. Rahsiakan sedekahmu dari manusia kerana cukuplah Allah mengetahuinya.

3. Rahsiakan kesalahan dan kealpaanmu terhadap Allah, dan perbanyakkan taubatmu, kerana kamu tidak perlu memperbanyakkan saksi atas kesalahanmu.

4. Rahsiakan keaiban dan kesalahan sahabatmu, kerana lebih rapat kamu dengannya maka lebih banyak terdedah peribadinya dan peribadimu.

5. Rahsiakan keburukan seseorang yang telah meninggal dunia, kerana mungkin Allah telah mengampuninya sesaat roh meninggalkan jasadnya.

Ya Allah ampunilah dosaku, kedua ibu bapaku, guru-guruku, zuriat keturunanku dan mereka yang mengenaliku dalam iman.


Thursday, June 18, 2020

punca gadis melayu mudah kene sampuk

*Ambik ikhtibar*

Skrg baru saya tahu kenapa Perempuan Melayu selalu kena sampuk, berbanding perempuan cina ataupun india atau lain2. Info utk rakan2.

Kenapa pelajar perempuan Melayu selalu dirasuk?
Kes ini berlaku betul di ruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri.
Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis Melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India.

Di mana salahnya? … Kita ikuti percakapan antara bomoh Melayu dan syaitan.

Misteri di Asrama Puteri terjawab! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang sangat berani berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang ....tanya bomoh itu pada ketua jin...

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? ”“Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam”

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun
menjawab…

*“Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan...*
*Tak Menarik Hati, Tiada Memikat...*
*Kalaulah Mmg Tak Mungkin aku Tertarik.... Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin aku kan jatuh... Aduhaiii ...... Lemah  lembut gayanya......*

*Tekun membaca nampak, sudah, pergi buat kerja apa yang patut.* 🤭😄

Tuesday, June 16, 2020

selamat hari bapa

Anda sudah beristeri tapi masih membayangkan wanita lain untuk menikah lagi. Itu yang dinamakan *KEINGINAN...*

Ketika anda bertemu wanita cantik dan solehah, anda ingin menikahinya tetapi wajah isteri anda selalu terbayang-bayang. Itulah yang dinamakan *KETAKUTAN...*

Namun, anda tetap nekad menikahinya. Itulah yang dinamakan *KEBERANIAN...*

Ketika anda sedang mengadakan akad nikah tiba-tiba isteri anda datang, itulah yang dinamakan *KEDAPATAN...*

Tetapi isteri anda tidak marah dan tidak menyerang madunya. Malah, ikut hadir dalam acara tersebut bahkan membawa anak anda sekali demi menjaga maruah anda. Itu yang dinamakan *KEAJAIBAN...*

Ketika anda pulang ke rumah isteri pertama, dia menyambut anda dengan senyuman bahkan menghulurkan secawan kopi panas kesukaan anda sambil berbisik, "Abang semakin kacaklah". Itu yang dinamakan *KEANEHAN...*

Jika setelah minum kopi, tiba-tiba tubuh anda menjadi kejang dan mulut pula berbuih, itulah yang dinamakan *KERACUNAN...* 

*Selamat Hari Bapa Pahlawan Sedunia...*
🤣🤣🤣🤣🤣🙏🏻