Friday, May 31, 2019

Kisah seri

Seri adalah gadis desa yang anggun dan berwajah sedikit cantik dan sedikit manis, tapi dia seorang yang teramat pintar.

Sedangkan suaminya adalah seorang yang berwajah biasa tapi amat peramah dan sedikit Playboy. Dia suka menggoda gadis2 cantik di desanya.

Pada suatu hari Seri pergi ke sungai ingin mencuci baju. Ketika baru saja memulai mencuci, dilihatnya seekor ikan emas yang tersepit di antara bebatuan sedang menggelepar2.

Melihat ikan emas tersebut,  Seri menghampirinya, namun terjadilah keajaiban si ikan emas bercakap2: “Kalau kau menolongku, aku akan mengkabulkan 3 permintaanmu. Tapi ingat, apa yg kamu minta akan membuat suamimu mendapatkan 10 kali ganda dari apa yg kamu minta.”

Seri pun segera menolong ikan tersebut dan langsung minta supaya wajahnya cantik.

"Tapi ingat … suamimu akan menjadi 'paling tampan di dunia', yang akan membuat sifat Playboy nya akan semakin menjadi-jadi” kata si ikan mengingatkan.

“Tiada masalah,” jawab Seri.

"Abrakadabra . . . " dan jadilah Seri seorang wanita yg amat cantik. Begitupun sang suami, menjadi amat-sangat tampan sekali.

Permintaan ke 2, Seri ingin menjadi kaya, “Ingat, suamimu akan 10x lebih kaya, apa kamu tidak takut?” kata ikan emas tersebut.

“Ah, tidak apa2. Kekayaan miliknya itu juga milikku,” jawab Seri tenang.

"Abrakadabra . . " dan jadilah Seri orang yang kaya. Begitu juga suaminya, kekayaannya 10 kali ganda kekayaan Seri.“

"Apa permintaanmu yg ke 3?” tanya si ikan emas.

“Aku ingin mendapatkan serangan jantung ringan2 saja.”

"Abrakadabra dan jadilah Seri kena serangan jantung ringan sedangkan suaminya 10x ganda kena serangan jantung dan terus meninggal dunia.

Dan jadilah Seri seorang janda cantik yang kaya raya, pewaris harta yang amat banyak.

Hati2 lah dengan wanita, wahai para suami. Jika anda tidak mahu meninggal dunia terkena serangan jantung mendadak, laranglah isteri anda mencuci kain di sungai. Belikan segera mesin basuh untuk isteri anda.

1. Jenama LG 16KG RM1,490.00.
2. Jenama Panasonic 14KG RM1,560.00.
3. Jenama Hitachi 13KG RM1,470.00.

Berminat mesin basuh pm tepi.

Cari duit nok raya.....

Thursday, May 30, 2019

Antara adab2 Dan tip berhari raya,!!!

1. Jangan datang rumah org awal sangat. Orang masih solat raya. (hari pertama syawal)

2. Pastikan anak² x ambik angpau sampai 4 5 kali.. pengsan tuan rumah.

3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar.

4. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengann langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit.. tau tak?

5. Jangan sibuk tanya org bila nak kawin. Kalau dah kawin sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan org nak jawab. Lain kali bawak je recorder.

6. Jangan pandai² tukar channel tv rumah org. Dah diorang sefamily minat Hindustan, jangan pandai² nak tukar astro ceria.

7. Jangan pakai baju sedondon sangat ramai2,  nanti macam kumpulan dikir barat.

8. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya, dapur macam tongkang pecah.

9. Budak² jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah sama dengan warna duit RM1.

10. Orang hidang, air terus minum tak payah nak cakap banyak.

11. Jangan tumpang berhadas kecik/besar kalau tak pandai nak flush.

12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan ja. Jangan cuba nak selit kuih tu kat sofa atau pasu rumah org. Tak baik. Tau tak?

13. Jangan mintak password wifi rumah orang.

14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.

15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit..jangan sibuk sgt ok.

16. Jangan tinggal pampers anak dlm bilik air umah orang. Dah tuan rumah lak nak kena kutip buang. Amik buang terus dlm tong sampah...paham ke ni ?

17. Jangan duduk lama sangat beraya rumah org tu... Org lain pun nak raya gak ok.

18. Jangan tanya dari mana punca kenyataan nih...

Tuesday, May 28, 2019

Kitaran hidup manusia

Kitaran hidup manusia adalah:
1. Janin
2. Bayi
3. Anak-anak
4. Remaja
5. Dewasa
6. Menikah
7. Menjadi Orang tua
8. Tua
9. Meninggal

Kita sekarang di posisi No. 7, jadi tinggal 2 tahap lagi dan harus disiapkan bekal yang baik.

Namun agar tidak cepat-cepat pindah ke posisi No. 8 dan No. 9

MAKA:
Solusinya adalah mengulangi kembali ke posisi No. 6

Selamat mencuba... kerana untuk ke no 1 dan ke 5 tak mungkin dah...no 6 sahaja yang boleh gituu...
Semoga berhasil...!!!

Nota Penting: Kalau ada yang nak ke No. 6 jangan sampai bini tahu, takut-takut tak sempat ke No. 8 tapi terus ke No. 9.

😁😁

Sepatutnya tetapi....,


Sepatutnya puasa kita berjimat cermat,
Tetapi kita belanja macam nak  kiamat....😂😂

Sepatutnya puasa kita makin sihat,
Tetapi kita makan semua pantang lihat....😅😅

Sepatutnya puasa kita kerja lebih cergas,
Tetapi kerja nak balik bergegas-gegas....😳😳

Sepatutnya puasa kita makan sedikit,
Tetapi kita lantak nasi macam bukit....🤣🤣

Sepatutnya puasa kita makan ala kadar,
Tetapi bila berbuka kita makan sampai tersandar....🤣🤣

Sepatutnya puasa kita kuat kawal selera,
Tetapi kita balun apa sahaja tidak kira....😂😂

Sepatutnya puasa perbelanjaan kian kurang,
Tetapi semua kedai kita hendak serang....😅🤣

Sepatutnya puasa pinggang kian ramping,
Tetapi akhir bulan tak boleh pakai samping....😭😭

Monday, May 27, 2019

Tips balik kampung

Sedikit tips utk kwn2 yg pulang beraya tu
Sebelum balik kampung
1. Cabut semua plug kat dinding except fridge.
2. Buang sampah.
3. Jgn biar baju tersidai diluar.
4. Double triple check fan & lampu.
5. Kosongkan sink.
6. Bawak toiletteries.
7. Sematkan butang baju melayu di baju.
8. Pin brooch dibeg.
9. Sampin.
10. Charger phone.
11. Duit & sampul raya.
12. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi, doa naik k'deraan, berniat ziarah. Kerana niat itu menjadikan perbuatan kita satu ibadah disisi Allah SWT.
13. Niat nak buat Jamak Qasar.
14. Jgn kelam kabut n marah², jgn over happy.
15. Lapang dada & solat/baca doa musafir.
16. Tinggalkan rumah dgn tawakkal Allah menjaganya.
17. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jgn tertinggal isteri/suami.
18. Top up siap2 touch n go, no more tambah nilai lanes.
19. Sentiasa kira cukup bilangan anak, esp di RnR.
20. JGN LUPE BAGI SIGNAL
21. JGN LUPE BAGI SIGNAL
22. JGN LUPE BAGI SIGNAL
23. JGN LUPE BAGI SIGNAL
24. JGN LUPE BAGI SIGNAL
25. JGN LUPE BAGI SIGNAL
26. JGN LUPE BAGI SIGNAL
27. JGN LUPE BAGI SIGNAL
28. JGN LUPE BAGI SIGNAL
29. JGN LUPE BAGI SIGNAL
30. JGN LUPE BAGI SIGNAL

*Selamat pulang ke kampung masing²*
🚗🚙🛵🏍✈
*Bawa diri dengan iman...*

Sunday, May 26, 2019

Pesanan

"Abg, kakak, adik...tolong ckp kat pasangan, bila balik utk beraya nanti, diorang bukan tetamu k..."

Diorang dah jadi ahli keluarga kita...

So xbleh la buat perangai smpai time makan ja baru kluar bilik, baru nmpk btg hidung...dduk melepak ruang tamu, tgok tv, main hp dan cukup time, tdo...

Klu pasangan perempuan, pesan suh masuk dapur, buat keje...tolong kakak ipar, adik ipar, mak mertua...xreti masak xpa, bleh tolong potong sayur, potong ayam, siang ikan...xreti potong memotong pun xpa, tolong basuh pinggan mangkuk...xreti basuh pinggan mangkuk, tolong mengemas...janji jgn malas...

Klu pasangan lelaki, pesan suh tgok2kan apa brg dapur yg xcukup...jd runner, p kedai...tolong bli brg, tolong belah kelapa, parut kelapa, tolong kemas laman umah, gantung lampu, cuci kipas, pacak pelita...cari keje buat keje...jgn dok saja, mengadap hp, main game...

Jgn buat bg org mengata, mengumpat pasangan kau...jgn manjakan pasangan kau dgn ayat,

"Alah, biarlah dia nk rehat..."

Xde maknanya rehat2, keje berlambak nk kena buat...org lain pun nk rehat jgak...sama2 ringankan beban, tolong menolong...time ni la nk beramah mesra, nk bersembang2, merapatkan silaturahim...

Jgn ajar pasangan utk bersendirian sorang2, buat hal sendiri...hidup bermasyarakat, bergaul dgn famili dan adik beradik yg lain...

Ingat, pasangan kau bukan tetamu...

#copypaste
#SapeNkCopyDpersilakannn

Saturday, May 25, 2019

Doa sekeluarga

*Mendamba Ganjaran Dari Ramadhan Al Mubarak*
(Khas untuk lelaki yang bergelar SUAMI)

Jika kita sedang beristighfar di atas sejadah.
Istighfar sekali untuk keampunan isteri dan ahli keluarga.

Jika kita sedang bersujud meminta hajat dari Allah,
Mohon sekali dimakbulkan hajat yang didamba si isteri dan seisi keluarga.

Jika kita menangis berjujuran mohon diampun dosa-dosa,
Mohon sekali buat isteri yang bertungkus lumus dan seluruh ahli keluarga.

Jika kita berteriak kecil memohon Allah masukkan ke syurga, Minta sama istana syurga untuk seisi keluarga.

*Mohonlah pada Allah*

"Ya Allah, apa saja amal yang kau terima daripadaku, ganjari jugalah pahalanya buat isteriku dan ahli keluargaku."
Berdoalah kita dengan  bersungguh-sungguh kerana kita semua adalah hamba2NYA dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

*Semoga Ramadhan ini menjadikan kita orang yang bertaqwa*.. *Aamiin*