Wednesday, April 24, 2019

Otai berbisa

Seorang peladang mempunyai 15 ekor ayam betina dan seekor ayam jantan tua. Oleh kerana ayam jantan tua sudah tidak efektif lagi membiakkan bakanya, peladang itu membeli seekor lagi ayam jantan muda untuk jadi pembaka.

Selepas ayam jantan muda sampai, dia disapa oleh ayam tua.

Tua : Selamat datang, kita boleh bekerjasama membuntingkan semua ayam betina ni agar tuan kita gembira.

Muda : Kerjasama?? Kamu sudah tua dan patut bersara biar aku uruskan semua kerja pembiakan ini.

Tua : Kamu bagilah aku seekor betina pun jadi laa...

Muda : Tak boleh! Aku gagah dan mampu melaksanakan kerja pembiakan tanpa bantuan kamu, ayam tua..

Tua : Ok.. kalau kamu gagah perkasa, esok kita lumba lari. Kalau kamu menang, aku tak akan ganggu walau seekor pun ayam betina. Kenyit mata pun tak..

Muda : Ok cun! Aku setuju. Esok pagi kita lumba.

Keesokannya.

Tua : Oleh kerana aku dah tua, kamu bagi aku lari dulu laa.. lepas sepuluh langkah, baru kamu mula berlari.

Muda : Ok, takde hal lah.. Ready?? 1--2--Go!!

Dan si ayam tua tu apa lagi, lari lah dia.. berlari dengan perlahan kemudian dikejar oleh ayam muda... dalam 10 meter ayam muda mengejar ayam tua dan sudah hampir di bontot ayam tua.. tiba-tiba  bamm..  bamm.. ayam muda tersungkur rebah.

Tuan ayam telah menembak ayam tu sambil menyumpah..

"Chaiitt!!! Sudah tiga ekor ayam jantan aku beli bulan ni, semuanya gay... huh..."

Moral of story :

Jangan sombong dengan orang lama. Respek la otai... dia banyak taktik yang tidak disangka-sangka....otai masih berbisa...hormati org tua. Old Is GOLD. 😂😂😂😂😂

Saturday, April 20, 2019

Maafkan aku

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
Kami sekeluarga dan Saya pribadi  mohon dibukakan pintu maaf utk segala Salah & Khilaf yang pernah ada selama ini. Mohon Maaf  lahir & bathin*
*Maaf*... sekiranya pernah menyakiti,
*Maaf*... sekiranya pernah menghina,
*Maaf*... sekiranya pernah berkata/berprilaku  kasar,
*Maaf*... sekiranya pernah membohongi,
*Maaf*... sekiranya pernah menyinggung,
*Maaf*... sekiranya pernah mengumpat,
*Baik disengaja maupun tidak disengaja.*
*Baik yang terang-terangan maupun yang disembunyikan.*
*Sesungguhnya yang BURUK datang dari Diri kita sendiri...*
*Dan yang BAIK selalu senantiasa datangnya  dr Allah SWT.... Barakallaahu..*🙏🙏🙏

Wednesday, April 17, 2019

Buat lah kebaikan walaupun sedikit

KETIKA KITA MENANAM PADI, LALANG AKAN TUMBUH, TETAPI KETIKA KITA MENANAM LALANG, PASTINYA PADI TAK AKAN TUMBUH

Mengantuk masa zikir lebih baik dari tidak berzikir langsung...

Tidur dalam majlis ilmu itu lebih baik dari tidak hadir langsung...

Belajar tajwid tapi tak pandai2 itu lebih baik dari tak belajar langsung...

Hafaz al-Quran tapi tak ingat itu lebih baik dari tak hafal langsung...

Buatlah kebaikan walaupun ianya tidak sempurna. Kerana kebaikan2 itu akan menghapuskan kejahatan...

Ujian kehidupan

🌹Cara Allah menyayangimu bukan dengan meringankan masalahmu, tapi dengan menguatkan jiwamu sehingga sehebat apapun masalahmu kau tetap bertahan dan tidak menyerah.

Cara Allah menyayangimu bukan dengan mengurangkan beban yang kau pikul, tapi dengan mengukuhkan bahumu, sehingga kau mampu memikul amanah yang diberikan kepadamu

Cara Allah menyayangimu mungkin tidak dengan memudahkan jalanmu menuju sukses, tapi dengan kesusahan yang kelak baru kau sedari bahawa kesusahan  itu yang akan membuatmu semakin berkesan dan istimewa

Hidup itu ...
Perlu ada masalah supaya kita punya kekuatan, perlu ada pengorbanan supaya kita tahu cara bekerja keras, perlu ada air mata supaya kita tahu merendahkan hati, perlu ada celaan supaya kita tahu bagaimana cara menghargai, perlu ketawa supaya kita tahu mengucap syukur, perlu senyum supaya tahu kita punya cinta, perlu orang lain supaya tahu, kita tidak sendiri

Jika ia berakhir dengan ke IKHLASAN, ia akan lahir menjadi cahaya yang itu adalah hadiah terindah dari Allah.

Berbahagialah pada takdir dengan penerimaan yang tulus, Sungguh mengajar hati BERBAIK SANGKA itu Indah🌹

Pilih coli atau isinya

*Pilih Coli 36B*
          *atau*
      *ISI-nya 36B*

Oleh: Emha Ainun  Nadjib

Hidup akan sangat memenatkan, sia-sia & menjemukan bila Anda hanya mengolah fikiran untuk mengurus BUNGKUS-nya saja dan mengabaikan ISI-nya.
Maka, bezakanlah apa itu "BUNGKUS"-nya & apa itu "ISI"-nya.

"Rumah yg indah" hanya bungkusnya
"Keluarga bahagia" itu isinya.

"Pesta kenduri kahwin" hanya bungkusnya
"Cinta kasih, Pengertian, & Tanggung jawab" itu isinya.

"Kekayaan" itu hanya bungkusnya,
"Hati yang gembira" itu isinya.

"Makan yg sedap2" hanya bungkusnya,
"Nutrisi, energi, dan sihat" itu isinya.

"Kecantikan dan Ketampanan" hanya bungkusnya;
"Keperibadian dan Hati" itu isinya.

*"Bicara" itu hanya bungkusnya,*
*"Kenyataan" itu isinya.*

"Buku" hanya bungkusnya;
"Pengetahuan" itu isinya.

*"Pangkat dan jawatan" hanya bungkusnya,*
*"Berkhidmat dan amanah" itu isinya.*

"Pergi ke tempat ibadah" itu bungkusnya,
"Melakukan Ajaran Agama" itu isinya.

"Kharisma" hanya bungkusnya,
"Karakter" itu isinya.

"Rezeki" itu hanya bungkusnya.
"Barokah" itu isinya.

Utamakanlah *isi*nya, serta tetaplah menjaga *bungkus*nya dengan baik...

*Maaf kalau teman-teman dari tadi  tunggu2 mana  isinya coli, kenapa tak muncul2*

*Sebab tu ... jgn lihat tajuknya...  Lihatlah Isi nya*😁😁😁😁😁

Wednesday, April 10, 2019

Jangan sombong

Takkan pernah jatuh darjat mereka yang merendah diri.

Aku kenal seorang bekas pengetua yang hebat. Beliau ini sangat bertoleransi dengan anak-anak buah beliau.

Tanpa mengira pangkat, beliau layan orang bawah dengan baik. Tukang kebun sekolah sakit dia pergi ziarah, kerani sekolah diajaknya datang ke rumah, rumah pekerja bawahan dia pergi beraya untuk raikan mereka.

Pernah suatu ketika, garaj kuarter pengetua yang beliau diami dibaik pulih. Kontraktor menghantar beberapa buruh untuk baik pulih garaj itu.

Di tengah hari yang terik, buruh itu gigih menyiapkan garaj kereta itu. Kebetulan beliau pulang rehat masa tu. Dengan mesra dia menegur buruh kasar yang dia tak pernah kenal.

Dia minta mereka berehat dan ajak naik rumah makan tengahari bersamanya. Buruh kasar orang kampung itu merasa segan. Mereka tolak pelawaan dengan baik. Namun, pengetua ini berkeras ajak juga.

Dia tahu buruh itu kepenatan dan kelaparan setelah seharian bekerja.

"Tuan makanlah. Nanti kami makan kat kedai. Bau kami hapak dengan peluh dan keringat. Segan pula," kata si buruh pada pengetua.

"Jangan begitu. Mari makan dengan saya. Saya pun orang kampung juga. Mari, rezeki ni. Tak baik tolak," balas beliau dengan mesra.

Mereka makan bersama di meja makan. Dengan mesra pengetua ini bertanya nama, keluarga dan sebagainya. Dilayan sebagaimana beliau layan orang kenamaan juga. Bagai dia layan kaum kerabatnya.

Bau hapak peluh dan keringat itu tidak dihiraukan. Bahkan tidak disebut sama sekali. Sebelum pergi semula ke pejabat, beliau berpesan pada isteri agar sediakan air sejuk untuk buruh itu. Sediakan air dan makanan setiap hari.

Begitulah sikap beliau. Langsung tidak menjadikan pangkat sebagai asbab untuk bermegah dan bongkak.

Lama selepas pencen, beliau jatuh sakit. Cepat tersebar ke pelusuk negeri bahawa pengetua yang baik hati ini jatuh sakit.

Rumahnya bagai hari raya. Bagai pesta. Beratus-ratus orang datang menziarahi setiap hari. Dari sekecil-kecil pangkat hingga mereka yang berpangkat besar.

Suatu hari, Pengarah Pendidikan Negeri datang menziarahi beliau. Orang berpangkat paling tinggi dalam pendidikan dalam sesebuah negeri.

Beliau terlantar tidur diruang tamu masa ketibaan tetamu besar ini. Pengarah ini melihat wajah pengetua yang sedang lena dengan air mata yang bertakung. Sebak dan sedih sekali.

Perlahan dia kucup dahi tua itu dan berkata pada anak isteri beliau,

"Beliau dulu merupakan orang atasan saya. Saya banyak terhutang budi dengan jasa dan sikap toleransi beliau."

Orang paling tinggi pangkat di dalam sebuah negeri pun menunduk malu dengan kebaikan dan budi beliau. Padahal dari segi pangkat, Pengarah itu jauh lebih tinggi. Tambahan pula pengetua itu dah lama pencen.

Namun budi baik yang pernah dia terima dari pengetua itu tersemat dihati. Tersimpan kukuh sampai mati.

Maka benarlah. Benarlah bila kita berkuasa tapi merendah diri tidak sesekali menjatuhkan darjat dan martabat kita.

Bahkan jasa itu sentiasa dikenang walau pangkat itu sudah hilang.

Aku mengingatkan diri dan para sahabat sekalian, jika pernah suatu ketika nanti Tuhan kurniakan kita pangkat yang tinggi; jangan sesekali berasa bongkak dengan jawatan.

Jangan sesekali angkuh dengan kedudukan. Kerana bila semua itu hilang, tiada siapa akan pandang. Hormat orang akan hilang. Sanjungan orang akan berkurangan.

Sebaliknya jika kita terus menunduk saat kita tinggi melangit, kita akan terus diingati walau tiada jawatan lagi.

Ada pangkat, jangan bongkak.

Ingat itu.

Sunday, April 7, 2019

*DERITA ORG PENCEN*


Ramai org pencen hidup derita sbb tk merancang!
Kalau derita sekadar di dunia ok lg, tp yg ditakuti derita dunia akhirat.
Di usia pencen ini tak yah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dgn game atau apa sj yg tk faedah.
Badan da tak brp larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dlm iman/ibadah.
Skrg byk majlis ilmu. Mengajilah... Refresh blk ilmu yg telah kita tinggalkan sejak dulu.

Cadangan Manfaat:

1. *Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid* utk memastikan aqidah kita betul sbb jk salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga.
Mantapkan juga *ilmu feqah dan tasauf*.
Jgn asyik bljr tajwid dan taranum sj sdgkan kita da fasih baca quran. Lain lah *kalau tk pandai bc quran, wajiblah kita belajar*.
Bagi yg da mahir baca, ingatlah tkde siapa nk dgr suara tua kita yg merdu tu. Yg penting *byk tadabbur quran* dan bukan hanya baca sj tanpa faham isi alquran.

2. *Bykkan taubat*. Taubat tk kira tempat. Dimana pun boleh taubat. Bukan di Mekah sj. Kita byk dosa. Jgn abaikan taubat walau sehari.

3. *Qodho sgala solat* yg pernah kita tertinggal, abaikan. *Perbaiki ilmu solat*. Jgn pulak masa terluang yg byk tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu da kerepot. Takde sapa main cinta dah!

4. Dpt $ pencen jgn sibuk shopping bergaya mcm org kaya2. Itulah $ blanja penyambung nyawa kita 10-15 thn lg. Jgn pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna $ utk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua *hutang kita pd Allah*. Jgn lupa *hutang pd manusia* yg blom di byr!

5. Kalau blom ke Mekah & da ada $ *pergilah Mekah*. Jgn sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yg ada tu seadanya. Kalau nk repair pun repair bumbung sbb takut kena hujan.

6. *Bykkan sedekah jariah dan wakaf*. Bukan sedekah pd org buta yg ada sindikit tu tp jariah bermaksud sedekah pd org buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.

7. Pg dan ptg jgn lupa buat *senaman* & *check up hospital* selalu. Supaya kita tk sakit, menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mrk pun bergelut dgn kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.

8. *Jgn byk tidur* sbb kita pun tk lama lg nk tidur lama!

9. *Jgn jd kuli anak* waktu tua. Waktu inilah anak2 yg tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mrk pd kita utk kemudahn mrk melaram gi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali krn kerja dsbnya. Tp bukan slalu. Ingat tu!

10. *Jgn sesekali terlibat dgn bisnes!* Cukuplah pencen/simpanan yg ada tu utk mkn kita yg da tk brp selera ni sbb hidup kita pun tk lama. Andai kalau bangkrap, jwbnya jd cleaner/pak guard lah kita sampai mati.

11. *Berhati2 bg anak pinjam $* utk perkara yg tk penting bg mrk. Kalau penting sgt bolehlah beri tp pastikan mrk byr balik! Itu $ hari tua kita. Jgn sampai kita mengemis sbb kerakusan anak2. Syg anak biar bertempat. Jgn sesekali kita diperbodohkan.
Mrk sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan spt mana kita dulu yg ikat perut besarkan mrk. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sket, shoppinglah mrk tanpa fikir masa dpn anak2 mrk. Baju penuh almari. Mekap yg mahal2. Sambil perhatikan, berilah nasihat.

12. *Berziarahlah kwn2 dan sedara mara* sbb usia kita pun tak panjang. Kita pun byk dosa dgn mrk waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak byr. Waktu inilah kita *tebus sgala dosa* agar kita clear *dgn manusia* bila mati.

13. Akhirnya, *bersabarlah* hidup di hari tua. Ujian mcm kelkatu. *Byk ingat Allah & baca quran*. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.

Jgn sesekali menyusahkan org atau anak2 asbab *kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua.*
Ingatkan anak2 jgn ambil kesempatan rezeki hari tua kita. Inilah masa anak2 nk balas budi pd kita, sementara nyawa ada. Bila blk rumah kita jgn kata rindu masakan emak. Padahal ini lah masa anak masak utk org tuanya, bukan nak order je. Dulu kita da susah payah bsrkan mrk.
Biar sisa2 umur yg kita ada ni dihargai oleh anak2.....😭