Wednesday, December 12, 2018

doa

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

*Ya Allah...*
Di pagi yang mulia ini;
Kau ampuni dosa-dosa kami,
Dosa pasangan kami,
Dosa kedua ibu bapa kami,
Dosa anak-anak kami,
Dosa saudara-saudara kami,
Dosa jiran tetangga kami,
Dosa sahabat-sahabat kami,
Dosa guru-guru kami,
Dosa orang2 yang berbuat baik kepada kami

*Ya Allah...*
jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat;

*Ya Allah...*
satukan hati di antara kami dan jauhi sifat dengki di kalangan kami;

*Ya Allah...*
sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana;

*Ya Allah...*
cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat.

*آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن*

bersyukurlah

Bacalah pelan pelan
Sebagai satu muhasabah buat diri...

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak.

Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput..

"Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga kamu begitu membenci saya?"

Siput menjawab...

"Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan dapat melompat ke sana ke mari, tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih."

Katak menjawab...

"Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)"

Dan seketika itu, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak dimangsa oleh helang...

Siput terharu...
Akhirnya baru sedar...
ternyata cengkerang yang di milikinya bukan merupakan suatu beban...
tetapi adalah kelebihannya...

Pengajaran dari kisah diatas

Nikmatilah kehidupanmu..
Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain.
IRI HATI kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan...

Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita punya rumah mewah dan  berkereta besar.

Rezeki sebenarnya adalah jiwa dan hati yang tenang ...
Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu amat sangat mahal...

"Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR...
Tetapi berSYUKURlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia.

Senyum 😊 Dan Syukur 🤲

Tuesday, December 11, 2018

SEJARAH DISEBALIK NAMA SUZUKI CUP


.
Riuh seMalaysia berkenaan suzuki cup dimedia massa Dan elektronik. Rata rata semua "alert" dgn situasi ini memandangkan Pasukan Malaysia layak ke final dan selangkah lagi menentukan kejuaraan edisi 2018.
.
Tahukah anda Suzuki cup ini adalah kejohanan anjuran Asean Football Federation hasil gabungan persatuan bola sepak Seluruh asean.
.
Sebelum Suzuki Cup, piala ini dikenali sebagai Tiger cup pada 1996 sehingga 2004 sempena penaja utama iaitu syarikat BEER dari singapura iaitu Tiger.
.
Bermula tahun 2008, syarikat yang berpengkalan di Jepun, Suzuki yang merupakan syarikat automotif telah menjadi penaja utama lantas piala ini bertukar nama kepada SUZUKI CUP.
.
Yang menjadi persoalan, mengapa Suzuki memainkan peranan ini memandangkan mereka bukanlah nama utama dalam industri berbanding sebuah lagi syarikat yg jauh lebih popular di Asean iaitu HONDA.
.
Rupa rupanya HONDA juga berminat pada mulanya utk menjadi penaja utama, tetapi kerana agak janggal menamakan piala ini sebagai HONDA CUP yang lebih sinonim dengan nama motor lampu bulat mereka,  maka mereka membatalkan utk sponsor..kan pelik kalau sape menang dapat HONDA CUP..kan kan kan
.
😆😆😆😆
.
Selamat berjuang Harimau Malaya! Ayuh bersatu atas nama negara!

jemaah ku

Menarik sajak ni...

*Jemaahku...*
Kerana sekeping roti canai sedap di mana sekali pun... sanggup kau mencari,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana kenduri kendara jauh dimana sekali pun... bersungguh kau hadiri,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana bolasepak yang kau minati... Stadium Bukit Jalil sanggup kau jejaki,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana ingin melihat keindahan alam semulajadi... bukit dan gunung habis kau terokai,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana minat sungguh hobi berkonvoi motor & kereta... seluruh pelusuk negara telah kau susuri,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana minat sungguh hobi memancing... segenap lautan dan sungai sanggup kau redahi,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana pasar malam dan tani nampak sungguh meriah sekali... siang dan malam terus kau lewati,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana Gegar Vaganza dan Kilauan Emas Otai dah bermula.. terpacak kau di depan tv,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Tak salah apa yang kau lakukan semua ini,
Cuma ingatlah di hadapan kita ada sesuatu yang sedang menanti,

*Jemaahku...*
Sesungguhnya ketahuilah... umur ini hanya menunggu *mati*,
Inginku bertanya... Kemana jenazah kau akan dibawa nanti?

*Jemaahku...*
Seluruh pelusuk dunia telah pun kau terokai,
Bila tiba saat matinya jasad ini nanti... di masjid/surau jugalah  kau akan dibawa solat dan mandi,

*Jemaahku...*
Sebelum kau terus menerus lupakan diri,
Biar diriku disini hadir menasihati,
Kerana sesungguhnya kau amat ku sayangi,
Mudah-mudahan bersama kita menuju ke Syurga Illahi. 😔

_*Dari ku untuk para jemaah masjid, Surau, Sahabat dan penduduk yang ku kasihi. Kami menanti kehadiranmu ke Rumah Tuhanmu*

Monday, December 3, 2018

wife intelligent

WIFE:   honey let's play a game?
HUSBAND:   ok, what is the game all about
WIFE:   if I mention a country, you will run to the left side of the room n touch the wall
And if I mention a bird you will run to the Right side of the room and touch the wall, if you run to the wrong direction, you will give me all your salary for the month.
HUSBAND:   ok and if you fail, I will have your salary too right?
WIFE:   (smile) yes darling
HUSBAND:   ok (stood up and was ready to run to any direction)
WIFE:   are u ready?
HUSBAND:   yes ready

WIFE:    Turkey

It has been 4 hours now the husband is still standing at the spot wondering if she meant the country or the bird.

MORAL LESSON: after God, fear nothing except your wife’s intelligence! 😂😂😂😂😂

Saturday, December 1, 2018

Antara penyelesaian isu generasi teknologi maklumat

Banyakkan membaca buku-buku ilmiah dan tadabbur Al-Quran, berbanding menyelak ‘muka buku’ dan yang sewaktu dengannya.

Membaca buku secara satu persatu helaian mukasurat mendidik seseorang untuk lebih tenang, berfikiran panjang, dan bersabar dalam sesuatu perkara yang menatijahkan hasil yang memerlukan masa.

Penggunaan teknologi tanpa kawalan pada hari ini sedikit sebanyak mendidik jiwa agar nak segera dalam semua perkara.

Sedikit sebanyak membentuk karekter yang panas baran, tidak sabar, mudah melenting, dan berfikiran pendek. Ia hakikatnya adalah karakter yang bertentangan dengan susuk tubuh manusia yang dikehendaki Al-Quran, dan tarbiah acuan Islam.

Tutup ‘muka buku’mu seketika, ambil masa 20 minit, baca 2-3 helaian Al-Quran, kemudian ambil 20 minit lagi, untuk renungi ayat-ayat yang dibaca dan lakukan muhasabah terhadap apa yang telah kita lakukan sepanjang hari.

Lazimi ia setiap hari, anda akan dapati diri anda lebih bermakna, dan lebih berkembang, berbanding 1-2 jam yang anda habiskan dalam ‘scrolling’ tanpa sempadan mengenai cerita peribadi kehidupan orang lain (yang kebanyakannya tidak ada kena mengena pun dengan hidup anda), atau isu-isu panas (yang anda hanya jadikan ia bahan sembang bersama kawan-kawan), atau apa-apa yang tidak begitu membina kehidupan anda.

Hiduplah dengan penuh makna, dan ketahuilah bahawa Al-Quran yang mengajar manusia hakikat kehidupan.

“Adakah seseorang yang mati itu lalu Kami hidupkan dia dan Kami jadikan baginya cahaya untuk berjalan di sekeliling manusia, sama seperti seseorang dalam kegelapan yang dia tidak tahu pintu keluarnya? Demikianlah dihiaskan kepada orang kafir terhadap apa yang mereka lakukan” - Surah Al-An’am

Wallahua’lam.

Tuesday, November 13, 2018

cer baca

SubhanAllah... Cantik petikan ini.
Kebesaran Sang Pencipta

          Wahai anak adam..
   Aku jadikan engkau dalam
  perut ibu mu ,, dan aku tutup
    wajahmu dengan penutup  
         supaya tak lemas/
terhidup engkau dalam rahim.

           Dan Aku jadikan
    engkau tenang dilindungi  
       di sebalik rahim ibumu
   Aku cukupkan bagi engkau
               makanan mu.

            Dan Aku jadikan
di samping kanan dan kirimu
             tempat berpaut.
    Di kananmu hati. { liver }
     dan di kirimu hempedu
           { spleen } ibumu.

                 Setelah itu,
         Aku ajarkan engkau
       untuk tetap dan duduk
      di dalam badan ibu mu.
            Adakah yang lain
  selain dari Ku yang mampu
menjadikannya sedemikian..??

Setelah berakhir penciptaan
     mu dan disempurnakan
                kejadian mu,
     aku arahkan kerajaanKu
              dengan penuh
           kasih dan sayang
     untuk mengeluarkan mu
                  dari rahim,
  maka dikeluarkanlah dirimu.

         Tiada bagi mu gigi
          untuk mengunyah,
jua tangan, untuk menggapai,
      juga kaki untuk berdiri
    Engkau tidak punya apa2.

           Aku jadikan susu
     yang lengkap lagi bersih
            dari dada ibuMu,
  yang sejuk di musim panas
   dan panas di musim sejuk.

      Dan Aku letakkan cinta
    dan kasih kepada engkau
dalam diri kedua org tua mu.
     Tidak meniarap engkau
           sebelum mampu,
        tidak duduk engkau   
           sebelum mampu,
    tidak merangkak engkau
           sebelum mampu,
         tidak berdiri engkau
            sebelum mampu.

    Apabila engkau telah kuat
      untuk berjalan sekarang,
           engkau bermaksiat
sa'at engkau berseorangan!!
         Dan engkau langsung
            tidak malu padaKu.

Maka Aku tetap peringatkan:
          Jika engkau berdoa,
              Aku makbulkan.
        Jika engkau meminta,
                 Aku berikan.
       Jika engkau bertaubat,
Aku bawa engkau kepadaKu

Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam ..
Ketika dilahirkan kau di Azankan,
dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat..
Dan bila kau mati engkau disolat kan
tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagi mu wahai
                Anak adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui
siapa yang mengeluarkan mu
          dari tubuh ibumu,
        dan ketika kau mati
   tidak juga engkau ketahui
    siapa yang memasukkan
        engkau ke kubur mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
                 Anak adam..
         Ketika kau dilahirkan
    ada yang menggosok dan
           membersihkan mu,
      dan setelah engkau mati
    ada juga yang menggosok
       dan membersihkan mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
               Anak adam..
   Ketika lahir tidak kau tahu
    siapa yang gembira dan
tersenyum atas kelahiranmu,
         dan setelah ajalmu
     masih engkau tidak tahu
        siapa yang menangisi
     dan bersedih ke Atas mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                Anak adam..
Ketika engkau di perut ibumu
         Aku jadikan engkau,
di dalam tempat yang sempit
  lagi gelap, dan apabila mati
  dijadikan bagi engkau kubur
       yang sempit lagi gelap.

     Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam..
Lahirmu terus engkau dibalut
          dengan kain putih
         untuk menutupi mu,
        mati mu juga engkau
dikafankan dengan kain putih
         untuk menutupi mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam ..
        Apabila engkau lahir
        ditanyakan manusia   
                   mengenai
     syahadah dan perihalmu.

     Dan setelah engkau mati
  engkau ditanyakan malaikat
               tentang amal2
engkau yang sholeh dan apa
      bekalmu untuk akhirat?

Paksakan untuk sebut di hati
       Dua kalimah Syahadah.
  Asyhaduan Laailahaillallah
     Waasyhaduanna Muhammadar Rasulullah.

Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
                  Bismillah...
      Qul hu'wallah hu' Ahad.
           Allah hu'ssomad.
     Lam yalid wa lam yuulad.
   Wa lam yaqullahu kufuwan
                      Ahad

Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
آمين يا الله * آمين يا رحمن * آمين يا رحيم..
               أَمِيْن يَا  رَبَّ العَالَمِينْ.
                                      َ
ِ       ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤ஜ
ٍِSemoga kita dapat menyebar
       luaskan kata kata yang
              bermanfaat ini.
   Agar ia akan jadi ilmu Amal
        Jariaah Bagi jawapan
       Di hadapan Allah Nanti

#copypaste