Saturday, September 30, 2017

Akai ada

SEORANG PENGGANAS DI KOKDIANG YG DITANGKAP dan DIPENJARA PUN
MASIH SEMPAT BERBAKTI KEPADA ORANG TUANYA

Man Pengkaq ditangkap polis. Man Pengkaq disyaki pengganas, kemudian ditangkap
dan dimasukkan ke penjara.

Bbrp hari kemudian, man Pengkaq menerima surat dari Abahnya:

"Man, Abah tua dah. La musim tanam jagung, dan hang dok penjara pulak.

Lagu mana ni,  abah tak larat nak cangkui dan tanam  sendiri."

Man Pengkaq kemudian membalas surat tsb:

 "Abah, kebun jangan cangkui lagi dan tanam jagung. Pasai di kebun
tu man dh tanam senjata, peluru dan bom."_

Ternyata surat balasan man Pengkaq ditapis oleh pegawai penjara, dan
langsung dilaporkan ke unit tindakan Khas.

Besoknya, datang satu pelatun D4 ke kebun abah man Pengkaq.

Tanpa banyak cakap, langsung seluruh kebun tsb dicangkul hingga petang utk mencari senjata.

Malam harinya setelah unit tindakan khas pulang, abah man Pengkaq menulis surat:

 "man, tadi ada polis mai, dengaq ceghita depa cari senjata, peluru dan bom yang hang tanam di kebun... tapi tidak jumpa. Sekarang abah nak buat lagu mana?"

Setelah merima dan membaca surat kedua dari Abahnya, man Pengkaq kemudian
membalas surat kedua tsb:

 "Bah, skrg kebun dah dicangkui... tanam la biji jagungnya."_

Pegawai yg bertugas menapis surat tsb langsung berteriak histeria: _
"Celaka hang man pengkaq"_ ....

😬
Tammat.......😜😝

Tuesday, September 26, 2017

Krisis kewangan keluarga

Si suami mengalami krisis kewangan ekoran kelewatan gaji bulan ini.

Lalu isterinya tanggalkan rantai emasnya,  dia merenung suaminya yang disayangi dengan penuh kasih seraya berkata:  sayang, juallah rantai ini untuk buat belanja.

Lalu si suami pun menangis dan menangis dan menangis

Isteri:  sayang, janganlah menangis sebab sayang juga yang belikan untuk saya sempena hari annivesary kita. 🎁🎀

Suami:  yang ni lah yang buat saya menangis… rantai ini sebenarnya dari kedai RM2.😂😂😭

Isteri:😭😭😭

Monday, September 25, 2017

KITA DI AMBANG KEHANCURAN

Kami para guru disekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita 'blue' kat murid-murid. Apatah lagi kat murid sekolah rendah.

Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan.

Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri.

Ugutan ROGOL tuan puan. Bukan ugutan mencalar kereta atau sekadar melawan dengan kata-kata.

Lebih menyedihkan, ugutan ini keluar dari murid sekolah rendah. Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata?

Semalam saya berkongsi gambar pelajar lelaki yang mengacungkan jari tengah (simbol fuck) kepada guru mereka. Hari ini guru tersebut bercerita,

" Murid-murid ini tidur di atas meja kat belakang kelas. Maka aku tutup kipas nak bagi mereka sedar. Murid itu dengan berang berkata,

' Pantat mana yang tutup kipas ni.'"

Hati guru mana yang mampu bersabar kalau dipanggil 'pantat'? Satu gelaran lucah yang amat biadab terhadap seorang guru.

Sangat kurang ajar!

Maka guru itu bertindak balas. Dia ambil gulungan kain dan pukul murid itu. Gulungan kain tuan puan, bukan pukul pakai kayu baseball. Tiada luka, tiada lebam.

Namun murid itu mengadu guru itu memukulnya dengan besi. Sehingga guru itu dipanggil pentadbir dan dikenakan tindakan.

Alangkah peliknya dunia pendidikan zaman sekarang. Murid biadab, guru cuba mendidik. Namun guru pula yang kena tindakan.

Apa itu tidak pelik?

Dan begitulah selalunya. Apa jua tindakan guru, anak-anak pulang melapor kepada ibubapa dengan kisah yang diputar belit. Ibu bapa datang menyerang, datang membuat aduan malah ada yang memfailkan saman.

Maka akhirnya, guru juga yang bersalah. Guru juga yang dikenakan tindakan.

Dan sahabat saya itu, kini hatinya sudah tawar. Tawar sudah hendak menegur dan mendidik.

" Aku buat kerja aku saja. Malas dah nak ambil tahu dan didik lebih-lebih. Aku serik."

Bilamana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan anak-anak kita, maka tunggulah saat kehancuran. Percayalah!
. tolong sampaikan kepada seberapa ramai yang boleh untuk anak bangsa kita dimasa depan.'bukan untuk membela guru'.😔😔😭.....

*BEZA KOS DULU DAN SKRG*

*Abah:* "Dulu, masa zaman Abah, tok hang bagi seringgit ja untuk beli brg di kedai kat pekan tu. Abah boleh dapat keropok, ayaq tin, cinggam, cekelat, pensel tekan, Tora, buku Ujang dan mainan"

*Anak:* " toodiaaaaa Murahnya dulu kan Abah... sekarang boleh dapat lagi ke Abah?"

*Abahh:* "sekarang x dpt dah..kedai tu dah pasang CCTV!

Saturday, September 23, 2017

Kau rasa hidup kau susah? Baca ni


PONDOK JAGA SEPARUH DARI HIDUP KAMI
(Sekadar satu renungan)

Sy persembahkan satu lagi pengalaman sedih sy semasa menjadi pegawai pljran daerah utk tatapan krn lebih ramai org suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata.
Ambillah iktibar.
Bukalah hatimu.

Mlm itu sy bersama pemandu membuat semakan ke sekolah2 utk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah.
Bbrp sekolah disinggahi.
Akhirnya sy sampai di satu sekolah kebangsaan  dipinggir bandar.

Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah,
Sy turun.
Seorg llaki tua berunifom jaga,
Yg sy jangka 60 an menegur sy.

Sy cepat memperkenal diri dan minta memeriksa bbrp perkara.
Dia spt keberatan utk membenarkan sy masuk ke pondok pengawal,
Ttp bila di minta dia beralah.

Sy menolak pintu bilik pengawal utk masuk.
Pintu yg ditolak tertampan sesuatu,
Lalu sy menjengok ke dlm.
Ya Allah,
Seorg remaja perempun belasan tahun sdg tidur beralas tikar rumput di lantai,
Brbantal lipatan kain.
Tidurnya mengiring krn kakinya kena di bengkok disbbkan bilik yg sempit.

Begitu nyenyak dia hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu.
Kasut sekolah,
beg dan unifom sekolah menengah diletak ditepinya.

Sy tidak menerus hajat utk masuk dan mengajak org tua itu berbual di luar.

Dlm nada yg sedikit terketar,
Mgkn rasa bersalah,
dia berkata,
"Minta maaf encik,
Anak sy,
Mnumpang tidur di pondok ini"

Dia terhenti.
Tutur kata perlahan dan tertib dan spt menahan sebak.

"Tak ada siapa dirumah,
Mak dia dah meninggal,
Anak2 dh kawin dan pindah.
Sy tinggal dua beranak.

"Sy kena kerja utk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu sy tu.
Kerja lain dh tak larat,
Kerja jaga ni blhlah.
Sy bimbang nak tinggalkan dia seorg dirumah.
Minta maaf encik,
Minta maaf."

Air matanya mula tergenang di sinar lampu yg berbalam.
Bahunya sy gosok utk menenangkannya.
Sy pula yg serba salah dan sedih.

Dia terus merintih,
"Hidup waktu mlm kami di sinilah telah setahun lebih bila krn sy kerja syif mlm sbb rakan ada masalah nk kerja mlm.

"Rumah jaga ni separuh dari hidup kami dua beranak.
Esok pagi anak sy akan ke sekolah menengah dgn basikal,
Dia menumpang mandi di sekolah ini.

"Encik,
Tlg,
Jgn repot kat tokey sy dan guru besar,
Sy takut kena buang kerja.
Spt mana kami hidup."

Di sini dia dah teresak dan mengesat air mata dgn lengannya.
Sy menepuk bahunya,
Mnyuruhnya bersabar dan menjengok sekali lagi ke dlm pondok.

Tgn anak itu sy lihat menampar nyamuk di pipi.
Ya Allah,
Anak semuda ini telah diuji dgn kepayahan hidup.

Sesungguhnya llaki ini seorg yg tabah,
Hnya ini jln hidup yg ada baginya.
Sy dh tak sggup mendengar kata2 pak cik ini..

Bila sy menaiki kenderaan,
Pemandu nampak kehairanan krn bbrp sekolah yg dilalui sy bersungut itu ini,
Tapi kali ini diam dan mengesat air mata,
Ttp dia tidak berani bersuara.

Pengorbanan seorg bapa hingga penghujung usianya,
Slagi kudrat masih ada,
Keringat diperah demi menyambung hidup anak.

Bila isterinya dijemput Allah,
Apa pilihan lagi yg ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya.

Jika anda prnh bersungut teruknya bekerja,
Susahnya hidup,
Ukurlah dgn org tua ini.

Jika anak anda bersungut tilam nipis,
Lama,
Katil kecil,
Bilik panas tak ada aircond,
Ukurlah dgn anak dara org tua ini yg bermlm ditikar rumput di lantai simen rumah jaga yg kakinya pun tidak boleh berlunjur.

Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa,
Srpn tidak sedap,
Ukurlah dgn anak ini yg mandi di tandas sekolah,
Srpn di mana yg sempat.

Jika nk mrh anak murid lewat ke sekolah,
Mengantuk dalam kelas,
Pakaian lusuh tidak di seterika, penampilan yg comot,
Mulut jgn cepat mengungkap kata yg tidak elok,
Ambil tahulah kisah hidup yg dilalui mrk.

Jika jd ketua,
Ambil tahu sedikit kisah hidup org bawah,
Jgn tahu mengarah shj.

Pejamkan mata,
Hayati keperitan hidup pak cik ini dan menangislah krn byk menangis melembutkan hati.

Thursday, September 21, 2017

6 PUNCA ISTERI KELUAR PINTU BELAKANG

Isteri ini anugerah dan amanah utk org lelaki. Jagalah baik². Kebanyakkan suami hari ini tidak beri tumpuan pada isteri. Akibatnya kebelakangan ini banyak kes isteri keluar ikut pintu belakang berlaku. Menurut kajian Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, beberapa faktor telah dikenalpasti sbg punca berlakunya kejadian isteri keluar pintu belakang.

Antaranya ialah:

1➡mengambil daun pandan,serai dan kunyit yg ditanam di belakang rumah
2➡menjemur kain baju di ampaian
3➡membakar ikan terubuk
4➡memberi mkn ayam itik.
5➡bersembang dgn jiran blkg rmh
6➡bagi makan kucing
7➡pintu hadapan rosak

Sekian terima kasih 🤣🤣

Anda yg mana satu dalam group WhatsApp ini ?

*1)WARTAWAN SAMBILAN*
Tiap kali ada pengumuman tak kira pasal bola, cuaca, ceramah, moyang raja mati, artis bercerai dan apa saja, dialah orang pertama yang akan menyampaikan segala mak nenek jenis informasi.  Betul atau tidak, dia peduli apa...

*2) BOS KEDAI RUNCIT*:
Tak habis-habis bagi arahan, komen dan tugasan walaupun hari cuti.

*3) KAUNSELOR*:
Yang ini sentiasa bagi kata kata pujangga, nasihat, perangsang dan semangat untuk ahli group.  Kata katanya indah penuh motivasi, walaupun semuanya takat copy paste saja

*4) KUTU MALAM*:
Cuma aktif sebelah malam terutama bila tiba hari Khamis dok kecoh pasal malam Jumaat. Bila siang, dia tak bunyi langsung

*5) HANTU KUBUR*:
Jenis ini hanya berbunyi bila namanya diseru atau terpaksa jawab soalan. Kalau tak, memang dia menyepi tak reti nak munculkan diri

*6) KACANG NGAN YIN*:
Yang ni kalau muncul cuma pandai guna simbol 👍👍👍 ja

*7) BISU*:
Wujud sebagai ahli group tapi tak pernah berbunyi pun

*8) PELAWAT KAUNTER PERTANYAAN*:
Masuk group untuk tanya soalan je, lepas tu hilang.  Masuk balik jika ada soalan lagi, lepas tu hilang semula

*9) KEYBOARD GABAN*
Hanya pandai cakap dalam group tapi kat luar menikus, macam hang cangkul daa...

*10) KAKI SENTAP*:
Yang ni pulak sikit-sikit terasa, lepas tu terus left group. Tak lama lepas tu, sibuk minta admin tolong masukkan dia dalam group semula

*11) KAKI SEMBANG TAK CUKUP*:
Bila dok sembang dalam WhatsApp, ceritanya selalu tergantung tak bagi habis, lepas tu dia diam

*12) BULUH MIANG*:
Bila ada je ahli perempuan baru masuk group, mula lah dia munculkan diri. Tak pun tiba tiba ada topik fasal gadis cantik, pun dia akan muncul

*13) KAKI SKODENG*:
Tak habis habis dok keluar simbol 👀 👀 👀 👀

*14) KAKI BAHAN*:
Suka edit gambar orang, lepas tu pos masuk group sebagai bahan untuk membahan orang lain

*15) KAKI LUDAH*:
Tak habis habis suka puiii puiii 💦💦💦💦

*16) KAKI LOKASI*:
Asyik beri lokasi di mana dia ada. Masuk tandas pun kalau boleh nak bagi lokasi juga

*17) KERANI*:
Nampak status typing je... tapi tak keluar keluar pun apa yang ditaipnya

*18) WARTAWAN JALAN JALAN CARI MAKAN*:
Asal masuk je pos gambar makanan

*19) LIDAH PANJANG*: Yang ni kalau masuk takat hantar simbol 😜😜😜😜 je...

*20) KING KOPI PASTA*:
Yang ni kerjanya asyik copy paste. Apa kan orang lain hantar. dia copy dan pos masuk group

*21) USTAZ USTAZAH* : Jenis ni pulak asyik pos hadis-hadis, ayat-ayat suci, ceramah agama.  Pokoknya post dia semua yang kalah alim ulama

*22) KING/QUEEN SELFIE*: Ni pulak suka ambil gambar sendiri, lepas tu pos masuk group sampai naik menyampah orang dok tengok muka dia je...