Thursday, August 31, 2017

Doa sahabat ketika d arafah

Assalamualaikum warahmatullah.....sekarang pukul 2.24 petang waktu.kemuncak panas dengan suhu 50°C di padang arafah saujana mata memandang.....

Di kesempatan ini ya Allah....aku mengambil peluang memanjat doa dan menajatku di bumi arafah yang penuh mulia ini agar dapat kiranya dikau Ya Allah Tuhan yang maha Agung lagi maha Esa,  maha pengasih lagi maha mengasihani...Dikau ampunkan dosa-dosaku dan sahabat sahabatku yang berada dalam kumpulan X-SKJ3 79-84 dosa dosa kedua ibu bapa kami Ya Allah. Limpahi rahmatmu yg luas kepada kami dan kedua ibu kami samada yang masih hidup dan yang telah mati. Berkatilah hidup kami. Tetapkanlah hati kami di dalam agamu dan sentiasa pertahankan agamamu iaitu islam addeen....murahkanlah rezeki kami. Satukanlah hati kami jauhi dari permusuhan dan eratkan silaturrahim ini Bahagiakanlah kami bersama pasangan kami di dunia ini hingga ke jannah firdausmu Ya Allah. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yg soleh dan solehah serta cemerlang dalam pelajaran mereka. Tetapkanlah iman kami dan taqwa kepadamu ya Allah....jadikanlah kami antara hambamu yang menjaga solat lima waktu sehari semalam. Lepaskan kami dari siksa kubur dan azab api nerakamu Ya Allah..YA ALLAH YA RAHIM YA RAHMAN AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI YANG TERDAHULU DAN AKAN DATANG...JADIKAN KAMI SEMUA HAMBA HAMBAMU YANG SOLEH DAN SOLEHAH........
AAAMINNNNNNNNNN YA RABBAL ALAMIN....

Monday, August 28, 2017

Jom berDoa

, السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Selasa
7 Zulhijjah                                         
29 Ogos 2017.                                    

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu  Ya Allah.

Ya Allah kami bersyukur Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah. Ya Allah kami berdoa moga kehidupan kami sentiasa mendapat redha Mu Ya Allah.

Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.

Ya Allah kami memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.

Ya Allah bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami dan orang-orang yang kami hormati serta orang-orang yang kami cinta yang se-aqidah dan seiman dengan kami.

Ya Allah berilah kami kesihatan, tawadhu' dalam Iman, keluarga yang bahagia, rezeki yang barokah, serta terimalah amal ibadah kami.

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki kami dengan rezeki yang halal.

Ya Allah sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami,  dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.                                                     

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

Bersyukurlah

😎

*SYUKUR MEMBAWA BAHAGIA*

Kita sering merasa tidak puas dengan apa yang dimiliki. Ini membuatkan kita sering menyalahkan takdir yang tidak memihak kepada kita dalam hal-hal yang kita dambakan. Cukup jarang kita merasa puas dengan apa yang kita ada tetapi asyik mengharap apa yang tiada.

Soal lah diri agar kita menjadi insan yang merasa cukup dengan apa yang ada.

*RENUNGKAN..*

*Sebelum berfikir untuk mengatakan sesuatu yang tidak baik,

Fikirkan akan mereka yang dikurniakan bisu lagi pekak.

*Sebelum mengatakan makanan yang ada tidak sedap,

Fikirkan akan mereka yang tiada langsung makanan untuk dijamah.

*Sebelum merungut tentang diri pasangan, suami atau isteri,

Fikirkan akan mereka yang menangis memohon agar dipertemukan jodoh mereka.

*Sebelum merungut tentang kesusahan dan keperitan hidup hari ini,

Fikirkan akan mereka yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita.

*Sebelum merungut betapa sukarnya membesarkan anak-anak,

Fikirkan akan mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

*Sebelum bertengkar dengan isteri/suami, betapa bersepahnya rumah,

Fikirkan akan mereka yang tinggal di jalanan tanpa rumah tempat berlindung

*Sebelum merungut betapa penatnya anda memandu ke tempat kerja setiap hari,

Fikirkan akan mereka yang hanya berjalan kaki dengan jarak yang sama ke tempat kerja.

*Sebelum merungut dengan kerja yang banyak, gaji yang rendah dan boss yang teruk,

Fikirkan akan mereka yang masih lagi mencari kerja, tidak berkemampuan dan berharap agar mendapat pekerjaan seperti anda.

*Sebelum mula menyalahkan dan merendahkan orang lain,

Fikirkan bahawa tiada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesilapan dan kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan.

*Dan apabila pemikiran negatif mula mempengaruhi minda dan melemahkan diri, Mekarkanlah sekuntum senyum dan panjatkan kesyukuran penuh keinsafan bahawa kita masih lagi bernafas dan jalani kehidupan di dunia ini!

Renung dan fikirkan di mana kita, agar ‘positive self-talk’ sentiasa kekal di minda. Sentiasa positif meletakkan kita dalam ruang bahagia. Kunci kepada kejayaan.

Kebahagiaan hidup pastinya akan membahagiakan juga kerja dan pekerjaan kita. Seterusnya membahagiakan mereka yang disekeliling kita terutama boss!

SELAMAT MEMBACA .

©♎

Thursday, August 24, 2017

Maha suci Allah yang memberi rezeki

Seorg lelaki  pulang ke rumah dgn membawa sebiji tembikai.

Dia membeli buah itu dari sebuah pasar.
Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar".
Lalu isterinya terus2an merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu,
suami berkata: "Sy membeli tembikai itu dari pasar"

Isteri: "Sy tau"

Suami: "Pada pendpt awk,
Semasa sy membeli tembikai tadi,
Sy nk yg manis atau yg tawar?"

Isteri: " Tentulah yg manis"

Suami:" Ketika penjual sdg menjual tadi,
Agaknya mrk nk menjual yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Tentulah mrk ingin menjual yg manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (org tengah) ingin menjual kpd penjual di pasar,
Mrk agaknya ingin menjual yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Mesti yg manis"

Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya,
Adakah dia mahu tembikai yg tumbuh nanti manis atau tawar?"

Isteri: " Tentu yg manis,
pastinya."

Suami:" Ketika awk membelah buah ini tadi,
awk inginkan yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Mesti sy ingin yg manis.
Knp dgn semua soalan ini?" soal isteri.

Org soleh itu tersenyum pada isterinya.
Lalu dia berkata:

"Ketika semua org inginkan buah yg manis, sebaliknya pula yg berlaku.
Buah tembikai itu tawar rasanya!"

Isteri org soleh itu terdiam.

Mrhkan siapa?

'Jadi ketika awk marah ttg rasa tembikai yg tawar,
Awk sbnrnya mrhkan siapa?
Bknkah semua org inginkan buah yg manis.
Ttp kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,
Jadi awak marahkan siapa?
Marahkan sy yg membeli,
atau penjual yg menjual atau awak yg membelah atau pekebun yg menanam?
Atau Allah yg menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Jgnlah kita mengecam,
mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan shj.

Pengajarannya: Kita perlu fhm bahawa rezeki kita dpt yg manis atau tawar,
sedap atau tidak,
Semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya,
ramai org akan terasa hati.
Mgkn emak atau isteri yg memasak terasa hati.
atau mgkn ayah yg membeli terasa hati.
Dan lebih2 lagi tanpa kita sedar,
kita seolah2 "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kpd kita.

Jika kita tidak bersyukur dgn yg sedikit,
mana mgkn kita akan bersyukur dgn yg byk.

"KISAH PEDOMAN "HANYA SEBIJI TEMBIKAI,
KITA MERUNGUT KPD ALLAH TA'ALA""

Tolong share untuk renungan bersama

Saturday, August 19, 2017

SUAMI ISTERI WAJIB BACA.

SUAMI ISTERI WAJIB BACA.
▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩

Kisah ini agak panjang tetapi berbaloi bagi sesiapa yang meluangkan masa membacanya....

MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN UBAH DIRI
.

Satu hari saya bersembang bersama dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, "Ayah nak tahu tak, masa kecil-kecil dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila ayah dengan ibu sering bergaduh dan hampir-hampir nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Kata anak perempuan saya..
.
Saya hanya tersenyum saja.. teringat kisah lama.
.

Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya peristiwa ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.
.

Dahulu ayah berkahwin dengan ibu engkau atas dasar suka sama suka, tetapi ayah sendiri tak berapa pasti apa yang ayah suka pada ibu engkau, tapi apa yang ayah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kadang-kadang nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, ibu engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, ayah sendiri naik angin, kadang-kadang sampai baling barang kesana kemari. Ayah tahu, anak-anak semua jadi takut pada ayah, tapi ayah rasa ibu engkau selalu buat perkara yang ayah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang-kadang asing-asing. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, ayah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.
.

Satu hari ayah kerja outstation, cuba telefon ibu engkau nak bertanya khabar, ayah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran. Ibu engkau terus hempas telefon. Waktu itu ayah benar-benar frust, give up, rasa keseorangan, marah, ayah jerit sorang-sorang dalam kereta dan waktu itu ayah rasa ia betul-betul dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.
.

Malam tu ayah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat ibu engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call ibu engkau semula seperti mana yang ayah buat selalu, sebab ayah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah. Kali ini ayah nekad, apa nak jadi, jadilah. Ayah dah tak sanggup hidup bersama ibu engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum ayah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.
.

Dalam keadaan yang tak keruan itu, ayah tak sedar bila masa ayah bangun dan ayah ambil sejadah dan ayah solat ditengah-tengah malam. Ini jalan terakhir, ayah berdoa dan mengadu pada ALLAH. Itulah malam yang ayah tak boleh lupa hingga hari ini. Ayah mengadu yang kahwin dengan ibu engkau adalah satu kesilapan dan ayah dah tak mahu terusnya lagi. Memang ayah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak-anak, tetapi meneruskan hidup dengan ibu engkau juga satu penderitaan. Tetapi semakin lama ayah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba ayah mula konfius, ayah rasa ayah orang baik, ayah selalu betul dan ibu engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan ayah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya ayah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap ayah?
.

Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi ayah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan ibu engkau, tiba-tiba ayah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran ayah. Seperti ayah mendapat kekuatan bercakap dengan diri ayah sendiri. "Ayah tak boleh nak ubah ibu engkau, ayah hanya boleh ubah diri ayah sendiri. Ayah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah."
.

Esoknya, ayah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation ayah sudah habis. Sesampai dirumah, anak-anak riang gembira sambut ayah balik, tapi ibu engkau bergegas pergi ke dapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan ayah, langsung tak bercakap dengan ayah pada hari itu.
.

Malam tu, ayah tidur, tapi ibu engkau bagi belakang aje kat ayah. Bila ayah dah rasa ibu engkau benar-benar tidur, ayah selimutkan dia, dan ayah perasan tiba-tiba dia terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini ayah tersenyum saje, tak seperti selalu.
.

Esok pagi, ayah datang dekat-dekat ibu engkau, ayah bagi salam, dan ayah tanya dia "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
.

Ibu engkau lihat ayah dengan marah dan merajuk, "Cakap apa ni?"

Ayah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
.

"Awak memang tak boleh, dah bertahun awak. Pasal apa awak tanya ni?"
.

"Saya benar-benar ingin berubah kali ini, saya benar-benar ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia."
.

Ibu engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul-betul nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu"
.

Mesti waktu tu ibu engkau jangka ayah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi ayah hanya senyum dan mengangguk, tup tup ayah pergi ke dapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah ayah bersiap-siap untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau ibu engkau merajuk, jangan harap apa-apa sarapan pagi akan ada. Tapi kali ini ayah tak kisah. Bila dah siap, ayah cium kepala ibu engkau dan ayah terus pergi kerja.
.

Esok pagi ayah buat perkara yang sama, pagi-pagi ayah bangun, ayah bagi salam kat ibu engkau dan ayah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
.

Mata ibu engkau masih pandang kelain, "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak-anak"
.

Ayah tarik nafas dalam-dalam, ibu engkau tahu, ayah kalut nak pergi kerja, dan ayah rasa dia sengaja nak tengok ayah nak mengamuk lagi, tapi kali ini ayah hanya senyum, ayah mengangguk, dan ayah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goreng dan air kopi panas. Semuanya ayah letak bawah tudung saji. Lepas tu, ayah sendiri tak makan, dan ayah bersiap utk pergi kerja sebab dah lewat. Sebelum pergi ayah cium kepala ibu engkau dan baru ayah pergi kerja.
.

Esoknya, pagi-pagi lagi ayah dah bangun, ayah gerak ibu engkau, bagi salam dan ayah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
.

"Tak ada apa awak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?"
.

"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak"
.

Ibu engkau diam, mata dia pandang ke tempat lain, tapi ayah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila ayah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, ayah perasan ibu engkau lap mata dia.
.

Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa ayah tanya soalan yang sama pada ibu engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku. Seperti biasa pagi tu ayah tanya soalan yang sama pada ibu engkau, tiba-tiba ibu engkau menangis dan peluk kaki ayah, "Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya sayalah yang bermasalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya".
.

Perlahan-lahan ayah angkat dagu ibu engkau dan ayah cakap,
"Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak-anak saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayangkan awak"
.

Ayah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Patutnya saya yang tanya soalan itu"
"Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
.

Ibu engkau renung ayah dan dia kata " Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak-budak kat rumah atok dia"
"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?"
.

Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Ibu engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada ayah. "Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?"
.

Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan ibu dengan ayah lebih bahagia. Kadang-kadang masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing-masing, tidak seperti dulu lagi.
.

Ayah dan ibu kahwin dah lebih 20 tahun, ayah bukan saja sayang ibu engkau, ayah suka dia, ayah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat ayah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya ayah dah tak kisah. Ayah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.
.

Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Saya sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.
.

Marilah kita sama-sama mendalami ilmu kekeluargaan demi kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga kita semua.

-
Menerima tulisan ini daripada seorang sahabat melalui aplikasi Whatsapp tanpa diketahui siapa penulisnya. Didoakan yang menulis dan memanjangkannya diberikan pahala yang melimpah ruah. Nasihat yang bermanafaat ❤

Monday, August 14, 2017

Jgn tunggu bila dah mati

Jahat @ Baik kita....
Solat jgn pernah tinggal...
Solat Bukan sebab kita baik...
Solat sebab perintah Allah...
Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...
Ada orang x dpt Nikmat pun dlm solat...tenung sejenak,apa kah solat kita sekadar perlakuan solat?
Yg tidak Ada Allah lgsg dlm solat....
Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat,kebahagiaan,kberkatan hidup & rezeki...
Berapa Ramai yg tkejar2 Mencari duit,harta kekayaan Tanpa solat...?
Rezeki sentiasa di rasa x pernah cukup.....
Kerana  kita merasa duit adalah segala2nya...jadilah kita hamba kepada duit....
Nabi tidak Kagum dgn kekayaan...nabi tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia...klu tidak,gunung2 ,Bukit yg hendak di tukarkan kpd emas permata,di tolak baginda...
Syukur Tanpa hilang Allah....itu lah perjuangan hidup....
Yakinlah dgn solat ....solat Akan merubah seluruh Kehidupan kita...

Orang bekerja seronok klu dapat bonus...
Itu masa hidup....
Klu dah mati...
Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..
Dapat anak yg pandai al Quran itu bonus...
Sedekah masa hidup itu bonus...
Ilmu yg di kongsi itu bonus...

Sehebat apapun kita...kita tetap Akan mati....
Sehina manapun kita...kita tetap Akan mati...
Takut mcm manapun dengan mati...tetap Akan mati...
Berani mcm manapun ...tetap Akan mati ....
Sayang Macam manapun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...
Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....
Mati itu pasti...
Sakaratul maut itu pasti...
Alam barzakh itu pasti...
Ingat mati ...
Leburlah sifat2 langit yg tak layak pada diri....
Renungkan Saat sendirian setelah mati...
Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapapun....
Kita tak bawa segunung harta setelah mati
Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada
Kita hanya mengharap Rahmat Allah tuhan sekelian alam....

Semoga Bermanfaat .. 😊😊

Sunday, August 13, 2017

KITA ISTERI YANG SERING ALPA

Dari:
Fauziah Hashim:
Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah...Aamiin.

Share kan dengan sahabat2 wanita yang lain yea...Jika dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, pahala berpanjangan buat kita semua inshaa Allah..

Moga kita semua tergolong dalam golongan para isteri yg Allah Redho,suami redho kita sebagai isterinya... Aamiin Ya RabbalA'lamin.

@sindiransigadis