Thursday, March 30, 2017

GURINDAM DUA BELAS

FASAL TUJUH

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah tanda hampirkan duka.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah-lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.

~

Monday, March 27, 2017

demi masa

Ingatan...

⏰  *WAKTU KITA*

*🕯Waktu sedang "Berjaya*", kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

*🕯Waktu sedang "Berkuasa*",  kita percaya diri melakukan apa saja.

*🕯Waktu sedang "Tak Berdaya*", barulah kita sedar siapa saja sahabat sejati yang ada.

*🕯Waktu sedang "Jatuh*", kita baru sedar selama ini siapa saja teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

*🕯Waktu sedang "Sakit*", kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

*🕯Manakala "Miskin*", kita baru tahu jadi orang harus banyak memberi/menderma dan saling membantu.

*🕯Masuk "Usia Tua*", kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.

*🕯Saat "di Ambang Ajal*",  kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

*🕯Hidup tidaklah lama*.
Sudah saatnya kita bersama sama membuat
*HIDUP LEBIH BERHARGA* :
Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung, dan
Saling mencintai

*🕯Jadilah teman setia tanpa syarat*
Tunjukkanlah bahawa kita masih mempunyai Hati Nurani yang tulus.
Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.

*🕯Allah tidak pernah menjanjikan*
bahawa: langit itu selalu biru,  bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

*🕯Tapi ketahuilah bahawa Allah* :
Selalu memberi pelangi dalam setiap badai.
Memberi senyum dalam setiap air mata.
Memberi kasih sayang dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan dalam setiap doa.

*🕯Jangan pernah menyerah*,
Terus berjuanglah, Life is so beautiful and colourful.

*🕯Hidup*
Bukanlah suatu tujuan,  melainkan sebuah perjalanan.

*🕯Saudaraku*
Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita,  namun berapa banyak orang yang bahagia kerana kita.

*✂Jangan pernah menjadi  "gunting"*.
Kerana gunting dapat memotong sesuatu menjadi terpisah, namun jadilah *"benang"*, meskipun lembut tetapi dapat menyatukan apa yang sudah terpisah...salam ukwah

Saturday, March 25, 2017

sugar free

ada satu org tu...masuk kedai..

guard perati je dia....

nampak mamat amik air jus sebotol, gula sepeket..

sampai kat kaunter, mamat bayar jus je, gula dlm jaket dia dia wat diam..

di pintu keluar, guard tahan.. tuduh dia mencuri..

mamat nafikan.. mamat tunjuk resit bayaran

guard kata.." jgn nak nipu...ni resit air je, tu gula dlm jaket tu?"

mamat tu sound balik, "ko jgn nak kerek sangat, gula ni mmg aku tak bayar sebab ianya free"

guard kata " manade free! bayar lah!"

mamat bengang..dia sound lagi... " tu lah kau, padanlah jd guard, kecik kecik malas belajar, nih..ko baca ni kat label botol jus ni..."

guard pun tgk label kat botol. ..ada tertulis *"Sugar Free"*

😂😂😂😂😂😂😂

Friday, March 24, 2017

lelaki vs pompuan

Terbukti WANITA itu fikirannya berubah-ubah:

1. Usia 20, mereka ingin lelaki tampan
2. Usia 25, mereka ingin lelaki matang
3. Usia 30, mereka ingin lelaki berjaya
4. Usia 40, mereka ingin lelaki gagah
5. Usia 50, mereka ingin lelaki setia

LELAKI fikirannya sangat sederhana & tak berubah:

1. Usia 20, mereka ingin gadis muda yg cantik
2. Usia 25, mereka ingin gadis muda yg cantik
3. Usia 30, mereka ingin gadis muda yg cantik
4. Usia 40, mereka ingin gadis muda yg cantik
5. Dan usia 50, mereka tetap masih ingin gadis muda yg cantik

Kesimpulannya LELAKI itu istiqomah dan tetap pada pendiriannya.

kenapa pilih yg susah

Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza..kenapa bayar lebih?? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago..Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik...Hotel?? Trivago..

Bagaimana pula dengan ini ?

Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha. Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta-juta jenis dosa.Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur?  Taubat nasuha.

#muhasabahdiri😭

#CopyGroupWassup

Wednesday, March 22, 2017

Pelajaran daripada segelas kopi.

Ustaz : Tolong buatkan dua gelas kopi untuk kita berdua, tapi jangan tuang gulanya dulu, bawa saja ke mari.

Murid : Baik ustaz.

Tidak berapa lama, murid tersebut membawa dua gelas kopi yang masih hangat dan gula di dalam bekasnya  bersama sudu.

Ustaz : Cuba kamu rasa kopi kamu, bagaimana rasanya?

Murid : Rasanya sangat pahit sekali ustaz!

Ustaz : Letakkan sesudu gula, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Rasa pahitnya sudah mula berkurang ustaz.

Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Rasa pahitnya sudah berkurang banyak ustaz.

Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Rasa manis mula terasa tapi rasa pahit juga masih sedikit terasa ustaz.

Ustaz : Tambahan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Rasa pahit kopi sudah tidak terasa, yang ada rasa manis ustaz.

Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Sangat manis sekali ustaz.

Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Terlalu manis. Malah tidak sedap lagi.

Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Rasa kopinya jadi tidak sedap, lebih sedap bila ada rasa pahit kopi dan manis gulanya sama-sama terasa.

Ustaz : Ketahuilah muridku, pelajaran yang dapat kita ambil dari contoh ini adalah jika rasa pahit kopi ibarat kemiskinan hidup kita, dan rasa manis gula ibarat kekayaan harta, lalu menurutmu kenikmatan hidup itu sebaiknya seperti apa nak?

Murid tersebut termenung sejenak, lalu menjawab.

Murid : Ustaz, sekarang saya mula mengerti, kenikmatan hidup dapat kita rasakan, jika kita dapat merasakan hidup seperlunya, tidak melampaui batas. Terimakasih  atas pelajaran ini ustaz.

Ustaz : Baik, kopi yang sudah kamu beri gula tadi, campurkan dengan kopi yang belum kamu beri gula, aduklah, lalu tuangkan dalam kedua gelas ini, lalu kita nikmatinya bersama.

Murid tersebut lalu mengerjakan arahan ustaznya.

Ustaz : Bagaimana rasanya?

Murid : Rasanya nikmat sekali.

Ustaz : Begitulah juga jika engkau memiliki kelebihan harta, akan terasa nikmat bila engkau berkongsi dengan yang memerlukan.

Murid : Terima kasih atas nasihat dan petuanya ustaz!

#JabatanZonKuliah

belajar dari ayam

5 Perkara Yang Boleh Dipelajari Dari Ayam Jantan:

1. Suara yang lunak.
2. Bangun awal pagi.
3. Sifat pemurah.
4. Cemburu.
5. Kahwin ramai.