Tuesday, January 31, 2017

Cara nak turunkan minyak

Saudara2ku....
Jgn risau pasal ⛽minyak naik ni. bersabarlah ..  😄sekejap aje tu. bila kereta tu dah jalan  🚗💨💨💨 nanti minyak tu akan turun ⤵sedikit demi sedikit la
😅😅😅
Semakin jauh perjalanan minyak akan turun sedikit demi sedikit(rujuk meter)
Jangan risau jangan gabra....tenang
😅 out

Ayam oh ayam

Kalau nak tahu, binatang yg paling miskin ada lah ayam. Kasihan, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Hati sedih sampai tulis pun CAKAR-CAKAR AYAM. Tidur pun tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut. BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Punca nya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR. Kalau lelaki bawa perempuan dikata BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM.

Telur AYAM goreng dikatakan MATA LEMBU. Lembu dapat nama. Malang sungguh nasib mu sebagai seekor AYAM.

Nasib kau lah wahai ayam.😅😅😅

Tahun ayam..  Hehehe. Sbgai hiburan..

Friday, January 27, 2017

Cara nak halau jin

*Cerita ceriti*

kerana xtahan dgn sikap isteri nya yg kuat membebel dan suka marah2... Pak Ajis telah menolak isterinya ke dlm perigi buta.....baru aman hidup aku...kata Pak Ajis ..Tapi bila waktu mlm ,Pak Ajis rasa sunyi,maka dia pun pergi lah ke perigi buta dan mencampakkan seutas tali sambil berkata...naik lah isteriku aku amat merinduimu..

tetapi yg naik bukan lah isteri nya..terapi org tua berambut kusut ...maka Pak Ajis pun bertanya...''siapa kau..? mana isteriku..? maka org tua itu pun menjawab..." aku lah jin ...isteri mu ada di bwh...

Pak Ajis pun bertanya lagi...mengapa kau yg naik...mengapa bukan isteri ku...
maka jin itu pun menjawap."aku xtahan leteran isterimu kerana itu aku naik.....

#kalau isteri kuat berleter...biarkan..
nanti ...jin atau hantu takut nak duduk kat rumah kita.....hehehehe

Thursday, January 26, 2017

Dah mati

*HATI-HATI SEMOGA TIDAK TERJADI PADA KELUARGA KITA...!!!*

Pagi td kejadian yg dialami oleh saudara kita. Sebelum bangun tidur dia tidak punya firasat buruk sedikitpun & setelah bangun tidur dia menjalankan aktivitinya seperti biasanya :

Bangun pagi, mandi, sarapan nasi lemak kerang nya lalu bergegas siap untuk berangkat dengan motornya,..

Namun tiba-tiba selepas ia naik dan hendak menghidupkan motornya, semuanya menjadi ' Gelap gulita.., dia tidak dpt melihat apa2pun. Benar-benar gelap.. Dia hanya boleh mendengar...

Nafas terasa singkat, seperti kekurangan Oksigen & peluhnya mulai bercucuran......

Apakah Ajal sudah mendekat..???

Apakah sudah siap pergi dengan tiba2..???

Dia sempat berfikir & berdo'a sebolehnya didalam hati...

Ya Allah;  Cobaan apa ini..!!!

Dosa apa yang telah di perbuat,

"Apakah ini sudah memasuki alam kematian..???

Sempat dia berfikir....
Apakah tekanan darah & kadar kolesterolnya tiba2 naik gara2 sarapan nasi lemak kerang...!!!

Apakah Kandungan sarapan paginya yang salah..!!!

Setelah lama merenung diri, tapi tidak menemukan jawapan atas Takdir ini......

Ia pun pasrah & hanya mampu berdoa...

Namun akhirnya Allah berkehendak lain & menyedarkan dia.......

Ternyata helmet yang dia pakai terbalik..😂😂

Boye darat

Cikgu: sape pandai buat bunyi buaya?
Murid:saya cikgu
Cikgu: Cuba buat bunyi
Murid: peewwit....
Cikgu: buaya APA tu?
Murid: buaya darat cikgu
Cikgu : oh..ye ke..    😂😂😜😜

Wednesday, January 25, 2017

[Karamah & Istidraj]

1) Karamah
Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba dikehendakiNya selain dari pada nabi.
* kerana Nabi s.a.w mendapat mukjizat.
* contoh karamah yang masyhur ialah para wali dapat ditemui ditempat yang berbeza pada waktu yang sama, berjalan atas air, dapat merawat dengan sentuhan dan lain-lain.
* namun ingatan yang kuat seperti Imam Bukhari juga termasuk dalam karamah. Mazhab yang kekal wujud sehingga sekarang juga karamah seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hanbali. Kitab yang dibacakan sehingga kini walaupun penulis telah lama meninggal dunia juga karamah seperti Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar.
* seseorang hamba yang bersabar kemudian diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka juga karamah.

2) Istidraj
Suatu keunggulan yang diberikan oleh Allah pada ahli maksiat termasuk orang kafir.
* Kelebihan semacam itu sengaja diberikan oleh Allah kepada mereka agar mereka bertambah jauh dari Allah dan tambah bermaksiat kepadaNya
* Sampai pada waktu yang ditentukan, selalu akan diakhiri dengan akibat buruk bagi orang itu.
* Contoh istidraj ialah orang kafir yang berniaga kemudian kaya raya melebihi orang Islam.
* Orang yang tidak mematuhi perintah Allah dan Rasul tetapi setiap yang dihajati ia perolehi juga istidraj.
* Orang yang kaya raya yang tidak solat, namun sering mendapat hasil lumayan juga istidraj.
* Mereka ini tertipu dengan kelebihan yang Allah beri sementara yang mana penghujungnya adalah musibah yang seksa.

Tuesday, January 24, 2017

Dulu muda, sekarang tua

*_Untuk santapan jiwa._*

DULU *MUDA,* SEKARANG DAH *TUA.* 😁

1. Menantu tok penghulu
jual manisan lebah
masa terus *berlalu*
kita banyak *berubah.*

2. Mak beli bedak
beli hari Selasa
dulu kita *budak*
kini sudah *dewasa.*

3. Bapa Siti Hajar
pergi tabur baja
dulu kita *belajar*
kini sudah *kerja.*

4. Suami Kak Rohana
kerja menjual arang
dulu *anak teruna*
sekarang *suami orang.*

5. Sepuluh ekor kera
hitam macam arang
dahulu *anak dara*
sekarang *isteri orang.*

6. Makan pulut tanak
makan dengan Gayah
dahulu *jadi anak*
sekarang *jadi ayah.*

7. Kakak perut senak
senak rumah Mak Cu
dahulu *dukung anak*
sekarang *dukung cucu.*

8. Pergi memburu kijang
terpijak anak katak
dahulu *rambut panjang*
sekarang *kepala botak.* 👊

9. Isteri orang Maran
suami orang Iban
dahulu *rambut karan*
kini *rambut beruban.* 👊🏻

10. Tanam pokok pisang
bawah pokok keranji
dahulu *abang sayang*
sekarang *abang haji.*😀

11. Pandu kereta Kancil
pandu dengan kasar
dahulu *pangkat kecil*
sekarang *pangkat besar.*

12. Isteri Datuk Minhat
suka ungkit-ungkit
dahulu badan *sihat*
sekarang *sakit-sakit.*😬

13. Dari Sungai Batu
pergi Dusun Tua
dulu jadi *menantu*
sekarang jadi *mertua.*

14. Seluruh badan basah
terjun kolam renang
dahulu sangat *susah*
sekarang sudah *senang.*

15. Rehat dalam bangsal
rehat dengan Busu
dahulu *gigi asal*
sekarang *gigi palsu.* 😷

16. Makan gulai kerang
Kenyang sampai sebu
Dulu *mata terang*
Sekarang dah *kelabu.* 👀

Selamat meniti usia tua..😁😁