Monday, April 19, 2021

kita akan menyesal

Benda paling menyesal dalam hidup ni,

Bilamana ada orang susah datang minta sedekah kat kita,kita bagi RM 10 dan kita rasa banyak sangat dah tu. Sedangkan dalam poket kita ada beratus- ratus lagi.

Benda paling menyesal,kita selalu tinggalkan solat sebab takut terlepas kerjaan di dunia,sedangkan kita ada 24 jam sehari,dan kita hanya solat 5 to 10min setiap waktu.

Benda paling menyesal bila kita habiskan ribu ribuan untuk diri kita, tapi kita tak mampu nak bantu fakir miskin ribu riban.

Benda paling menyesal bila kita susah nak minta maaf dan maafkan orang, dan akhirnya orang itu jauh meninggalkan kita,terputus ukhwah.

Benda paling menyesal bila kita rasa kita dah cukup bagus, dah cukup hebat sedangkan semua itu datang dari Allah.

Benda paling menyesal bila kita berhenti memperbaiki diri,tapi kita sibuk melihat keburukan orang lain.

Peringatan ini tentunya untuk empunya diri sendiri, agar jangan menyesal tak sudah di kemudian hari.

Selagi kita bernafas, kita masih  ada ruang untuk,
memohan keampunan dari Allah,
memperbaiki diri ke arah yang lebih baik,
terus memberi manfaat kepada manusia lain.

Syurga destinasi terakhir kita insyaAllah 

Sayang sokmo,

As Yusoff

Tuesday, April 6, 2021

bahaya air kelapa

BAHAYA AIR KELAPA

Banyak dari kita percaya bahwa air kelapa memiliki banyak khasiat terutama pada orang yg sedang mengalami keracunan. Dan memang sudah banyak yg membuktikan.

Tapi tahukah kamu, bahwa di balik segudang manfaat air kelapa ada juga bahaya yg mengintai, bagi yg blm faham akan reaksi elektrolit pada air kelapa. Jangan sesekali meminum air kelapa dengan campuran gula merah dan ais batu pada siang hari di bulan Ramadhan, itu akan membatalkan puasa.

Sekian, semoga bermanfaat  😂😂🤔🤔

Wednesday, March 24, 2021

kisah warga emas

Di sebuah kampung ada seorang duda tua tinggal berdekatan seorang janda yang juga tua. Satu petang si duda duduk di bawah pokok merenung ke arah rumah si janda.  

Si janda perasan dan datang menegur si duda, "Pak Uda oii, ape yang di menungkan tu". 
Pak Uda menunduk lalu menjawab, "Ada perkara aku nak tanya kau ni Mak Jan".  Pak Uda merenung Mak Jan dan dengan kekuatan yang ada sambungnya, "Aku teringin nak berbinikan kau, sudi tak?".  
Mak Jan tersenyum dan menjawab, "Sudi..".   
Mak Jan & Pak Uda pun pulang kerumah masing-masing kerana hari sudah menjelang senja.
 
Pada malam itu, Pak Uda gelisah.  Dia tidak ingat jawapan Mak Jan ptg tadi.  Terpaksalah dia bertanya sekali lagi dengan telefon. Nak datang rumah tak molek pulak dah malam-malam ni.

 "Hello.. Mak Jan. Pak Uda di sini. Aku ingin bertanya, almaklum la dah tua mudah lupa. Petang tadi aku bertanya pada kau sudikah kau berkahwin dengan aku, apa yang kau jawab?"   Mendengar nama Pak Uda, Mak Jan jawab, "Aku jawab sudi dan ikhlas dari hati.  Nasib baik kau telepon aku. Aku pun sebenonya lupe sape yang ajak aku kawin petang tadi".😃😜😊😭
UTK TATAPAN RAKAN2 YG DLM PERJALANAN MENUJU STATUS WARGA EMAS.....

Tuesday, March 2, 2021

Kisah si kambing tua

*Alkisah zaman Dulu dulu*..

*Kisah si kambing tua..*
__________________. 

*Seorang peladang mempunyai 30 ekor kambing betina dan seekor kambing Jantan Tua.*
 *Oleh kerana kambing jantan Tua sudah tidak efektif lagi membiakkan bakanya* *Peladang itu membeli seekor lagi kambing Jantan Muda untuk jadi pembaka..*.

Selepas kambing Jantan Muda sampai, dia disapa oleh kambing Jantan Tua...

*Tua* : Selamat datang, kita boleh bekerjasama membuntingkan semua kambing betina ni agar tuan kita gembira...

*Muda* : Kerjasama?? Kamu sudah tua dan patut bersara...biar aku uruskan semua kerja pembiakan ini...

*Tua* : Kamu bagilah aku seekor betina pun jadi laa...

*Muda* : Tak boleh, aku gagah dan mampu melaksanakan kerja pembiakan tanpa bantuan kamu kambing tua...

*Tua* : Ok kalau kamu gagah perkasa esok kita lumba lari...kalau kamu menang aku tak akan ganggu walau seekor pun kambing betina...

*Muda*: Ok aku setuju esok pagi kita lumba...

*Keesokannya..*.

*Tua* : Oleh kerana aku dah tua kamu kena bagi aku lari dulu lepas sepuluh langkah baru kamu mula berlari...

*Muda* : Ok laaa..haahh Si Tua apa lagi lari lah...

Kambing jantan tua pun berlari dengan perlahan kemudian dikejar oleh kambing jantan muda... *dalam 10 meter kambing jantan muda*  *mengejar kambing jantan tua dan sudah hampir di bontot kambing jantan tua...*

*Tiba-tiba* ⚡🔫 , *bam.* 🔫⚡ *bam.*..
kambing muda tersungkur rebah...

*Tuan kambing telah menembak kambing muda sambil menyumpah.*.. *Chiss !!! Sudah tiga ekor kambing jantan aku beli ni semuanya Gay... huuuh...*

*Moral of the story:*

1) *Jangan sombong dengan orang lama..*.

2) *Respek la otai..*.

3) *Otai2 ni banyak taktik yang tidak disangka-sangka*...
4) *Otai2 pencen akal panjang dan sangat kreatif*..
😁😁😁😁😁😁😁

Friday, February 26, 2021

Anak

Ada 13 permintaan ANAK yang mungkin tidak pernah mereka ucapkan :
.
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
.
2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.
.
3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.
.
4. Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
.
5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.
.
6. Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.
.
7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.
.
8. Aku ialah Ladang Pahala bagimu.
.
9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?
.
10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan "JANGAN" tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.
.
11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.
.
12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.
.
13. Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.
.
"SEMOGA BERMANFAAT, BAGI PARA ORANG TUA DAN BAKAL IBU BAPA"
🌺❤
.
hidupuntukAllahsayang 
Ahmad Muaz Mohd Razi

Thursday, February 25, 2021

pekok

SANTAI MINDA

Seorang suami yg berumur 70 tahun ingin menguji tahap pendengaran isterinya yg berumur 65 tahun.
Dari jarak 10 meter suami memulakan dialog:

Suami: 
Awak masak apa hari ni?
Dia mendapati isterinya senyap.

(Dari jarak 7 meter pula)
Suami: 
Awak masak apa hari ni?
Dia mendapati isterinya senyap.

(Dari jarak 5 meter pula)
Suami: 
Awak masak apa hari ni?
Dia masih mendapati isterinya senyap.

(Dari jarak 3 meter pula)
Suami: 
Awak masak apa hari ni?
Isterinya senyap jugak.

(Dari jarak 1 meter; dengan suara yg agak keras)
Suami: 
Awak masak apa hari ni?

(Kali ni si isteri terus menjawab)
Isteri: 
Awak ni apa hal? Pekak? Dah 5 kali saya jawab, awak dok tanya lagi.

😂😂😂

Kadang2 kita rasa kita betul.
Sebenarnya ada masanya orang lain yang lebih betul.

Betulkan yang biasa,
Biasakan yang betul.

Monday, February 22, 2021

kesan vaksin

Warta Kompass Indonesia melapurkan mangsa pertama selepas pengambilan vaksinasi Covid-19. Seorang wanita berumur pertengahan 40an dari Wilayah Timur dilapurkan mengalami kabur mata yang kritikal selepas menerima suntikan fasa pertama. 

Sebaik sampai ke rumah, keluarga wanita tersebut terus menghubungi pusat suntikan dan lapuran kemudian dirujuk ke pasukan tindak cepat dan bertindak mengarahkan wanita berkenaan dibawa semula ke pusat suntikan untuk mengambil cermin mata beliau yang tertinggal disana.

Alhamdulillah kes selesai.