Salam semua ..nk buat luahan sikit sebgai pemandu lori sampah..pda penduduk taman,xksah lahh taman apa pun..minta tolong sgt2 parking keta tu bgi lahh senang pemandu lori nk buat kutipan sampah..kdang tu nk msuk pun xboleh,disebabkan parking keta xbpa cntik..dan penduduk taman nk parking keta luar rumah boleh tpi parking lahh dngan elok..sya kdang tu hon dan cuba panggil tuan umah tpi buat xtau ja..kalau terlanggar cepat plak kluar,xpyah panggil..hmmm..bila sampah xdiambil mula lahh buat aduan kta kami pilih tong..allahu..byak kli dahh kena..sampah2 dirumah ampa tu lahh gaji sya..klu tertinggal 1 tong pun gaji dan elaun sya dipotong..sya pun ada anak bini nk bela.. lagi stu tolong lahh asingkan sampah dengan barang kitar semula..jgan lahh dicampurkan aduk skli sampah..tuan2 dan puan2 mngkin xtau dan xfaham..lori akan mengalami kerosakan disebabkan bahan2 keras seperti batu,kayu,pasir,dahan pkok dan seangkatanya..minta jasa baik tuan2 dan puan2 tolonglahh asingkan sampah dan parking dengan baik..tuan2 dan puan2 permudahkan urusan saya..in syaa allah,allah pun permudahkan urusan tuan2 dan puan2..yg jahat dan buruk dtang dari saya dan yg baik2 datang dari allah s.w.t..sekian..
blog ini memaparkan koleksi dari email entah dari sapa-sapa yang masuk mailbox aku. nak masukkan karya korang?? email ke skd2416@gmail.com, enjoy!!!
Wednesday, January 22, 2020
Saturday, January 4, 2020
pelangi
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU CERITA BUKA SEKOLAH ...
*Hari pertama buka sekolah di perkampungan kecil..*
Murid - murid disuruh memperkenalkan diri ..
*Guru* : "Cuba kamu yang duduk kat belakang kanan , sapa namamu dan apa hobimu..?”
*Murid #1*: “Nama farhan hobi mancing di sungai sambil tengok pelangi..”
*Guru* : "Cuba yang duduk di sebelahnya?”
*Murid #2* : “Nama Denny, hobi makan manggis di tepi sungai sambil tengok pelangi.."
*Guru* : “Ooo sama …, kalian bersahabat ke.? Cuba yang duduk belakang..?”
*Murid #3* : "Nama Zakaria, hobi lepak tepi sungai sambil tengok pelangi.."
*Guru* : … sama jugak..? Rupanya kalian satu geng .? Cuba si kacak yang duduk ujung sana..?”
*Murid #4*: “Nama Danial, hobi makan martabak di tepi sungai sambil tengok pelangi.."
*Guru* : "alamak...., hobi semua sama . Cuba si cantik yg duduk di tengah tengah tu, sapa nama dan hobi kamu..”
*Murid #5* : *"Nama saya Pelangi, hobi mandi kat sungai..."*
Wednesday, January 1, 2020
pantun
*Mari Berpantun π* *Tahun 2020*
1.Mak beli bedak,
beli sampai dua,
dulu kita budak,
kini sudah tua.
2. Suami Kak Ina,
kerja angkat barang,
dulu anak teruna,
sekarang laki orang.
3.Sepuluh ekor kera,
hitam macam arang,
dahulu anak dara,
sekarang bini orang.
4. Makan masak taucu,
Taucu ikan haruan,
dulu jadi cucu,
sekarang jadi tokwan.
5. Kakak anak beranak,
Pantang pakai gincu..
dahulu dukung anak,
sekarang dukung cucu
6. Isteri orang Maran,
suami orang Iban,
dahulu rambut karan,
kini rambut beruban.
7. Tanam pokok pisang,
bawah pokok keranji,
dahulu abang sayang,
sekarang abang haji.
8.Isteri Datuk Minhat,
suka ungkit mengungkit,
dahulu badan sihat,
sekarang sakit-sakit.
9. Dari Sungai Batu,
pergi Dusun Tua,
dulu jadi menantu,
sekarang jadi mertua.
10.Makan gulai kerang,
Kenyang sampai sebu,
Dulu mata terang,
Sekarang jadi kelabu.
Selamat hari tua dan senyum-senyumlah selalu
πππππ₯΄.
Semoga sihat sepanjang masa dan INGAT PADA ALLAH disetiap waktu..
Hidup sentiasa didalam berilmu..
Aamiin ,,Aamiin ,, Ya Rabbal Alamin..
*Selamat Menyambut Tahun Baharu 2020*
Monday, December 30, 2019
solat subuh
*️⃣Jika Subuhnya sentiasa dipelihara.... Itu tanda akan Selamat dari neraka.
*️⃣Jika Subuhnya tiada dia tinggal..... Allah melindunginya dari segala arah.
*️⃣Jika Subuhnya didahului dengan Sunat.... Pasti seluruh dunia beserta isinya, dia dapat.
*️⃣Jika Subuhnya bergelap-gelap menuju Musholla..... Di kegelapan akhirat ia dapatkan cahaya.
*️⃣Jika Subuh hingga awal Dhuha (Isyroq) berwirid pula...... Mendapat pahala Umrah dan Haji sempurna.
*️⃣Jika Subuhnya tiada dijaga.... Maka pada wajahnya tiada cahaya.
*️⃣Jika Subuhnya sengaja terlupa..... Tanda Imannya tiada bernyawa....
*️⃣Jika Subuhnya terasa berat..... Tanda munafiq sudah mendekat....
*️⃣Jika Subuh tiada peduli.... Tanda Iman menghampiri mati....
*️⃣Jika Subuhnya tiada berjama’ah....Tanda hidupnya akan hilang barokah.
*️⃣Jika Subuhnya tiada ke Masjid..... Tanda imannya ada penyakit.
*️⃣Jika Subuhnya selalu terlewat.... Tanda imannya semakin cacat....
*️⃣Jika Subuhnya diakhir waktu..... Tanda iman semakin kelabu....
*️⃣Jika Subuhnya hari sudah siang..... Tanda rezekinya sudah hilang...
*️⃣Jika di waktu subuh masih mendengkur..... Tanda syaitan memeluknya dalam tidur.
- ΩΨ§ΩΩΩ Ψ§ΨΉΩΩ
-
Saturday, December 28, 2019
keturunan peng
*Sejarah GOPENG..pasti ramai yang tidak tau*
1. Gopeng nama asalnya ialah GOH PENG iaitu adik kedua kapada CHIN PENG ...
2. Adik ketiga yang melarikan diri ke Johor ialah YONG PENG ...
3. Manakala Adik bongsu terus berada di perak iaitu TAI PENG ...
4. Mereka ada adik angkat tiri bernama TEH O PENG
5. Ayah nya bernama TEH BENG
6. Moyang nye bernama LEM PENG
7. Ayah tirinya yg garang nama TEM PEY LENGπππ
Senyum sejenak hilangkan stressπππ
Tak mau stress stresss okkk....πππ€£
Wednesday, December 25, 2019
Bos Kita
1️⃣Bos kita,
Dia nampak kamu masuk lambat,
Tapi dia tak nampak kamu balik lambat.
2️⃣Bos kita,
Dia nampak masa kamu berehat,
Tapi dia tak nampak masa kamu buat kerja macam esok dunia kiamat.
3️⃣Bos kita,
Dia marah kamu bila kamu buat salah,
Tapi dia tak puji kamu bila kamu cemerlang.
4️⃣Bos kita,
Dia sayang kamu masa kamu diperlukan,
Tapi dia tak pedulikan kamu bila dia dah ada pengganti.
5️⃣Bos kita,
Dia diam senyum dlm hati bila prestasi sekolah meningkat,
Tapi dia merungut kat kamu bila prestasi murid menurun.
6️⃣Bos kita,
Dia meraikan gembira dengan keluarganya bila pencapaian sekolah kita cemerlang,
Tapi dia berkongsi duka dengan kita bila sekolah dikeji orang.
7️⃣Bos... dia tetap bos.
Cikgu biasa... dia tetap cikgu biasa,
Cikgu, bekerjalah kerana Allah, Bekerjalah berasaskan peraturan kerajaan,
Bukan habiskan masa untuk sekolah sahaja,
Cukup masa, baliklah jenguk keluargamu.
8️⃣Cikgu,
Jangan dikejar kerja sekolah yg tak pernah habis.
Kamu diperlukan hanya bila kamu ada kekuatan.
Bila kekuatan kamu hilang, bos tak perlukan kamu,
Tapi KELUARGAMU sentiasa perlukan kamu.
9️⃣Bekerjalah pada masa kerja kamu,
Bergembiralah dgn keluarga pada masa kamu dengan keluarga.
Kredit: Kena Tahu
Wednesday, December 11, 2019
sahabat
*kata2 cikgu...*
Cikgu BM kata~
*Sahabat utk selamanya*
Cikgu BI kata~
*Best Friend Forever*
Cikgu SEJARAH kata~
*Mengingatkan sahabat adalah kenangan*
Cikgu MATH kata~
*Nilai persahabatan tidak terkira*
Cikgu PM kata~
*Sahabat adalah teladan*
Cikgu EKONOMI kata~
*Sahabat tidak ternilai dgn wang*
Cikgu SAINS PERTANIAN kata~
*Tanam nilai persahabatan di hati*
Cikgu KIMIA kata~
*Bersahabat perlu ada chemistry*
Cikgu BIOLOGI kata~
*Sahabat itu kekal dan hidup utk selamanya*
Cikgu SASTERA kata~
*sahabat begitu indah*
Cikgu PJK kata~
*Sahabat bkn utk dipermainkan*
Cikgu SENI kata~
*Sahabat adalah lukisan yg mewarnai hidup setiap hari*
Cikgu Agama kata~
*Sahabat till jannah*
Cikgu sains kata.. *persahabatan bukanlah satu eksperimen*...
Cikgu RBT kata..... *sahabat yg kreatif berinovasi tinggi*
Cikgu prinsip perakaunan kata....
*Sahabat yg sejati boleh dikira-kira*
Cikgu *PENCEN* kata... *tetap bersahabat walaupun berlainan fahaman parti politik..*
*hargailah sahabat2 yang ada apapun status anda*
Subscribe to:
Posts (Atom)