Sunday, July 14, 2019

*Atuk romantik*

Seorang cucu kagum dengan atuknya yg dah berumur 70++ yg sentiasa memanggil nenek dgn panggilan 'sayang, darling & honey. Tak mcm atok-atok lain... nih mesti ada sesuatu rahsia baaik punya, fikirnya.

Lalu pd ketika yg sesuai si cucu pi tanya pd atuknya.
"Atuk... atuk... apasal Atan tengok atuk romantik sangat dgn nenek walau dah tua... darling la, sayang la. Apa rahsia cinta atuk dgn nenek tuk.. ".

Atuk panggil cucu dan bebisik, "Kau jgn bising-bising lak, yg sebonarnya atuk dah lupo namo nenek kau...".

Kah...
Kah...
Kah...

😂😂😂

Harap2 atuk dlm group ni tak macam tu. Sedih nenek semua... 😀😀

Saturday, July 13, 2019

Jawatankosong

``` JAWATAN KOSONG 2019
(KEMENTERIAN PERTAHANAN)

Sapa ada sedara2 yang nak join tu boleh la g temuduga.....

KELAYAKAN:
1. Kelulusan SPM/SP MV/STPM/Diploma/Ijazah/Sarjana/Master

2. Gaji pokok : RM2800-6400

3. Elaun bulanan
(Cola, ITP & Khid. Awam) RM450

4. Elaun penginapan RM300

5. Elaun Shif RM 300

6. Elaun Uniform RM780

7. Elaun Dobi (bulanan) RM200

8. Percuma kursus mempertahankan diri
(tae kwon do, judo, karate do,muay thai,wushu & silambam)

9. Percuma kursus bahasa (mandarin, jepun, korea,;thai dan inggeris (2 pilihan sahaja)

10. Kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)

*Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan
dikehendaki membawa kad pengenalan diri,sijil berkaitan(spm/spmv/diploma/ijazah)serta 3 keping gambar berukuran passport pada 27 ogos 2019 di Jabatan Pertahanan yang berhampiran.

Syarat-syarat kelayakan:
Umur 17-28 tahun sahaja.
Ketinggian minima 165cm. (L)
Ketinggian minima 156cm. (M) Bebas dari pengaruh dadah & kes polis

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (Full Gear) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN:

1. POWER RANGERS (5 kekosongan)

2. KAMEN RIDERS (100 kekosongan)

3. ULTRAMAN (150 kekosongan)

4. POWER PUFF GIRL (Wanita sahaja)

5. AVENGERS (115 kekosongan)

6. KLUANG MAN (terbuka untuk rakyat Johor)

7. CICAK MAN (Melayu sahaja)
n
8. BATMAN (1 kekosongan)

9. SPIDERMAN (1 kekosongan)
10. SUPERMAN - terbuka utk semua kaum

Ps:..................          hahahah.....sy nk kacau group lain plak....```

Thursday, July 11, 2019

*_RENUNGAN BERSAMA_*


..............................................

_Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yg kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita org yg paling bahagia dan membahagiakan. Org yg ceria dan menceriakan._

_Jadilah ibu yg menjadi kedamaian pada anak-anak._
_Jika kita seorg isteri, jadilah isteri yg memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita._
_Kerna hidup ini hanya seketika._

_Siapa duga dan sangka saat kudrat dgn kesihatan yg baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka._

_Pengajaran utk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua._

_Jangan bertangguh utk menjadi anak yg baik._
_Jangan bertangguh utk menjadi isteri yg baik._
_Jangan bertangguh utk menjadi suami yg baik._

_Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih._
_Maaf kan sahaja. Jadilah org yg memberi manfaat pada org lain._
_Kerana kematian itu sangat rapuh._

_Jadilah org yg bahagia dan membahagiakan._

_Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Org yg kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dgn sebuah kematian._

*_Moga bertemu di syurga._*

*_Uhibbukum fillah._*

*JomToJannah*

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Olahan : Mardhiah Mustapha
Kapsul : 06

Link Kuliah Penuh (Open Via Fb)
👇👇👇
https://goo.gl/xHZof7

_Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:_

_1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya..._

_2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya..._

_3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama..._

_4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya..._

_5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya..._

_6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya..._

_7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya..._

_Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan._

_Maka..._
_senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yg menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini..._

_Andai kamu melihat kanak-kanak yg sedang bermain, itulah masa silam kita._

_Andai kamu melihat org tua yg berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita._

_Andai kamu melihat pula jenazah yg sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini._

_(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi...)_
_bagus perkongsian ni...kalau dah baca...ambil sebagai iktibar..._

🌸🍃🌸🍃🌸🍃

Makin kita berumur

MAKIN KITA BERUMUR....

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,
2. Makin kita berumur, solat kita kena buat berjemaah,
3. Makin kita berumur, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya,
4. Makin kita berumur, solat sunat Qobliyyah dan Ba'diah jangan tinggal,
5. Makin kita berumur, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba'diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba'diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni,
6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur,
7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal,
8. Makin kita berumur, bacalah
Al-Quran setiap hari.Al-Quran menjadi cahaya & peguambela.
9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali,
10. Makin kita berumur, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,
11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.Bersangka baik pada Tuhan kita.
13.Makin kita berumur jangan lupa bayar hutang kita.Hutang solat,hutang puasa.

Tuesday, July 9, 2019

TERBUKTI BENAR*

*

Tarikh MATI Sama dengan Tarikh LAHIR !!

Hati2 dan beringat pada tarikh lahir anda.

Bukan nak lawan takdir...bukan juga nak jadi bomoh...sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman menguruskan antara yg hidup dan yg mati...

Tarikh mati boleh dikira berpandukan tarikh lahir. Dengan akal yang dikurniakan, kita boleh tahu tarikh mati tersebut. Bolehkah kita mempercayainya atau tidak terpulang kepada individu.

Sebagai contoh jika tarikh lahir anda pada 30 Sep maka tarikh mati lesen memandu anda juga 30 Sep.  Percaya atau tidak semak lesen memandu anda sekarang..
```
Beringatlah untuk perbaharui lesen memandu bila tiba hari lahir..

😁😅😂

Tuesday, June 25, 2019

X70 pandai bercakap

Suami Beli X70 Baru Seminggu

Suami: Hai Proton
X70: Hai Encik ......
Suami : Tolong On AirCond
X70: ok
SEMINGGU KEMUDIAN:-
Isteri Suami : Hai Proton
X70: Hai Puan .....
Isteri: Suami saya ada bawa wanita lain ka dlm kete ni..
X70: ADA...setakat ni dah 7 org
Isteri : Muka Merah...
Suami : Tergagap2 jwb..

Minggu Kedua Suami JUAL X70..hahahahaha

#payahkalaukeretabercakap😨😭😭

Thursday, June 20, 2019

Kisah durian

Hah , sebelum balik nie , cikgu nak tanya sikit ,  sekarang musim durian ,  macam mana nak pilih yang bagus !

Mat Idui : Bapak saya kata tengok durinya cikgu , duri beso , isi sedap !

Mat Tikus : Tengok tangkeinya cikgu , kalau masih bergetah buah baru le tu , pilih tankei yang panjang cikgu , isi sedap !

Mat Ten : cikgu , cium cikgu ! cium ! kalau baunya kuat ...sedap le cikgu .

Mat Pengko : Tak de nya cikgu , cara paling betul , goncang buah tu , kalau bergego bunyinya , buah baik le tu .

Senah : Kalau ayah saya , dia tak tengok semua tu !

Cikgu : Habis dia tengok apa ?

Senah : Tengok duit , tak de duit cakap pun tak guna cikgu !