Sunday, August 12, 2018

patut la tak dapat anak

Selepas kira-kira 3 bulan lebih berkahwin😍, seorang suami berkata kepada isterinya;

“Sayang, Abang ada satu rahsia. Abang harap Sayang tak marah”.

Si isteri terkejut.

“Ada apa Abang?”

Si suami menghulurkan sekeping gambar seorang wanita.

“Ini gambar siapa?”, tanya si isteri.

Si suami menjawab;

“Sayang, Abang selalu katakan bahawa Sayang ialah cinta pertama Abang tapi sebenarnya Abang tipu. Sebelum Sayang, Abang pernah bercinta dengan wanita ini tapi hubungan kami terputus di tengah jalan. Jadi Abang tunjukkan gambar ini kepada Sayang untuk Sayang koyakkan supaya Abang dapat lupakan dan move on dengan hubungan kita”

Si isteri tersenyum dan berkata;

“Terima kasih Abang kerana berterus-terang. Saya harap kita dapat sama-sama move on kerana saya pun ada satu rahsia besar ingin dikongsi”

Giliran suami pula terkejut.

“Rahsia apa?”,

“Saya harap Abang tak marah”,

Si isteri menunjukkan gambar seorang lelaki.

“Ini gambar siapa?”, tanya si suami.

“Cuba Abang teka”, kata si isteri pula.

“Gambar bekas teman lelaki Sayang?”

“Bukan”

“Gambar bekas tunang?” Si suami makin berdebar-debar.

“Bukan”

“Gambar bekas suami???” Kali ini si suami agak meninggikan suara.

“Bukan juga”

“Habis gambar siapa????”, si suami semakin tidak sabar nampaknya.

“Ini gambar saya dulu”

Si suami terperanjat besar dan menangis di bucu katil sebelum lari bertempiaran ke hujung kampung seperti orang gila.

Pecah berita satu kampung untuk menjawab persoalan yang berlegar-legar di kalangan mereka selama ini kenapa pasangan itu masih tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum itu, selalu dijawab oleh pasangan pengantin baru tersebut;

“Takkan baru hari ini kahwin, dapat anak esok”.

Maka tahulah mereka memang pasangan itu takkan dapat anak sampai bila-bila disebabkan perkahwinan sejenis.

Manakala si isteri pula ke JAKIW untuk membuat aduan kepada Pak Menteri tentang hak beliau sebagai isteri.

Sekian.

Moral of the story: Berhati-hati memilih..Salah pilih merana badan.

LELAKI BERISTERI EMPAT


Isteri PERTAMA
Biasa-biasa saja, sering dicuaikan,
biasanya tidak di ambil berat.

Isteri KEDUA
Agak cantik, agak diperhatikan.

Isteri KETIGA
Cantik, diperhatikan.

Isteri KEEMPAT
Sangat cantik, lumayan, sangat diperhatikan dan disanjung dan sangat diutamakan.

Waktu pun berlalu begitu cepat dan tibalah saat sang suami tersebut nazak, lalu dipanggilnya keempat2 orang isterinya.

Dipanggilnya isteri KEEMPAT yang paling cantik dan ditanya,

"Mahukah kamu ikut menemaniku ke alam kubur ?"

"Maaf, cukup sampai disini saja aku ikut bersama mu."

Saat dipanggil isteri KETIGA yang  cantik, sering diperhatikan dan ditanya hal yang sama, dia pun menjawab,

"Maaf, aku hanya akan menghantarmu sampai di kuburan mu saja."

Kemudian dipanggil isteri KEDUA yang agak cantik dan ditanya hal yang sama, dia pun menjawab,

"Baik, aku akan menemanimu, tapi hanya sampai di liang lahad saja, setelah itu selamat tinggal."

Si suami sungguh kecewa mendengar semua itu.

Tetapi inilah kenyataan dalam kehidupan dan menjelang kematian.

Lalu dipanggillah isteri PERTAMA dan ditanya hal yang sama, si suami tak menyangka akan jawabannya,

"Saya akan menemanimu kemanapun kamu pergi dan akan selalu mendampingimu hingga hujung nyawa".

MAHU TAHU SIAPA ISTERI PERTAMA SAMPAI KEEMPAT ITU ??

Isteri KEEMPAT adalah,
"HARTA dan KEKAYAAN"
Mereka akan meninggalkan jasad kita ketika saat kita meninggal.

Isteri KETIGA adalah,
"TEMAN - TEMAN" kita,
Mereka akan menghantar jasad kita hanya sampai di saat kita disemayamkan.

Isteri KEDUA adalah,
"KELUARGA KITA",
(Saudara &Teman Dekat Kita )
Mereka akan menghantar kita sampai jenazah dikuburkan,  mereka akan meninggalkan kita setelah jenazah kita dimasukkan kedalam liang lahad.

Isteri PERTAMA adalah,
"AMAL dan IBADAH" kita,
kerana Amal dan Ibadah kita inilah
yang paling setia mendampingi kita saat menghadap Tuhan Yang Maha Esa.

RENUNG-RENUNG KAN~

LGBT

Semalam ketika khatib menyebut bahawa tajuk khutbah kita ialah "Bagusnya LGBT", semua para jamaah mengangkat muka mereka memandang tepat ke arah khatib.

Ada yang mendengus, ada memandang ke kanan dan ke kiri melihat jamaah yang lain dan tidak kurang pula yang seakan menjegilkan matanya untuk menakutkan khatib.

Tanpa rasa bersalah atau menunjukkan rasa takut, lalu khatib meneruskan khutbahnya dengan menyebut "LGBT" yang akan dibicarakan pada hari ini ialah *Lelaki Gagah Bangun Tahajjud*.

Kelihatan para jamaah tersenyum dan kembali menundukkan pandangan, lalu menyambung tidur...

Friday, August 10, 2018

PEGAWAI SPRM KENA TUMBUK

**

TAPAH 07 OGOS 2018. Seorang Pegawai SPRM Negeri Perak kena tumbuk. Kejadian berlaku di hadapan anak-anaknya di Taman Tapah Jaya, tengah hari kelmarin.

Dipercayai kejadian berpunca apabila isterinya yang sedang mengandung 4 bulan dikatakan terlalu mengidam untuk memakan sambal belacan kuinin dan keadaan itu menyebabkan pegawai SPRM yang terlalu sayangkan isterinya 'kena tumbuk' sambal berkenaan sebelum mereka makan bersama.

Sekian... terima kasih kerana serius membaca sampai habis..! Amalkan tabiat suka membaca..

😂😂😂

tanda anda sudah matang

LAPAN (8) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

5. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan *mula mengakui kepandaian* , kebaikan dan kehebatan orang lain.

6. Kita *berhenti membandingkan* nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

7. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

8. Kita berhenti meletakkan *nilai kebahagian pada kebendaan* . Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 8 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik.  Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Apabila kita sudah melepasi umur :

40an..Kita nilai hidup ini berbeza

50an...kita menilai dunia ini hanyalah tempat persinggahan yg membina jiwa lebih kpd lebih memaaf dan redha

60an..terasa lambaian kematian untuk menghadiri mahkamah Ilahi berada di hadapan pintu

Kongsikan bersama dengan semua.😘

Thursday, August 9, 2018

sapa ada ayah dan mak , boleh baca

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak telefon bila dah semua urusan selesai, Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital, saya pulang ke rumah dan menunggu Mak telefon bila dah siap nanti.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya tiba-tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam, Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital, sesekali saya di dukung kerana tak kuat berjalan, di atas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya, di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa di dalam pelukan Mak, selesai rawatan, sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung, sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap 'adik nak beli apa apa ke' sampai di rumah saya dipujuk untuk makan ubat, dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam.

Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital,' hujan lebat di dalam kereta' sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan, saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir di hadapan Mak, saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor, mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak, mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak, saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat, selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta, membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya 'Mak ada nak beli apa apa ke',
YA ALLAH, ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini.

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor, rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial-kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka,
bayangkan disini ada blok A, blok B dan sangat luas, ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah, beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya, saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin, berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugilah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak-anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.

Alhamdulillah, setakat ini saya gagah ke sana sini berjalan laju di hospital, namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini, saya akan rasa selesa, bangga, terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai 'SEMANGAT'.

Anak anak sekelian, saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayati lah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat-

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil'.
Al Isra' 23 & 24
Copy n paste
Syed Mohamad Nazli

Tuesday, August 7, 2018

*KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YG BETUL*


_*Agar tetap terjaga kualitinya_*

1. *JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN*
Sebelum disimpan, daging korban *jangan dicuci*. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. *JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER*
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

3. *JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.*
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

4. *JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS*
Jika hendak memasak daging beku, *jangan* mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tsb di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. *Tips tambahan*
Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanker. Gunalah sarunh plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!! 

Baarakallah
Semoga memberi manfaat